LIMA(5)
SYARAT-SYARAT IBADAH DALAM ISLAM
Pengertian
Ibadah:
Ibadah bermaksud semua amalan dan tindak tanduk yang syarie, yang
dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas, untuk dipersembahkan kpd ALLAH SWT.
Ibadah kepada ALLAH meliputi semua ibadah asas, ibadah tambahan dan
perkara2 harus(mubah), dan hanya akan menjadi ‘berpahala’ jika pelaksanaannya
menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.
Syarat2 tersebut dinamakan, ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah Dalam Islam’.
Jika, sekiranya amalan-amalan kita tidak mengikuti syarat-syarat tersebut,
maka ia hanya akan menjadi perbuatan
yang sia-sia saja menurut pandangan ALLAH. Amalan itu tidak diberi pahala,
bahkan adakalanya mendatangkan dosa pula.
Apakah ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah’ tersebut?
1) Niat Mesti Betul
2) Perlaksanaan
Mengikut Peraturan Syariat
3) Perkara/Subjek
mesti Dibolehkan oleh Syariat.
4) Natijahnya memberi
Manfaat
5) Tidak Meninggalkan
Ibadah Asas.
Huraian lanjut:-
1)
NIAT
Niat penting sebelum melaksanakan sesuatu.
Ini juga untuk membedakan antara amal ibadah dengan amalan adat, dan antara
niat karena ALLAH dengan niat karena yang lain-lain. Supaya setiap perlakuan
menjadi ibadah, ia mesti dengan niat yang betul. Niat kerana menuruti perintah
ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah SAW, “Hanyasanya
amalan-amalan itu sah dengan niat, dan adalah bagi setiap seorang itu menurut
apa yang diniatkan".
Dan sabdanya lagi, “Niat orang mukmin itu
adalah lebih baik daripada amalannya”.
2)
PERLAKSANAAN
Perlaksanaan di dalam satu2 hal atau satu2
perkara mesti mengikut peraturan. Lebih2 lagi jika kita ingin melakukan ibadah,
kita harus mendalami peraturan itu supaya kita benar2 di atas landasan syariat.
Untuk menjayakan usaha manusia, perlaksanaannya mesti mengikut landasan yang Allah Taala telah tetapkan.
Allah memberi peringatan melalui firmanNya, “Dan
jika mereka berjuang pada jalan Kami (ikut peraturan Kami) sesungguhnya Kami
akan tunjukkan jalan Kami (jalan keselamatan) bahwasanya ALLAH beserta orang-orang
yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Dalam hal ini ulama juga berkata, “Yang
hak kalau tidak ada peraturan, akan dikalahkan oleh yang batil yang ada
peraturan.”
3. Perkara (Subjek) Mesti Dibolehkan oleh Syariat.
Perkara (subjek) yang hendak dilaksanakan itu
mestilah yang dibolehkan oleh syariat, terutamanya perkara yang melibatkan
makanan dan minuman.
Misalnya, seorang yang hendak berniaga
mencari rezeki untuk keluarga, dengan berniaga barang makanan, yang hasilnya
boleh juga menjadi makanan asas dan
memberi manfaat kesihatan rohani dan jasmani kepada semua umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW, “Tiap2 daging yang
tumbuh daripada benda yang haram, maka Neraka adalah yang lebih patut
dengannya. (Riwayat Tarmizi).
Dan, “Hati ditempa mengikut makanan dan
minuman”.
Rasulullah SAW amat menekankan perkara yang
berkaitan dengan makanan kerana hati yang merupakan raja dalam tubuh manusia
itu dibina dari makanan. Hati yang dibina dari makanan yang haram akan menjadi
degil dan sukar menerima kebenaran.
4. Natijahnya Memberi Bermanfaat
Natijah merupakan hasil usaha seseorang.
Hasil itu semestinya baik karena ia merupakan pemberian ALLAH ataupun nikmatNya
kepada hamba2Nya.
Hamba2 yang menerima pemberian itu wajib
bersyukur kepada ALLAH SWT.
Bagaimanakah seseorang itu menunjukkan tanda
bersyukur kepada ALLAH SWT?.
Di antaranya dengan berzakat, melakukan
korban, serta membuat amal bakti seperti bersedekah dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, ALLAH berfirman, “Jika
kamu bersyukur niscaya akan Aku tambah lagi nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu
kufur sesungguhnya siksaan-Ku sangat dahsyat”.
Dengan itu, natijah setiap amalan agar
menjadi ibadah ialah dengan membelanjakan keuntungan yang diperoleh atau hasil
usaha setiap pelaksanaan untuk jalan ALLAH. Seperti dibelanjakan untuk membantu
kaum miskin atau anak-anak yatim.
Jika berupa ilmu yang dicari, maka ilmu itu
hendaklah digunakan sesuai dengan yang diredhai ALLAH. Bgitu pula dengan
natijah-natijah yang lain. Mestilah digunakan untuk perkara-perkara yang
benar-benar sah dan halal sahaja.
5. Tidak Meninggalkan Ibadah Asas.
Dua perkara utama yang menjadi asas ibadah
ialah Rukun Iman dan Rukun Islam.
Kedua2nya merupakan tapak atau ‘platform’
untuk menegakkan amalan2 yang lain. Tanpa tapak, macamana nak dirikan binaan?
Di antara dua rukun tersebut, Rukun Iman
menjadi ‘platform utama’, dan ianya yang pertama2 ilmu yang wajib diketahui,
dan hendaklah dibina, dipupuk, dibaja dengan ‘keyakinan yang qatie’.
Ini selaras tuntutan dalam syariat Islam,
iaitu “awal2 ilmu ialah mengenal
Allah”.
Manakala, Rukun Islam menjadi perkara asas
dalam jenis2 ibadah yang lain. Melaksanakan amalan yang dituntut di dalamnya
adalah amalan asas, manakala amalan2 lain (seperti baca Al-Quran, wirid, dll)
merupakan pelengkap ibadah.
Di antara 5 rukun Islam itu, solat sangat
diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Sabdanya, “Shalat itu adalah tiang
agama. Barang siapa telah mendirikannya maka dia telah mendirikan agama. Dan
barang siapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama."
Tambah baginda lagi, “Barangsiapa yang
meninggalkan shalat dengan sengaja, nyatalah ia telah kafir."
Jadi sangat jelas, bahwa setiap amalan
berasas kepada dua(2) perkara ini yang merupakan amalan yang paling wajib.
Artinya tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Jika tidak ada rukun Iman dan
rukun Islam, maka seluruh amalan lain, tidak ada artinya lagi.
Demikianlah ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah’ dalam Islam. Seandainya
amalan-amalan kita tidak mengikuti kelima2 syarat di atas, maka tidak dapat
diakui (diiktiraf) sebagai amalan Islam, bahkan dianggap amalan jahiliah.
Amalan itu tidak diterima oleh ALLAH Taala.
Bagaimana tindakan kita agar amal kita memenuhi syarat-syarat yang
disebutkan itu hingga menjadi ibadah?
Contoh:-
a) Melibatkan diri dalam perniagaan.
·
Pertama, berniat kerana ALLAH, iaitu
untuk menunaikan perintah ALLAH melaksanakan salah satu fardhu kifayah dalam
bidang perniagaan.
Selain untuk membantu anggota masyarakat agar mendapat manfaat dari
perniagaan kita, lebih2 lagi untuk membeli serta memenuhi keperluan hidupnya
yang pokok.
Kalau perniagaannya berupa makanan, makanannya yang halal mestilah boleh
mendorong seseorang Islam itu dapat beribadah dengan khusyuk, dan berperilaku
sebagai seorang mukmin yang sejati. Kerana akhlak dan mental seseorang itu
terpengaruh oleh zat makanan yang ditanggung halal, di mana fikiran yang baik
memudah terima ilmu2 akhirat yang dipelajari.
Rasulullah SAW sendiri begitu mengutamakan
perihal makanan karena kalau yang dimakan atau diminum itu kotor mengikut
syariat islam, hati orang akan dibentuk sebegitu rupa hingga menjadi keras
kepala dan sukar menerima kebenaran. Terkadang orang tersebut langsung menolak
kebenaran dan menentangnya pula
Kalau perniagaan kita berbentuk perkhidmatan professional, seperti
perubatan, guaman, juruperunding, dsb.nya maka niatnya mestilah untuk
berkhidmat kepada anggota masyarakat Islam karena ALLAH.
Sebab, kalau perniagaan kita tidak diwujudkan, umat Islam akan susah karena terpaksa mendapatkan perkhidmatan
dari orang yang bukan Islam, yang cenderung kepada tipu muslihat atau ‘ada
udang di sebalik batu’.
Demikian sebaliknya, kalau perniagaan kita ‘tidak membantu’ masyarakat Islam mendapatkan keperluan2 asas
fizikal dan mentalnya, seperti perniagaan yang membawa kehancuran hidup, maka
sukarlah kita nak mengukuhkan niat yang betul. Contoh urusniaga adalah seperti
perniagaan berasaskan riba, pusat video, pusat snooker, jual rokok, arak,
dsb.nya.
·
Kedua, pelaksanaan perniagaan. Iaitu
dalam melakukan transaksi urusniaga mesti ada kejujuran, amanah dan bersih dari
amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat Islam dan sebagainya.
·
Ketiga, subjek yang di’niaga’kan
hendaklah terhindar dari hal-hal yang tidak halal atau tidak mengikut syariat
Islam, seperti perniagaan menjual arak, rokok dan sebagainya.
·
Keempat, natijah (hasil) dari
perniagaan itu hendaklah ditunaikan haknya. Iaitu kalau beroleh keuntungan,
kita hendaklah melakukan zakat, soal-soal pengorbanan serta turut membantu
perjuangan menegakkan agama ALLAH serta membantu kaum yang miskin dan lemah.
·
Kelima, dalam melakukan aktiviti
perniagaan, kita tidak boleh meninggalkan ibadah asas, iaitu shalat, puasa dan
sebagainya. Karena kesibukan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk
meninggalkan yang wajib.
b) Mencari ilmu dan belajar.
·
Pertama, niat karena menunaikan
perintah ALLAH. Bukan untuk mendapatkan jabatan dan pangkat yang tinggi supaya
kita disanjung dan dimuliakan?.
·
Kedua, dalam pelaksanaan menuntut ilmu
itu, tidak terdapat pergaulan bebas antara lelaki perempuan yang bukan muhrim,
menutup aurat, dsb.nya.
·
Ketiga, perkara yang pelajari itu
sesuai dengan syariat Islam dan halal. Misalnya belajar ilmu Hukum Islam,
Kedokteran, Perundangan Islam, Ilmu alam, ilmu hitung dan sebagainya?.
Yang mesti kita ingat, ilmu yang bertentangan dengan syariat contohnya
adalah belajar ilmu mencuri, sihir (black magic), tari menari, bermain musik
dan sebagainya.
·
Keempat, natijah daripada ilmu telah
diperoleh, maka hendaklah dijadikan alat untuk berbakti kepada masyarakat
kerana ALLAH.
·
Kelima, dalam proses kita menuntut
ilmu itu pula kita tidak boleh meninggalkan perkara yang asas seperti shalat,
puasa dan sebagainya.
c) Pejuang Agama Allah @ Berdakwah.
Walaupun, pada lahirnya sudah tentulah merupakan satu ibadah. Tetapi
sekiranya tidak memenuhi syarat yang diterangkan itu amalannya akan menjadi
sia-sia dan berdosa.
Cuba kita perhatikan.
·
Pertama, niatnya mestilah benar-benar
untuk berjuang membela nasib bangsa dan tanah air serta benar-benar menegakkan
agama karena ALLAH.
Perlu diingat, membela nasib bangsa dan membebaskan tanah air dari
penjajahan ataupun mempertahankan negara dari kekuasaan orang kafir adalah satu
perintah ALLAH. Tetapi bila kita mempunyai niat yang tersendiri, yang merupakan
kepentingan pribadi, maka perjuangannya menjadi tidak bermakna.
·
Kedua, ketika kita melaksanakan perjuangan itu, kita tidak
melakukan kezaliman, menindas serta
memfitnah orang lain.
·
Ketiga, apa yang kita perjuangkan itu
jelas sah atau halalnya seperti berjuang melepaskan bangsa Islam yang dizalimi
dan ditindas.
·
Keempat, natijah(hasil) perjuangan
kita hendaklah betul yaitu setelah berjaya membebaskan bangsa dan negara dari
penaklukan musuh atau setelah perjuangan kita berjaya, hendaklah menggunakan kejayaan itu untuk
lebih meninggikan syiar lslam dan lebih mengukuhkan syariat Islam.
·
Kelima, dalam berjuang itu,
perkara-perkara yang wajib tidak kita tinggalkan seperti shalat dan puasa.
d) Bekerja mencari rezeki
·
Pertama, niat iaitu untuk menanggung
dan membiayai hidup keluarga yang merupakan tuntutan wajib dari ALLAH.
Terkadang ada di antara kita yang berniat untuk mencari kekayaan dan
kemewahan hidup agar dipandang mulia dan dihormati masyarakat karena baginya
kekayaan itu adalah kemegahan padanya.
·
Kedua, pelaksanaan dalam mencari
rezeki perlu sekali dipertimbangkan karena banyak di kalangan kita yang salah
hingga usaha-usaha yang bertentangan dengan syariat dianggap sebagai sumber
rezeki. Mencuri, menjual kehormatan dan perbuatan sejenisnya kadang-kadang
dianggap sebagai sumber rezeki yang benar, padahal sebenarnya bertentangan
dengan syariat. Kadang-kadang dalam pelaksanaan mencari rezeki kita bergaul
antara lelaki perempuan yang bukan muhrim. Demikian itu salah.
·
Ketiga, sah atau halalnya usaha-usaha kita dalam mencari rezeki dapat
ditinjau dari jenis kerja yang kita lakukan misalnya bercocok tanam, menangkap
ikan, berternak, bekerja di pabrik-pabrik yang hasilnya tidak bertentangan dengan
syariat seperti pabrik roti, susu dan sebagainya dan bukannya pabrik-pabrik
yang menghasilkan arak. Sumber kewangan tempat bekerja itu juga tidak
bergantung sepenuhnya dengan hasil riba dan sebagainya.
·
Keempat, natijah (hasil) mencari
rezeki itu pun hendaklah dengan tujuan memberi makan, pakaian dan perlindungan
kepada keluarga dan diri sendiri, bukannya untuk berjudi, bersenang-senang
dengan berbagai bentuk hiburan atau meminum arak dan lain-lain yang sejenis.
·
Kelima, sewaktu mencari rezeki, jangan kita melalaikan perkara yang asas seperti
shalat dan puasa atau lalai dalam mencari ilmu fardhu ain.
e) Bermesyuarat
Coba kita perhatikan satu lagi contoh yang mudah, iaitu suatu pekerjaan
yang mubah tetapi caranya salah hingga tidak lagi menjadi satu ibadah, yaitu
bermusyawarah atau syura.
Sebenarnya musyawarah memang menjadi tuntutan dalam Islam sebagaimana yang
diterangkan oleh ALLAH, ertinya: “Dalam urusan mereka (yaitu umat Islam)
maka bermusyawarahlah sesama mereka." (As Syura: 38)
Agar amalan bermusyawarah atau syura itu menjadi ibadah, mestilah memenuhi
syarat ibadah.
·
Pertama, niat mengadakan musyawarah
itu mesti betul yaitu untuk menjalankan perintah ALLAH.
·
Kedua, melaksanakan musyawarah itu
dengan betul misalnya tidak ada kaum perempuan yang membuka aurat di dalam
perundingan.
·
Ketiga, agenda perbincangan nyata
halal atau sahnya di sisi syariat seperti membicarakan masalah nahyun anil
mungkar atau tentang keselamatan umat dan negara, dan bukannya membicarakan bagaimana
hendak membangun pabrik arak, tempat-tempat perjudian atau masalah bagaimana
pelacuran boleh dihalalkan atau membahas untuk mengadakan majelis tari menari
dan majelis hiburan dan seterusnya.
·
Keempat, natijah musyawarah itu mesti
betul yaitu setelah keputusan diperoleh, akan dilaksanakan dengan baik.
·
Kelima, ketika menjalankan musyawarah
jangan ada yang lalai menunaikan shalat atau tidak berpuasa.
Demikianlah lima syarat ibadah bagi setiap amal dan perbuatan. Kalau setiap
perbuatan kita, diselaraskan dengan syarat-syarat itu maka amal-amal kita dari wajib yang paling besar hingga mubah
yang paling kecil, akan menjadi ibadah kepada ALLAH dan kita akan diberi
ganjaran pahala dariNya.
[Ulasan2 di atas diambil dari buku Abuya, “Ibadah Menurut
Islam”, serta Panduan Beribadah oleh Habzah Yeob dengan sedikit tambahan oleh
penulis]