PERJUANGAN YANG TIDAK RELEVAN

 

Intro:

 

Not Relevant bermaksud tidak berkaitan atau tidak berhubungan atau terpisah antara satu ilmu dengan satu ilmu yang lain. Kalau diibaratkan gerabak keretapi, ia terputus-putus, tidak bersambungan di antara satu sama lain dari segi kebenaran. Bercampur aduk antara yang hak dan batil. Maka, jadilah dia.. ilmu yang tidak berlandaskan kebenaran, yakni - Batil!

 

Lebih menyedihkan, sesiapa yang terbabit dengan ilmu yang batil, kerja buat dia atau perjuangannya tidak mendatangkan pahala. Sia-sia buat peghabis beras, saja!. (Sila rujuk ‘Ibadah Dalam Islam’).

 

Hari ini, banyak jemaah melagangkan cara perjuangan masing2. Ada yang nak cepat ke atas (menerusi politik la tuu..), ada yang buat beransur2. Seperti orang dakwah yang berkeyakinan,.. ‘Pemerintah yang baik, datang dari rakyat yang baik’.

 

So.. mereka proses/terap iman kepada rakyat dahulu. Insya-Allah, pada suatu masa akan naik pemimpin yang baik dari kalangan rakyat yang baik2.

 

Pemerintah.. lantak dia lah!. Dia orang cerdik. Boleh fikir sendiri!.

 

Ada yang buat cara Nabi SAW (tanam iman dahulu, buat negara kemudian).

 

Ada yang pakai otak dia saja.. sampai langgar2 syariat!. Maki hamun orang, taghut sana, kafiak sini.. diri sendiri tak perihatin!. Walhasil esok, akan balik ke Negara Akhirat – bawa bakul kosong!.

 

(Kasihan.. itu yang kita tak mahu tenggok saudara2 seIslam kita buat kerja tidak berpahala. Kalau boleh biar semua dapat buat 200/300 istana Mahligai di akhirat!).

 

Apasal kita hidup di akhir zaman ni.. tak ambil ikhtibar cara orang zaman dahulu?. Jemaah2 Islam terdahulu banyak yang bungkus, terkandas dalam perjuangan. Kita janganlah pula terjun ke dalam lobang yang sama!.

 

Kenapa kita tak praktik cara Nabi Muhammad SAW. Cara nabi, walaupun beransur2, telah teruji sangat berkesan dan bertahan selama kira-kira 300 tahun!.

 

Cuba lihat kaedah dan uslub perjuangan Nabi:-

 

1)   Tanam Iman Dahulu, Baharu Buat Negara.

 

Apabila pembesar2 Quraish menawarkan kepada Nabi SAW, “Ya Muhammad... Kami bagi kamu wanita cantik, harta yang banyak, jawatan pembesar, dengan syarat kamu tinggal dakwah”.

 

Nabi seolah2 berkata, “Alhamdulilah.. Terima kasih banyak”. Pakai utk k/o saja la..

 

(Kenapa nabi tidak ambil sahaja jawatan pembesar?. Kan mudah sikit buat kerja!.

Kalau tidak dibenarkan bercakap, tunjuk akhlak saja pun.. orang boleh ikut dan terpikat dengan Islam!.

 

Seperti cerita seorang perempuan Yahudi, yang setiap hari membaling tahi unta kepada Nabi SAW. Akhir2nya masuk Islam.

 

Sebab nabi tahu, jika berlaku perang pada peringkat awal Mekah.. umpama 300 orang pergi perang, 300 orang lari balik!.

 

Lantas nabi berfikir, “Biar aku tanam iman dahulu. Nanti jika berlaku perang.. ibarat 300 orang pergi perang, 300 orang mati syahid di medan perang!. Tak ada yang berpatah balik”.

 

Lihatlah bagaimana siasah Nabi SAW untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini!. Nabi sedar beliau akan melalui beberapa siri peperangan dengan khabilah2 Arab Jahiliah. Justru baginda berkeyakinan, kekuatan jiwa perlu dibentok terlebih dahulu dengan iman dan takwa. Supaya tidak ada orang lari dari dari medan perang!.

 

Jelasnya, Nabi SAW bukannya nak buat Negara Islam terlebih dahulu. Tetapilah adalah untuk melatih kader-kader pejuang Islam supaya memiliki jiwa yang kuat dan tauhid yang tinggi. Supaya mudah diurus dan diarah-arah!.

 

Pembentokan negara Islam akan dibuat zaman lain!.. di sana ialah Zaman Madinah.

 

Inilah siasah perang Nabi yang tak dapat dibaca oleh para pejuang2 Islam akhir zaman ini. Bukannya nak tunjuk bagaimana kuatnya azam Nabi nak teruskan usaha dakwahnya sebagaimana difahamkan dari soal jawab di atas.

 

Keyakinan Nabi dah ‘solid dah’ dengan peristiwa2 yang dialami baginda sejak kecil, seperti pembedahan hati oleh para malaikat, peristiwa penurunan Wahyu Pertama oleh malaikat Jibril a.s., peristiwa Israk & Mijrak dan lain-lain.

 

Akan kata2 Nabi SAW, “Jika diletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, untuk aku tinggalkan kerja dakwah ini, nescaya aku tidak akan tinggalkan seruan Islam yang suci ini”.

 

Bukanlah kata-kata itu menunjukkan keyakinan baginda akan Islam itu agama yang benar, tetapi kata-kata itu lebih mencerminkan kepada keyakinan akan ‘teknik’ untuk merubah masyarakat Jahiliah di masa itu.

 

Kenapa Nabi SAW berkeyakinan begitu sekali bahawa teknik atau metodnya ‘tanam iman dahulu tuu..’ pasti berjaya!.

 

Lihat sabda Nabi SAW sekembalinya dari Perang Badar, “Kita balik dari medan perang yang kecil, ke medan perang yang lebih besar lagi”.

 

Terkejut para sahabat. “Ada lagi perang yang besar daripada ini, Ya Rasullulah?”.

 

Jawab baginda, “Ya!, iaitu perang melawan hawa nafsu!”.

(Berkehendakkan balak, minyak, kuasa, saham, pajero, dll – Nafsu lah tuu!)

 

 

Di sini kita harus faham bahawa ujian itu didatangkan oleh ALLAH SWT dalam dua(2) bentok, iaitu Ujian Berbentok Susah, dan Ujian Berbentok Nikmat!.

 

Ujian bentok Susah, seperti kematian, kemalangan, kebakaran, dll.. Insya-Allah, kita boleh sabar, kita boleh redha!.

 

Tetapi Ujian bentok Nikmat, seperti banglo, pajero, minyak, kuasa dan steno comel lote.. orang boleh gelap mata dan lupa daratan!.

 

Baik!. Kita ambil satu dua contoh supaya mudah nak faham..

 

Parti ADIL telah mendaftar sebagai parti politik tak sampai 2 tahun. Katakan dalam pilihanraya yang lepas, ADIL telah menang besar.. dan diarah untuk membentok Kerajaan!.

 

Terkejut besar, barangkali!.

 

Memegang Kerajaan bermakna menguasai semua khazanah bumi di Malaysia, seperti minyak, balak, bijih, Putra Jaya, Wang Ehsan, dll.

 

Kita faham tadi, bahawa Ujian Berbentuk Nikmat adalah ujian yang tersangat besar dan hampir2 tiada orang boleh lolos darinya!. Sudah pasti harta benda negara boleh terlepas masuk ke kantung sendiri, dan suku sakat daripada dimanafaat kepada rakyat jelata!.

 

Itulah sebab Nabi SAW menolak pelawaan Quraish untuk menerima jawatan pembesar!. Sebab Nabi tahu jika berlakulah Negara Islam zaman awal Mekah, sudah pasti pengikut2 nabi asyik membolot harta kazanah negara daripada beri tumpuan kepada mengurus hal ehwal negara Islam Mekah.

Sebab iman belum masuk ke dalam kalbu hati sanubari!.

 

Konklusi,

 

Berapa jemaah yang meladeni cara Nabi itu?.

Yakni, membentuk iman dan takwa para pengikut terlebih dahulu!. Bukan berebut2 kuasa pemerintahan!.

 

Setahu saya.. hanya satu jemaah saya yang mengikut cara nabi itu, iaitu Jemaah Darul Arqam!.

 

Abuya Ustaz Ashaari pernah melarang anak buahnya terlibat dengan politik. Kira2 katanya, “Jangan sesiapapun masuk politik. Kalau mengundi tak apa, tetapi jadi AJK - jangan!”.

 

Selama 25 tahun beliau pegang dan didik anak buahnya dengan Iman dan Islam. Kemudian seolah2 ia berkata, “Pergilah!.. pergilah ke mana yang kamu suka!”.

 

Bertepatan dengan pengharaman AL ARQAM (orang AL ARQAM kata, tamat pengajian), kira-kira 300 orang masuk UMNO. Seorang habukpun tak ada masuk PAS!.

 

(Kah!.. Kah!.. Kah! Mungkin orang PAS ketawa mendengar hal ini.)

 

Apa yang nak ditergelakkan!.

Itukan siasah Nabi juga!.

 

Pada Perjanjian Hudaibiyah, Nabi SAW ada bersabda, “Orang Mekah yang lari ke Madinah, hantar balik!. Orang Islam Madinah, yang lari ke Mekah.. tok sah hantar balik. Biar dok situ!.

Marah para sahabat. Jelas terbayang rasa kecewa kerana tak puas hati.

 

Akhirnya Nabi SAW menjelaskan, kira2 bermaksud, “Orang Islam yang beriman, dok lah kat mana.. kat Amerika, dalam night-club, dalam UMNO.. ia tetap dengan sembahyang bang dia!. Dia tidak akan engkar dengan segala perintah dan larangan Allah.

Malah, harus barangkali dengan ‘night2-club’ di‘Islam’kan!.

 

Itulah strategi Nabi yang orang PAS tak nampak!.

Siasah yang selamat dari kata mengata, keji mengeji dan karut mencarut!.

 

Nabi buat Islam ikut bawah. Tanam iman dan tauhid dahulu. Orang PAS buat Islam ikut atas.

“Kita buat negara Islam dahulu. Lepas itu kita buat Hudud, nescaya orang akan akur!.

 

Betulkan orang boleh akur – tanpa dorongan iman?

 

So.. lihatlah betapa tidak relevannya perjuangan orang2 berpolitik pada hari ini dengan cara Nabi Muhammad SAW.

 

Bagi ana, sesiapa sahaja yang naik ke atas, tanpa melalui pembentokan iman dan takwa... dia tetap akan buat kerja seperti orang dahulu juga, yakni kebas harta rakyat!.

 

Jawatan pembesar dijadikan kilang pabrik untuk mengumpul kekayaan di kalangan elit pemimpin, keluarga dan juga kroni.

 

Itu pasal lah kita orang dakwah nii.. tiada mood nak pergi mengundi. Sebab kita tahu ke mana akhirnya..

 

Lepas itu, kita yang bersungguh2 mencalonkan orang tanpa meneliti tahap iman dan feel perangainya terlebih dahulu,.. sebenarnya kita menghantar orang itu ke jurang api neraka!. Waliyazubillah!.

 

 

2)   Sistem Demokrasi – Platform Perjuangan Yang Batil.

 

Demokrasi ialah suatu sistem hidup ataupun ideologi bikinan akal manusia (yang sudah tentu terpengaruh oleh hawa nafsu) yang dicipta untuk mentadbir seluruh kehidupan manusia moden.

 

Di Malaysia, sistem ini datang bersama penjajah barat sekitar tahun 1411 masihi dan digunapakai oleh seluruh Negeri2 Melayu tanpa kelulusan Majlis Fatwa sehingga sekarang!.

 

Sebelum ini, kehidupan di Alam Melayu berkonsepkan Feudalisme, yang sedikit sebanyak hampir kepada kehidupan Al Quran dan Sunnah.

 

Sistem Demokrasi Terbuka, sebagaimana sistem ideologi2 yang lain banyak bercanggah dengan kebenaran dan Syariat Islam.

 

Contoh:-

 

a)   Satu Orang, Satu Undi.

 

Professor 1 undi, orang asli Pagan 1 undi. Adil ke?

 

Samakah orang cerdik dengan orang bodoh?.

 

Samakah orang buta dengan orang celik pandangan?.

 

Cuba kita tanya..

 

Siapa lebih ramai, orang cerdik atau orang bodoh dalam sesebuah masyarakat?.

 

Sudah tentu orang bodoh lebih ramai. Berapa kerat saja orang Malaysia lulusan universiti!.

 

Maka, kalau 1 orang 1 undi,.. akan berlaku, undi orang bodoh banyak, undi cerdik sedikit.

 

Bila undi bodoh banyak, maka naiklah pemimpin yang bodoh!.

 

Bodoh di sini bukan bermaksud, wakil2 rakyat tidak punya sijil kelayakan sekolah yang tinggi. Malahan, semuanya adalah graduate2 dari universiti tempatan dan seberang laut.

 

Bodoh bermaksud, “Pemimpin Yang Dipimpin”.

 

Bukan dia pimpin rakyat. Tetapi rakyat yang pimpin dia!.

 

Contoh.. katakanlah sebuah kampung atau wilayah yang suka sangat main bola. Siang malam, itu yang disepaknya. Kononnya, nak hilang kerunsingan bak sorru!.

 

Maka, suatu hari mengadaplah si rakyat ke rumah Tok Wakil. “Tok!. Kita nak tok buat stadium bola kat kampung kita nii.. supaya kita boleh jadi pemain professional dan mengharumkan nama negara”.

 

Berkata Tok Wakil, “Apa?. Daripada kamu orang dok sepak bola tak tentu hala tuu.. baiklah kamu orang ambil cangkul.. pergi tanam cili padi, atau apa2 yang harus ditanam!”

 

“Aiik.. Tok!. Marah nampak!. Nampak gaya kita kena pilih orang lain untuk penggal hadapan,” ugut si rakyat.

 

“O.K! O.K! Al Right! Kamu orang nak stadium besar mana, lampu tinggi mana?. Boleh sahaja Tok uruskan!. No Problem!”

 

Demikianlah yang terjadi kepada Tok Wakil yang lemah iman. Bukannya kehendak Allah dan Rasul diutamakan, tetapi kehendak rakyat marhen yang tak berapa betul jalan berfikir, yang banyak terpengaruh oleh hawa nafsu!

 

Firman Allah SWT. “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu”. (Al-Maidah: 49).

 

Cuba kita lihat cara Nabi SAW. Saja nak tunjuk betapa tak relevannya.. Demokrasi Terbuka yang kita buat, dengan Demokrasi Terpimpin yang Nabi buat!.

 

Sebelum Nabi SAW wafat, nabi namakan 10 orang Ahli Surga.

 

Ahli Surga maknanya Orang Besar Akhirat lah!.

 

Kita.. bila berhadapan dengan orang berpangkat ‘Dato’ pun, rasa kecik kepala, inikan pula Orang Besar Akhirat!.

 

Maka, berkatalah rakyat marhen.. bila timbul masaalah yang melanda negara..

“Kamu 10 orang.. bermesyuaratlah!. Lantiklah sesiapa saja di kalangan kamu yang 10 orang tuu!. Kami orang.. setuju belaka siapa sahaja yang kamu lantik!”.

 

Lihat!. Nabi tak buka masalah negara kepada seluruh rakyat jelata. Apa yang mereka ni tahu bak negara dan kepimpinan!.

 

Nabi buka kepada.. orang yang banyak ilmu, banyak amal, iman tinggi, akhlak yang baik, dll!.

 

Inilah yang dikatakan - Demokrasi Terpimpin!. Bukan Demokrasi Terbuka sebagaimana yang kita mainkan bagai nak gila nii!.

 

Kalau diperhatikan, inilah yang diamalkan zaman Kerajaan Melayu Melaka dahulu.

 

Berkata rakyat yang hina dina, “Tok!. Apa yang baik bagi Dato’, baiklah pada kami.. dan apa yang buruk pada Dato’, maka buruklah pada kami. Kami yang hina dina nii.. mengikut saja.

Segala perintah akan kami junjung di atas batu jemala patik..

 

Ringkasnya.. Menyamaratakan manusia itu satu penzaliman!.

 

Tidak boleh orang bodoh 1 undi, dan orang cerdik 1 undi!. Kalau tidak sampai bilapun, undi orang cerdik.. tenggelam dek undi orang bodoh, kerana suara orang bodoh lebih ramai!.

 

Kalau nak bagi adil jugak, sekurang2nya pemerintah hendaklah buat begini...

 

Orang lepasan Universiti.. kita beri 3 undi. Orang lepasan diploma atau sekolah menengah diberi 2 undi, dan orang sekolah rendah atau tak sekolah - 1 undi.

 

Tujuannya ialah untuk memperbanyakkan undi orang cerdik mengatasi undi bodoh!.

 

Sebab orang cerdik nii.. dia tahu semua maklumat calun. Mengaji di mana, feil perangai masa kat Amerika macamana, girlfriend banyak mana, minum banyak mana, saham berapa juta, dan bla.. bla..

 

Perkara2 serupa ini orang kampong tak tahu, dan mereka ni.. mudah sangat digula2kan!.

 

Boleh faham, tak?.

 

 

Perkara seperti ini, sepatutnya menjadi agenda utama dan langkah pertama pihak pembangkang untuk mengubah scenario yang tidak berpihak kepada mereka ini.

 

Mereka mesti pinda perlembagaan berhubung undi pilihanraya ini. Kalau tidak, sampai pecah anak tekak bersyarah sekalipun, mereka tidak mungkin dapat merebut undi orang bodoh!.

 

Sebab, mereka ni telah diberi makan kenyang oleh pihak pemerintah. Siapa yang tidak mahu sorru percuma, beb!.

 

 

b)   Sistem Demokrasi Terbuka Menegak Penzaliman.

 

Katakan ada 3 calon;

 

Calon A, dapat 4000 undi.

Calon B, 3000 undi, dan

Calon C, 2000 undi.

 

Siapa menang?.

 

Calon A menang sebab ia dapat undi terbanyak!.

 

Betul ke?.

 

Macamana dia boleh menang?. Sebab kalau dilihat pada undi yang tidak menyokongnya ialah sebanyak 5,000 undi (3,000 + 2,000).

 

Bagaimana dikatakan sistem yang demokratik, kalau yang naik itu bukan atas sokongan majoriti?.

 

Soalan..

 

Boleh stabil ke sebuah kawasan pilihanraya kalau undi penentang lebih ramai dari undi penyokong?.

 

Kalau digunapakai pada negara, boleh jalan tak?.. dasar pemerintahan yang digubal dengan baik itu!.. kalau rakyatnya, banyak yang tidak menyokongnya pada masa Pilihanraya Umum yang lalu.

 

Orang tak suka kan kita, boleh kah kita suruh dia buat kerja?.

 

Sila jawab dengan berlandaskan kebenaran!. Iaitu dengan ilmu yang hak.

Bukankah kita hidup di dunianya mencari kebenaran?.

 

Sudah tentu tidak bukan?.

 

Itulah sebabnya.. Demokrasi tidak boleh berjalan dengan baik tanpa dibantu oleh Akta, Polis dan Tentera.

 

Kita ambil contoh..

 

Katakan.. oleh kerana Tok Wakil yang dilantik secara demokratik (menang 4000 tuu..) berhasrat untuk membalas segala budi baik puak korporat yang menajanya dalam pilihanraya yang lalu.

 

Maka beliau bercadang untuk membuat satu padang golf untuk mereka!. Kononnya sebagai tempat bertukar2 fikiran dalam era ekonomi global.

 

Rakyat dengan suara majoriti (5000) bangun.. dan bercadang nak tunjuk perasaan dan memberontak!.

 

Berkata Tok Wakil mereka, “Kamu jangan pandai2 nak tunjuk perasaan!. Aku.. Tok Wakil kamu yang dipilih secara demokratik dan sah oleh kamu semua. Aku ada Polis, ada Akta, ada Tentera. Aku boleh tangkap kamu.. dan sumbat dalam jel kerana cuba nak lawan pemerintah!

 

Lihat saudara2.. bagaimana golongan yang kecil, boleh menguasai golongan yang besar!.

 

Islam ajar gitu, ke?.

 

Lihatlah.. bagaimana demokrasi tidak boleh mengatur hidup sendiri atau berjalan sendiri ataupun ‘tak larat dok!’ tanpa didokong oleh Akta, Polis dan Tentera.

 

Bukankah itu suatu penzaliman?.

 

Bagaimana Parti Islam PAS boleh bersetuju dengan kaedah yang batil ini?. Lantas berjuang sampai tak sedar diri.. tahu2 dok dalam jamban tahi!. Ingatkan dok dalam kebun bunga, tadi!.

 

Boleh pahala ke, kalau kita berjuang tidak berlandaskan kebenaran?.

 

(Sila lihat ‘Ibadah Dalam Islam’ untuk lebih maklum).

 

So.. jangan dok kata Mahathir tu zalim!.

 

Memang dah Sistem Demokrasi tu terprogram ke arah itu.

 

Maka berlakulah,.. amalan autoritarian tidak dapat dipisahkan dari sistem pentadbiran negara, yang memusatkan kuasa hanya pada seseorang individu.

 

Yang demo dok main bagi nak rak tuu.. sampai kata mengata, keji mengeji.. hingga laki bina boleh bercerai berai.. sanak saudara boleh tak gi mari.. kenduri kendara hingga jenazah pun tak ada orang nak urus.. tak ke bodoh tuu!.

 

Kalau Allah tanya esok, bagaimana kamu perjuangkan Islam di akhir zaman?.

Jawabnya, melalui Sistem Demokrasi Terbuka!.

 

Kah! Kah! Kah! Tergelak para malaikat dan umat2 nabi zaman dulu, brangkali!.

 

“Kamu ambil contoh dari mana?”, tanya Nabi SAW dengan tersipu2 akan bodoh umatnya, walaupun baginda ada syaafaat bagi mereka.

 

“Siapa yang pandai2 tafsir singkat akan tindakanku ini?. (Menamakan 10 orang ahli surga sebagai membolehkan Sistem Demokrasi Terbuka!)”.

 

Bengang! Bengang!.. apabila tahu jalan yang dirintis selama ini – ialah jalan syaitan!.

 

 

c)    Parti2 tuu.. Assobiyyah!

 

Sabda Nabi SAW, “Tidak ada fahaman kebangsaan dalam agama Islam”.

 

Apa itu fahaman kebangsaan?.

 

Faham kebangsaan ialah satu fahaman yang sempit, yang sentiasa mengajak manusia bergaduh!.

Sebab setiap manusia itu ada bangsa, ada negara dan berasal dari suku kaum tertentu.

 

Kalau masing2 orang nak menegakkan bangsa/kaum.. orang Melayu dengan Melayu, Cina dengan cina, dll... boleh huru hara seluruh negara!.

 

Ringkasnya, sikap berpuak2 ini dilarang oleh agama dan fikiran yang sihat sekalipun!.

 

So.. what’s special with parties?.

 

Lebih kurang sama jugalah, iaitu sikap berpuak-puak!.

 

Bagaimana tok-tok guru boleh membenarkan perkara ini berlaku?.

 

Apa hujah mereka bahawa parti2 tuu.. tidak memudaratkan perpaduan bangsa?. Seperti yang berlaku sekarang!.

 

Sikap berpuak2 membawa kepada koronisme, nepotisme, salah guna kuasa, dsb.nya.

 

Sedangkan setiap perkara yang membawa perpecahan, hukumnya haram!. Wajib dibenteras terlebih dahulu!.

 

Oh ya!.. mereka kata.. Parti kita adalah kumpulan yang memperjuangkan kehidupan mengikut Al-Quran dan Sunnah.

 

Betul ke?. Yang demo beria2 sangat nak kepada kuasa tuu.. ada kepentingan lain, kot?.

 

Janganlah nak tempelak kita!.

 

Kita tahu.. orang zaman dahulupun berjuang untuk agama dan bangsa. Mereka ni berjuang dengan niat yang ikhlas, Lillahi Taala!.

 

Tak ada niat nak tumbang kerajaan dan ambilalih kuasa!.

 

Tengok saja Syaidina Ali r.a., elok2 saja dia nak pancung kepala musuh, musuh itu pula meludah mukanya!. Tak jadi bunuh ia!.

Bila ditanyakan kenapa?. “Hamba takut pukulanku ini kerana kemarahanku (menurut hawa nafsu), bukan kerana Allah SWT.”

 

Perjuangan mereka mendapat pahala,  perjuangan kita mendapat dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Sebab bercanggah dengan syariat, serta tidak relevan dengan keadaan semasa.

 

Apa yang tidak relevan?.

 

Sila lihat ‘Siasah Perjuangan Dalam Kontek Belum Bersedia’.

 

 

d)   Hakikat Pemerintahan Demokrasi – Pemerintahan oleh Akal dan Nafsu manusia semata.

 

Dalam sistem pemerintahan demokrasi seperti yang ada pada hari ini, dasar dan matlamat pemerintahan ditentukan oleh akal dan nafsu manusia semata.

 

Dalilnya apa?.

 

Pemimpin yang ada pada hari ini adalah wakil2 rakyat yang naik untuk memperjuangkan hasrat rakyat!. Itu sebab dinamakan Wakil Rakyat!.

 

Mereka akan bersuara mengikut suara rakyat, dan bertindak mengikut kehendak rakyat!.

 

Hakikatnya, dasar pemerintah ditentukan oleh rakyat!.

(Istilah ‘rakyat’ hendaklah dilihat sebagai mewakili gelombang hawa nafsu yang besar dalam masyarakat).

 

Sedangkan dalam Islam, pemerintah itu Wakil Allah!.

 

Allah yang lantik, dan Allah yang naikkan!.

(Sila rujuk, “Bagaimana Islam melantik pemimpin”. Insyaallah akan terbit!).

 

Jadi, mereka bertanggungjawab kepada Allah untuk menjalankan segala dasar dan matlamat pemerintahan yang Allah tentukan. Yang semuanya telah termaktub dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

 

Jelasnya, dasar pemerintahan hendaklah merujuk kepada Al Quran, As Sunnah dan ulil amri!.

 

Sebarang pengambilan hukum selain hukum Allah Taala, boleh jatuh kepada hukum Zalim, Fasiq atau Kafir! (lihat keadaan lah!).

 

Ini juga dikatakan Sistem Pemerintahan Sekular kerana kita mengambil ‘Perlembagaan Dunia’, yakni Sistem Demokrasi Terbuka daripada Perlembagaan Al Quraan-ul Karim!.

 

Bagaimana orang PAS boleh mendakwa pemerintah mengamalkan Sekularisme, iaitu politik suku, dan agama suku!.

 

Sedangkan platform (Sistem Demokrasi) yang mereka gunakan untuk perjuangkan Islam akhir zaman itupun sudah mengasingkan dunia dan akhirat!.

 

(Dan, tidak hairanlah mengapa Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri/Negara sentiasa dipinda2 sebab Kerajaan yang dilantik adalah untuk melaksanakan kehendak rakyat, bukan mengikut kehendak Allah dan Rasul!.

 

Pindaan adalah disebabkan oleh sesuatu yang dirasakan tidak adil, sedang pengertian ‘adil’ berubah2 mengikut persepsi pihak2 yang berkepentingan!.

 

Apabila lain pihak naik merajui negara, maka lain pulalah tafsiran ‘adil’ dibuat!.

 

(Sila lihat ‘Keadilan Dalam Islam’. Insyaalah akan menyusul).

 

Maka, kalau kita dok bertekak soal pindaan perlembagaan.. maka ketahuilah.. sampai bilapun ianya tidak akan selesai selagi Tok Wakil kita bergelar ‘Wakil Rakyat’, bukan Wakil Allah!.

 

Khidmat yg diberi sekadar melepaskan angin lalu saja, bukan atas dorongan hati yg ikhlas, apa lagi utk mendapat keredhaan Allah SWT.

 

Tidakkah itu dinamakan.. perjuangan yang batil!.

 

Bagaimana kita boleh tersilap dalam memainkan peranan sebagai hamba dan Khalifah Allah. Yang sepatutnya mentadbir alam ini mengikut kehendak Allah dan Rasul (Al Quran dan Sunnah).

 

Bukan kehendak rakyat yang bodoh yang terpengaruh oleh hawa nafsu dan syaitan.

Firman Allah SWT, “Sesungguhnya nafsu (amarah) itu sangat mendorong kepada kejahatan”. (Yusuf: 53)

 

Jelasnya, perjuangan yang tidak berlandaskan kebenaran tidak akan dinilai sebagai amal ibadah di sisi Allah SWT.

Sia2 sahaja!. Habis wang berjuta, tetapi Allah tak beri pahala!.

 

(Sila rujuk ‘Lima Syarat2 Ibadah’ untuk lebih maklum).

 

 

e)    Kepentingan Allah dan Rasul Tergadai.

 

Dalam pilihanraya, bermacam2 golongan manusia turut mengundi.

 

Ada golongan peniaga, petani, buruh, nelayan, cendekiawan, budayawan, seniman, artis, ahli sukan, dll yang datang dari berbagai bangsa, suku kaum dan etnik.

 

Masing2 golongan ada niat masing2. Mereka akan mengundi sesebuah parti bukan kerana menyokong dasar parti itu, tetapi kerana marahkan parti lawan!. Kerana tidak bersedia untuk memenuhi kehendak dan tuntutan mereka.

 

Maka, apabila parti yang disokong itu menang, mereka akan menuntut hajat masing2!. Kalau 10 golongan, maka 10 macam perkara dituntut!. Sekalipun yang diminta itu membebankan rakyat dan negara, namun terpaksa dilakukan.. takut2 kehilangan undi pada penggal pilihanraya akan datang.

 

Maka berlakulah, pemerintah bukan mencorak negara tetapi rakyatlah yang mencorakkannya mengikut selera nafsu mereka!.

 

Akhir2nya, pemerintah umpama patung kerana terpaksa mengikut kehendak rakyat ramai yang ‘buta akhirat’, bukan mengikut dasar parti dan kepentingan umum lagi!.

 

Kalau dah dasar parti pun tidak boleh ikut, apalagi nak berbuat mengikut kepentingan Allah dan Rasul!.

 

Bukankah itu dinamakan mengadai agama Islam, tanpa perlu mengundang kapitalis dan penyangak Soros!.

 

 

f)     Sentimen Kepartian.

 

Pemerintah yang naik melalui Sistem Pilihanraya, pastinya tidak selamat dari sentimen kepartian!. Yakni, ia akan utamakan orang2 partinya dengan menganaktirikan rakyatnya yang lain yang tidak separtai dengannya!.

 

Sikap koronisme, nepotisme, mementingkan kaum dan bangsa sendiri, dll dapat tidak pasti berlaku.

 

Sudah tentulah golongan2 lain tidak puas hati!. Keadilan dan  perpaduan sebenar tidak dapat ditegakkan selama2nya.

 

Bukankah ini suatu yang batil!.. dan sudah pasti tidak beroleh pahala ibadah, bahkan berdosa pula kerana bercanggah dengan ‘Lima Syarat2 Ibadah Dalam Islam’.

 

 

Sebenarnya banyak lagi kelemahan2 yang terdapat dalam Sistem Demokrasi Terbuka, yang tak kuasa saya nak menulisnya.

 

Tetapi jika saudara2 masih ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi,... just klik ke laman web ‘Abuya At-Tamimi.dot.com.’

 

(Maaf lah!.. kalau tak dapat access ke sana. Nak buat guano, harta depa, bukannya kita boleh guna ikut suka. Depapun bukan main sedap saja guna kuasa, untuk halang orang cari2 kebenaran.. dari sumber terbuka!

 

Harap kat org politik, tak kan diaorang nak cerita perkara2 kelemahan seperti ini. Ya lah!, siapa nak tabur pasir ke dalam periuk nasi sendiri!. Biarpun Sistem Demokrasi Terbuka tuu, jelas sangat batilnya dan tidak berproduksi pahala ibadah!. (Sebab bercanggah dengan ‘5 Syarat-syarat Ibadah’).

 

Maka berlakulah.. rakyat marhean, tua kecil bodoh & cerdik, menari2 samba sama tok guru mika, ulamak2 politik yg terkenan golek inul tuu!).

 

Anyway, kalau you’ll nak tahu jugak kelemahan2 dan cacat cela dalam Sistem Demokrasi Berpilihanraya tuu, boleh saja login ke http://server.com/WebApps/db-view.cgi?id=97381

 

Saudara2 juga boleh bagi pendapat dari sana, untuk dikongsi bersama sahabat2 perjuangan yang lain, yg berminat utk buat tesis ttg perkara ini.

 

 

Ringkasnya, kalau nak diibaratkan Sistem Demokrasi Sekular ini, adalah ibarat ‘tahi kering’ di tepi pantai, yang dah tidak berbau dan berwarna kehitam2an!. Kerana telah 1/2  minggu kena panas terik matahari.

 

Budak2 dok main bola, tidak terperasan tersepak tahi kering setiap hari. Maka, apabila diamati2 dan ditilik2, terjeritlah mereka, “Hiss! Tahiik la!”

 

Begitulah Sistem Demokrasi Terbuka Berpilihanraya yang kita main bagai nak gila ni, kalau diperhati2kan, jelas sekali kebatilannya kerana bercanggah dengan syariat lahir dan batin.

 

Maka, pandailah2 kita bawa diri kerana ALLAH SWT akan soal kita esok!. Mungkin saya dan saudarapun akan bertekak di Padang Masyhar esok, dan ALLAH SWT akan jadi pengadil yang Maha Adil & Bijaksana.. kot ya begitu.

 


3)   Hudud – Isu Yang Tidak Relevan Dengan Masa

 

Sebelum saudara2 membaca isu Hudud ini, elok sekali saudara menatap barang seketika ilmu asas di bawah:-

 

a) Perbezaan Pendapat – Yang Dibenar dan Tidak Dibenarkan.

 

Sebab kita tidak mahu orang dengan mudah menjatuhkan orang lain dengan hukum kafir, zalim atau fasik.. di atas perkara yang dibenarkan untuk berbeza pendapat!.

 

Hudud, pada pengertiannya ialah..

 

“Suatu hukum jenayah syariah dari Allah SWT yang diturunkan kepada masyarakat yang sudah baik2, untuk menjaga kebaikan dalam masyarakat, daripada dirosakkan oleh orang2 yang tidak makan diajar”.

 

Ringkasnya Hukum Hudud, Allah SWT turunkan kepada masyarakat yang telah terbina tamadun insani dan material yang lengkap sempurna. Sudah tidak ada lagi penjahat2 dalam masyarakat. Kalau adapun sedikit sahaja.

 

Suasana kehidupan masyarakat di waktu itu, aman sejahtera dengan sikap toleransi, pemaaf, sabar, berkasih sayang, dsb.nya.

 

Kerana di situlah fungsi hukum hudud yang sebenar ‘Hudud Membawa Keselamatan Dunia Akhirat’ dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

 

Tetapi kalau dilaksanakan di dalam masyarakat yang masih jahat, jatuh ke bala pula!.. yakni riuh rendah dengan sumpah seranah, kejam, zalim, dll.

 

Saya telah mengulas dengan lanjut akan perkara hudud ini di dalam ‘Falsafah Hudud Dalam Islam’.

Saudara2 dipersilakan baca dan komen.

 

Jelasnya, hukum hudud tidak relevan dilaksanakan pada ketika ini, di mana majoriti rakyat Malaysia masih beriman ilmu dan beriman takliq!.

 

Kena proses dahulu masyarakat melalui ‘Dakwah dan Tarbiah’ yang berterusan dan istiqamah... sehingga semua orang faham, dan penjahatpun.. dah malu dengan jahatnya!. Kerana dia sedar.. dia seorang sahaja yang tak makan diajar, sedangkan majoriti rakyat yang lain telah berubah dan jadi baik!.

 

 

KESIMPULAN

 

Aea.. apa nak jadilah!.

 

Semua aspek perjuangan tidak relevan dengan kebenaran!. Baik dari segi teknik, platform, dan isu yang diperjuangkan!.

 

Itu belum kira orang kampung, yang tiada kena mengena dengan siasah pentadbiran negara, tetapi berpecah belah kerana ceramah2 kita yang tak betul!.

 

Sepatutnya, orang politik kalau nak bergaduhpun, buatlah kat parlimen!. Jangan dibawa ke kampung2. Jangan dilibatkan orang2 kampung yang tidak tahu menahu hal2 kenegaraan dan kepimpinan. Tidak bersangkutan atau relevan dengan mereka!.

 

Kehidupan mereka jadi punah ranah!.. isteri boleh berpisah dengan suami, sanak saudara boleh tidak bertegur sapa, zairah menziarahi pesakit ketika mati sahaja, dll.

 

Dan yang lebih merugikan ialah.. bila kesempatan hidup di dunia untuk berbuat sebanyak mungkin pahala akhirat tidak terhasil!.

 

Sebab, sudah tidak boleh lagi ikut meraikan majlis perkahwinan saudara mukmin yang lain sebab berbeza parti, tidak dapat ikut menyembahyangkan jenazah,  berjual beli dan bersolat hajat, dll.. semata2 kerana tidak sebulu dalam fahaman politik!.

 

Apa punya rugilah kehidupan hidup di dunia,.. sedang kita nak balik akhirat dengan bakul yang penuh pahala!.

 

Oleh sebab hal2 di atas lah, maka..

 

Orang dahulu berjuang dapar pahala, kita berjuang dapat dosa!.

 

Kalau pada Tok Guru pulak, dapat 2 kali dosa!.

 

Pertama, dia menganut fahaman politik yang batil.

 

Kedua, dia jadi contoh pada semua orang.. yang memang malas nak berfikir akhir2 ini. Pakai ikut kata Tok Guru.

 

Aiik!.. Tok Guru katakan!. Tok Guru mana boleh salah!.

 

Yalah!. Tok Guru demo, bukan Tok Guru kita!.

 

Sekian, wassalam.

 

Abuya Jr.001

100101

 

 

 

 

(Untuk kefahaman yg lebih kemas lagi, ttg wajibnya kita meninggalkan Sistem Demokrasi Berpilihanraya ini, sila lah baca akan topik2 berikut:-

 

a)        Apa itu Politik Islam?

 

b)      Kalau kita tidak bertaqwa.