EMPAT(4) PERKARA LAHIR-BATIN

 

Mungkin saudara tertanya-tanya, mengapa saya seringkali menggunakan ungkapan ‘Perkara Lahir/Batin Berbentuk Siasah/Bukan Siasah’ dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini.

 

Sebenarnya jika diteliti, semua ilmu dan permasalahan hidup umat Islam ini dapat diklassifiedkan kepada 4 Kategori sebagaimana berikut:-

 

1)      Perkara Lahir Bukan Siasah.

Iaitu ilmu berhubung dengan Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jenayah.

 

2)      Perkara Lahir Berbentuk Siasah.

Iaitu ilmu di atas yang apabila dipraktikkan, ada yang berubah bentok kepada berunsur siasah seperti Sistem Pendidikan Islam, Sistem Ekonomi Islam, Perdagangan Antarabangsa, dll.

Lebih-lebih lagi lah Ilmu Siasah seperti Sistem Pemerintahan Negara yang berkait dengan ilmu kepimpinan dan urusan kenegaraan.

 

3)      Perkara Batin/Ghaib Bukan Siasah.

Iaitu ilmu berhubung dengan Mimpi, Yakazah, Tawasul, Karamah, Kasyaf, Mujahadah, dll.

 

4)      Perkara Batin/Ghaib Berbentuk Siasah.

Iaitu ilmu berhubung dengan perkara-perkara ghaib yang belum jelas, seperti Kebangkitan Islam Kali Ke2, Imam Mahdi, Nabi Isa a.s., Pemuda Bani Tamim, Dajjal, dll.

 

Perkara 3 dan 4 itu lebih merupakan perkara khilafiah. Percaya atau tidak percaya tidak menjadi kesalahan. Tidak boleh dibawa berhujah!. Sebab masing-masing orang ada nas dan fikiran sendiri.

 

Baik.

 

Setiap kategori di atas itu, perlu kepada kepakaran-kepakaran yang berbeza. Sebab tidak semua orang dilahirkan dengan keupayaan yang sama, dan misi yang serupa.

 

Kerana lain orang, lain I.Q., bakat semualjadi dan pengalaman hidup!.

 

Berbekal dengan Empat(4) Kekuatan yang tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain, iaitu Kekuatan Akal, Kekuatan Jiwa, Kekuatan Fizikal dan Kekuatan Perasaan, maka lahirlah apa yang disebut sebagai insan berwatak ‘Abid’ dan berwatak ‘Mujahid’.

 

Sebagaimana berbezanya ‘Nabi’ dan ‘Rasul’, demikian jugalah Abid dan Mujahid.

 

Seorang Abid, ia hanya kisah akan diri, keluarga dan masyarakat dalam lingkungan hidupnya semata. Ia cenderung belajar untuk mencapai ilmu yang tinggi, tetapi terbatas dalam permasalahan hidup dan masyarakatnya sahaja. Lebih daripada itu, yang berbentok Global dia tidak berminat!.

 

Lebih dari itu, ALLAH SWT tidak menyalurkan ilmu kepimpinan kepadanya, sebab dia tidak dijadualkan untuk memimpin!. Tidak peliklah kalau ada imam yang tahu berkhutbah sahaja, tetapi tidak tahu memimpin. Sampai anak mukim tidak tahu apa yang dicakapkannya.

 

Sebab, karamah kalau diberi sekadar karamah lahir, bukan karamah batin/maknawi. Cakap-cakapnya tidak menjurus kepada hati, menyebabkan orang boleh berubah!.

 

Tetapi bagi Mujahid, dia dilahirkan untuk orang lain!.

 

Walaupun ilmunya tidak tinggi, tetapi ilmunya luas. Meliputi semua urusan hidup manusia, sebab dia dilahirkan untuk memimpin manusia.

 

Biasa orang yang dilahirkan begini, dia memiliki watak yang keras anugerah illahi, pengalaman hidup yang mencabar, berjiwa kental serta gagah berani. Dia mendapat didikan langsung dari ALLAH sejak kecil, dengan cobaan pertama.. jadi anak yatim piatu!.

 

Oleh kerana berbeza tahap ilmu, bakat dan pengalaman hidup, maka tidak peliklah apabila si Abid selalu menyalahi si Mujahid.

 

Dikatakan si Mujahid, ilmunya tidak betul, tidak kemas dan berkehidupan songsang!.

 

Sepertimana cerita Nabi Khidzir dan Nabi Musa a.s.

Kalau nabi dengan nabi dah macam tuu, kita apalagi!.

 

Seperti lah kita menyalahi kehidupan askar (mujahid) yang hidup ala Rambo, tidak terurus dan berjuang bawah tanah. Sedang kita tidak ketahui satelite dok intip dia siang malam untuk cari kelemahan untuk serangan!.

 

 

Ringkas cerita,

 

Tidak patut saudara menyalahkan orang perjuangan seperti kami ini dengan tuduhan sesat, dll semata-mata berlainan ilmu.

 

Ketahuilah saudara tidak terpilih untuk misi menegakkan Islam akhir zaman!.

 

Saudara tidak tahu ‘Jadual ALLAH Untuk Umat Akhir Zaman’. Siapa yang memulakan, tarikat mana, jemaah mana, negara mana bermula dan berakhirnya macamana.

 

Sebab saudara tidak berminat untuk mencungkil rahsia-rahsia perjuangan, umat dahulu dan sekarang, serta kata-kata tersirat dari nabi dan para wali untuk umat akhir zaman.

 

Tetapi itu semua, tidak ada kesan ‘ironi’nya bagi Mujahid..

 

Sebab mereka dilahirkan sebagai Pejuang, dan pejuang itu terkorban!. Tidak dinamakan pejuang kalau tidak rela terkorban. Terima kata nesta itu biasalah!.

 

Dan terkorban dalam jihad fisabilillah itu adalah matlamat hidup yang dicari!.

 

Bagaimanapun, sebagai pejuang mereka memaafkan dan meredhakan itu semua. Lebih-lebih lagi kerana menyedari akan sifat manusia yang lalai dan tergesa-gesa serta ‘suka menyalahkankan perkara yang dia tidak tahu”.

 

Bukan kerana perkara itu tidak ada. Ada!. Tetapi tidak ada dalam kepala hotak dia!.

 

Maka berlakulah sebagaimana trajedi tempoh hari.. AL ARQAM terkubur bersama titisan air mata dan keinsafan hati si Mujahid, dalam ketawa hilai orang bodoh!.

 

Sekian. Wassalam.

 

APIPI @ Abuya.Jr.001

 

Gua Musang

22122001