IBADAH DALAM ISLAM

 

(Kolumnis ini, target utama ialah – nak cakap bahawasanya kerja buat kita sehari2, terutama perkara2 Harus, biarlah berpahala!. Kalau tidak sia2 punya hidup.

Dan yang sebenar2 nak cakap ialah.. kerja politik dan jihad kita tuu.. Tuhan tak nilai sebagai ibadah kalau tak cukup ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah Dalam Islam’).

 

 

Firman Allah SWT, “Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku”. (Ad Dzariat: 56)

 

Kalau ikut bahasa pasarnya.. kita manusia ni.. tiada kerja lain di dunia ini melainkan buat ibadah kepada Allah SWT.

 

Tetapi, masakan Allah mencipta manusia hanyasanya untuk menyembah Allah semata!. Kalau begitu, lebih baiklah dicipta sahaja para malaikat.. yang tunduk sujud tak bangun2.. setia dan patuh kepada perintah setiap Allah Azza Wajalla.

 

Sebenar ada yang lebih daripada itu, yang tidak terbuat oleh para makhluk di langit.

 

Iaitu, untuk mentadbir alam bumi mengikut syariat Allah yang digariskan. Pentadbiran yang paling sempurna dan paling halusi sekali pada setiap aspek kehidupan dan tindakan manusia.

 

Bukankah itu tujuan akal dan nafsu diberikan kepada manusia, lain dari para malaikat?.

 

Sesuailah dengan taraf ‘khalifah’ yang diberikan oleh Allah kepada manusia, yang dicemburi oleh para malaikat.

 

“Apalah Allah Taala menciptakan manusia ni.. buat menyemak Alam Semesta, merosak kejadian alam serta melakukan pertumpahan darah saja. Kita nak buat ibadahpun tak senang!”, agak2nya itulah sindiran mereka sebagai komen terhadap firman Allah SWT, “Sesungguhnya Aku hendak menjadi seorang Khalifah Allah di muka bumi”.

 

Maka, manusia sebagai wakil Allah di muka bumi, hendaklah menunjukkan tauladan yang baik kepada semua makhluk Allah di atas muka bumi ini. Tidak boleh kita ambil tindakan semberono tanpa usul periksa.

Lebih2 lagi kita membawa imej umat baginda Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT. Umat pilihan Allah di akhir zaman, berbanding umat nabi2 sebelumnya.

 

Baik.

 

Perkara Wajib, Sunat, Haram dan Makruh.. kita semua orang faham. Tetapi perkara2 Harus (makan minum, tidur baring, berjalan2, berehat2, cara berpakaian, pergaulan, dsb.nya) ramai yang menyimpang dari syariat!.

 

Lebih2 lagi dalam aspek perjuangan... kita dok maki orang, kata cerca kepada kerajaan, dsb.nya tanpa hukum yang hak yang bertepatan dengan masanya!. Contohnya, Hudud.

 

Hudud nii.. ada masa2nya yang tertentu, yang bila tiba klimaknya baharu boleh dilaksanakan!.

 

Sebagaimana Haji, kita buat bila sampai ‘seru’, baharulah datang keinsafan dan perasaan kehambaan yang sebenar2. Kalau setakat duit dah mencukupi, sedang iman tak tahu di mana, baik tak osah pergi!

 

Demikian juga Hudud!. Tidak boleh kita laksanakan Hudud dalam keadaan IMAN masyarakat berada di tahap rendah!. Proses Dakwah dan Tarbiah belum selesai dan masyarakat umumnya tengah sedap dengan maksiat dan kemungkaran!.

 

Jatuh ke zalim pulak kita!.. kalau kita suruh potong tangan pencuri sedangkan seruan dakwah dan tarbiah (didikan dan asuhan yang berterusan dan istiqamah) dari para2 ustaz tidak pernah dirasai dan alaminya sebelum ini.

 

Tak ke boleh haru satu negara, jatuh ke bala pulak!... dengan tak pasal2 nama Islam yang suci dan murni itu boleh terpalit dengan cemuhan orang bukan Islam dan Islam Pasik!.

 

Lagikan pula, Hudud ini ada tertib perlaksanaannya.

 

Mula2.. Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah kena selesai dahulu dalam masyarakat. Kemudian, Sunat Ain dan Sunat Kifayah (kalau tak buat tidaklah berdosa), dan seterusnya mengikut keutamaan.

 

Oleh kerana Islam itu sifatnya berkembang, sebagaimana api sifatnya membakar, sudah tentulah berlaku pembangunan mental dan fizikal dalam kehidupan manusia seiring dengan perlaksanaan perintah syariat sehari2.

 

Apabila kebaikan (Tamadun Lahir dan Tamadun Batin) telah memenuhi dalam masyarakat, baharulah di`pagar’ dengan hukum hudud.

 

Sebab, Allah SWT turunkan Hudud khas untuk mendidik ‘orang yang tak makan di ajar’, iaitu setelah proses Dakwah dan Tarbiah selesai, tetapi masih ada lagi yang degil dan jahat!.

 

Itulah kelompok yang berisiko besar kena Hudud!. Kerana tidak semua kejahatan boleh dihapus dengan pendidikan!.

 

Seperti juga kemiskinan tidak mungkin dihapus 100% dalam masyarakat walaubagaimana ‘advance’ sekalipun masyarakat tersebut!.

 

Ringkasnya, Hukum Hudud tidak tertakluk sebagai perkara Wajib untuk dilaksanakan pada sepanjang masa. Ianya hanya dilaksanakan apabila mencapai pada klimak tertentu sahaja.

 

(Untuk lebih maklum, sila klik ‘Falsafah Hudud Dalam Islam”).

 

 

Apabila perkara yang tak relevan dengan masa, tetapi digunakan untuk menghentam kerajaan. Itu tandanya kita tidak bersikap bijaksana dalam perlaksanaan!.

 

Dan harus diingatkan, sebarang perkara yang batil (yang tidak berlandaskan kebenaran, dan hukum yang hak sesuai dengan masanya, seperti Hudud dalam kes ini),... jika dibuat juga Tuhan tak bagi pahala ibadah!. Sia2 saja berceramah siang dan malam!.

Bikin rosak atau berpecah masyarakat Islam, tu ada la!

 

Segala tindakan bodoh kita tuu.. mencerminkan kita ini tidak selayaknya bergelar ‘khalifah’ kerana tidak pandai mengaturcara kehidupan manusia umumnya di muka bumi. Sampai jadi kalut ribut dan pecah belah!

 

Itu Hudud baharu satu contoh. Belum lagi perkara2 Harus yang lain, lebih2 lagilah kita buat tak endah!. Sedangkan kalau kena syarat, perkara2 Harus juga boleh mendatangkan pahala!

 

Inilah yang kehendaki oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya, “Masuklah ke dalam agama Islam semuanya sekali”. (Al-Baqarah: 208).

 

Iaitu perhubungan atau pentadbiran diri dengan Allah dan manusia yang paling halusi dan sempurna, dan dalam semua aspek kehidupan, baik perkara2 Wajid, Sunat dan Harus supaya kita layak menjadi pemimpin kepada umat manusia lainnya!.

 

(Perkara Wajib dan Sunat memang dah ada peraturan pahalanya. Tetapi perkara2 Harus (kalau buat atau tak buat tidak salah), kalau kena cara buatnya boleh dapat pahala!.

 

Hah!,.. inilah yang kita nak cakap bak perkara Harus!.

 

Ringkasnya, kalau kerja buat kita tentang perkara2 Harus - tidak berproduk ‘pahala’, sikit punya rugi dan sia2 hidup ini.

 

Sedang perkara itu kena buat jugak! Kena makan dan berak jugak! Hatta kentut sekalipun.. kalau kena syaratnya boleh dapat pahala!

 

Barangkali... para makhluk dilangit, asyik dok tergelakkan kita! Tak boleh jadi pemimpin sejagat!, kata mereka.

 

Sebab kerja buat kita tidak berpahala!. Makan tidak mendatangkan ibadah. Tidur tidak jadi ibadah,. Berjalan2 tidak jadi ibadah.. dan hidup nafsi2.

 

Malu kita kepada Tuhan bila mengadap Dia nanti!. Sebab kita ni.. umat pilihan Dia! Kebanggaan Nabi Muhammad SAW di hadapan umat2 nabi yang lain di akhirat kelak!.

 

So.. apa protokolnya supaya kerja2 Harus berbuahkan pahala?

 

Kalau ibadah Sunat dan Wajib ada rukun dan syarat2 sah dan batalnya, kerja2 Harus mesti ada syarat2nya yang boleh membuahkan ibadah!

 

Bukan setakat Niat dan Perkara halal haram saja sebagaimana disyarah oleh kebanyakan ustaz konvensional!.

 

Perlaksanaan, Natijah dan Amalan2 Asas yang lain (solat, puasa, menuntut ilmu fardhu ain) yang tidak ditinggalkan semasa bekerja mesti diambil kira juga!.

 

Kalau dah cukup syarat2nya, baharulah Allah Ta’ala bagi pahala ibadah!.

 

Untuk mengetahui bagaimana kerja2 Harus boleh mendatangkan pahala ibadah, dipersilakan klik “Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah Dalam Islam”.

 

O.K. Dah klik dah? Dah baca?.. Alhamdullilah!.

 

Mudahlah kerja saya seterusnya.

 

(Ini yang bagus sistem Web nii.. Tidak perlu saya tulis panjang2, hanya ‘link’ dengan ilmu2 yang lain, yang telah siap sedia sejak dulu.

 

Anta semua tak osah bimbang!. Sebab ilmu Abuya ni... relevan antara satu ilmu dengan satu ilmu yang lain!.

 

Tidak seperti ilmu orang PAS, tidak relevan!...ibarat gerabak keretapi yang terputus2.

 

Sesekali dalam majlis2 ilmu dia cakap macam tuu,.. di lain2 kali bila bertembung dengan praktikal, dia cakap lagu lain pulak!

 

Seperti kes pecah kamera Jurugambar di Perak tidak lama dulu. Dalam majlis ilmu disuruh kita bersikap sabar. Tetapi bila kena penampor, kita dibolehkan tampor balik!.

 

Sebab Tok Guru kata Qisas dibalas dengan Qisas!

Anak murid pun terpinga2... mana satu nak dibuat!.

 

 

Kembali kita memperkatakan Ibadah dalam Islam.

 

(Di atas tadi... baharu peringkat Mukaddimah baru. Kita saja nak maklumkan duduk perkara supaya anta semua faham permasalahan yang melanda pemikiran umat Islam masa kini, seterusnya sama2 lah kita mencari jalan keluarnya.)

 

Baik. Kita mulakan..

 

Firman Allah SWT, “Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia”.

 

Justru itu, dikatakan ibadah dalam Islam tergolong kepada dua(2) bahagian utama, iaitu:-

 

1)             Hablumminallah

2)             Hablumminannas

 

Hablumminallah, ialah ibadah manusia berhubungan dengan Allah, dan lebih bercorak individu.

 

Manakala, Hablumminannas ialah ibadah manusia berhubung dengan manusia.

 

Allah SWT memperingatkan kita bahawa akan ditimpa kehinaan di mana saja kita berada jika kedua soal ibadah tersebut tidak dapat ditegakkan.

 

Kalau kedua2nya ditegakkan sekalipun, tetapi pelaksanaan tidak ikut syariat lahir dan syariat batin, kehinaan tetap akan menimpa.

 

Apakah bentuk kehinaan yang Allah timpakan?

 

Berleluasanya maksiat dan kemungkaran, jenayah menjadi2 sehingga langkah2 pencegahan tidak berkesan!. Umat Melayu terpinggir, berpecah, ramai yang hisap dadah – itu juga suatu penghinaan, dan..bla...bla.. (tak kuasa nak sebut!).

 

Kedua2 soal ibadah tersebut, bagaimanapun boleh kita pecahkan mengikut keutamaan, iaitu apa yang dikatakan ‘Hukum Yang Lima’ – Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram.

 

Sehubungan dengan itu, ibadah dibahagikan kepada Tiga(3) Kategori, mengikut keutamaan, iaitu:-

 

a) Ibadah Asas

 

Iaitu perkara2 berhubung dengan Rukun Iman dan Rukun Islam.

 

Enam(6) Rukun Iman iaitu percaya kepada Allah SWT, para Malaikat, Kitab2, Rasul2, Alam Akhirat/Alam Ghaib dan untung baik untung jahat.

 

Keyakinan ke atas perkara2 ini hendaklah ‘qatie’, iaitu jazam 100%. Tidak boleh 99.99%, dan kalau kurang 0.001% sekalipun, seluruh amal bakti tertolak dan dikira ahli neraka. Waliyazubillah!

(Perkara ini banyak Ustaz tak cakap habis...)

 

Manakala, 5 Rukun Islam ialah Syahadat, Solat 5 waktu, Puasa, Zakat Fitrah dan Haji (bagi mereka yang berkemampuan).

 

Kedua bentuk ibadah yang asas ini adalah ‘Fardhu Ain’ bagi setiap Mukallaf (Cukup sempurna 7 pancaindera).

 

 

b) Ibadah Tambahan

 

Iaitu perkara2 berhubung Fardhu Kifayah, Sunat Ain dan Fadhoilul ‘Amal.

 

Fardhu Kifayah menitikberatkan soal kemasyarakatan Islam yang merupakan urat saraf dan nadi penghubung antara sesama Islam.

 

Kegagalan melaksanakan satu aspek dari kehidupan manusia, seperti klinik bidan, restoran, siasah dakwah, dsb.nya bermakna satu kampung/negeri/negara jatuh berdosa!.

 

Manakala, Sunat Ain ialah solat rawatib, witir, tahajud, dhuha, puasa syawal, puasa Isnin Khamis, bersedekah, membaca Al-Quran, dll.

Kecil pertimbangannya tetapi besar maknanya. Oleh kerana urusan ini memberi manfaat kepada perkara2 fardhu yang ‘tak sempurna moleknya’, maka eloklah dikerjakan. (Supaya berat timbangannya, besok!)

 

 

c) Ibadah Umum

 

Iaitu perkara2 yang merupakan perkerjaan Harus tetapi boleh menjadi ibadah dan mendatangkan pahala. Dengan syarat memenuhi tuntutan ‘Lima(5) Syarat Ibadah’. Contohnya, makan minum dengan bacaan Bismillah, tidur baring, musafir, berceramah, dsb.nya.

 

Amalan seperti ini dapat menambahkan lagi bakti kita kepada Allah agar setiap perlakuan hidup kita ini tidak menjadi sia2.

 

 

(Ketiga2 jenis ibadah ini ramai yang dah tahu. Penulis tidak perlu banyak bicara. Tetapi kalau dah lupa, silalah ‘klik’ untuk lebih lanjut!

Maaf! Belum siap lagi.)

 

Penulis hanya menumpukan bicara kepada Hablumminanas, iaitu ibadah manusia berhubung sesama manusia.

Sebab ini lah bab di mana orang Islam saling bersengketa!.

 

O.k?. All Right! Mari kita beri tumpuan!

 

Pengertian Hablumminanas.

 

Ia merupakan suatu persyarikatan manusia dalam mana satu-satu individu itu adalah seikatan dengan keluarganya, jirannya dan masyarakatnya.

 

Malah ia berkait dengan hukum Fardhu Kifayah, di mana keterlibatan seseorang dalam sesuatu perkara itu boleh menghilangkan dosa seluruh masyarakat yang dihuninya itu.

 

Seperti mengadakan perusahaan makanan Islam, menegakkan pendidikan Islam, mewujudkan siasah bercorak Islam, peranan jihadnya dalam perjuangan Islam Global, menegakkan “amrun bil maaruf wanahyun anil mungkar”, dll.

 

So.. kalau dalam berparti itu, dan siasah yang digunakan, boleh porak peranda masyarakat dan negara. Itu sudah kira terkeluar dari roh perjuangan Islam yang sebenar!

 

Sudah pastinya, ianya bukan cara Islam. Sebab Islam tidak memungkinkan berlaku ‘clash’ ataupun konflik kepentingan.

 

Sebab setiap pelaku dalam masyarakat ada landasan syariat yang perlu dipatuhi dan dihindari.

(Relax!.. relax... akan diberi faham kemudian apa itu landasan!).

 

Mana mungkin boleh pijak kepala orang lain untuk naik ke atas! Matlamat kita bukan untuk mendapat keuntungan dunia yang serba sedikit ini. Tetapi adalah untuk mendapat pahala dan keredhaan Tuhan dunia dan akhirat!.

Maknanya - Surga Allah!

 

Ringkasnya, kalaulah dengan demikian caranya kita memperjuangkan Islam, akan tidak ada nilai ibadah!.

Tuhan tidak bagi pahala!. Kerana tidak mengikut ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah’.

 

Bercakap pasal ‘clash’ ataupun konflik kepentingan, Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi berkata di dalam bukunya ‘Ibadah Menurut Islam’,

 

“(Berdasarkan Lima(5) Syarat-syarat Menjadi Ibadah)... tidakkah ini merupakan satu nilai dalam mana segala susunan hidup itu berjalan dengan baik dan teratur mengikut landasan yang semuanya menuju kepada satu matlamat. Masing-masing berlumba-lumba mencapai matlamat itu dan kita dapati yang landasan masing-masing tidak pernah merintangi landasan orang lain.

 

Tidakkah ini merupakan satu tamadun Islam yang mempunyai ciri-ciri nilai yang tersendiri, di mana kita akan dapati satu masyarakat yang benar-benar berdikari tanpa menyandarkan nasib kepada manusia sejagat yang lain.

 

Dari Tamadun Islam inilah, baru lahirnya satu bentuk Kebudayaan Islam yang tersendiri;

 

Kebudayaan yang penuh berdisiplin serta bersatu dan masing-masing mempunyai satu rasa tanggungjawab yang penuh dengan kasih sayang yang diikat kukuh dengan pertalian Iman dan Islam, yang mana menjadi pendorong dan landasan kepada pembentukan tamadun ini.

Tidak dengan dipaksa atau dipasakkan ke telinga atau ke jiwa masing-masing dengan kata-kata bersemangat atau sebagainya.

 

Apakah yang menjadi pegangan masyarakat yang telah terbentuk ini?.

 

Tidak lain dan tidak bukan ialah Al Quran dan Al Sunnah yang mana menjadi perlembagaan utama bagi mereka merujuk sesuatu persoalan.

(Sudah semestinya pegangan yang kental dan dijadikan ‘Ad Din’ dalam kehidupan sehari2, bukan hanya slogan dan bersemangat.. Takbir! Takbir!

Ini kena kasi faham betul2!)

 

Dengan ini ternyata tamadun dan kebudayaan Islam bukan tertegak di atas landasan tamadun atau kebudayaan orang lain!.

 

Setiap aspek ibadah dalam Islam adalah tamadunnya sendiri dan bukan saduran-saduran dari ciptaan manusia sejagat.

Tamadun dan kebudayaan Islam adalah ciptaan Allah sendiri yang mana cukup diberikan peraturan2 dan disiplinnya”.

 

“...membangunkan Tamadun Islam berlandaskan faham2 kapitalisma, sosialisma, komunisma, nasionalisma dan berbagai2 ‘isma’ lagi. Semua ini tidak dianggap ibadah.

 

Hasil ini jauh menyimpang dari Tamadun Islam. Ia merupakan hasil usaha ‘akliah dan hawa nafsu dengan semangat, jiwa atau roh orang lain yang kita pinjam yang mana cuba dibangunkan oleh umat Islam yang jiwa dan rohnya sendiri telah dicanai oleh mereka.

 

Dengan perbuatan ini, umat Islam hanya memperkembangkan dan memajukan tamadun dan kebudayaan mereka. Tamadun dan kebudayaan Islam adalah bertunjangkan Al-Quran dan Al-Sunnah!.

 

Perlukan kita berbangga dengan kemajuan yang dicapai melalui proses2 yang bukan hasil ibadah itu?

 

Dapatkah kita bermegah dengan tamadun yang dicipta oleh mereka yang bukan berjiwa Islam?

 

Kalau kita turut berbangga, bermakna kita tidak kenal apa dia Tamadun Islam, dan apa itu Tamadun Umat Islam!

 

Kemajuan dan peradaban Islam itu adalah sesuatu yang suci dan murni yang akan memberi keselamatan dan kesahteraan kepada umat. Kerana ia dibangunkan oleh orang yang berjiwa suci, kerana ia mempunyai hati yang ada pertalian dengan Allah dan alam akhirat”.

 

 

Demikianlah ulasan Abuya dalam buku ‘Ibadah Dalam Islam”. Sememangnya buku2 beliau jenis ‘heavy reading’ yang memerlukan pemikiran yang mendalam. Orang2 yang jenis ‘Ulat Buku’ sahaja yang berminat kepada kupasan ilmu yang sedemikian.

 

Bagaimana? Boleh faham? Tak apalah.. ana tolong bantu anta semua supaya boleh faham dengan mudah!.

 

Begini...

 

Hukum Hablumminanas, adalah suatu Dasar Islam untuk mengukuhkan persaudaraan sesama manusia. Persaudaraan Islam yang diikat kukuh dengan ‘tali Allah’, iaitu Fardhu Kifayah, Sunat Kifayah, dll.

 

Dengan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan hukum2 Fardu Kifayah tersebut dalam masyarakat, maka tercetuslah perpaduan dalam masyarakat Islam, dan seterusnya akan mewujudkan rasa kasih sayang dan persefahaman antara satu sama lain, yang dengan sendirinya akan melahirkan sebuah bentuk masyarakat Islam yang hidup berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah.

 

Bila dah bersatu dan berpadu, fizikal dan spritual, keselarasan dalam pemahaman dan tindakan, maka sudah tentulah berlaku pembangunan tamadun dan kebudayaan Islam dalam masyarakat dalam ertikata yang sebenar!.

Al Hasil, berlakulah suatu rupa tamadun dan kebudayaan Islam yang unik dan tersendiri, berbeza dengan tamadun Orang Putih (yang digerakkan oleh nafsu tamak haloba!).

 

Ringkasnya, Tamadun Islam sebenar datang setelah persaudaraan Islam berlaku sepenuhnya dengan rasa keinsafan yang sebenar2nya sebagai hamba dan khalifah Allah. Tamadun yang dibina di atas dasar iman kepada Allah dan hari akhirat!.

 

Bukannya tamadun yang ada pada hari ini, yang datang entah dari mana!. Tamadun barat yang terhasil dari sifat tamak haloba dan nafsu semata2.

 

Ianya bukan Tamadun Islam, tetapi Tamadun Umat Islam!.

 

Maka, tak osah dibanggalah bangunan KLCC yang tinggi mencecah awan!. Kerana ia bukan hasil ibadah, tetapi hasil usaha ‘akhliah dan hawa nafsu manusia semata!.

Tidak diberi ganjaran pahala ibadah oleh Allah SWT!.

 

(Begitu juga dengan Politik Demokrasi Sekular yang kita amalkan bagaikan nak rak!. Ianya bukan Politik Islam kerana bertentangan dengan ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah Dalam Islam’ yang akan saya perkatakan kemudian dari ini.

 

Begitu juga dengan Ekonomi Kapitalis dan lain2 cara hidup sekular yang kita amalkan sejak Kerajaan Melayu Lama. Pastinya ia tidak berbuahkan pahala ibadah kerana bercanggah dengan ‘5 Syarat2 Ibadah’).

 

Baik. Kita teruskan...

 

Kita telah mengetahui akan peringkat2 ibadah dalan Islam, dan kita telah ketahui bahawa... sikit punya sia2 hidup dalam alam maya ini kalau kerja buat kita tidak berpahala!

Iaitu tidak berbetulan dengan ‘Lima Syarat2 Ibadah Dalam Islam’.

 

Sekarang saya nak goreng habis!.

 

Tetapi sebelum itu eloklah saudara2 meneliti hujah2 saya dalam ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’, supaya jelas dan terang maksud apa yang hendak disampaikan.

 

Maka, sesuai dengan laman Web’s ini, dan kegilaan semasa orang ramai yang berjuang atas platform Politik Demokrasi Terbuka Berpilihanraya, penulis sangat2 berhajat untuk mengutarakan satu persoalan, iaitu “Saudara2 yang berjuang di atas platform politik demokrasi nii.. Tuhan bagi pahala ke?”

 

Sandaran terhadap cakap saya ini mudah saja...

 

Pertama:- Politik demokrasi terbuka ini adalah perkara baru. Iaitu selepas zaman penjajah di tahun2 40an. Sebelum daripada ini, kita mengamalkan Sistem Feudal alias Kerajaan Melayu Melaka, yang saya kira lebih mendekati kepada kebenaran dalam Islam.

Sebab, kaedahnya lebih berunsur kepada Politik Demokrasi Terpimpin.

 

Kedua:- Pejuang2 demokrasi dahulu tidak serupa dengan pejuang2 demokrasi hari ini. Pejuang2 dahulu ikhlas, tiada kepentingan!.

 

Matlamat mereka satu, iaitu nak halau keluar penjajah dari bumi Malaya, dan digantikan dengan anak2 Melayu yang berpendidikan tinggi.

 

Tetapi pejuang2 masakini, mencari kuasa dan kepentingan... untuk diri dan kroni. Niat 'untuk dan kerana Allah’ sudah tidak ada!. Kalau adapun, sebagai gimmik sahaja untuk rebut hati penyokong.

 

(Sementelahan pula, sekarang ‘Zaman Kebangkitan Islam kali Kedua’. Kalau tak cakap issu itu, nak cakap issu apa lagi?)

 

Ketiga:- Belum ada ‘fatwa’ dikeluarkan terhadap Sistem Politik Demokrasi Berpilihanraya ini, sejak dahulu hingga ke hari ini... yang membenarkan kita berjuang di dalamnya, yang pastinya beroleh pahala ibadah!.

 

Nak kata.. telah ‘modify’ supaya selaras dengan keadilan dalam agama Islam, tak nampakpun!

Kita bukan apa.. takut balik akhirat esok, bawa bakul kosong!

 

Berdasarkan tiga(3) sebab di atas, saya rasa bebas sikit nak memperkatakan perkara yang banyak ‘menyempitkan’ pemikiran orang yang sihat ni!.

 

Dan juga, saudara2 jangan dok berkeras ‘keng’ nak tegakkan benda yang tak tentu ‘hak benarnya’ dalam Islam. Lebih2 lagi dalam keadaan masyarakat yang ‘gawat iman’ sekarang ini.. masih relevan lagikah metod anda itu?

 

Harus diperingatkan di sini, kebenaran itu cuma satu!. Dan, Allah SWT salurkan ia kepada sesiapa yang dikehendakinya. Hatta, kalau kebenaran itu datang dari orang kafir sekalipun, kita kena terima, tak gitu?

 

Cuma ana takut, kalau anta semua menolak kebenaran yang ana ingin sampaikan ini (katakanlah apa yang ana cakap ini.. adalah benar, melainkan benar belaka), sedangkan anta mengakui kebenaran itu hanya satu, mana lagi nak cari kebenaran selain darinya?.

 

So.. jangan mudah meremehkan pandangan orang lain!.

Sebab jika sabit kesalahan, effectnya luas sekali!.

Sesat sepanjang hayat!. Tak jumpa jalan pulang!.

 

(Tak sesat guano, demo dok taksud dengan suatu pandangan sahaja.. yang dibawa seorang Tok Guru pulak tuu!

Hiss!..Tok Guru bebenor! Tok Guru mana boleh sesat!

 

Yalah! Tok Guru demo... Bukan Tok Guru saya!.

 

Kita harus faham, tidak ramai yang bersetuju dengan politik yang ada pada hari ini. Ramai tok2 lebai dan orang2 dakwah serta cendekiawan yang saya temui, menolak Sistem Politik Demokrasi Terbuka @ Berpilihanraya yang kita amalkan bagaikan nak gila ini.

 

Kata mereka, “Politic is a dirty game! Tidak adil satu orang, satu undi!

Menyamarata orang cerdik dengan orang bodoh itu, satu penzaliman!.. dan bla..bla..

 

(Sila rujuk ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’).

 

Kena hormat jugalah pandangan mereka... sebagaimana mereka telah tunduk hormat kepada pandangan kita selama 40 tahun ini!.

 

Kamu kata... demi perpaduan Bangsa Melayu Malaya!.

Bahkan, bukan bersatu!... bertambah2 pecah ada la!. And that’s fact!

 

Sampai hati betul kamu orang politik,... tipu kami sampai tua nyanyuk. Kamu orang ‘tak se’ balik kubur, ke?

 

Hah!.. dah nak mureh tuu. Relax..relax...

 

Anak Abuya mana boleh marah2. Sebab, bila marah... akal tak jalan. Nanti payah nak bagi faham kamu orang pulak!.

 

Jangan jadi laman Web seperti orang pro Reformasi. Tahh!.. apa2 punya bahasa dan kata2 kesat!.

Tak ada nilai tarbiah lansung! Sampai naik mual nak baca. Nak beroleh pahala ibadah dengan penulisan, jangan harap lah! Bikin punah jiwa orang, tuu.. ada la!

 

Ana rasa, kita berhenti di sini dulu. Tunggu... tak boleh nak digoreng lagi.

 

Ana akan sambung kemudian, bila fikiran dah tenteram!

 

Sekian, Wassalam.

 

APIPI@Abuya.Jr.001

18022001

 

Akan bersambung...insyaallah!

(Mesti baca!)