IBADAH
DALAM ISLAM
(Kolumnis
ini, target utama ialah – nak cakap bahawasanya kerja buat kita sehari2,
terutama perkara2 Harus, biarlah berpahala!. Kalau tidak sia2 punya hidup.
Dan yang
sebenar2 nak cakap ialah.. kerja politik dan jihad kita tuu.. Tuhan tak nilai
sebagai ibadah kalau tak cukup ‘Lima(5) Syarat2
Ibadah Dalam Islam’).
Firman Allah SWT, “Tidak
aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku”. (Ad
Dzariat: 56)
Kalau ikut bahasa pasarnya.. kita manusia
ni.. tiada kerja lain di dunia ini melainkan buat ibadah kepada Allah SWT.
Tetapi, masakan
Allah mencipta manusia hanyasanya untuk menyembah Allah semata!. Kalau begitu, lebih
baiklah dicipta sahaja para malaikat.. yang tunduk sujud tak bangun2.. setia
dan patuh kepada perintah setiap Allah Azza Wajalla.
Sebenar ada yang lebih
daripada itu, yang tidak terbuat oleh para makhluk di langit.
Iaitu, untuk mentadbir
alam bumi mengikut syariat Allah yang digariskan. Pentadbiran yang paling
sempurna dan paling halusi sekali pada setiap aspek kehidupan dan tindakan
manusia.
Bukankah itu tujuan akal
dan nafsu diberikan kepada manusia, lain dari para malaikat?.
Sesuailah dengan taraf
‘khalifah’ yang diberikan oleh Allah kepada manusia, yang dicemburi oleh para
malaikat.
“Apalah Allah Taala menciptakan manusia ni.. buat menyemak
Alam Semesta, merosak kejadian alam serta melakukan pertumpahan darah saja.
Kita nak buat ibadahpun tak senang!”, agak2nya itulah sindiran
mereka sebagai komen terhadap firman Allah SWT, “Sesungguhnya Aku hendak menjadi
seorang Khalifah Allah di muka bumi”.
Maka,
manusia sebagai wakil Allah di muka bumi, hendaklah menunjukkan tauladan yang
baik kepada semua makhluk Allah di atas muka bumi ini. Tidak boleh kita ambil
tindakan semberono tanpa usul periksa.
Lebih2 lagi kita
membawa imej umat baginda Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT. Umat pilihan
Allah di akhir zaman, berbanding umat nabi2 sebelumnya.
Baik.
Perkara Wajib, Sunat, Haram dan Makruh.. kita semua orang faham. Tetapi
perkara2 Harus (makan minum, tidur
baring, berjalan2, berehat2, cara berpakaian, pergaulan, dsb.nya) ramai yang
menyimpang dari syariat!.
Lebih2 lagi dalam
aspek perjuangan... kita dok maki orang, kata cerca kepada kerajaan, dsb.nya
tanpa hukum yang hak yang bertepatan dengan masanya!. Contohnya, Hudud.
Hudud nii.. ada masa2nya yang tertentu, yang bila tiba klimaknya baharu boleh dilaksanakan!.
Sebagaimana Haji,
kita buat bila sampai ‘seru’, baharulah datang keinsafan dan perasaan kehambaan
yang sebenar2. Kalau setakat duit dah mencukupi, sedang iman tak tahu di mana, baik tak osah pergi!
Demikian juga
Hudud!. Tidak boleh kita laksanakan Hudud dalam keadaan IMAN masyarakat berada di tahap rendah!. Proses Dakwah dan Tarbiah
belum selesai dan masyarakat umumnya tengah sedap dengan maksiat dan
kemungkaran!.
Jatuh ke zalim
pulak kita!.. kalau kita suruh potong tangan pencuri sedangkan seruan dakwah
dan tarbiah (didikan dan asuhan yang berterusan dan istiqamah) dari para2 ustaz
tidak pernah dirasai dan alaminya sebelum ini.
Tak ke boleh haru
satu negara, jatuh ke bala pulak!... dengan tak pasal2 nama Islam yang suci dan
murni itu boleh terpalit dengan cemuhan orang bukan Islam dan Islam Pasik!.
Lagikan pula, Hudud ini ada tertib
perlaksanaannya.
Mula2.. Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah kena
selesai dahulu dalam masyarakat. Kemudian, Sunat Ain dan Sunat Kifayah (kalau
tak buat tidaklah berdosa), dan seterusnya mengikut keutamaan.
Oleh kerana Islam itu sifatnya berkembang,
sebagaimana api sifatnya membakar, sudah tentulah berlaku pembangunan mental
dan fizikal dalam kehidupan manusia seiring dengan perlaksanaan perintah
syariat sehari2.
Apabila kebaikan (Tamadun Lahir dan Tamadun
Batin) telah memenuhi dalam masyarakat, baharulah di`pagar’ dengan hukum hudud.
Sebab, Allah SWT turunkan Hudud khas untuk
mendidik ‘orang yang tak makan di ajar’, iaitu setelah proses Dakwah dan Tarbiah
selesai, tetapi masih ada lagi yang degil dan jahat!.
Itulah kelompok yang berisiko besar kena
Hudud!. Kerana tidak semua kejahatan boleh dihapus dengan pendidikan!.
Seperti juga kemiskinan tidak mungkin dihapus
100% dalam masyarakat walaubagaimana ‘advance’ sekalipun masyarakat tersebut!.
Ringkasnya, Hukum
Hudud tidak tertakluk sebagai perkara Wajib untuk dilaksanakan pada sepanjang
masa. Ianya hanya dilaksanakan apabila mencapai pada klimak tertentu sahaja.
(Untuk lebih
maklum, sila klik ‘Falsafah Hudud Dalam Islam”).
Apabila perkara
yang tak relevan dengan masa, tetapi digunakan untuk menghentam kerajaan. Itu
tandanya kita tidak bersikap bijaksana dalam perlaksanaan!.
Dan harus
diingatkan, sebarang perkara yang batil (yang tidak berlandaskan kebenaran, dan
hukum yang hak sesuai dengan masanya, seperti Hudud dalam kes ini),... jika
dibuat juga Tuhan tak bagi pahala ibadah!. Sia2 saja berceramah siang dan
malam!.
Bikin rosak atau
berpecah masyarakat Islam, tu ada la!
Segala tindakan bodoh kita tuu.. mencerminkan
kita ini tidak selayaknya bergelar ‘khalifah’ kerana tidak pandai mengaturcara
kehidupan manusia umumnya di muka bumi. Sampai jadi kalut ribut dan pecah
belah!
Itu Hudud baharu
satu contoh. Belum lagi perkara2 Harus
yang lain, lebih2 lagilah kita buat tak endah!. Sedangkan kalau kena syarat,
perkara2 Harus juga boleh
mendatangkan pahala!
Inilah yang
kehendaki oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya, “Masuklah ke dalam agama Islam
semuanya sekali”. (Al-Baqarah: 208).
Iaitu perhubungan
atau pentadbiran diri dengan Allah dan manusia yang paling halusi dan sempurna,
dan dalam semua aspek kehidupan, baik perkara2 Wajid, Sunat dan Harus
supaya kita layak menjadi pemimpin kepada umat manusia lainnya!.
(Perkara Wajib dan
Sunat memang dah ada peraturan pahalanya. Tetapi perkara2 Harus
(kalau buat atau tak buat tidak salah), kalau kena cara buatnya boleh dapat
pahala!.
Hah!,.. inilah
yang kita nak cakap bak perkara Harus!.
Ringkasnya, kalau kerja buat
kita tentang perkara2 Harus - tidak
berproduk ‘pahala’, sikit punya rugi dan sia2 hidup ini.
Sedang perkara itu kena
buat jugak! Kena makan dan berak jugak! Hatta kentut sekalipun.. kalau kena
syaratnya boleh dapat pahala!
Barangkali... para
makhluk dilangit, asyik dok tergelakkan kita! Tak boleh jadi pemimpin sejagat!,
kata mereka.
Sebab kerja buat kita
tidak berpahala!. Makan tidak mendatangkan ibadah. Tidur tidak jadi ibadah,.
Berjalan2 tidak jadi ibadah.. dan hidup nafsi2.
Malu kita kepada Tuhan
bila mengadap Dia nanti!. Sebab kita ni.. umat pilihan Dia! Kebanggaan Nabi
Muhammad SAW di hadapan umat2 nabi yang lain di akhirat kelak!.
So.. apa protokolnya
supaya kerja2 Harus berbuahkan pahala?
Kalau ibadah Sunat dan
Wajib ada rukun dan syarat2 sah dan batalnya, kerja2 Harus mesti ada
syarat2nya yang boleh membuahkan ibadah!
Bukan setakat Niat dan Perkara halal haram saja sebagaimana disyarah oleh kebanyakan ustaz
konvensional!.
Perlaksanaan, Natijah dan Amalan2 Asas yang
lain (solat, puasa, menuntut ilmu fardhu ain) yang tidak ditinggalkan semasa
bekerja mesti diambil kira juga!.
Kalau dah cukup
syarat2nya, baharulah Allah Ta’ala bagi pahala ibadah!.
Untuk mengetahui
bagaimana kerja2 Harus boleh mendatangkan pahala ibadah, dipersilakan
klik “Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah Dalam Islam”.
O.K. Dah klik
dah? Dah baca?.. Alhamdullilah!.
Mudahlah
kerja saya seterusnya.
(Ini yang bagus
sistem Web nii.. Tidak perlu saya tulis panjang2, hanya ‘link’ dengan ilmu2
yang lain, yang telah siap sedia sejak dulu.
Anta semua
tak osah bimbang!. Sebab ilmu Abuya ni... relevan antara satu ilmu dengan satu
ilmu yang lain!.
Tidak seperti
ilmu orang PAS, tidak relevan!...ibarat gerabak keretapi yang terputus2.
Sesekali
dalam majlis2 ilmu dia cakap macam tuu,.. di lain2 kali bila bertembung dengan
praktikal, dia cakap lagu lain pulak!
Seperti kes
pecah kamera Jurugambar di Perak tidak lama dulu. Dalam majlis ilmu disuruh
kita bersikap sabar. Tetapi bila kena penampor, kita dibolehkan tampor balik!.
Sebab Tok
Guru kata Qisas dibalas dengan Qisas!
Anak murid
pun terpinga2... mana satu nak dibuat!.
Kembali kita
memperkatakan Ibadah dalam Islam.
(Di atas tadi... baharu
peringkat Mukaddimah baru. Kita saja nak maklumkan duduk perkara supaya anta
semua faham permasalahan yang melanda pemikiran umat Islam masa kini,
seterusnya sama2 lah kita mencari jalan keluarnya.)
Baik. Kita mulakan..
Firman Allah SWT, “Akan
ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan
menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia”.
Justru
itu, dikatakan ibadah dalam Islam tergolong kepada dua(2) bahagian utama,
iaitu:-
1)
Hablumminallah
2)
Hablumminannas
Hablumminallah, ialah ibadah
manusia berhubungan dengan Allah, dan lebih bercorak individu.
Manakala,
Hablumminannas ialah ibadah manusia berhubung dengan manusia.
Allah SWT memperingatkan
kita bahawa akan ditimpa kehinaan di mana saja kita berada jika kedua soal
ibadah tersebut tidak dapat ditegakkan.
Kalau kedua2nya
ditegakkan sekalipun, tetapi pelaksanaan tidak ikut syariat lahir dan syariat
batin, kehinaan tetap akan menimpa.
Apakah bentuk
kehinaan yang Allah timpakan?
Berleluasanya
maksiat dan kemungkaran, jenayah menjadi2 sehingga langkah2 pencegahan tidak
berkesan!. Umat Melayu terpinggir, berpecah, ramai yang hisap dadah – itu juga
suatu penghinaan, dan..bla...bla.. (tak kuasa nak sebut!).
Kedua2
soal ibadah tersebut, bagaimanapun boleh kita pecahkan mengikut keutamaan,
iaitu apa yang dikatakan ‘Hukum Yang Lima’ – Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan
Haram.
Sehubungan dengan
itu, ibadah dibahagikan kepada Tiga(3) Kategori, mengikut keutamaan, iaitu:-
a) Ibadah
Asas
Iaitu perkara2
berhubung dengan Rukun Iman dan Rukun Islam.
Enam(6) Rukun Iman
iaitu percaya kepada Allah SWT, para Malaikat, Kitab2, Rasul2, Alam
Akhirat/Alam Ghaib dan untung baik untung jahat.
Keyakinan ke atas
perkara2 ini hendaklah ‘qatie’, iaitu jazam 100%. Tidak boleh 99.99%, dan kalau
kurang 0.001% sekalipun, seluruh amal bakti tertolak dan dikira ahli neraka.
Waliyazubillah!
(Perkara ini banyak Ustaz tak cakap habis...)
Manakala, 5 Rukun Islam
ialah Syahadat, Solat 5 waktu, Puasa, Zakat Fitrah dan Haji (bagi mereka yang
berkemampuan).
Kedua bentuk
ibadah yang asas ini adalah ‘Fardhu Ain’ bagi setiap Mukallaf (Cukup sempurna 7
pancaindera).
b) Ibadah
Tambahan
c) Ibadah
Umum
Iaitu perkara2
yang merupakan perkerjaan Harus tetapi
boleh menjadi ibadah dan mendatangkan pahala. Dengan syarat memenuhi tuntutan ‘Lima(5) Syarat Ibadah’. Contohnya, makan minum
dengan bacaan Bismillah, tidur baring, musafir, berceramah, dsb.nya.
Amalan seperti ini
dapat menambahkan lagi bakti kita kepada Allah agar setiap perlakuan hidup kita
ini tidak menjadi sia2.
(Ketiga2 jenis
ibadah ini ramai yang dah tahu. Penulis tidak perlu banyak bicara. Tetapi kalau
dah lupa, silalah ‘klik’ untuk lebih lanjut!
Maaf! Belum siap lagi.)
Penulis hanya
menumpukan bicara kepada Hablumminanas, iaitu ibadah manusia berhubung sesama
manusia.
Sebab ini lah bab
di mana orang Islam saling bersengketa!.
O.k?. All Right!
Mari kita beri tumpuan!
Pengertian Hablumminanas.
Ia
merupakan suatu persyarikatan manusia dalam mana satu-satu individu itu adalah
seikatan dengan keluarganya, jirannya dan masyarakatnya.
Malah
ia berkait dengan hukum Fardhu Kifayah, di mana keterlibatan seseorang dalam
sesuatu perkara itu boleh menghilangkan dosa seluruh masyarakat yang dihuninya
itu.
Seperti mengadakan
perusahaan makanan Islam, menegakkan pendidikan Islam, mewujudkan siasah
bercorak Islam, peranan jihadnya dalam perjuangan Islam Global, menegakkan
“amrun bil maaruf wanahyun anil mungkar”, dll.
So.. kalau dalam berparti
itu, dan siasah yang digunakan, boleh porak peranda masyarakat dan negara. Itu
sudah kira terkeluar dari roh perjuangan Islam yang sebenar!
Sudah pastinya, ianya bukan
cara Islam. Sebab Islam tidak memungkinkan berlaku ‘clash’ ataupun konflik
kepentingan.
Sebab setiap pelaku dalam
masyarakat ada landasan syariat yang perlu dipatuhi dan dihindari.
(Relax!..
relax... akan diberi faham kemudian apa itu landasan!).
Mana mungkin boleh pijak
kepala orang lain untuk naik ke atas! Matlamat kita bukan untuk mendapat
keuntungan dunia yang serba sedikit ini. Tetapi adalah untuk mendapat pahala
dan keredhaan Tuhan dunia dan akhirat!.
Maknanya - Surga Allah!
Ringkasnya, kalaulah
dengan demikian caranya kita memperjuangkan Islam, akan tidak ada nilai
ibadah!.
Tuhan tidak bagi
pahala!. Kerana tidak mengikut ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah’.
Bercakap pasal ‘clash’
ataupun konflik kepentingan, Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi
berkata di dalam bukunya ‘Ibadah Menurut Islam’,
“(Berdasarkan Lima(5)
Syarat-syarat Menjadi Ibadah)... tidakkah ini merupakan satu nilai dalam
mana segala susunan hidup itu berjalan dengan baik dan teratur mengikut landasan
yang semuanya menuju kepada satu matlamat. Masing-masing berlumba-lumba
mencapai matlamat itu dan kita dapati yang landasan masing-masing tidak
pernah merintangi landasan orang lain.
Tidakkah ini merupakan satu tamadun Islam yang mempunyai
ciri-ciri nilai yang tersendiri, di mana kita akan dapati satu masyarakat yang
benar-benar berdikari tanpa menyandarkan nasib kepada manusia sejagat yang
lain.
Dari Tamadun Islam inilah, baru lahirnya satu bentuk
Kebudayaan Islam yang tersendiri;
Kebudayaan yang penuh berdisiplin serta bersatu dan
masing-masing mempunyai satu rasa tanggungjawab yang penuh dengan kasih sayang
yang diikat kukuh dengan pertalian Iman dan Islam, yang mana menjadi pendorong
dan landasan kepada pembentukan tamadun ini.
Tidak dengan dipaksa atau dipasakkan ke telinga atau ke jiwa
masing-masing dengan kata-kata bersemangat atau sebagainya.
Apakah yang menjadi pegangan masyarakat yang telah terbentuk
ini?.
Tidak lain dan tidak bukan ialah Al Quran dan Al Sunnah yang
mana menjadi perlembagaan utama bagi mereka merujuk sesuatu persoalan.
(Sudah
semestinya pegangan yang kental dan dijadikan ‘Ad Din’ dalam kehidupan sehari2,
bukan hanya slogan dan bersemangat.. Takbir! Takbir!
Ini kena kasi
faham betul2!)
Dengan ini ternyata tamadun dan kebudayaan Islam bukan
tertegak di atas landasan tamadun atau kebudayaan orang lain!.
Setiap aspek ibadah dalam Islam adalah tamadunnya sendiri
dan bukan saduran-saduran dari ciptaan manusia sejagat.
Tamadun dan kebudayaan Islam adalah ciptaan Allah sendiri
yang mana cukup diberikan peraturan2 dan disiplinnya”.
“...membangunkan Tamadun Islam berlandaskan faham2
kapitalisma, sosialisma, komunisma, nasionalisma dan berbagai2 ‘isma’ lagi.
Semua ini tidak dianggap ibadah.
Hasil ini jauh menyimpang dari Tamadun Islam. Ia merupakan
hasil usaha ‘akliah dan hawa nafsu dengan semangat, jiwa atau roh orang lain
yang kita pinjam yang mana cuba dibangunkan oleh umat Islam yang jiwa dan
rohnya sendiri telah dicanai oleh mereka.
Dengan perbuatan ini, umat Islam hanya memperkembangkan dan
memajukan tamadun dan kebudayaan mereka. Tamadun dan kebudayaan Islam adalah
bertunjangkan Al-Quran dan Al-Sunnah!.
Perlukan kita berbangga dengan kemajuan yang dicapai melalui
proses2 yang bukan hasil ibadah itu?
Dapatkah kita bermegah dengan tamadun yang dicipta oleh
mereka yang bukan berjiwa Islam?
Kalau kita turut berbangga, bermakna kita tidak kenal apa
dia Tamadun Islam, dan apa itu Tamadun Umat Islam!
Kemajuan dan peradaban Islam itu adalah sesuatu yang suci
dan murni yang akan memberi keselamatan dan kesahteraan kepada umat. Kerana ia
dibangunkan oleh orang yang berjiwa suci, kerana ia mempunyai hati yang ada
pertalian dengan Allah dan alam akhirat”.
Demikianlah ulasan Abuya
dalam buku ‘Ibadah Dalam Islam”. Sememangnya buku2 beliau jenis ‘heavy reading’
yang memerlukan pemikiran yang mendalam. Orang2 yang jenis ‘Ulat Buku’ sahaja
yang berminat kepada kupasan ilmu yang sedemikian.
Bagaimana? Boleh faham?
Tak apalah.. ana tolong bantu anta semua supaya boleh faham dengan mudah!.
Begini...
Hukum Hablumminanas,
adalah suatu Dasar Islam untuk mengukuhkan persaudaraan sesama manusia.
Persaudaraan Islam yang diikat kukuh dengan ‘tali Allah’, iaitu Fardhu Kifayah,
Sunat Kifayah, dll.
Dengan rasa tanggungjawab
untuk melaksanakan hukum2 Fardu Kifayah tersebut dalam masyarakat, maka
tercetuslah perpaduan dalam masyarakat Islam, dan seterusnya akan mewujudkan
rasa kasih sayang dan persefahaman antara satu sama lain, yang dengan sendirinya
akan melahirkan sebuah bentuk masyarakat Islam yang hidup berpegang kepada Al
Quran dan As Sunnah.
Bila dah bersatu dan
berpadu, fizikal dan spritual, keselarasan dalam pemahaman dan tindakan, maka
sudah tentulah berlaku pembangunan tamadun dan kebudayaan Islam dalam
masyarakat dalam ertikata yang sebenar!.
Al Hasil, berlakulah
suatu rupa tamadun dan kebudayaan Islam yang unik dan tersendiri, berbeza
dengan tamadun Orang Putih (yang digerakkan oleh nafsu tamak haloba!).
Ringkasnya, Tamadun Islam
sebenar datang setelah persaudaraan Islam berlaku sepenuhnya dengan rasa
keinsafan yang sebenar2nya sebagai hamba dan khalifah Allah. Tamadun yang
dibina di atas dasar iman kepada Allah dan hari akhirat!.
Bukannya tamadun yang ada
pada hari ini, yang datang entah dari mana!. Tamadun barat yang terhasil dari
sifat tamak haloba dan nafsu semata2.
Ianya bukan Tamadun
Islam, tetapi Tamadun Umat Islam!.
Maka, tak osah
dibanggalah bangunan KLCC yang tinggi mencecah awan!. Kerana ia bukan hasil
ibadah, tetapi hasil usaha ‘akhliah dan hawa nafsu manusia semata!.
Tidak diberi ganjaran
pahala ibadah oleh Allah SWT!.
(Begitu juga dengan Politik Demokrasi Sekular yang kita
amalkan bagaikan nak rak!. Ianya bukan Politik Islam kerana bertentangan dengan
‘Lima(5) Syarat2 Ibadah Dalam Islam’ yang
akan saya perkatakan kemudian dari ini.
Begitu juga dengan Ekonomi Kapitalis dan lain2 cara hidup
sekular yang kita amalkan sejak Kerajaan Melayu Lama. Pastinya ia tidak
berbuahkan pahala ibadah kerana bercanggah dengan ‘5 Syarat2 Ibadah’).
Baik. Kita teruskan...
Kita telah mengetahui
akan peringkat2 ibadah dalan Islam, dan kita telah ketahui bahawa... sikit
punya sia2 hidup dalam alam maya ini kalau kerja buat kita tidak berpahala!
Iaitu tidak berbetulan
dengan ‘Lima Syarat2 Ibadah Dalam Islam’.
Sekarang saya nak
goreng habis!.
Tetapi sebelum itu
eloklah saudara2 meneliti hujah2 saya dalam ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’,
supaya jelas dan terang maksud apa yang hendak disampaikan.
Maka, sesuai
dengan laman Web’s ini, dan kegilaan semasa orang ramai yang berjuang atas
platform Politik Demokrasi Terbuka Berpilihanraya, penulis sangat2 berhajat untuk
mengutarakan satu persoalan, iaitu “Saudara2 yang berjuang di atas platform
politik demokrasi nii.. Tuhan bagi pahala ke?”
Sandaran terhadap cakap
saya ini mudah saja...
Pertama:- Politik
demokrasi terbuka ini adalah perkara baru. Iaitu selepas zaman penjajah di
tahun2 40an. Sebelum daripada ini, kita mengamalkan Sistem Feudal alias
Kerajaan Melayu Melaka, yang saya kira lebih mendekati kepada kebenaran dalam
Islam.
Sebab, kaedahnya lebih
berunsur kepada Politik Demokrasi Terpimpin.
Kedua:- Pejuang2
demokrasi dahulu tidak serupa dengan pejuang2 demokrasi hari ini. Pejuang2
dahulu ikhlas, tiada kepentingan!.
Matlamat mereka satu,
iaitu nak halau keluar penjajah dari bumi Malaya, dan digantikan dengan anak2
Melayu yang berpendidikan tinggi.
Tetapi pejuang2 masakini,
mencari kuasa dan kepentingan... untuk diri dan kroni. Niat 'untuk dan kerana
Allah’ sudah tidak ada!. Kalau adapun, sebagai gimmik sahaja untuk rebut hati
penyokong.
(Sementelahan pula, sekarang ‘Zaman Kebangkitan Islam kali
Kedua’. Kalau tak cakap issu itu, nak cakap issu apa lagi?)
Ketiga:- Belum ada
‘fatwa’ dikeluarkan terhadap Sistem Politik Demokrasi Berpilihanraya ini, sejak
dahulu hingga ke hari ini... yang membenarkan kita berjuang di dalamnya, yang
pastinya beroleh pahala ibadah!.
Nak kata.. telah
‘modify’ supaya selaras dengan keadilan dalam agama Islam, tak nampakpun!
Kita bukan apa..
takut balik akhirat esok, bawa bakul kosong!
Berdasarkan tiga(3) sebab
di atas, saya rasa bebas sikit nak memperkatakan perkara yang banyak ‘menyempitkan’
pemikiran orang yang sihat ni!.
Dan juga, saudara2 jangan dok berkeras ‘keng’ nak tegakkan
benda yang tak tentu ‘hak benarnya’ dalam Islam. Lebih2 lagi dalam keadaan
masyarakat yang ‘gawat iman’ sekarang ini.. masih relevan lagikah metod anda
itu?
Harus diperingatkan di sini, kebenaran itu cuma satu!. Dan,
Allah SWT salurkan ia kepada sesiapa yang dikehendakinya. Hatta, kalau
kebenaran itu datang dari orang kafir sekalipun, kita kena terima, tak gitu?
Cuma ana takut, kalau anta semua menolak kebenaran yang ana
ingin sampaikan ini (katakanlah apa yang ana cakap ini.. adalah benar,
melainkan benar belaka), sedangkan anta mengakui kebenaran itu hanya satu, mana
lagi nak cari kebenaran selain darinya?.
So.. jangan mudah meremehkan pandangan orang lain!.
Sebab jika sabit kesalahan, effectnya luas sekali!.
Sesat sepanjang hayat!. Tak jumpa jalan pulang!.
(Tak sesat
guano, demo dok taksud dengan suatu pandangan sahaja.. yang dibawa seorang Tok
Guru pulak tuu!
Hiss!..Tok
Guru bebenor! Tok Guru mana boleh sesat!
Yalah! Tok
Guru demo... Bukan Tok Guru saya!.
Kita harus faham, tidak
ramai yang bersetuju dengan politik yang ada pada hari ini. Ramai tok2 lebai
dan orang2 dakwah serta cendekiawan yang saya temui, menolak Sistem Politik
Demokrasi Terbuka @ Berpilihanraya yang kita amalkan bagaikan nak gila ini.
Kata mereka, “Politic is a dirty game! Tidak adil satu
orang, satu undi!
Menyamarata orang cerdik
dengan orang bodoh itu, satu penzaliman!.. dan bla..bla..
(Sila rujuk ‘Perjuangan
Yang Tidak Relevan’).
Kena hormat jugalah
pandangan mereka... sebagaimana mereka telah tunduk hormat kepada pandangan
kita selama 40 tahun ini!.
Kamu kata... demi
perpaduan Bangsa Melayu Malaya!.
Bahkan, bukan bersatu!...
bertambah2 pecah ada la!. And that’s
fact!
Sampai hati betul kamu
orang politik,... tipu kami sampai tua nyanyuk. Kamu orang ‘tak se’ balik kubur, ke?
Hah!.. dah nak mureh tuu. Relax..relax...
Anak Abuya mana boleh marah2. Sebab, bila marah... akal tak
jalan. Nanti payah nak bagi faham kamu orang pulak!.
Jangan jadi laman Web seperti orang pro Reformasi. Tahh!..
apa2 punya bahasa dan kata2 kesat!.
Tak ada nilai tarbiah lansung! Sampai naik mual nak baca. Nak
beroleh pahala ibadah dengan penulisan, jangan harap lah! Bikin punah jiwa
orang, tuu.. ada la!
Ana rasa, kita berhenti
di sini dulu. Tunggu... tak boleh nak digoreng lagi.
Ana akan sambung
kemudian, bila fikiran dah tenteram!
Sekian, Wassalam.
APIPI@Abuya.Jr.001
18022001
(Mesti baca!)