Welcome to

Abuya.Jr.001 @ APIPI
Home Page
Prakata

Mukaddimah

Ilmu Asas

Komentar

Issu Semasa

Kolum Cantas

From Arkib's

Penutup

Home

Prakata

Laman Web ini adalah berorientasikan Dakwah dan siasah Politik Islam masakini.

Politik tidak bermaksud percaturan dalam sistem pemerintahan demokrasi sebagaimana difahami ramai. Cara berhikmah untuk memahamkan orang tentang Iman dan Islam, juga termasuk dalam Siasah Politik!.

Namun, walau apa juapun bidang politik seseorang, yang penting segala tindak tanduk biarlah bertepatan dengan Syariat.

Sebab yang penting, bukan kuasa atau matlamat. Tetapi adalah usaha ikhtiar ke arah mencapai matlamat... atau jalan-jalan yang ditempohi dalam menegak/mempertahankan kebenaran itu biarlah mendapat restu, pahala ibadah dan seterusnya keredhaan Allah SWT.

(Kerana kematian itu bila2 masa sahaja boleh berlaku, dan kita hendak mati di atas jalan kebenaran. Tak tunggu dapat Negara Islam, baharu boleh MATI!).

 

Bagaimanapun, fokus utama laman Web ini adalah ke arah menangani kemelut politik negara yang merosakkan ramai orang!. Lebih2 lagi orang Melayu, yang menjadi 'teras' kepada perpaduan kaum di Malaysia dan Indonesia.

Kenapa saya berkata demikian?

 ·        Sebab akhir2 ini kita saling berselisih faham dan merendah2kan maruah orang lain. Tidakkah kita sedar, kita telah mengadai iman kita sendiri, dan akhirnya menjadikan kita seorang yang muflis!.

Sabda Nabi SAW, “Tidak berguna harta dan anak2, kecuali mereka yang kembali dengan membawa hati yang sejahtera”

Hati yang sejahtera, ialah hati yang bebas dari sifat2 ujub, riak, sombong, takabur, rasa diri seorang saja yang betul dan orang lain salah, dll.  

 

 ·        Perjuangan kita tidak berlandaskan kebenaran. Tidak sebagaimana Allah dan Rasul kehendaki. Ringkasnya, kita berjuang mengikut akal fikiran dan nafsu kita semata. Akhirnya, kita banyak menyesatkan orang lain untuk sama2 mengejar nikmat yang bersifat fatamorgana atau sementara ini!.

Segala sesuatu kita tafsirkan ikut kepentingan parti dan diri sendiri. Bukan kerana Allah dan agama Islam yang bersifat sejagat!. Last2 sekali, agama Islam juga yang rugi dan tidak berkembang dengan sewajarnya, disebabkan salahlaku penganutnya sendiri!.

(Kerana agama Islam itu bersifat berkembang... sebagaimana api, sifatnya membakar!).

Kalau tak dapat bahagian nikmat dunia yang direbut2 tuu.. tak apa juga lah!. Tetapi yang tak boleh dimaafkan ialah apabila segala usaha ikhtiar kita itu - tidak berpahala!.

Nak jadi pahala macamana kalau ianya tidak bertepatan dengan "Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah" dalam Islam!.

 

 ·        Perjuangan kita telah terpesong dari tanggungjawab yang diamanahkan Allah SWT kepada kita semua. Kita ditugaskan untuk mengimarahkan bumi dengan khalimah2 Allah SWT. Seluruh dunia hendaklah diIslamkan!.

Tetapi kenapa selepas 44 tahun berjuang, masih di tahap local?. Yang direbut2 ialah pangkat darjat dan kekuasaan bertaraf local... kerana tanpa kuasa, suatu apapun tak boleh jadi!.

Betulkah begitu?. Sedangkan Nabi SAW.. orang tawarkan jawatan pembesar pun, nabi tak ambil!.

Apa siasah atau 'target' pertama Nabi?. Apakah Iman hanya boleh tersebar dengan kekuasaan politik?.

Yang mana satu perlu diproses dahulu - Negara Islam dahulu, atau Masyarakat Islam dahulu?.

 

Maka sebagai seorang Islam, wajiblah kita saling ingat memperingati akan perkara2 yang boleh merugikan kita di dunia, dan memudaratkan kita di akhirat kelak!.

Ana tambah2 kasihan pulak... apabila PM secara terbuka meminta supaya ahli2 agama kita, tampil ke khalayak ramai untuk memberi ilmu yang sebenar tentang Agama Islam. Seolah2 dah habis ustaz2 di Malaysia ini yang boleh beliau harapkan untuk mententeramkan keadaan!.

Ana boleh kata... tak osah diharaplah pada ulama2 konvensional itu!. Mereka ni membawa ilmu aliran lama... bidaah sana, bidaah sini!. Mengekalkan tafsiran lama, serta tidak ada minda, kreativiti dan siasah perjuangan!. Bikin masyarakat bertambah2 keliru dan rosak tuu... ada le!.

(Rosaknya masyarakat Islam pada hari ini kerana tidak ada iman!. Iman2 tuu.. tanggungjawab siapa?. Profession siapa dia untuk memasukkannya ke dalam benak dan hati2 manusia?.

Tidak lain dan tidak bukan ialah Ulamak!. Bukan doktor, bukan professor, engineer, karyawan, Mahathir, dll yang berpengajian sekular!. Mereka tidak tahu seni2 perjuangan yang halus serta berhikmah untuk memasukkan iman ke dalam dada2 manusia!. Bukan 'line' pengajian mereka!.

Tetapi kerana ulama telah cinta dunia. Telah sama2 mengejar dunia dengan rakyat umum untuk mencari penghidupan yang lebih makmur dan selesa. Maka tanggungjawab mendidik dan mengasuh rakyat dengan perkara2 agama telah diabaikan sama sekali!.

Tetapi kita sebagai rakyat umum juga patut disalahkan.. kerana membiarkan ulama, yang sepatutnya duduk di pasentren2 mengajar ilmu, turun ke gelangang penghidupan mencari rezeki sendiri!. Akibatnya ilmu akhirat tidak dimuzakarah sedalam2nya, sekadar pokok dan rukun sahaja dibicarakan. Yang sunat2 itu, tidak perlu!.

Sepatutnya kita patut malu dengan penganut2 agama Buddha yang membela Tok2 Sami mereka dengan menanggung segala makan dan minum. Supaya mereka dapat 'concentrate' untuk mendidik, mengasuh dan mengembangkan ilmu akhirat mereka yang batil itu!).

 

Akhir2nya, PM seolah2 'frust' dengan golongan ulama konvensional itu berkata, "Generasi muda Islam mestilah sanggup membincangkan secara terbuka semua perkara mengenai Islam supaya mereka dan masyarakat mendapat persepsi lebih baik mengenai agama".

Baguslah tuu!. Sekurang2nya PM mengharapkan jenerasi muda untuk membaikpulih keadaan masyarakat yang telah rosak.. dirosakkan oleh jenerasi tua yang tiada minda!. Tiada siasah dalam membentok rakyat agar benar2 menjadi hamba dan khalifah Allah SWT!. Malah produk yang lahir menjadi perosak kepada usaha2 ulil amri untuk membangunkan negara!.

Kalau tidak jadi perosakpun, sekurang2nya tidak durhaka kepada kedua orang tua, dan setia kepada negara.

Tetapi ana rasa lah.. harapan tersebut tinggal harapan juga. Sebab mereka adalah hasil dari produk yang sama, iaitu mengikut acuan sistem pendidikan jenerasi terdahulu.

Ibarat kata pepatah, "Sebagaimana acuan, begitulah juga kuehnya. Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari!".

Sebab kurikulum pendidikan selepas merdeka memisahkan dunia dan akhirat!. Material dan spiritual!. Matlamat pendidikan lebih menjurus kepada pembangunan material semata, bukan pembangunan insan yang menjadi agenda utama dan pertama Nabi Muhammad SAW sebelum penaklukan Mekah. Al hasil, pembangunan jiwa, fikiran dan fizikal sebagai hamba yang mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT tidak berlaku!. Segala usaha ikhtiar hanya untuk memuaskan hawa nafsu dunia semata.

(Sila lihat 'Pendidikan Rasulullah SAW' untuk lebih maklum).

Apabila kurikulum pendidikan sudah tidak seimbang, antara pembangunan insan dan pembangunan material. Maka pastinya pelajar2 tidak mendapat manfaat dalam perkara2 memperbaiki diri. Mereka tidak akan beroleh 'mencapai hakikat' kepada usaha2 pembelajaran, iaitu roh belajar, roh musafir, roh perjuangan, roh ibadah, roh ilmu, dll.

(Sila rujuk ilmu asas 'Roh Amal' untuk mengetahui dengan lebih lanjut).

Bila tiada roh amal, bagaimana mereka beroleh keinsafan dan kekuatan untuk merubahkan keadaan masyarakat kepada yang lebih baik!.

(Kerana terbukti sudah.. pelajar2 sekarang tidak beradab, lawan guru, mencela pemimpin, bakar bangunan, mengebom, dsb.nya).

Itu belum tanya lagi ilmu sekular yang diperolehi hasil pergaulan bebas di universiti!.

Ada minda, ada berkat atau petunjuk Ilahhi kah nak ubah2 orang dengan ilmu yang tidak khalis (sucimurni) itu?.

Kalau ilmu mengenal diri (ilmu tasawuf) golongan tarikat dan sufi diperangi, bagaimana hendak membaiki diri dan sifat2 mazmumah yang bersarang di dalam diri sendiri?. Dengan ilmu sains, fizik atau biologi?.

Kalau diri sendiri tidak kenal dan tidak boleh berlaku adil dengannya, bagaimana hendak berlaku adil pada orang lain?.

Tidak begitu, Bung?.

 

Last2 sekali, ana rasa... PM akan merujuk kepada Ustaz  Ashaari Muhammad dan DARUL ARQAM untuk baiki keadaan masyarakat Malaysia yang sedang tonggang terbalik ini!.

Sebab telah terbukti, formula Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi telah berjaya mewujudkan satu jemaah yang berwibawa di peringkat negara dan antarabangsa, serta berkeadaan syumul pada semua aspek kehidupan. (Sehinggalah ia padam.. akibat dengki para ulamak!).

Jemaah AL ARQAM juga mempunyai Sistem Pendidikan tersendiri merujuk Sistem Pendidikan Rasulullah SAW yang telah berjaya melahirkan pelajar2 yang beriman, warak, tawaduk, giat berusaha dan tidak 'kalut atau memberontak' apabila menerima ujian!.

(Tidak seperti pelajar2 PAS yang cepat 'panas' dan suka kepada demonstrasi jalanan. MEMALI suatu contoh yang baik!.

Sila lihat 'Hakikat Ujian Allah SWT' untuk lebih maklum).

 

Demikianlah, laman web ini bertujuan untuk memberitahu kepada ramai bahawa ilmu Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi, relevan dengan segala cabaran, masalah dan ujian hidup di zaman muktahir ini.

Sebab ramai yang tidak tahu prihal keadaan jemaah yang dikatakan ekslusif ini. Apabila tidak tahu, maka timbullah nada yang menyalahkan!. Sebagaimana hadis Nabi SAW, "Sesungguhnya manusia menjadi musuh kepada perkara yang ia tidak tahu".

 

Bukan tujuan nak tunjuk pandai..(moga Allah jauhkan sifat ujub dari hati yang masih jahat ini) tetapi semata2 nak tegakkan kebenaran dan hukum Allah SWT!.

Soal boleh terima atau tidak terima itu, itu perkara kedua.  Semoga Allah tak tanya saya esok, "Kamu tahu jalan keluarnya, kenapa tak cakap!"

(Sesiapa yang tahu teknik penyelesaian, tetapi buat tak tahu, je!.. hukumnya berdosa!).

Akhir sekali, jika ada silap dan salah saya, mohon dimaafkan dan harap sama2lah kita betulkan.

Wassalam. Selamat membaca.

Al hakir wal fakir,

APIPI@Abuya.Jr.001

Gua Musang

010101

E-Mail: Apipi313@yahoo.com

 

My Produks

Wanna Shopping?