(ULASAN KEPADA 5 SYARAT-SYARAT IBADAH DALAM ISLAM)

 

 

ULASAN 1

 

Alhamdulillah!.

 

Anta semua dah tahu.. apa syarat2 dikehendaki untuk sesuatu pekerjaan itu mendatangkan pahala ibadah. Sebab tidak semua kerja buat kita berpahala, jika bertentangaan dengan ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah Dalam Islam’!.

 

Persoalannya... kenapa kita baru tahu hari ini?.

 

Kenapa boleh tertinggal satu dua syarat, terutama perkara NATIJAH dan AMALAN ASAS?.

Kenapa ustaz-ustaz tak beritahu habis?.

 

Tidak tahu... atau tahu, tetapi tidak tahu bagaimana nak sampaikan!.

 

Tidakkah para ustaz ketahui... betapa kecewanya hati bila mengetahui usia muda yang habis untuk mengejar ilmu... tidak diberi pahala ibadah oleh Allah SWT!.

 

Sebab, niat mencari ilmu bukan kerana Allah, tetapi kerana jawatan dan gaji besar!.

 

Siapa yang bertanggungjawab tidak memberi faham habis soal pasang niat ini.

 

Tambah2 kecewa pulak!... bila diketahui bukan setakat NIAT, PERKARA dan PERLAKSANAAN yang dititikberatkan. Tetapi perkara NATIJAH dan AMALAN ASAS juga diambilkira oleh Allah Taala, sebelum diberi pahala atas sesuatu usaha itu!.

 

(Bengang!... bengang.. kerana dulu ana ambil tak kisah, saja!)

 

Inilah saudara2 yang saya tidak berapa setuju sangat belajar dengan ulamak2 konvensional!.

 

Mereka nii... sampai ke tua tersengok2 menatap kitab, tetapi ilmu tidak se dalam mana!.

Tafsiran setakat kulit sahaja, isi tiada!.

 

Kalaupun ilmunya dalam, tetapi penyampaiannya pulak tak betul!.

 

(Sebab bagi seorang pemimpin, selain perlu ada ilmu dan minda, beliau hendaklah tahu mendidik dan tahu pula menyampai kepada anak buahnya. Baharulah anak buahnya boleh faham dengan sejelas2nya, seterusnya buat tindakan sendiri!.)

 

Contoh firman Allah, “Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan” di tafsir setakat budak sekolah rendah saja.

 

Kesannya, satu masyarakat jadi kacau bilau akibat isu kafir mengkafir, kes hudud punya pasal!.

 

Lihat sahajalah di sekeliling saudara2, betapa sia2 sahaja kita menjalani kehidupan seharian.

 

Yang bekerja restoran dengan aurat terdedah, bercakap berdegar2 mempertahan kebatilan tanpa sedar, belajar dalam suasana bergaul bebas, makan gaji dengan bank riba, dan bla..bla..

 

Semuanya Allah tidak beri pahala ibadah!.

Tidak ke sia2 50-60 tahun punya hidup!.

 

Apa yang payah sangat nak bagi faham mereka ni tentang pahala ibadah?.

 

Sedangkan saya... pakai internet pun saya boleh syarah!. Itu belum pegang microphone lagi!.

 

Eloklah para2 ustaz konvensional nii letak jawatan!.

 

Jangan menyibuk depan pintu gol!.

 

Serah sahaja kepada ustaz2 yang bawa ‘ilmu mujadid’ untuk membentok suasana baru.

Harap ke demo, dah hampir 45 tahun kemerdekaan... masyarakat dok tang tuu jugak.. tidak berubah2!.

 

Kepada adik2 yang masih belajar, jangan jadi seperti abang yang tengah ‘frust’ nii..

 

Belajar dan pasang niat betul2. Tak usah takut hari depan, sebab Allah Taaala dah tetapkan rezeki masing2 sejak dalam perut ibu lagi.

 

Yang penting.. balik akhirat esok, bawa bakul pahala banyak2.

 

Wassalam.

 

Abuya.Jr.001

 

Akan bersambung...

130201