Welcome to

Abuya.Jr.001 @ APIPI
Home Page
Prakata

Mukaddimah

Ilmu Asas

Komentar

Issu Semasa

Kolum Cantas

From Arkib's

Penutup

Home

Mukaddimah

Berkata Ahli Bistari, ‘Lain tempat, lain belalang. Lain zaman, lain cara hidup dan masalah2 kehidupan yang dihadapi oleh manusia.'

Apabila lain zaman, maka kaedah dan uslub perjuangan tentulah lain. Teknik penyelesaian pastinya, lain dari yang lain!.

Orang tak naik unta dah!. Orang naik kapal terbang.. dan skop operasi pun sudah luas. Cabaran pun luas dan diterima di segenap penjuru. Kalau dulu pakai lembing dan panah, sekarang pakai bom.. habis mati, lembu, kambing dan tumbuh2an.

Perang sudah tidak membawa keselamatan. Perang sudah bawa kemusnahan!.

Maka hukumpun berubah. Kalau dulu perang fizikal diwajibkan, tetapi sekarang perang fizikal sudah jatuh haram!. Tak boleh guna dah!.

Untuk mempertahankan diri, tak apa!. Tetapi untuk tawan dan benteras penzaliman di negara orang, tak boleh!.

Yang dibolehkan sekarang, ialah Perang Fikiran atau Minda!. Sebab yang diutamakan ialah.. pokoknya, Perang Membawa Keselamatan.

Kerana Islam itu agama selamat dan menyelamatkan!.

Ringkasnya, kalau dahulu teknik penyelesaiannya tepat, maka sekarang teknik tersebut tidak semestinya boleh dipakai lagi. Kerana tidak beroleh hasil yang serupa!.

Di atas adalah sebahagian daripada kecelaruan fikiran yang dihadapi oleh pemuka2 negara dalam bidang siasah. Dan ini berlaku kepada banyak bidang kehidupan manusia lainnya, seperti pendidikan, ekonomi, politik, dsb.nya.

Jelasnya, manusia abab muktahir ini tidak tahu atas hukum mana untuk bertindak supaya selaras dengan lima(5) hukum syariat, dan bagaimana teknik penyelesaian yang harus diambil.

Nak ambil contoh2 hukum pada insiden2 di dalam masyarakat Islam zaman dahulu... tak relevan pula dengan keadaan semasa. Tidak semestinya hukum sunat pada zaman dahulu, dihukum sunat pada zaman moden ini!.

Contohnya, sembahyang Sunat Rawatib. Orang di zaman solahfussoleh, tak sembahyang sunatpun tak apa!. Sebab sembahyang fardhu mereka dah khusyuk 100%. Cabut anak panah di kakipun, tak rasa apa!.

Tetapi manusia di zaman moden ni... sembahyang sunat dah jatuh Wajib Aradhi! (wajib mendatang). Sebab sembahyang fardhu mereka hanya khusyuk +/-30% sahaja, maka wajib di`cover-up' segala kekurangan itu dengan sembahyang sunat!. Kalau dok harap dengan 30% tuu... untuk masuk Surga, jangan mimpilah!.

(Wajid Mendatang ini berlaku atas dirinya seorang sahaja. Itupun kalau dia tahu taraf kedudukan imannya masa nyata. Sangat2 lemah, katakan!.

Tetapi kalau seluruh Malaysia, rakyatnya terbukti khusyuk setakat 30% sahaja, maka Majlis Fatwa Kebangsaan mesti mengeluarkan fatwa mewajibkan mengerjakan amalan solat sunat mengiringi solat fardhu!. Sebagaimana ulama menghukum haram ke atas rokok kerana ia telah terbukti penyebab kanser!. Sebelum itu dihukum makruh sahaja.

Masalahnya, tidak ada jangkasuhu khas yang boleh mengukur - khusyuk atau tidak khusyuk sembahyang seseorang!. Tetapi janganlah pula mengatakan ia tidak berlaku!.

Inilah dikatakan zaman berubah, hukumpun boleh berubah!.

Sebagaimana firman Allah SWT, "Tiap2 satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh 'suratan azali'. (Ar-Ra'd: 38)

Kalau berbeza tempat lagikan berubah hukum (seperti hukum jadid Imam Shafei), inikan pula perubahan zaman!

Maka, tidak hairanlah apabila segala usaha2 penyelesaian yang diambil tidak menepati sasaran. Tidak dapat menyelesaikan masalah!.

Bagaimana ini bisa terjadi demikian?

Kerana kita masih mengamal tafsiran, kaedah dan uslub perjuangan cara lama (konvensional), berdasarkan kitab2 tua 1920an dan menjadi rujukan hingga sekarang!.

Boleh dibaca, tetapi tidak boleh diambil panduan untuk tindakan!.

Sebab ia tidak praktikal dengan kehidupan semasa, serta tidak dapat menyelesaikan perkara pokok. Seperti contoh di atas, iaitu Perang Membawa Keselamatan!.

Ini yang berlaku pertentangan hebat di Malaysia sekarang. Antara teknokrat tua dengan golongan muda yang inginkan reformasi. Antara ulama konvensional dengan ulama yang membawa aliran 'ilmu mujadid'.

Siapa di antara dua jenis ulama ini yang lebih relevan dengan masa?.

Kita lihat...

Sabda Nabi SAW, “Akan didatangkan kepada umat ini, setiap awal kurun, seorang Mujadid yang akan membaharui urusan agama”.

Atau biasa disebut, "Mujadid zahir awal kurun".

(Kita ni semua duduk di awal kurun la ni!! (1400H - 1425H). Itu pasal lah banyak sangat bala yang berturut2 datang menimpa. Ada benda besar nak datanglah itu!)

 

Bila disebut, "... akan membaharui urusan agama". Maka adalah yang kena baharu tuu!.

Tak kan dok kilik kitab lama, ilmu lama... sedang ini zaman internet!. Zaman orang nak meneroka bulan bintang, dah!

Bukankah Islam itu sesuai untuk semua zaman!. Yakni, sesuai ditafsirkan untuk semua zaman, asalkan pokok atau maksud asalnya tak lari!

Kalau dok guna kitab lama, mencari2 kaedah bagaimana nak menyelesaikan masalah kehidupan masyarakat moden, memang tak jumpa pun!.

Mana orang dahulu terfikir, harta anak yatim boleh sampai angka ribu2 juta - kalau tidak diniagakan, jatuh membazir pulak!. Harta wakaf tidak diusik, sampai naik berhantu!. Masalah bohsia, bohjan, anak tabung uji, internet, intranet, klon manusia, klon kambing, dan bla..bla..

Benda2 seperti ini, tidak terfikir oleh ulama2 zaman dahulu boleh berlaku dalam kehidupan manusia. Apalagi cara2 mengatasinya!.

Tetapi kerana ulama konvensional masih nak bertahan dengan hujah lapuk mereka, biarpun tidak relevan dengan keadaan semasa..

Maka, terpaksalah kita melancarkan perang minda untuk faedah semua.

Sekian, wassalam. Selamat Membaca.

APIPI@Abuya.Jr.001