ULASAN KEPADA ‘ROH AMAL’
Hah!.
Amacam!. Best tak?. Class tak ilmu Tok Guru saya?.
Itulah...
orang yang dianggap sesat, jangan kita remeh-remehkan!. Kot2 terlepas mutiara2
ilmu dari mulutnya. Nasib baiklah ada Abuya.Jr.001 tolong terjemah dan gilap
kembali ilmu yang terpendam!.
Kalau
ikut perintah Pusat Islam tuu.. ilmu yang baik terkubur begitu sahaja!. Dia
orang nampak yang negatif sahaja!. Yang positif tuu, tak ada!. Melainkan kahwin
banyak. (Yang ini, mika nak ikut!).
Dan,
dengan bantuan internet, saudara2 mendapat ilmu yang ‘up-dated’ dan pantas
sekali.
Kalau
dok harap kat ustaz ceramah kat masjid, entah bila nak syarah bab ‘Roh Amal’
ini!. 2 atau 3 tahun baharu ketemu, brangkali?.
(Dan
lumrahnya begitulah!. Ilmu yang baik itu, makan masa berbulan2 hatta
bertahun2.. baharulah sampai ke pengetahuan kita!.
Nak
buat guano!. Akhbar dan radio TV dia orang punya!.
Dia
ada kuasa men’frame’ pemikiran orang banyak!. Kalau dia kata sesat, maka
sesatlah!. Untuk memudahkan mereka ambil tindakan selanjut).
So..
jangan ingat saluran2 ilmu di internet ini ‘back dated!’. Malahan, ianya
‘up-dated’ dengan falsafah kehidupan semasa.
Lainlah,
kalau saluran2 itu membawa ilmu yang batil, seperti saluran2 PAS dan puak2
Reformasi. Pastinya ia mengundang.. sifat dengki, marah dan dendam kesumat
terhadap para pemimpin negara. Tak fasal2.. hati yang putih bersih jadi gerhana
dan gelap pekat!. Gara2 tidak pandai menjaga dan mengatur urusan hati!.
Sebab
sifat nafsu itu cenderung kepada keburukan. Keburukan terhadap pemimpin yang
dibawa oleh puak2 yang tidak dapat menerima takdir illahi. Apalagi untuk redha
dengan ujian dan musibah tersebut!.
Tidak
seperti perangai orang Arqam, yang ‘cool’ tak kira apa ujian mendatang!. Mereka lebih akur kepada sabda Nabi SAW, “Berlaku
baik kepada mereka yang berlaku jahat kepada kamu”.
(Sila
lihat ‘Hakikat Ujian Allah SWT’ dan “Siasah Perjuangan Dalam Konteks Belum Bersedia”).
Kembali
kita..
Ilmu
berkaitan ‘Roh Amal’ ini sememangnya suatu yang berat dan mendalam. Tidak ramai
orang boleh mensyarahkannya secara jelas dan mudah faham!. Itu sebablah kita
jarang sekali mendengar para ustaz mensyarahkannya di masjid2. Kalau adapun,
bahasa yang digunakan berbelit2, sukar difahami!.
Last2
sekali, timbul boring!.
(Itu
sebablah kenapa ada yang suka borak2 di luar masjid. Daripada mendengar perkara
yang susah nak faham, lebih baik berborak tentang perkara2 semasa yang mudah
nak faham!.
Semuanya
bersebab dari – penceramah yang tak ada minda!.
Bercakap
terawang2, tidak ada teknik penyelesaian yang relevan dengan cabaran semasa
atau zaman IT, tidak ada ‘role model’ untuk dicontohi, dll.
Nak
relevan macamana kalau dok rujuk ‘Kitab Kuning’ karangan ulama2 zaman dahulu!.
Nak
kenal ulama yang sedemikian tidak payah!.
Iaitu
mereka yang tidak lancar membaca tulisan Rumi- metod tulisan yang menjadi
pengantara ilmu abab muktahir ini!.
Itu
belum lagi tanya Bahasa Inggeris, bahasa antarabangsa.. yang menjadi ‘medium’
perhubungan antara manusia dengan segala permasalahan hidup mereka untuk
dikongsi bersama!.
Lagi2
terlopong lah bila tenggok masaalah kehidupan di negara Orang Putih melalui
kacamata TV. Sebab tersangatlah takjubnya! – kenapa boleh berlaku demikian?.
Itu
sekadar nonton TV, belum mengalaminya sendiri!.
Maka,
siapa lebih mantap ilmunya?. Yang tengok sahaja atau yang bergelanggangan untuk
berdakwah di tempat orang dengan meninggalkan keseronokan hidup bersama anak
isteri?.
Jadi,
bagaimana ulamak yang sedemikian boleh pegang ‘microphone’ di masjid2 dan..
bolot untuk dirinya seorang saja?. Tidak hairanlah, jemaah semakin hari semakin
berkurangan!. Last2 tinggal Tok Iman dan Tok Bilal, sahaja!.
So,
jangan ditanya kenapa orang tak pergi masjid!.
Periksa
diri sendiri dulu, kemudian baharulah tanya orang lain!.
Sebab
utama ialah kerana para ustaz tidak ada wibawa dan tidak ada ilmu untuk menarik
orang!.
Yang
ada – sikap tunjuk warak dan zuhud untuk tarik kepercayaan orang!.
Itu
belum ditanya lagi, isu-isu politik yang dimainkan dalam masjid yang tidak semua
orang gemar kepadanya!.
Kerana
semua orang maklum – Politic is a dirty game!.
Baik.
Diringkaskan
cerita.. berikut ialah ulasan saya terhadap kuliah ‘Roh Amal’ di atas.
Pertama2
sekali kita kena tahu membezakan antara ilmu yang diperolehi hasil ‘Mujahadah’,
dengan ilmu yang diperolehi secara belajar dan mengadap guru semata!.
Sebab
kedua2nya itu ibarat langit dan bumi!.
Yang
satu itu berkat, dan boleh memberi faham kepada orang lain, seterusnya boleh
berlaku perubahan kepada diri pendengar.
Yang
satu lagi itu, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!. Sekadar boleh
faham tetapi tidak boleh berlaku perubahan pada diri.
Ringkasnya,
kalau nak cari Tok Guru.. carilah jenis orang yang suka bermujahadah.
Insya-Allah, ilmunya berkat, boleh faham dan boleh berlaku perubahan pada diri.
Contoh
terbaik, ialah ilmu tentang ‘Roh Amal’ ini.
Bukan
calang2 orang boleh mengutarakannya dengan mudah, sistematik dan boleh difahami
oleh semua peringkat umur.
Itulah
dikatakan, ilmu yang terbit dari hati (hasil mujahadah), akan jatuh ke hati
(pendengar).
Orang
boleh faham dan.. insya-Allah boleh berubah!.
Dan ilmu hasil mujahadah ini biasanya bertentangan dengan normal2 pengajian ilmu. Sebab ia mendapat percuma2 sahaja tanpa usaha belajar, mentelaah, muzakarah, dll.. sampai nak pecah kepala!.
Kerana ia ilmu ‘Laduni’ yang dicampakkan oleh ALLAH SWT ke dalam hati hamba2nya yang disukai-Nya tanpa usaha belajar yang memenatkan!. Sebagai ‘hadiah’ kepada hamba2nya yang suka bermujahadah!. Sesuai dengan firman-Nya, “Barangsiapa bermujahadah ke jalan kami, nescaya kami akan tunjuk jalan kami itu”.
Dan, memperoleh ilmu melalui proses mujahadah
ini.. sangat2 kontra dengan Wahabi dan pihak2 yang suka menolak golongan sufi
dan ilmu tarikat seperti Pusat Islam!.
Banyak
orang tertipu dengan perkara lahir.
Ingatkan..
dengan bekerja, sembahyang, berpuasa, haji, berjuang dan berjihad, dsb.nya itu,
Tuhan dah tentu beri pahala amal ibadah!.
Rupanya
tidak!. Belum cukup syarat lagi!.
Perlu
ada ‘Roh Amal’, ataupun disebut ‘Natijah’ kepada Lima(5) Syarat-syarat Ibadah
Dalam Islam.
Baharulah
ALLAH SWT nilai sebagai pahala ibadah!.
Jelasnya,
betapa kita semua tertipu dengan amalan2 hidup kita selama ini. Disangkakan
‘Bakul penuh pahala’, tetapi ‘Hampas sepenuh raga’!.
(Sila
lihat ‘Ibadah Dalam Islam’ untuk lebih
maklum).
Siapalah
Tok Guru yang men’design’ kurikulum pendidikan kita ini... sampai habis semua
sesat barat!.
Bidang
politik lebih2 lagilah!. Habis dikarut oleh ulama politik sampai ALLAH pun
dituduh mencarut!.
Bagaimanapun,
yang jelas ialah... betapa ilmu asas Abuya ini terbukti relevan antara satu
sama lain!.
Kalau
saudara menolak salah satu darinya – ‘Roh Amal’ atau ‘Lima Syarat2 Ibadah’ – saudara pasti rasa ada
sesuatu yang tidak kena.. dalam kembara membina syaksiah diri!.
APIPI@Abuya.Jr.001
310701