(Kolum
ini adalah sambungan kepada ilmu asas ‘Pengertian Ibadah Dalam Islam’
pada keluaran 18-02-2001).
Tanggal 15 April 2001.
Alhamdulillah, syukur kita kerana dapat bersua kembali, dan
dapat menyambung penulisan tentang ‘Syarat2 Ibadah Dalam Islam’ yang sedikit
‘terganggu’ tempoh hari.
Sememangnya
payah sekali untuk memberi faham orang tentang perjuangan dalam Sistem
Demokrasi Terbuka yang tidak berproduktif pahala ini!.
(Kerana kita semua telah hidup dan membesar dalam sistem sekular
tersebut sejak 590 tahun yang lalu!.
Pastinya Sistem Islam sukar untuk mengambil alih Sistem Sekular
tersebut kerana ia telah berakar umbi sejak dahulu. Dan kita telah banyak
merasai nikmat - suka duka di dalamnya. Lebih2 lagi yang sedang menikmati
kemuncak kuasa politiknya sekarang!.
Siapa yang nak tabur pasir ke dalam periuk nasi sendiri, beb!.)
Lebih2 lagi, amat payah
untuk memberi faham akan perjuangan jihad yang tidak mencetuskan pahala
ibadah!.. yakni, kepada orang yang degil dengan perjuangan jihad mereka yang
tidak ‘berbekal’.
Mana
ada perjuangan jihad yang tidak berpahala?, kata mereka. Bukankah Islam dan
Kafir laknatullah itu jelas!.
Permusuhan
kita dengan mereka, adalah umpama menegakkan yang Hak dan Batil!. Yang hak itu
jelas, dan yang batil itu jelas!.
Hah.. nak buat guano kat mereka!!. Mereka bercakap dengan bahasa
‘keng’, kita bercakap dengan bahasa ilmu!. Mereka melihat kepada yang lahir,
kita melihat kepada yang tersurat dan tersirat!.
Mereka melihat kepada Niat semata, kita melihat lebih daripada
itu!. Iaitu Niat, Perkara, Perlaksanaan,
Natijah dan Amalan Asas.
Boleh lawan ke?. Tak osah, la!.
Bikin jadi rosak akhlak kita tuu, ada le!
Itu belum lagi nak kata...
landasan perjuangan politik mereka (UMNO dan PAS) itu tidak berpahala!. Yakni,
tidak mengikut Syariat Islam – lahir dan batin!.
Kata-mengata, keji-mengeji,
jatuh-menjatuh, kafir-mengkafir, dll, mana ada dalam kamus perjuangan Nabi
Muhammad SAW?.
Nabi tak kata apa2 pun pada
Abdullah Ubai, ketua kaum munafik masa itu!.
Boleh pahala kah kita..
campurkan perkara yang hak dengan yang batil?.
Seperti boleh pahala ke...
kita berniaga restoran atau baca berita dengan aurat terdedah!.
Atau main bola dengan
seluar pendek!. Kalau 2 jam bermain, maka 2 jam lah aktiviti kita itu tidak
berpahala!. Bodoh punya kerja!
(Betullah!.. nama negara boleh harum semerbak seantero dunia,
sebab Malaysia Boleh!. Tapi setakat dunia sajalah!. Di akhirat dibenam dalam
api neraka!.. kerana dedah aurat. Waliyazubillah!).
Tidakkah sia2 punya hidup di
dunia, sedang kita semua nak balik akhirat dengan bakul yang penuh pahala
ibadah!.
Bukan saja2 balik dengan
bawa bakul sahaja, tetapi nak kena timbang pulak tuu!
Apa punya tak relevan laa..
cara hidup!.
Tidak relevan dengan
kehidupan akhirat, yang sangat2 berkehendak kepada pahala amal kebajikan
kita... kalau itupun tak boleh fikir!.
Lebih2 payah lagi nak
cakap... makan gaji di bank dengan duit riba!. Itu belum cerita... buat banglo
dengan pinjaman interest 100 Percent!.
(Yahudi betul la cara hidup!. Tak habis2 nak cekik duit orang!)
Kita nak tanya..
Boleh sempurna molek kah
sembahyang, puasa, zakat dan haji kita, kalau asas atau tapak untuk kita
dirikan kebajikan dan amal jariah, bersumber dari wang yang syubhat atau
haram!.
Tak boleh nak dibangga langsung!..
berbanding dengan mereka2 yang beroleh rezeki dari pendapatan yang bersih, suci
lagi halal.
Tak ada unsur2 syubhat!.
Siapa punya guru tuisyen
la,.. sampai habis rosak satu masyarakat Melayu Islam di Malaysia!.
Kerja buat jadi tidak
berpahala!.
Itu tandanya ilmu yang
disampaikan oleh ulamak2 kita tidak berkat!. Kerana tidak faham apa yang
diajar!. Tidak berproduktif!.
Salah satu sebabnya, ialah
kerana tidak ada contoh atau ‘role model’ dari para ulamak sendiri!.
Rugi hidup di dunia semata,
sedangkan dunia ini ladang akhirat!. Tempat kita bertanam2an, di akhirat kelak
kita kutip hasil!.
Perkara2 semacam ini
(seperti makan riba atau politik sekular, yang kita nak cakap kemudian ini) memang payah nak bagi faham kat
mereka!.
Tambahan lagi mereka telah
lama hidup dan merasa sedap dengan nikmat sekular yang seronok itu!.
Siapa yang nak susah hidup
dunia, beb!
Salah2nya dikatakan kita,
'Orang gila datang dari mana nii...'
(Tak gila macamana, kalau kita cakap dengan bahasa lembut mereka tak
hendak dengar!. Kalau cakap dengan bahasa kasar, kita pulak jadi rosak akhlak!.
Kita nii niat nak perbetulkan demo!.
Payah..payah! Payah nak dakwah sesama Islam ni!.
Lebih mudah pulak untuk dakwah orang kafir!.
Itu baru satu parti, belum parti orang lain!.
Kot2 timbul,.. itu Tok Guru dari parti mana tuu!.
Ishh!.. maaflah nak cakap!.
Ana tak nampaklah bagaimana Ulama Politik boleh bawa rakyat ramai
kepada Tuhannya,.. dalam ertikata sebagai ‘Hamba ALLAH’ yang sebenarnya!.
Kalau pakai microphone, mudahlah sikit. Tetapi menerusi internet
ini, payah nak memahamkan orang dengan tulisan kita.
Itupun kalau rakyat Malaysia ini jenis suka membaca,.. duduk
dengan buku di tangan di mana2 jua. Suka dengan ilmu, dan bila kita bercakap,
maka adat bagi pendengar ialah pasang telinga. Dengar sahaja!.
Ini belum habis,.. dah dipotongnya cakap kita!. Sudahnya, kita
dengar yang dia pulak!
(Ishh... serba salah kita dibuatnya!. Tambah2 lagi kita yang
dilabel ‘sesat’ nii!. Siapa nak dengar?).
Kalau bercakap perkara2 lahir
tuu.. mudah lah sikit orang nak faham. Tetapi perkara2 tersirat, langsung tak
ada selera nak ambil peduli!.
Bagaimanapun.. itulah yang
seronoknya bagi seorang pejuang Islam yang kreatif dan membawa minda Mujadid!.
Dia tidak fed-up, ada cara2
lain lagi... seperti menerusi komik2 dakwah, lagu2 nasyid kontemporari, filem
dakwah siber SYUKUR21, brangkali!.
Seperti Rabani dan Raihan
yang dok buat itu!. Sekurang2 'message' dapat disampaikan kepada mereka
menerusi lirik2 lagu, dsb.nya.
Walaupun, batang tubuhnya
menolak (kerana tidak datang ke masjid), tetapi telinganya dipasang juga kepada
suara2 kebenaran.
Baik!. Demikianlah pembuka
kata berhubung masalah ‘pahala’ dalam perjuangan sistem demokrasi sekular
sepintas lalu.
Kembali kita memperkatakan
isi kuliah ini yang sebenar.
Mungkin, saudara
tertanya2... kenapa lambat sangat nak sambung kuliah ini.
Sebenarnya, penulis
tercari2 sumber berita atau peristiwa sebulan dua ini, yang berkait dengan
persoalan Sistem Demokrasi Terbuka @ Berpilihanraya – yang pincang di sana dan di sini – supaya berkesan tarbiahnya
kepada saudara2, sebab masih panas!.
Alhamdulillah, pada
6-4-2001, saya menemui 'sebab' untuk saya sambung menulis.
Iaitu apabila Dato Seri Dr.
Mahathir Mohammad membuat lawatan ke Kelantan untuk merasmi mesyuarat cawangan2
parti UMNO di Gua Musang dan Tanah Merah. Beliau singgah sebentar di Sek. Men.
Teknik, Tanah Merah untuk memberi sedikit sebanyak nasihat dan siasah perang
kepada ahli2 UMNO di sini.
Dalam satu soal jawab
dengan ahli parti, beliau diajukan dengan satu soalan. Iaitu lebih kurang
bermaksud, "Apakah perjuangan UMNO benar2 mendatangkan pahala ibadah, dunia
dan akhirat?"
(Hah.. itu dia! Abuya dah cakap lama dah!.
Kenapa baru sekarang baru timbul persoalan ini?
Apa... dahulu pejuang2 Islam tak fikir habis2 ke?. Perkara2
perjuangan dalam Sistem Demokrasi Terbuka, mesti dapat tidak bersangkutan
dengan akidah!).
Inilah dikatakan - Krisis Keyakinan!.
Bukan krisis keyakinan
kepada kepimpinan parti!. Tetapi krisis keyakinan samada perjuangan UMNO
dinilai sebagai ibadah oleh Allah SWT.
Di sini disebut UMNO, sebab
orang bertanya kepada Presiden parti. Orang belum bertanya kepada PAS lagi,
tetapi insyaalah.. akan timbul juga nanti!.
(Bila saya memperkatakan UMNO,
termasuklah di dalamnya PAS, ADIL, dan lain2 parti.
Sebab perjuangan mereka
berplatformkan Sistem Demokrasi Terbuka/Berpilihanraya/Sekular, yang bercanggah
dengan kebenaran!.
Sila rujuk 'Perjuangan Yang Tidak
Relevan'.
Sebelum itu, ingin saya memberi
pengertian ‘Sekular’ supaya saudara2 dapat faham dengan mudah isi kuliah ini.
Sekularisme tidak sekadar bermaksud,
amalan dunia dan akhirat terpisah2!.
Bahkan!.. sesuatu pekerjaan atau faham
yang memisah antara golongan2 manusia, seperti.. orang memandang tinggi dan
mulia kepada golongan yang berharta, berilmu, berpangkat dan berdarjat, serta
memandang rendah dan hina golongan yang miskin, tidak berilmu, tidak berpangkat
dan serba serbi kurang dikira - ‘SEKULAR!’.
Sebab, agama Islam itu tidak mendorong
kepada pembahagian manusia kepada etnik atau kelompok2 tertentu!. Malah, Islam
memandang semua manusia itu sama.. yang bezanya siapa yang lebih bertaqwa!.
Dan, dalam kontek Sistem Demokrasi Terbuka,
manusia terbahagi2 kepada partai2 tertentu dengan fahaman politik masing2,
golongan peniaga dengan peniaga, korporat dengan korporat yang punyai agenda
mengundi masing2, dan lain2 lagi.
Bagaimana penganut Islam boleh berpadu
dalam ertikata selaras dalam kefahaman dan tindakan dalam usaha membina empayar
Islam akhir zaman.
Tidakkah itu suatu yang batil, yang
bertentangan dengan kebenaran dalam Islam!.
Bagaimana para ulamak boleh menyetujui
kaedah yang batil ini?.
Boleh pahalakah kita berjuang menerusi
Sistem Demokrasi Sekular yang tidak berupaya menghasilhan ‘buah tinju yang
padu’ terhadap musuh2 Islam, selama ini?.
Inilah yang saya nak ‘highlight’ kan,
samada kerja kita berpahala atau tidak!.
Bukan dengki atau iri hati dengan kuasa
yang mereka miliki, atau PAS dok rebut2 tuu!).
Krisis Keyakinan kepada
uslub perjuangan yang digunapakai sejak lama dulu ini, sememangnya amat bahaya
jika ianya dibiarkan merebak di kalangan ahli.
Lebih parah dari Politik
Wang, yang hanya disebabkan lemahnya ‘iman’
para pemimpin dan pengikut.
Dengan kata lain, jika
tidak dibenteras dengan bijaksana, ia akan membawa pecah kepada UMNO, dan
seterusnya berjangkit kepada parti2 lain, jika ilmu Abuya yang saya nak cakap
ini, difahami dan diakui ramai.
Akhirnya semua2nya nanti
karam, iaitu apabila Sistem Demokrasi Terbuka ini tidak boleh diperbaiki lagi,
runtuh seperti mana Sistem Komunis di Rusia dan China.
(Di kala itu kita pun tersentak, terpinga2 apabila naik golongan
lain pula.. (yang kita dok hentam, dok tenyeh dan sesat2 dahulu).. naik merajui
negara dengan cara, uslub dan kaedah perjuangan Islam yang tersendiri, yang
lebih mendekati cara perjuangan nabi dan sahabat Khulafa ar Rashidin.
Tidak
munasabah bukan?. Itu kuasa Tuhan nak lucut.. atau nak beri pada sesiapa. Siapa
tahu?.)
Baik..
Bagaimana pihak UMNO hendak
membuktikan, dan menolak perasaan ragu2 dan was2 terhadap ‘betapa syarie nya perjuangan UMNO dengan Islam’
di kalangan ahli2nya.
Sebab perjuangan perlu
kepada keyakinan yang padu dan kental dari para ahli. Kalau tidak, perahu
perjuangan tidak bergerak sehaluan dan mencapai matlamat yang dituju.
Dato' Seri Dr. Mahathir
sendiri mengakui hakikat ini, apabila di majlis yang sama, beliau mengatakan,
terdapat sebilangan ahli2nya yang begitu konsisten dan komited dengan
perjuangan parti pada mulanya, tetapi pada akhirnya memasukki PAS kerana
perasaan was2 yang melanda hatinya.
Dengan katanya, "Dulu kita muda belia berjuang dengan
UMNO, tetapi bila dekat dengan lubang kubur ini, kita rasa... biarlah sekali
ini kita mengakhiri hayat kita dengan parti Islam, supaya tidak tertolak di
pintu Surga, kelak! (Biarpun tidak relevan
dengan kebenaran.)
Inilah akibatnya, kalau
mengaji tak habis!.
Buat kerja melulu... bila orang
putih bagi kemerdekaan dengan bersyarat, mengamalkan Sistem Demokrasi
Berpiliharaya... kitapun sambut dan main bagai nak gila!.
Mulalah nak mengata, dan
mengeji2.. buat sesuatu ikut nafsu dan sangkaan semata.
Orang berjuang... ikut dan
patuhlah kepada ilmu syariat, semuanya sekali!. Ilmu yang ALLAH SWT bekalkan
untuk kehidupan manusia di dunia, lengkap lahir dan batin. Supaya dengannya,
kita akan berasa komited dengan perjuangan parti sejak mula. Tidak berhenti
dipertengahan jalan, tidak gundah gulana dan berperasaan was2... betul ke, atau
tak betul perjuangan ini??.
Untuk itu, saya perturunkan
apa kata Ustaz Ashaari Muhammad dalam bukunya, “Langkah-Langkah Perjuangan”.
Beliau mengulas khusus bak
profesyen berdakwah atau berjuang jihad fisabilillah.
Walaupun, pada lahirnya
sudah tentulah merupakan satu ibadah. Tetapi sekiranya tidak memenuhi “Lima
Syarat2 Ibadah Dalam Islam”, amalannya akan menjadi sia-sia, malahan jatuh
berdosa pula!. Iaitu:-
1) Niat berjuang mestilah kerana menunaikan
perintah ALLAH, iaitu untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi. Bukan
diniatkan kerana untuk mendapat nama, hendak merebut harta atau pangkat, kerana
marah dan sebagainya.
2) Perkara yang hendak diperjuangkan itu mesti sah mengikut syariat iaitu memperjuangkan hukum-hukum ALLAH yang lima, iaitu Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus (Mubah). Bukan memperjuangkan ideologi-ideologi atau isme-isme musuh seperti ideologi nasionalisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan sebagainya.
3) Perlaksanaannya mestilah menghikut syariat.
Yakni tepat seperti kehendak ALLAH dan Rasul. Melaksanakannya bermula dari
diri, keluarga, jemaah dan barulah kepada masyarakat. Ketika menyampaikan
risalah ALLAH, seseorang itu mestilah menggunakan kata-kata atau ucapan dan
nasihat-nasihat yang lunak, lemah lembut serta berhikmah. Semasa berjuang itu
jangan sampai bergaul bebas lelaki perempuan, mendedah aurat, mengumpat,
mengata, geram pada mana-mana pihak, menghina, memaki-hamun, menindas dan
menzalim.
4) Natijah dari perjuangan itu; kejayaannya untuk
tujuan khidmat masyarakat, menegakkan hukum, membela orang susah dan teraniaya.
5) Tidak meninggalkan perkara-perkara atau ibadah asas dalam waktu berjuang itu. Seperti tidak melengah-melengahkan sembahyang atau terus tinggalkan sembahyang, jangan tinggalkan fardhu ain tapi hendaklah belajar dan terus amalkan.
Tegasnya perjuangan yang
menempuh lima syarat ini saja, baru jadi Amalan Akhirat. Kalau tidak ia akan
jadi Amalan Dunia; dan tidak mendapat keredhaan ALLAH.
Ertinya kita masih tergolong
dalam hamba-hamba yang derhaka pada ALLAH. Walaupun mungkin cita-cita untuk
berjuang itu sudah ada, tapi ALLAH masih belum terima amalan yang dibuat
sekiranya tanpa memenuhi kaedah-kaedah yang digariskan oleh ajaran Islam itu.
Sebab itu kenalah patuh mengikut lima syarat tadi.
Demikianlah mutiara kata
dari Ustaz Ashaari Muhammad.
Jarang ada ulama yang
memperkatakan sesuatu ilmu dengan penuh dan terperinci sekali.
Bagaimanapun, saya suka menambah
dan memberi huraian yang lebih lanjut lagi serta menjurus kepada Sistem
Demokrasi Terbuka, yang kita dok perjuangkan bagai nak sasau ini!.
Huraian
lanjut ‘Lima Syarat2 Ibadah’ dalam konteks – kejanggalannya dengan Sistem
Demokrasi Sekular.
Sabda Rasulullah SAW, “Hanyasanya amalan-amalan itu
sah dengan niat, dan adalah bagi setiap seorang itu menurut apa yang
diniatkan."
Apa maksud hadis nabi di atas?.
Tidak lain ialah untuk menegaskan, apa jua kerja
seseorang itu mesti bermula dengan niat!. Tidak boleh untuk seronok2, walaupun
sedang bercucuk tanam sebagai petani!.
Rugi.. tidak boleh ganjaran pahala!.
Sebab sahnya sesuatu pekerjaan di sisi Allah SWT untuk
beroleh pahala ibadah ialah dengan niat. Tanda serius ia dengan kerjanya!.
Maka, bagi seseorang yang berprofession politik atau
pejuang Islam, tidak boleh berkata, “Aku terlibat dengan politik ini sekadar
main2”. Nescaya Tuhan tidak beri pahala ibadah sejak dari awal
penglibatannya lagi. Biarpun ceramahnya siang-malam!. Sebab dia tidak ‘yakin’
dengan kerja berbuahkan suatu yang baik!.
Sepertilah cerita seorang
sahabat Nabi SAW yang berhijrah ke Madinah kerana cinta kepada seorang
perempuan. Maka perempuanlah yang didapatnya!. Bukan pahala perjuangan!.
(Tidakkah ruginya beliau terlepas peluang untuk merebut pahala
perjuangan peringkat Pra Mekah, yang ‘pahala’ nya amat besar berbanding
perjuangan selepas Mekah!.
Seperti tidakkah rugi kita yang sememangnya kesuntukkan masa hidup
di dunia ini (umur 50/60 tahun, dah K.O.), kalau usaha2 perjuangan kita tidak
berpahala?. Rugi! Rugi!.
Sia2 saja umur hidup di dunia kalau kerja buat tidak berpahala!.
O.k.? Al Right!. Selesai satu peringkat masalah!.
Tidak boleh dalam misi
menegakkan khalimah Allah itu, ia punya kepentingan lain!. Seperti ia mendakwa,
kuasa pemerintahan perlu dimiliki terlebih dahulu untuk mendaulatkan agama
Islam di Malaysia!.
Ini suatu yang bercanggah
dengan kebenaran!.
Sebab, Nabi SAW pada awal
perjuangannya tidak berkehendakkan kuasa pemerintahan!.
(Sila rujuk ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’).
Kalaulah demikian niat kita
untuk mendapat kuasa terlebih dahulu sebelum usaha menegakkan khalimah Allah
dibuat, sewajarlah payah untuk mengekalkan niat kita di atas landasan yang
betul!.
Kerana setiap sesuatu
bermula dengan niat, dan baginya apa yang diniatkan!. Ia tidak akan peroleh
pahala amal ibadah jika yang dibuat itu – bukan semata2 kerana Allah SWT!.
Sebab tidak boleh berkompromi antara kuasa (untuk diri) dan pahala
(dalam mengikuti suruhan ALLAH) dalam perkara2 melakukan ibadah kepada ALLAH
SWT.
Sebagaimana disebut dalam “Perjuangan Yang Tidak Relevan”,
antara kebatilan yang berlaku dalam Sistem Demokrasi Berpilihanraya ialah
pemimpin dianggap sebagai ‘Wakil Rakyat’, bukan ‘Wakil Allah’!.
Mereka akan bersuara mengikut suara rakyat, dan
bertindak mengikut kehendak rakyat!. Jelasnya, pemerintah bukan bertanggungjawab kepada Allah untuk menjalankan segala dasar dan
matlamat pemerintahan mengikut Al Quran dan Sunnah.
Begitu juga yang
dimaksudkan dengan ‘Sentimen Kepartian’. Ia akan utamakan orang2 partinya
dengan menganaktirikan rakyatnya yang lain yang tidak separtai dengannya!.
Bagaimana dia boleh ikhlas dalam
membahagikan kekayaan negara dengan puak2 yang tidak sebulu dengannya!.
Begitu juga terhadap berbagai golongan
dalam negara yang punya niat mengundi masing2. Bagaimana ia hendak mengutamakan
kehendak Allah dan Rasul, sedang janjinya terhadap pengundi2nya perlu
ditunaikan segera!. Supaya kariernya sebagai Tok Wakil untuk penggal hadapan
tidak terjejas!.
Jelasnya, dalam perkara2 sedemikian,
bagaimana kita hendak menjaga niat kita agar berkeadaan tulus dan ikhlas dalam
memimpin dan berlaku adil kepada rakyat jelata?.
Maksud di sini, kita ada 2 perkara niat
yang hendak di jaga!.
Iaitu berniat untuk
benar2 berjuang membela nasib bangsa dan tanah air
(tidak ada pilih kasih), serta benar2 menegakkan agama karena ALLAH!.
Bagaimana
kita hendak lakukan dua perkara niat tersebut dalam satu masa?.
Mungkin,
ada yang berkata... memperjuangkan
nasib bangsa dan tanah air ataupun mempertahankan
negara dari kekuasaan orang kafir itu adalah juga suatu perintah Allah!.
Benar, ianya adalah
perintah Allah SWT!.
Tetapi kita harus faham,
apabila kita mempunyai niat yang tersendiri yang merupakan kepentingan parti atau
pribadi, maka perjuangannya menjadi tidak bermakna!. Tidak beroleh ganjaran
pahala akhirat!.
Mana
lebih utama.. perjuangan menegakkan agama Allah atau perjuangan menegakkan
bangsa?.
Pada
saya, perjuangan menegakkan agama Islam itu lebih utama!.
Sebab, apabila agama Islam
terbela, nescaya bangsa dan tanah air akan terbela juga. Tetapi kalau bangsa
dan tanah air terbela, belum tentu agama Islam boleh terbela!.
(Perkara ini kena kasi
faham betul2. Tetapi bukan di sini. Sila lihat tajuk ‘Bagaimana Islam Memilih
Pemimpin’. Insyaalah, akan menyusul nanti).
Oleh sebab itu, perkara
niat ini hendaklah sentiasa dijaga selalu supaya tidak tergelincir dari
matlamat asal kita, iaitu untuk menurut
dan melaksanakan perintah ALLAH SWT.
Sebab tersangatlah sukar kita
menjaga perihal hati, yang sifatnya sentiasa berbolak-balik pegangannya. Hanya
dengan ilmu Tasawuf sahaja kita boleh mengenal, mendidik dan mentarbiah hati
supaya tidak sentiasa terdorong oleh hawa nafsu dan syaitan.
Jelasnya, dalam kontek
Sistem Demokrasi Berpilihanraya ini, teramatlah sukar untuk menjaga perkara
niat agar sentiasa berkeadaan stabil dan ikhlas sepanjang masa.
Sebab kita bukan malaikat
yang tidak didorong oleh hawa nafsu dan syaitan. Lainlah kalau kita seorang
yang ‘Arifullah!.
2) PERKARA/SUBJECT YANG DIPERJUANGKAN
Sebagai
seorang pejuang Islam, keinginannya hanya satu. Iaitu untuk melihat hukum-hukum
ALLAH yang lima (Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus) didaulat dan
dipraktikkan di tengah2 masyarakat.
Dalam
misi mendaulatkan hukum-hakam tersebut, dia tidak akan menggunakan ‘alat’ yang
tidak sah dan halal di sisi syariat, seperti ideologi nasionalisme, komunisme,
Sistem Demokrasi Terbuka, dsb.nya.
(Sebab, setiap perkara yang diusahakan hendaklah sah dan halal dari
segi syariat. Tidak boleh dicampur adukkan antara hak dan batil, seperti
berniaga restoran sambil jual rokok, dsb.nya.
Niat mencari rezeki yang halal dikotori dengan berniaga barang
makruh!. Molek ke?. Itu belum dedah aurat lagi!.. yang pastinya haram, yang
menyebabkan kerja buat tidak berpahala!).
Baik!.
Kita
mengelar diri kita sebagai pejuang Islam. Semestinya, kalau nak buat kerja
Tuhan, kenalah pakai cara Tuhan!.
Kenapa
pakai cara Sistem Demokrasi Terbuka @ Berpilihanraya bikinan akal manusia?.
Allah
mengajar undi mengundi ke?.. dengan Professor 1 undi, orang asli Pagan 1 undi.
Adil ke?.
(Kalau adil jugak.. seperti mengatakan Allah itu bodoh!. Tidak
tahu membezakan orang bodoh dengan orang cerdik!. Siapa yang lebih ramai?).
Kita
harus faham, Sistem Demokrasi itu ‘alat’ sahaja.
Bila
sebut sebagai ‘alat’, dah tentu banyak lagi ‘alat’ lain yang boleh digunakan!.
Yang
mana satu alat yang lebih relevan?. Itu kena tengok keadaanlah!. Ada masa2nya
sesuatu alat itu sesuai, ada masa atau zaman yang lain ia sudah tidak boleh
digunapakai lagi!.
Sebab,
fungsinya yang asal seperti ‘mengekalkan keamanan’ sudah tidak berlaku lagi
pada zaman yang kronik ini!.
Kena
pakai alat atau kaedah yang lain, pulak!.
Zaman
kan berubah, inikan pula manusia!. Lain zaman, lain cara pengurusannya.
Yang
penting, biarlah ‘alat’ relevan dengan masa serta mendatangkan pahala ibadah
kepada kita semua di akhirat kelak!.
Seperti
diperjelaskan dalam ‘Perjuangan
Yang Tidak Relevan’, Sistem Demokrasi Terbuka sebenarnya menegak
penzaliman!.
Di
mana kumpulan yang kecil/minoriti menguasai kumpulan yang besar/majoriti
melalui Akta, Polis dan Tentera!.
Manakala,
nasib negara diserahkan kepada rakyat awam untuk ditentukan melalui peti undi.
Yang pastinya, majoriti rakyat tidak tahu-menahu mengenai pemimpin dan
kepimpinan!.
Apakah
keputusan mereka boleh menjamin kebaikan dalam pemerintahan?.
Ini
bukan kebenaran, sebaliknya kebatilan yang di-pertahankan!.
Pastinya
perjuangan kita tidak beroleh pahala akhirat, dan di akhirat kelak kita seorang
yang ‘kerugian’ amal soleh!.
3)
PERLAKSANAAN MENGIKUT SYARIAT
Dalam langkah2 perjuangan, tidak boleh
kita melakukan penzaliman, menindas atau menfitnah orang!.
Itu semua kita faham!. Tidak boleh
campuradukkan yang hak dengan yang batil!.
Justru itu, kita nak tanya, ‘Bolehkah
orang berjuang dalam Sistem Demokrasi Berpilihanraya mengelak diri dari kata
mengata, fitnah menfitnah, dsb.nya”.
Tentu sukar, bukan?.
Kalau dah sukar untuk dihindari,
bagaimana kita semua bersetuju dengan sistem tersebut, seolah2... it’s the
best!’ diciptakan buat manusia. Mengalahkan sistem Islam yang lebih harmonika!.
Kalau lah demikian, tidakkah ini
menyalahi akidah!.
Kerana secara tidak langsung kita
menganggap Islam itu tidak syumul!. Terpaksa pinjam sistem orang lain untuk
mengurus hal ehwal negara!.
Itu belum ditanya lagi tentang ‘tertib’
perlaksanaan yang diambil hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan
oleh ALLAH SWT, atau dipanggil Sunnahtullah!.
Sebab, setiap sesuatu pekerjaan, ada
peraturannya. Malah, kehidupan kita sehari2pun ikut peraturan. Mula2 bangun
pagi, gosok gigi, solat, minum pagi, pakai baju seluar pergi kerja, dan
bla..bla.
Cubalah kita tukar peraturan
atau ‘routine’ itu, nescaya akan kelam kabut jadinya!.
Demikianlah dengan Islam,
ada Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Diikuti pula dengan Wajib Ain, Wajib
Kifayah, Sunat Ain, Sunat Kifayah dan Harus.
Tidak boleh kita ‘short-cut’
buat perkara2 Sunat Ain dahulu (seperti
solat Dhuha, Tahajud, Witir, puasa Isnin Khamis, dll), tetapi perkara2 Wajib
Kifayah kita tidak buat dan ambil perhatian langsung!.
Dok makan di restoran orang
kafir, makan kicap Cina, jual beli dengan orang bukan Islam sedang kedai orang
Islam ada!.
Macamana ekonomi orang Islam
nak membangun!. Kalau kita orang Islam sendiri tidak sokong perusahaan orang2
Islam di tempat sendiri.
Apa hukumnya, kalau kita
makan di kedai orang bukan Islam, sedang kedai makan orang Islam ada berhampiran?.
Ingat makan minum ini tak
ada ‘effect’ dengan hati budi dan akal fikiran kita sebagai seorang Islam, ke?.
Pastinya berdosa, sebab ia
membawa dirinya ke lembah binasa!.
Tak binasa macamana, kalau para2
ustaz dok syarah tak masuk dalam kepala hotak!. Sebab hati sudah kelabu asap
dek tercemar dengan makanan2 yang syubhat dan haram!.
Ahh.. terlanjur kita!.
Kita nak cakap bak
perjuangan ber’platform’kan Sistem Demokrasi Sekular ini, tercerita bak makan
pulak!.
Ringkasnya, setiap langkah2
perjuangan perlu ada tertibnya. Tidak boleh kita sibuk2 bak ‘hudud’, sedang
perkara2 Fardhu Kifayah lain tidak beres!.
Sebab, pengertian Hudud
sebenar ialah sebagai “Langkah Terakhir’ selepas semua ikhtiar menjadi jalan
buntu, yakni tidak dapat mengatasi masaalah!.
(Sila rujuk ‘Falsafah Hudud
Dalam Islam’).
Sementelahan pula, tertib
dakwah ialah kita kena bermula dengan diri, keluarga, jemaah, masyarakat,
negara dan seterusnya antarabangsa. Setakat main local sahaja, tidak
‘smart’lah!.
Ini era globalisasi, zaman
langit terbuka!. Kalau dakwah cara kampungan, lama2 orang boleh bawak lari anak
dara kita sebab terpengaruh dengan budaya ‘Bolly@Hollywood’ melalui internet!.
Ringkasnya, kalau dalam
jemaahpun, kehidupan ahli tidak terbela, makanan asas masih diperolehi dari
luar, dll.. mana mungkin untuk rakyat jelata menaruh hati dengan jemaah kita,
seterusnya beri negara untuk kita pimpin!.
Bagaimanapun, yang lebih
utama dari itu semua ialah,.. kita mengharapkan pertolongan Allah Taala.
Pastinya, untuk mendapat
bantuan ALLAH SWT itu,
perjuangan kita hendaklah menepati segala kehendak2 syariat lahir dan syariat
batin. Tidak boleh kita campur antara hak dan batil!.
Tidak boleh kita mencaci
cerca dan menfitnah orang, apalagi mengkafir orang lain yang tidak sehaluan
dengan kita.
Siapa kata tidak sehaluan?.
Semuanya menuju matlamat yang sama, hanyasanya teknik sahaja lain2!.
PAS dan UMNO dengan sistem
demokrasi cara dia, ARQAM dan TABLIGH ada cara atau uslub dia sendiri.. yang
dirasanya lebih bersih!.
Siapa yang lebih mendekati
pada kebenaran, Wallahualam!.
Maka, kalau dalam perjuangan
boleh terbarai akhlak kita, macamana kita nak mengundang bantuan dari ALLAH TAALA?.
Kerana ALLAH menolong
golongan yang bertakwa sahaja. Seperti firmannya, “ALLAH menolong orang2 yang
bertakwa”.
Maka tidak peliklah Syaidina
Omar r.a. berkata kepada tentera2nya sebelum mengirim mereka ke perbatasan, “Aku tidak takut kepada musuh2 kamu, tetapi
aku takut kepada dosa2 kamu. Sebab jika kamu berdosa, Allah akan biarkan kamu
kepada musuh2mu untuk disiat2 dan dirobek2kannya, tanpa ditolongnya”.
Demikianlah, sekalipun kita
ini adalah pejuang2 kebenaran, tidak semestinya kita bertindak ke atas orang2
kafir dengan membelakangkan syariat lahir dan batin.
Tidak ikut peraturan tabii
atau sunnahtullah, di mana persediaan lahir dan batin hendaklah
dikemaskini terlebih dahulu. Termasuk hal ehwal keluarga dan jemaah kita.
Berkata Hukama, “Yang
hak yang tiada peraturan, akan dikalahkan oleh yang batil yang ada peraturan”.
4)
NATIJAH HENDAKLAH BETUL
Natijah adalah hasil atau
kesan dari usaha yang dijalankan. Samada ia bertambah2 tawaduk, pemurah, atau
bertambah ego dan bakhil!.
(Sila lihat ‘Roh Amal’ untuk lebih maklum).
Jelasnya, jika ia seorang
pengusaha restoran, adakah kekayaan yang diperolehi digunakan untuk berkorban,
berderma dan menolong fakir miskin?.
Atau setakat berkata, Alhamdulillah.. dan pergi melancong ikut
hawa nafsu!.
Kalau lah demikian cara
yang dikatakan bersyukur, maka jelaslah ia tidak sebagaimana yang ALLAH kehendakki.
Banyak orang tidak faham
akan maksud sebenar ALLAH TAALA Taala apa yang dikatakan ‘bersyukur’,
sebagaimana firmannya, “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan
tambahkan lagi nikmat-Ku. Tetapi jika kamu kufur, ketahuilah siksa-Ku amat
pedih!.
Maksudnya, kalau dah ALLAH kurniakan kekayaan itu kepada
kita, hendaklah kita belanjakan untuk kerja-kerja amal dan Jihad
Fisabillillah!. Iaitu berkorban, bersedekah atau beri makan orang miskin,
dll.
Kerana kita sedia maklum,
setiap sen harta orang kaya itu, ada hak orang miskin ke atasnya.
Kalau kita sejak asal lagi
dah miskin, setakat pemberian sebiji buah tamar tuu.. dah kira O.K. lah!
Kalau perkara ini dah
‘setup’ dalam kepala hotak kita, maka patutlah kita bertambah2 malu ke diri
apabila ALLAH rezekikan percuma2
sahaja nikmatnya – baik kecil atau besar- kepada kita.
Tak kan nak sebat sorang,
je!. Bagi2 lah sikit kat insan yang lain atau jiran sebelah-menyebelah!.
Firman ALLAH SWT itu bolehlah kita umpamakan
begini,.. kita beri hadiah pada seorang kawan, kemudian kawan kita tu
diberikannya kepada orang lain!.
Kita tuan punya asal hadiah
itu tentulah berasa bangga, dan rasa2nya nak bagi lebih banyak lagi kat kawan
kita tuu supaya disebarnya seluruh alam!. Tak gitu!.
Itulah dimaksudkan dengan
ayat, “..nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmat-Ku”. Mesti ada sebab untuk tambahan!.
Itulah baharu tepat dan
dianggap sebagai seorang hamba ALLAH yang
bersyukur akan nikmat dan kurniaan-Nya.
Baik. Kita dah faham akan
makna ‘bersyukur’ dan kita tukar ‘tune’
sedikit...
Kita sebagai pejuang Islam,
bila dah dapat kuasa merajui Negeri atau Negara Islam... tak kan dok relax
saja!.
Kenalah kita tunjuk
‘syukur’ kita tuu dengan berbuat untuk mengembangkan syiar Islam!.
Untuk mengembangkan syiar
Islam, bukan hanya dengan membangun tamadun2 lahir seperti pintu gerbang, bina
masjid, tukar peraturan sekular, dsb.nya.
Lebih penting dari itu,
ialah pembangunan ke dalam!.
Iaitu meningkatkan iman dan
takwa para penduduk Islam, dan kepada yang masih kafir hendaklah diusahakan
masuk Islam!.
Bukankah itu tugas utama
Nabi Muhammad SAW, iaitu membawa Islam kepada yang bukan Islam?.
Taufik dan hidayah itu memanglah
kuasa Tuhan, tetapi kita diarah menuntun orang ke arah kehidupan Islam yang
sebenar!.
Ada ke kita buat kerja
itu?. Tak ada!.
Kita dok asyik berebut dan
pertahan kerusi!. Iman orang Islam tak meningkat2, dan orang2 bukan Islam
terbiar bagai lembu terlepas. Tidak diurus!.
Esok kita juga yang akan
ditanya, dan dipertangungjawabkan!.
Apa buktinya kita tidak
bertanggungjawab ke atas nasib orang2 kafir di akhirat kelak. Tak kesian kat
mereka ke?.. kekal abdi dalam neraka jahanam selama2nya!.
Sebab sehingga ke hari ini,
tidak ada suatu partipun yang menubuhkan satu jawatankuasa atau unit khas yang
pergi ke rumah2 orang kafir, bercakap dan berdakwah dengan mereka penuh hikmah,
bertujuan menarik mereka kepada Islam!.
Termasuklah Parti PAS!..
yang mendakwa merekalah pejuang parti Islam yang sebenar!.
Maaflah kita nak cakap...
Kita lihat rakyat Kelantan
masih seronok dengan Expo, beristirehat dan mandi manda di pantai dan pusat2
perkelahan, lawan ayam serama, dikir barat, dll.
Pasar malam dan pusat beli
belah tambah meriah dengan gelagat muda mudi tua dan muda!. Masjid2 tinggal
lengang dengan golongan tua yang dah pencen!. Tidak jadi pusat ilmu dan tempat
mentelaah kitab2. Sudah berubah fungsi.. tempat mencari2 salah orang!.
Kerana apa?. Sebab ‘iman’ yang sebenar belum masuk ke dalam
benak sanubari rakyat Kelantan!. Sekadar beriman Ilmu dan Iman Taklid!.
Jelasnya, kejayaan PAS
menubuhkan pemerintahan ulama di Kelantan menerusi wadah Sistem Demokrasi
Berpilihanraya, tidak berjaya membakar semangat rakyat untuk mempraktik Islam
secara bersungguh2 dalam kehidupan mereka.
Sebab, ambilan Islam secara
percuma2 dari Sistem Pilihanraya teramat murah ‘significant’ kepada hati semua
manusia!.
Tidak boleh untuk merubah
diri dan kebatilan yang berleluasa dalam masyarakat!. Apalagi untuk menuruti
segala perintah dan larangan Allah SWT!.
Kerana sebagaimana disebut,
kita ini Wakil Rakyat, bukan Wakil Allah!.
5) AMALAN ASAS
Amalan/Ibadah Asas adalah merangkumi Rukun
Iman dan Rukun Islam. Antara keduanya, Rukun Iman adalah perkara pertama dan
utama yang mesti diselesaikan terlebih dahulu oleh para Mukallaf.
Tidak bererti ibadah seseorang (seperti
solat, puasa, haji, dll) jika tahap keimanan tidak mencapai ‘keyakinan yang
qatie’ (100% jazam!).
Itu suatu perkara yang kita telah
perjelaskan dalam komentar “Ibadah
Dalam Islam”.
O.K.!
Saya telah mengulas secara terperinci
akan ‘Lima Syarat2 Ibadah Dalam Islam’ dalam konteks Sistem Demokrasi Terbuka @
Berpilihanraya.
Jelas sekali ia amat bertentangan
dengan syariat Islam dan pastinya ia tidak mendatangkan pahala ibadah!.
Dapat penat dan lelah semata.. dan di
akhirat kelak, kita semua akan dihumban ke dalam api neraka kerana hati penuh
mazmumah disebabkan bermain parti!. Bodoh punya kerja!.
Baik!.
Ada satu lagi persoalan yang masih
belum terjawab!.
Iaitu, “Apa relevannya ‘keyakinan
qatie’ dengan perjuangan dalam Sistem Demokrasi Sekular yang diperjuangkan
bagai nak gila sekarang ini?”.
Mestilah!. Setiap pejuang Islam mesti
ada keyakinan!. Keyakinan itu mestilah tepat dengan syariat Islam, baik cara
siasah, uslub dan kaedahnya. Kalau tidak tepat, bererti kita perjuangkan
kebatilan!. Kita mengajak rakyat kepada dosa, iaitu kata mengata, keji mengeji,
carut mencarut, dsb.nya.
Baik. Kita kata tadi.. uslub
perjuangan.
Kenapa kita pilih Sistem Demokrasi
Berpilihanraya sebagai ‘wadah’ atau alat untuk memperjuangkan sebuah Negara
Islam?.
Bagaimana kita berkeyakinan bahawa
Sistem Demokrasi Berpilihanraya ini lebih tepat dan berkesan dari Sistem
Musyawarah cara Islam?.
Tidakkah ini suatu fahaman yang
terpesong dari kebenaran, dan apa kesannya kepada akidah seseorang?.
Lebih kurang juga, kita kata begini..
bagaimana kita orang Islam boleh mengembangkan tamadun orang lain, sedang Islam
ada tamadunnya sendiri?.
Ini suatu persolan yang harus dijawab
oleh para ulamak bukan Arqam!.
(Sebab
kita Jemaah Al Arqam, ada teknik dan uslub perjuangan tersendiri yang lebih
mendekati cara perjuangan Rasulullah SAW).
Bagaimana kalau saya kata, setiap
kebatilan bukan dari ALLAH
SWT. Maknanya bukan kerja Allah, tetapi kerja kita manusia yang pandai
mereka2.
Sudah tentu kerja kita tidak jadi
ibadah, kerana tidak mengikut peraturan ALLAH, lahir dan batin!.
Malah menjadi berdosa pula, kerana
memimpin orang ke arah perpecahan!.
Bukankah parti2 itu – Assobiyah!.
Menegakkan Assobiyah bermakna
mengalakkan perpecahan!. Sukar untuk mencari jalan perpaduan, seperti yang
berlaku sekarang ini!.
Di atas, adalah sedikit ulasan bak
keyakinan. Dan keyakinan itu adalah termasuk dalam Rukun Iman. (Amalan Asas).
Maka, kalau keyakinan itu bersalahan
(sebab menyokong Sistem Demokrasi Sekular), maka perjuangan kita tidak dinilai
ibadah oleh ALLAH SWT.
Sia2 sahaja.
Habis wang berjuta, tetapi tidak diberi
pahala ibadah oleh ALLAH
SWT.
Baik. Rukun Islam bagaimana pula?.
Iaitu solat, puasa, haji, dll.
Sudah tentu perjuangan kita tidak diberi
pahala ibadah, jika kita tidak solat, dsb.nya.
Harus diingat, Rukun Islam adalah teras
kepada ibadah2 yang lain. Yang lain2 tu (solat sunat, sedekah, umrah, dll),
cuma menampalkan solat fardhu, dll yang tidak sempurna.
Tidak boleh kita perbesarkan yang
sunat2 dan harus, sedang perkara wajib kita tidak buat!. Seperti habis wang
berjuta$$$, tetapi haji ke Mekah Al Mukarammah tidak mampu dibuat!.
Tidak terpesong kah itu?. Pelik!
Pelik!.
Pelik sungguh tujuan hidup orang
sekarang.
Ringkasnya, kalau perjuangan kita tidak
selaras dengan Rukun Iman dan Rukun Islam, maka sia2 sahajalah amal kebajikan
kita kerana tidak diberi pahala ibadah oleh Allah SWT.
Saya telah memperjelaskan betapa tidak
relevan perjuangan menegakkan Negara Islam melalui wadah Sistem Demokrasi
Berpilihanraya @ Terbuka. Sukalah saya mengulangi sedikit agar kita boleh
mengingati kembali kuliah di atas.
Pertama Niat.
Amat sukar untuk membetulkan niat, jika
kiri dan kananpun kita nak tangkap muat dalam zulmat nafsu serakah kita!. Kuasa
kita hendak!.. perintah Allah untuk tegakkan pemerintahan Islam pun kita nak
hendak buat!.
Last2 sekali, tindakan kita jadi tidak
ikhlas!.. sebab payah nak ‘maintance’ niat kita agar sentiasa berada di jalan ALLAH SWT!.
Kalaulah niat dah baik, perkara atau
alat untuk berbuat itu (Sistem Demokrasi Berpilihanraya) jatuh ke batil,
pulak!. Sebab tidak relevan dengan kebenaran!.
Professor – 1 undi, orang Asli Pagan –
1 undi. Adil, ke?.
Lagi pula, sistem itu penegak
penzaliman!.
Kalau niat dan alat dah molek
sekalipun, proses perlaksanaan pula rosak!. Sebab kita nak ketengahkan Islam,
tetapi.. tidak boleh lepas dari maki hamun dan kafiak orang, pulak!.
(Bukan setakat orang saja, Tuhan pun
terkena jugak.. kerana mencarut!. Astagfirllah hil ‘azim!).
Perkara natijah tidak diambil kisah
sangat!. Yang penting, kita enjoy bila berkuasa!. Bukan bertambah2 tawaduk
kerana kuasa yang ALLAH
bagi, tetapi bertambah2 sombong dan ego.. mulalah nak balas dendam kat orang2 yang
dia tidak perkenan!.
Solat fardhu, tak osah ceritalah!. Dah
jadi adat, bukan perintah Tuhan!. Hak tuhan tuu.. dikemudian2kan sampai lewat
sore bila bertembung dengan hak manusia, di dewan2 yang mulia!.
Jelasnya, semua aspek tindakan, baik Niat,
Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak selaras dengan
syariat lahir dan syariat batin para pejuang2 Islam yang ada pada hari ini.
Sekalipun kurang satu aspek tindakan
sedangkan yang lain semuanya betul, ALLAH SWT tetap tidak akan beri pahala amal ibadah!. Dikira
batal!.
Dah rosak binasa bak ‘suci dalam debu’, gara2 Sistem Demokrasi Sekular yang dimainkan oleh semua peringkat penduduk, baik kecil besar, tua muda, yang cerdik yang bodoh, ulamak atau bukan ulamak!.
Maka hukum Hablumminanas, iaitu perhubungan manusia dengan manusia sudah tak
betul jalan, kerana tidak dimantau dengan prinsipal yang baik!.
Tidak sebagaimana hukum Hablumminallah, di mana ia dimantau
dengan baik seperti kata Iman Malik, “Barangsiapa bertasawuf tetapi tidak
berfeqah, ia fasik. Barangsiapa berfeqah tanpa bertasawuf, ia kafir zindik!
(kafir tanpa sedar).
Jelasnya, kalau hukum Hablumminallah ada prinsipal ibadahnya, maka kenapa hukum Hablumminanas tidak ada prinsipal ibadah?.
Apa kata kalau saya labelkan begini...
Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan
Amalan Asas sudah baik, tetapi Niat tidak betul, ia dipanggil Si Bodoh!.
Niat dan semuanya betul, tetapi Perkara
pulak tidak sah, ia Penipu!.
Perkara dan semuanya betul, tetapi
Perlaksanaan tidak betul, ia Tertipu!.
Perlaksanaan dan semuanya betul, tetapi
Natijahnya salah, ia Pendusta atau Kufur!.
Natijah dan semuanya betul, tetapi
Amalan Asas pulak tidak buat, ia Munafik atau Hipokrit!.
Hah!
Apa macam? Boleh dipakai, tak?.
Nak
tunggu ulama2 dok label, merekapun tak tahu apa itu Lima(5) Syarat2 Ibadah!.
Lagikan...
Lima(5) Peringkat Iman (Iman Taklid,
Iman Ilmu, Iman Ayan, Iman Hak dan Iman Hakikat) pun, mereka tak tahu nak
sebut, inikan pula benda2 falsafah semacam ini!. Seperti juga ‘Falsafah Hudud
dalam Islam’.
Kita
bukan nak bangga diri, tetapi mereka tu tak khabor ke diri!. Nak pimpin tapi
tak bertali!. Dah bertahun2 negara mencapai kemerdekaan, tetapi tahap iman
masyarakat Islam dok tang tu, jugak!.
Kalau
tak boleh pimpin hati2 manusia, bagi can lah kat orang2 dakwah memimpin!.
Sebab
mereka ini orang2 praktikal (makan sedulang, tidur sebantal), bukan para teori
atau ilmuan yang dok syarah kat mimbar2 masjid dan pentas2 resmi!. Tidak
mujahadah dalam amal!.
Sebab
itu ilmu mereka tidak ‘pure’ dan berkat!.
Sebab,
sebenar2 ilmu diperolehi dengan amali!. Telah disaring2 dan diujipakai, setelah
diterima baharulah dihadamkan!. Bukan teori lagi!.
Demikianlah kisah kehidupan dalam
Sistem Demokrasi Sekular yang penuh hipokrit, tidak relevan dan tidak mantap
sepenuhnya.
Hari ini berkawan, esok boleh jadi
lawan!.
Sistem boleh berubah2 sebentar sahaja,
bila dirasakan menguntungkan parti lawan. Hari ini Wang Royalti, esok jadi Wang
Ihsan!.
Perkara ini memang diakui sendiri oleh
PM, dalam ucapannya menyambut tahun baru 2001. Beliau seolah2 berkata, ‘Sesungguhnya
Sistem Demokrasi ini ada kelemahan2nya. Ia akan berkubur juga akhirnya ..”
Tetapi, yang kita pelik.. pihak ulama2
politik pulak beriya2 dan bersungguh2 menjayakan Sistem Demokrasi ini, seolah2
ianya yang terbaik!.
Kah!.. Kah!. Sungguhlah dunia ni dah
terbalik!.
Orang sekular pulak menerajui
perjuangan menegakkan Negara Islam (biarpun ilmu akhirat belum penuh di dada),
manakala orang2 akhirat atau para ulamak dok tenggok2 saja tanpa berbuat (sebab
tak ada minda).
Hanya dengan minda dan idea yang
kreatif dan strategi sahaja (bukan sekadar ilmu) kita boleh memimpin negara dan
orang ramai.
Dan sebaik2 pemimpin, dialah Orang
Dunia dan Orang Akhirat sekaligus!. Lebih tepat lagi, bergelar “Ulama berwatak
Rasul” - ulama yang dilahirkan untuk memimpin.
Sekian. Walahualam.
010501