Welcome to

Abuya.Jr.001 @ APIPI
Home Page
Prakata

Mukaddimah

Ilmu Asas

Komentar

Issu Semasa

Kolum Cantas

From Arkib's

Penutup

Home

 

PRA KESIMPULAN

GELOMBANG PERTAMA - FIRST WAVE~~

Saya telah membicarakan tentang betapa tidak relevannya perjuangan kita pada hari ini dengan kebenaran dalam Islam.

Saudara telah mengikuti perkara ketidakrelevan ini dalam aspek Politik (Perjuangan Yang Tidak Relevan), Pendidikan (Sistem Pendidikan Rasulullah SAW), Ekonomi (Sistem Ekonomi Islam) dan Ibadah (Ibadah Dalam Islam).

Empat(4) tajuk besar tersebut adalah merupakan ‘teras' (pokok) kepada Tamadun Islam Lahir dan Batin selain Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menjadi 'asas' kepada semua.

Kalau diibaratkan kepada sepohon pokok, Aqidah menjadi 'asas' atau akar tunjang. Manakala Ibadah, Politik, Ekonomi, Sistem Pendidikan menjadi 'teras' kepada aspek-aspek kehidupan kecil lain yang menjadi ranting, seperti Kebudayaan, Kemasyarakatan, Hiburan, Pertanian, dll.

Dengan kata lain, aspek-aspek kehidupan yang menjadi ranting itu adalah merupakan cetusan/pelangsungan dari pengamalan yang syumul dalam ‘teras' dan 'asas' tersebut.

Sebagai contoh, bentok dan corak Kebudayaan Islam adalah natijah kepada amalan dalam perkara Ibadah dan Sistem Pendidikan. Orang tidak akan dedah aurat (dalam acara budaya) kalau ia tahu perkara itu haram, dan kerja buat jadi tidak berpahala!. (Lihat ‘Lima Syarat-Syarat Ibadah).

Jelasnya, kalau rantingnya berkecamuk dalam amalan feqah dan tasawufnya (akhlak), tandanya 'teras' pokoknya tak betul jalan!.

Tidak betul jalan adalah kerana pegangan atau akidah yang salah!.

Begitulah sebaliknya berlaku kalau akidahnya tidak betul, maka seluruh amalan feqah (syariat) dan tasawuf(akhlak) tidak menepati sasaran!.

Mensia-siakan umur, harta, tenaga dan fikiran. Tidak jadi ibadah!.

 

Jadi.. siapa yang kita hendak ikuti dalam perkara kehidupan yang serba kompleks ini?.

Memenuhi aspirasi negara (yang jelas mendokong kemungkaran dan kebatilan), atau keselamatan hidup kita di alam akhirat?.

Kalau inginkan keselamatan hidup akhirat, maka sepatutnya kita berhati-hati mengatur langkah untuk menerima apa-apa saranan, baik dari kerajaan atau pihak luar, yang cuba menerapkan kebatilan hidup mereka.

Seperti contoh Sistem Demokrasi Terbuka yang jelas bertentangan dengan kebenaran dalam Islam.

Saudara telah mengikuti hujah saya tentang sistem politik yang batil itu dalam 'Perjuangan Yang Tidak Relevan'.

 

Konklusi,

Kalau Perkara Lahir - Siasah dan Bukan Siasah ini saudara boleh tersesat jalan, maka bagaimana Perkara Batin/Ghaib Berbentuk Siasah/Bukan Siasah, saudara boleh menyesatkan orang lain?. 

Seperti amalan Aurad Muhammadiah, Tawasul, Karamah, Mujahadah, Yakazah, Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, dll.

Insya-Allah, pada GELOMBANG KEDUA, saya akan membawa saudara-saudara mengikuti perjuangan Jemaah Darul Arqam, yang telah diharamkan itu.

Saya akan membahaskan perkara ini dalam Kolum Khas: Di Mana Bersalahannya Akidah Aurad Muhammadiah' yang menjadi kontroversi semua orang.

Dan, kita lihat siapa yang sebenarnya tersesat haluan. Siapa yang bertindak terlebih batas, dan siapa menzalimi siapa!. 

Kita akan cuba melihat siapa yang lebih bijaksana dalam hal ini, samada Orang Feqah (Pusat Islam), atau Orang Tasawuf (ahli tarikat).

Sebab Imam Ghazali r.a. ada berkata dalam Ihya' Ulumuddin, "Sesungguhnya orang Tasawuf itu lebih cerdik dari orang Feqah".

Sekian, wassalam.

Selamat Menyambut "Hari Raya Aidil Fithri 1422H - Maaf Zahir dan Batin"

APIPI @ Abuya.Jr.001

Gua Musang

 

My Produks

Wanna Shopping?