Maju
mundur sesebuah bangsa itu bergantung kepada ilmu. Bangsa yang mendaulatkan
ilmu sebagai makanan kerohanian setiap masa – pagi, petang dan malam – nescaya
akan menjadi bangsa yang disegani dan takuti oleh kawan dan lawan.
Tetapi
kejayaan di dunia itu, sehingga banyak melahirkan tamadun-tamadun lahir yang
hebat-hebat, belum tentu selamat untuk beroleh kebahagian di akhirat. Sebab
tamadun-tamadun lahir itu adalah hasil ibadah, dan ibadah-ibadah itu
bersumberkan iman!.
Tanpa
iman, orang tidak akan mengerjakan ibadah!. Dan tanpa ibadah, manusia tidak
faham erti ‘kehambaan’ kepada ALLAH SWT, Tuhan penciptanya!. Lantas, manusia
berbuat ikut hawa nafsu dan syaitan semata.
Manusia
cenderung menghasilkan tamadun ia sendiri, iaitu tamadun yang rosak dan tidak
kekal!. Tamadun Lahir yang terbit dari perasaan tamak dan haloba semata.
Demikianlah
produk yang dihasilkan oleh Sistem Pendidikan kita pada hari ini. Sistem yang bertangungjawab
dalam mencorak Tamadun Lahir yang dibuat dengan perasaan ‘gah’ di mata dunia!.
Pastinya kita tidak mendapat imbalan pahala akhirat sebab bercanggah dengan ‘Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah’!.
Dalilnya,
kita boleh bina dan kita boleh runtuhkan ia dengan sekelip mata!.
Tidak
ada rasa penyesalan!. Apa nak disesalkan!. Bukannya harta benda mak bapak
kita!.
Demikianlah
sikap bodoh, ego dan sombong kita yang tidak bertanggungjawab – yang tidak
selayaknya bergelar ‘Khalifah ALLAH’ di muka bumi!.
Jelasnya,
kita telah gagal membina peribadi-peribadi soleh dan solehah dalam masyarakat
kita hari ini!.
Produk2
yang lahir dari institusi2 pengajian tinggi ternyata tidak membantu membetulkan
keadaan!. Malah mengambil kesempatan pula atas kedaifan orang lain untuk
mengaut kepentingan baik untuk diri, keluarga atau kroni. Dan ianya berlaku
bukan setakat golongan elit dan pemerintah sahaja, malah orang-orang kampung
hatta tok imam sekalipun!. Masing-masing bersikap individualistik dan
materialistik!.
Puak
Korporat berjiwa sekularis, lebih-lebih lagi la!. Mengaut keuntungan berlipat
kali ganda, atas nama Program Pengswastaan Negara!. Hak milik rakyat tiba-tiba
berubah jadi hak milik persona!. Sedang benda itu dia dapat percuma-cuma sahaja
dan kos relatif!.
Tanpa
perlu bersaing dengan siapa-siapa, dan... masih boleh bangkrap!.
Maka
jadilah ia seorang yang panas baran, lupa diri, dan lupa daratan!. Sudah tidak
ketahuan asal-usul lagi.
Bagaimana
ini bisa terjadi demikian?. Bagaimana tebu yang ditanam, dipupuk dan dibaja..
boleh tumbuh jadi buah peria!. Pahit, kelat.. sanggup mengkianati negara dan
bangsa sendiri!.
(Itu belum berlaku perang!. Jika di zaman perang, mungkin dia yang pertama cabut lari ke luar negeri bersama anak isteri dan harta kekayaan. Seperti kes gawat yang melanda ekonomi negara baru-baru ini. Hampir sahaja orang bungkus tikar bantal, menukar Ringgit dengan Dollar Amerika.. dan bersantai di luar negara!. Tidak ada rasa bertanggungjawaban!.
Saudara2 harus mengakui hakikat ini. Mungkin saudara merasa tuduhan ini keterlaluan!.
Boleh
saja saudara menganggap demikian, kerana ia tidak mengenai batang hidung sendiri
atau mengugat kepentingan hidup saudara. Apa kata.. jika habuan yang menyeronok
itu datang menyogok diri kepada tuan, samada berupa hamper, saham atau
perempuan!. Apa tidak terjengkil mata dan terliuk dibuatnya?. Kiaslah kepada
mata benda yang lain!. Kerana apa?. Sebab satu-satunya, iaitu Program
Pembinaan Insan belum selesai!. Ringkasnya, Iman tidak ada!).
Baik!. Kembali kita..
Apa
kesilapan dasar pendidikan hari ini sehingga tidak menghasilkan produk yang
sama sepertimana Sistem Pendidikan Rasulullah. Kerana telah jelas dan nyata,
Rasulullah SAW berjaya mengeluarkan produk yang dikatakan, “Menjadi Abid
(hamba Allah) di malam hari, dan menjadi Singa (khalifah Allah) di siang hari”.
Apa kelebihan cara Rasulullah itu?. Apa matlamat, dasar dan
kaedah pendidikan yang digunapakai oleh Rasulullah SAW sehingga menghasilkan
masyarakat contoh yang terbaik di kalangan semua umat manusia.
Apa
kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada Sistem Pendidikan Negara – yang
sentiasa berubah-ubah itu?. Tidak konsisten!. Sehingga kita merasakan anak-anak
kita sebagai ‘testing ground’ sahaja!.
Bagaimana
produk akhir boleh kita tidak tahu?.. samada jadi orang atau jadi hantu raya!.
Merayau-rayau di shopping2 complex, tanpa arah tujuan!. Tidak tahu peranan dan
tangungjawab sebagai rakyat negara merdeka, kalau tidakpun sebagai hamba
ALLAH!.
Untuk
itu mari kita melakukan bedah siasat, di mana kekurangan dan kesilapan Sistem
Pendidikan Negara agar kita tidak disoal siasat sekali lagi di Hari Pengadilan,
dan berakhir dengan bertekak sesama sendiri di dalam Neraka Allah SWT.
Waliyazubillah!.
Saya
akan cuba membuat perbandingan ini melalui cara Rasulullah SAW dan cara kita
zaman moden ini dengan melihat kepada tujuan/matlamat, dasar, kaedah/metod,
kesan pendidikan Rasulullah SAW, dll.
Untuk
itu, pertama-tama sekali kita harus memahami terlebih dahulu apa itu dikatakan
‘Rasul’.
Rasul
itu Utusan ALLAH, bertangungjawab membawa
syariat ALLAH kepada manusia.
Hakikat tugas Rasul adalah ‘Mengajar, Mendidik dan Memimpin”.
Mengajar sekadar menyemat ilmu di akal fikiran murid, tetapi ‘Mendidik’
melibatkan hubungan/jalinan/kontak hati antara murid dengan gurunya.
Dan
‘Memimpin’ adalah natijah dari itu, iaitu tidak dinamakan ‘Memimpin’ kalau
murid(rakyat) tidak boleh diatur dan diarah-arah!. Semuanya atas kebijaksanaan
mendidik.
Baik!.
Perkara 3M ini mestilah dibuat serentak. Sebab ketiga2 itu
saling kait-mengait dan bantu membantu dalam menjayakan perjuangan menegakkan
syariat ALLAH di muka bumi.
Dalam 3
perkara itu, ‘Mendidik’ (Didik & Asuh) adalah yang terpenting dan teramat
sulit sekali. Sebab, tiada ertinya mengajar kalau yang mendengar itu tidak
boleh ‘follow-up’ dan berbuat dengan apa yang kita syarah!.
Nak
bagi masuk ke dalam benak hati seseorang itu, bukan boleh diajar dan
sebut-sebut begitu sahaja. Perlu dibimbing, didorong dan diawasi sepanjang
masa. Itulah dikatakan mengasuh dan mendidik ataupun Tarbiah!.
Kerana
berjayanya sebuah kepimpinan itu bergantung kepada ketaatan, dan ketaatan
adalah hasil dari didikan yang konsisten dan istiqamah!.
Orang
tidak akan mengasuh kalau bukan bertujuan untuk jadi orang – boleh dipimpin dan
memimpin. Dan tidak dinamakan ‘memimpin’ kalau rakyat tidak boleh disuruh atau
dilarang melaksanakan sesuatu tindakan.
Bagaimana
dikatakan ‘mendidik/mengasuh’ itu dalam ertikata yang sebenar?.
Untuk
mengetahui bagaimana sikap guru seharusnya mendidik, sila baca ‘Perpaduan Ummah Bermula Di Sekolah’.
Kontradiktion 1 :
Kita mengasuhpun tidak!. Setakat mengajar sahaja. Yang penting
tugas mengajar sudah dilaksanakan, dan cukup bulan terima gaji!.
Sedang maksud mengajar itu mengkehendaki lebih dari itu.
Seseorang perlu korbankan masa, tenaga dan wangnya untuk anak didiknya. Sanggup
makan sedulang, tidur sebantal selain ‘mencontohkan’ sikap dan akhlak yang baik
kepada anak buah.
Tidak peliklah, pelajar-pelajar sekarang tidak boleh terima
arahan guru. Sebab guru sendiri tidak amanah, ambil kesempatan niaga, dan
bla..bla.
Apabila didikan tidak masuk ke dalam benak hati dan akal fikiran
pelajar, bagaimana kita hendak memimpin mereka kepada kebaikan!. Kalau usaha
kita untuk mengatur dan mengarah-mengarah mereka demi kebaikan bangsa dan
negara, dipandang sepi dan curiga sentiasa. Lantas usaha pembangunan negara
tidak berjalan dengan sewajarnya. Asyik berdemonstrasi dan tidak berminat untuk
membangunkan bangsa dan negara. Hala kepada merosakkan itu – banyak!.
Itulah produk yang kita peroleh hari ini, anak watan yang
bersikap kurang ajar dan tidak tahu berterima kasih kepada usaha-usaha kerajaan
dan jenerasi terdahulu membangunkan negara tercinta. Sonang-sonang saja
mereka nak runtuh!.
B)
Apa MATLAMAT/tujuan pendidikan dalam Islam?.
Ada dua(2)
matlamat pendidikan dalam Islam. Iaitu untuk melahirkan insan yang berjiwa
taqwa dan untuk melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai khalifah
(duta) ALLAH. Ini dapat dikesan menerusi 2 firman ALLAH TAALA yang bermaksud;
i)
Tidak
Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku. (Az Zariat: 56)
ii)
Sesungguhnya
Aku akan menjadikan di muka bumi seorang khalifah. (Al Baqarah: 30).
Ayat
pertama menegaskan iaitu tujuan ALLAH menjadikan manusia ialah untuk menjadi
seorang hamba ALLAH yang hidupnya hanya untuk menyembah dan mengabdikan seluruh hidup kepada ALLAH semata.
Melaksanakan seluruh perintah (hukum-hakam) ALLAH dalam semua aspek kehidupan
manusia, dan menghindari diri dari semua larangan-Nya.
Manakala
ayat kedua sebagai khalifah ALLAH bermaksud, untuk melahirkan insan-insan yang
sanggup bekerja sepenuh masa dengan kerajaan ALLAH untuk membangunkan
syariat ALLAH dan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ALLAH.
‘Combination’ antara dua maksud tersebut maka
lahirlah ungkapan yang masyhur iaitu, “Menjadi Abid di malam hari, dan menjadi
singa ALLAH di siang hari”.
Abid
berperanan sebagai hamba ALLAH yang sebaik-baiknya. Singa berperanan sebagai
khalifah ALLAH yang sebaik-baiknya.
Maka,
dalam usaha memproses manusia menjadi hamba dan khalifah ALLAH sekaligus, maka
dapat tidak Sistem Pendidikan hendaklah menjurus ke arah itu!.
Kontradiktion 2 :
Adakah kita mendesignkan kurikulum pendidikan kita mengikut
sepertimana kehendak ALLAH itu?. Menjadi Abid dan Singa Allah, sekaligus!.
Tidak sekali-sekali!. Kalau adapun sedikit sekali. Sekadar lalu
menyapa angin.. ambil nama saja!. Kalau tidak buat begitu, nanti orang kata
menentang arus kebangkitan Islam pulak!. Sebab ini zaman kebangkitan Islam
akhir zaman. Orang pakai tudung di mana-mana!. Hatta dalam pejabat orang bukan
Islam!.
Justru itu, tidak peliklah Pendidikan Islam tidak dipantau dengan
baik. Demi menghasilkan pelajar yang bertaqwa tinggi.
Kerana apa?. Kerana matlamat kita ialah hidup senang di dunia, bukan
menjamin untuk mendapatkan kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat.
Dalilnya, produk yang lahir bukannya jenis hamba yang hidup mati
untuk ALLAH. Tetapi untuk menyembah hawa nafsu dan syaitan semata!. Hidup di
dunia ini semata untuk keseronokan wang, kuasa dan wanita. Melaksanakan hukum
hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan jauh sekali!. Malah sesiapa yang
berkehidupan Islam diangggap kolot, jumud dan beku.
Tidak sukar untuk melihat perkara ‘ego alias satanisme’ ini
melalui pergaulan bebas, dedah aurat, penipuan, rasuah, dsb.nya.
Kalau diri sendiri sudah tidak terkawal gelojohan nafsunya itu,
maka jangan haraplah ia akan menjadi pemimpin (khalifah) yang sebaik-baiknya.
Salah-salah kero, habis semua khazanah negara dilesapkannya!.
Tidakkah ini suatu petanda bahawa sistem pendidikan kita tidak
menjurus kepada pembentukan diri sebagai ‘hamba dan khalifah ALLAH’.
Tidakkah ini dikatakan perjuangan yang tersasar dari landasan
pembinaan insan yang sebenar?.
Bagaimana kita boleh mengatakan sistem pendiddikan sesebuah
jemaah Islam itu tidak betul. Sedangkan sistem kita sendiri menghasilkan
‘melaun’ yang menunggu masa sahaja nak menjatuhkan kita(pemimpin) dan
menjahanamkan negara!.
So.. bagaimana kita boleh melahirkan jenerasi yang bertakwa,
kalau benda semudah inipun kita boleh tertipu hidup-hidup!. Silap programing,
katakan!.
C) BAGAIMANA PROSES pendidikan yang digunakan oleh
Rasulullah SAW?.
Proses Pendidikan yang digunakan oleh Rasulullah SAW
untuk melahirkan manusia-manusia berwatak ‘Abid di malam hari dan Singa di
siang hari’ adalah melalui dua peringkat pendidikan, iaitu:-
a) Peringkat
Pembangunan Insan di Makkah.
b) Peringkat
Pembangunan Material di Madinah.
Peringkat pertama mengambil masa lebih kurang 13
tahun, dan peringkat kedua pula 10 tahun. Perlu diingat bahawa sepanjang
berlakunya pembangunan material itu, proses pembangunan insan tetap berjalan.
Sebab, insan memang perlu dibangunkan selalu kerana ia mudah lupa apabila
berhadapan dengan nikmat dunia atau pembangunan material yang mencabar.
Untuk mendidik insan, Al Quran mempunyai ayat-ayat
khusus yang disebut ayat-ayat Makkiyah. Yakni ayat-ayat mengenai keimanan
kepada ALLAH, kepada Hari Qiamat, dll.
Dengan ayat-ayat yang demikian itu fikiran dan jiwa insan
akan menjadi yakin dengan ALLAH, serta cinta dan takut kepada-Nya. Juga yakin
dengan Hari Qiamat, bahkan sangat membesarkan dan mengutamakan kehidupan di
Alam Akhirat dan cinta dengan Surga.
Dalam pada itu, ayat-ayat Makkiyah akan menjadikan
insan takut dengan azab kubur, azab neraka dan kedahsyatan Padang Mahsyar.
Itulah iman. Yakni rasa hati yang cintakan ALLAH,
gerun dengan Neraka, dan rindu dengan Syurga di Akhirat.
Bila fikiran dan jiwa terisi dengan keyakinan begitu,
maka manusia akan takut dengan dosa dan berlumba-lumba untuk beramal soleh dan
berakhlak mulia.
Peringkat pembangunan seterusnya ialah Pembangunan
Material sudah tidak jadi masalah. Jiwa-jiwa yang telah dibangunkan dengan Iman
dan Islam, rela berkorban untuk menjayakan Tamadun dan Kebudayaan Islam di atas
tauhid yang sejati.
Tidak ada lagi curi tulang, tuang kerja, rasuah,
tidak amanah, tidak jujur, dll serta yang lebih berat ialah mengkianati agama,
bangsa dan negara.
Kontradiktion 3 :
Adakah kita melaksanakan peringkat-peringkat
pendidikan yang sedemikian cara, iaitu bermula dengan Pendidikan Insan?. Tidak
sekali-sekali!.
Pendidikan Insan (di sini ialah Fardhu
Ain sekolah) menjadi pelajaran sampingan yang dibuat pada hari-hari cuti umum
atau sebelah petang sahaja. Kita (termasuk sikap ibu bapa) tidak memberi
tumpuan penuh kepada pencapaian subjek ini berbanding pendidikan yang menjurus
kepada kebendaan (sains, matematik, dll). Sebab apa?.
Sebab di situ terletaknya jaminan hidup
di masa depan!. Gara-gara sikap tawakal dan tauhid kepada ALLAH sudah tidak
ada.
Kalau keyakinan kepada azab neraka ALLAH
sudah tidak ada, apa ‘faktor pengawal’ yang boleh menjaga ia dari melakukan
perkara-perkara yang merosakkan diri dan negaranya di hari muka?. Kalau
bukannya IMAN!.
Tidak hairan lah, tahun demi tahun, akta
dan undang-undang jenayah digubal untuk mengawal mereka-mereka yang abnormal
ini. Sehinggalah Malaysia hari ini dikenali dunia sebagai negara yang paling
banyak menyakat orang ramai dengan undang-undang!. Tidak bagi can bagi kreativiti
langsung! (Dalam kontek JPJ).
D)
Apa dasar pendidikan yang diambil OLEH
RASULULLAH SAW?.
Daripada
dua(2) proses Pembangunan Insan dan Pembangunan Material di atas, yang lebih ditekankan
ialah Pembangunan Insan. Malah, ia menjadi dasar pendidikan yang pertama dan
utama sekali diambil perhatian oleh Rasulullah SAW sebelum Pembangunan
Material.
Ringkasnya,
individu-individu yang hidup dalam sistem jahiliah perlu diubah terlebih dahulu
kepada peribadi-peribadi soleh dan solehah, sebelum digerakkan untuk menjalani
sistem hidup Islam sepenuhnya.
Matlamat
Pembangunan Insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang membangunkan Al
Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa mengharapkan apa-apa upah.
Mereka berjuang menegakkan tamadun dan empayar Islam dengan tujuan untuk
menyelamatkan manusia dan dunia amnya daripada sebarang kekejaman dan
pemusnahan.
Keuntungan
yang diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan, tetapi keredhaan ALLAH dan
keampunan-Nya. Itu baharulah bertepatan dengan gelaran – hamba dan khalifah
ALLAH yang sesifat sejagat!.
(Maksudnya, boleh lah kita pergi berdakwah ke planet-planet lain sebagai duta ALLAH. Kalau boleh dikatakan begitu!.)
Dengan
kata lain, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah berjaya mengubah
fikiran, jiwa dan fizikal manusia sehingga berjaya mencetuskan zaman
kegemilangan tamaddun manusia.
Itulah
rahsia kejayaan Rasulullah dalam melahirkan generasi contoh, dan membina sebuah
negara yang cukup indah sehingga mendapat pujian ALLAH dengan firman-Nya; Negara
yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH. (As Saba’: 15)
Kontradiktion 4:
Berbeza dengan sistem pendidikan Negara, kita lebih menumpukan
usaha kepada Pembangunan Fizikal. Membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap
aspek kehidupan itu perkara kedua.
Maka berlakulah pencapaian tamadun lahir kita menongkat langit,
tetapi tamadun batin kita (akhlak dan sifat kehambaan) merundum jatuh!.
Jelasnya, sistem pendidikan kita hanya mampu mengubah dasar,
matlamat dan teknik pentadbiran lahir sahaja. Kita tidak dapat mengubah jiwa
manusia sehingga membuat mereka merasakan diri mereka sebagai hamba ALLAH
sebenar-benarnya.
Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Sebab belum tentu negara
boleh terbangun, kalau kita mencuaikan Al Quran dan Sunnah!. Tetapi kalau kita
mengutamakan Al Quran dan Sunnah dalam kehidupan, Pembangunan Material akan
sendirinya akan terbangun dan terbela.
Dan, tidak akan ada orang akan merempuh bangunan pencakar langit
KLCC dengan kapal terbang sebagai ‘copyright’ kepada peristiwa 11 September di
WTC, New York!.
Krana apa?. Sebab insan sudah terdidik!. Orang tidak akan buat
kerja gila seperti itu lagi kerana takutkan dosa!.
E)
APA KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI OLEH RASULULLAH SAW?.
Kaedah atau metod yang digunakan oleh
Rasululah SAW – mudah sahaja!. Semudah A, B dan C. Tidak perlu pembaris,
kompass, alat alur, bangunan air-cond, dll. Hanya pakai batu dan pelepah tamar
sahaja!.
(Saja nak ‘smash’ mika yang dok design
kurikulum pendidikan.. sampai nak bongkok 3 pelajar-pelajar hari ini kerana
pikul beg yang berat!.
Kalau bertambah2 tawaduk sejajar dengan beban
beg yang berat tu.. tak apa juga laa!. Tetapi ilmu yang diperolehi tidak setinggi
mana, tapi akhlak dan prilaku amat mengecewakan sebagai seorang mukmin!).
Rasulullah SAW menggunakan pendekatan
Pendidikan Informal, iaitu suatu bentok pendidikan tidak resmi. Ia berlaku pada
sebarang tempat, pada sebarang waktu dan pada sebarang orang, tidak kira kecil
atau besar, tua atau muda.
Rasulullah memberi priority kepada pendidikan
informal daripada pendidikan formal (resmi) kerana kaedah informal lebih
berkesan, praktikal dan memberi hasil yang cepat dan konkrit. Manakala
pendidikan formal hanya menambahkan teori-teori yang jarang dipraktikkan.
Sistem Pendidikan Rasulullah ini kelihatan
mempunyai maksud untuk melahirkan manusia yang mengamalkan ilmu. Baginda tidak
menekankan ilmu yang tinggi atau ilmu yang banyak, sebaliknya memberi keutamaan
kepada pengamalan ilmu.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, “Barangsiapa
beramal dengan ilmu yang ia tahu, ALLAH akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia
tidak tahu.” (dikeluarkan oleh Abu Nuaim).
Sehubungan dengan itu, guru mesti menjadi
contoh yang baik terhadap anak-anak muridnya. Sikap dan cakap guru sepanjang
masa di dalam pergaulannya dengan murid-murid mesti bersifat mengajar dan
mendidik. Kiranya berlaku hal yang sebaliknya, ertinya guru itu sudah
mengagalkan matlamat pendidikannya supaya anak-anak muridnya beramal dengan
ilmu yang mereka perolehi.
Oleh
kerana sistem pendidikan Rasulullah tidak memberi penekanan kepada menghafal,
mengingat dan menulis kembali ilmu tetapi ialah pada pengamalan. Maka, sudah
tentu tidak ada apa-apa sijil kelulusan yang hendak dikeluarkan. Sebab produk
akhir yang dikehendaki ialah TAKWA, dan ukuran takwa ialah pada akhlak dan amal
soleh. Takwa itulah nilai tertinggi bagi seseorang yang menuntut ilmu kerana
ALLAH. Seperti kata pepatah, “Jadilah seumpama padi, semakin berisi semakin
tunduk. Jangan jadi seperti lalang, semakin tinggi semakin menyucuk!”.
Dengan kaedah-kaedah di atas, pelajar yang
lahir dari sistem pendidikan Rasulullah ialah orang yang terus beramal, bekerja
dengan ilmu yang ia dapat, bukan kerana gaji tetapi kerana ALLAH. Ertinya
mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab, bersih daripada dosa dan maksiat,
dan selamat daripada mengharapkan sebarang kepentingan duniawi atau pribadi.
KONTRADIKTION 5:
Berlainan sikap dengan kita
sebagai guru di zaman moden ini. Kita memberi segala-galanya kepada
pelajar-pelajar kita. Dengan projektor, slaid, komputer, bilik air-cond, dll.
Apa yang kita perolehi?.
Memanglah ilmu yang mereka dapat
itu tinggi, tetapi adakah mereka beramal dengan ilmu yang mereka dapat itu?.
Tidak sekali-kali!.
Kalaulah demikianlah
pulangannya, lebih baik kita mengajar di bawah pokok getah, saja.
Hah.. jangan salah faham!.
Samada di bawah pokok getak ke..bawah bangunan ke.. yang penting ialah - Produk
akhir mesti TAQWA!.
Maka, cara yang sebaik-baik
untuk memproses taqwa ialah melalui pendidikan informal. Sebab ilmu yang diajar
secara informal itu (di bawah pokok dan sambil jalan-jalan itu) lebih berkesan
dan meresap ke dalam benak hati mereka.
(Seperti kisah apabila Nabi SAW
melihat bangkai anjing semasa berjalan-jalan dengan sahabat-sahabatnya, baginda
berkata, ‘Inilah Dunia!’. Tersentak jiwa sahabat.. begitu hina sekali dunia
ini, sekadar 1 ½ hari penghidupan berbanding akhirat yang kekal abadi!. Lantas
mereka terus sujud akur kepada kebenaran Illahi. Tidak ada keinginan untuk curi
tulang, dsb.nya).
Dan, insya-Allah, jika kaedah
informal ini ditukar stailnya kepada musafir sufi berteknologi, dan belajar dari
Universiti Kehidupan, nescaya mereka akan terus mantap, ghairah beramal dengan
ilmunya berserta panduan dan tauladan dari guru. Dan, ganjaran dari kaedah
‘mujahadah’ ini ialah TAQWA!.
Dengan taqwa sahaja kita boleh
berdepan dengan Amerika dan Stealth B-2 dan sekutu-kutunya.
Dan, dengan taqwa sahaja kita
akan beroleh bantuan ‘Rijalul Ghaib’, iaitu tentera-tentera ALLAH sebagaimana
firman-Nya, “ALLAH menolong orang-orang yang bertaqwa”.
(Nak harap kepada teknologi,
jangan haraplah kita boleh mengatasi kecanggihan senjata mereka dalam masa
terdekat ini).
F)
APA
PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMKAN ORANG TENTANG ISLAM
Lain orang
lain kekuatan akalnya. Tentunya lain pulalah pendekatan yang digunakan untuk
memahamkan orang tentang Islam. Seperti contoh, kalau ia seorang budak kecil,
kita sebagai guru hendaklah melakun sebagai budak kecik juga, supaya dia mudah
faham!.
Demikianlah
pendekatan pendidikan Rasulullah apabila berhadapan dengan umat-umatnya. Hal
ini selaras dengan firman ALLAH SWT, “Serulah kepada Tuhanmu secara
hikmah dan pengajaran yang baik, dan berhujah dengan mererka secara yang baik”.
(An Nahl: 125).
Dalam menunaikan tuntutan hikmah dan
bijaksana itu, Rasulullah membahagikan golongan yang menjadi sasaran dakwah dan
pendidikan kepada 3 kategori, iaitu:-
a) Golongan
Khawas (istimewa),
b) Golongan
Awam, dan
c) Golongan
Degil.
a)
Golongan Khawas (istimewa) ialah orang-orang
yang menerima kebenaran hanya apabila ia disampaikan dengan hujah yang tepat,
jelas dan benar. Mereka adalah golongan bijak pandai, cerdik dan berilmu.
Mereka hanya akan menerima sesuatu kalau ada dalilnya.
Untuk
menghadapi mereka, Rasulullah menggunakan susunan perkataan yang mengandungi
hukum yang sahih dan dalil yang terang serta hujah-hujah yang tepat. Hingga
dengan itu hilanglah keraguan mereka, bahkan mererka melihat Islam begitu
tinggi nilai kebenaranya; mengatasi pegangan-pegangan yang lain.
b)
Golongan Awam pula tidak memerlukan hujah
yang ilmiah dalam menerima kebenaran, kerana fikiran mereka tidak diragukan
oleh berbagai-bagai persoalan. (Tidak seperti golongan khawas, golongan ini
banyak sangat bertanya dan hampir-hampir mereka tidak dapat berbuat dengan
suruhan). Sebaliknya golongan awam cukup dengan melihat kebaikan yang ada untuk
dibuat pegangan hidup.
Kerana itu Rasulullah mendekati mereka dengan
nasihat yang baik. Iaitu dengan mendatangkan iktibar yang memuaskan hati atau
yang memberi pengajaran, pendidikan serta ibarat-ibarat yang memberi manfaat.
c)
Golongan Degil ialah golongan yang mempunyai
rasa tidak senang dengan sesuatu. Untuk mendekati mereka, Rasulullah mengajak
mereka berdailog tentang hal-hal yang tidak disenangi itu.
Dialog
itu dibuat dengan sebaik-baiknya, mudah dan lemah lembut. Hujah-hujahnya adalah
hujah logik yang boleh diterima akal, demi memadamkan hujah yang membuat hati
mereka tidak senang dengan Islam. Hasil dialog membolehkan mereka menerima
perintah-perintah ALLAH. Kalaupun mereka tidak bleh terima, mereka sudah tidak
ada hujah lagi untuk menolaknya. Contoh hujah sepertimana firman ALLAH, “Katakanlah,
kemukakanlah 10 surat yang diada-adakan itu yang menyamai Al Quran. Dan
panggilah siapa-siapa yang kamu sanggup selain ALLAH, kalau kamu memang
orang-orang yang benar”. (Hud: 13)
Demikianlah 3 pendekatan yang digunakan oleh
Sistem Pendidikan Rasulullah. Dan ianya dibuat dengan cara penyampaian yang
berbagai-bagai pula, samada dengan menjawab soalan, mengaju sendiri soalan dan menjawabnya pula atau membuat
bandingan dan lain-lain. Segala-galanya dibuat untuk lebih menarik perhatian
dan kefahaman. Dan biasanya, percakapan Rasululah itu tepat, ringkas, padat dan
tidak menjemukan.
KONTRADIKTION 6:
Kita mengajar dan bersyarah
pakai tangkap muat sahaja. Kita klasified pelajar mengikut kecerdasan I.Q. Yang
cerdik kita letak di Kelas A, biarpun dia seorang penentang kebenaran, aktivis
sosial lucah ataupun atheis!.
Kerana apa?. Sebab kita hanya
mementingkan “Apa sumbangan anda kepada negara?”. Pastinya yaqng kita
hendak ialah wang, kuasa dan kemasyhuran.
Sedangkan Rasulullah SAW
membahagikan manusia kepada tahap penerimaan mereka kepada kebenaran. Supaya
setiap usaha dakwah yang melibatkan masa dan wang tidak sia-sia begitu sahaja
kerana tidak menepati golongan sasaran.
Dalam ertikata lain, perbelanjaan ibubapa untuk
persekolahan anak-anak mendapat pulangan yang setimpal, iaitu kelahiran anak
soleh dengan kos yang minimum!.
G)
APA SUMBER AMBILAN PENDIDIKAN
RASULULLAH SAW?.
Seperti dimaklumi, pendekatan yang
digunakan oleh Rasulullah ialah Pembinaan Insan. Sebab tanpa pembinaan insan
(iman dan akhlak), pembinaan material akan melahirkan masyarakat yang tempang
dan pincang. Keadilan, keamanan dan kebahgiaan hidup masyarakat akan hilang.
Justru itu, sumber utama ambilan Rasulullah untuk
mendidik jiwa dan rohani manusia ialah dengan Al Quran dan Hadis. Sebab ALLAH
yang mencipta manusia, ALLAH jugalah yang tahu bagaimana untuk membaiki dan mendidik
hati-hati manusia.
Kita lihat apa langkah-langkah pendidikan yang
diambil Al Quran dan Hadis untuk mendidik akhlak, jiwa dan fikiran manusia.
1) Mendidik jiwa
tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap ALLAH SWT. Ini dibuat
dengan membawa manusia berfikir tentang kebesaran ALLAH, kuasa ALLAH, kehebatan
ALLAH, kebaikan ALLAH, rahmat ALLAH serta nikmatnya.
2) Mendidik hati
agar rasa rindu dengan Surga ALLAH, rahmat ALLAH, keampunan ALLAH, bantuan
ALLAH dan lain-lain. Ini dilakukan dengan menyebut khabar-khabar gembira
(tabsyir) tentang perkara-perkara tersebut.
3) Mendidik iman
dan taqwa di hati agar manusia berasa gerun dengan Neraka dan azab ALLAH, serta
ugutan-ugutan dan kemurkaan ALLAH. Hal ini didapati dengan menyebut perkara-perkara
yang menakutkan manusia (tanzir).
4) Mendidik
manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia. Untuk itu, Al Quran
banyak menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh agar
menjadi panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan sebenar.
5) Mendidik
manusia agar menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat daripada api
Neraka. Maka diceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh ALLAH seperti
Firaun, Namrud, Qarun, Haman, dll.
6) Mendidik
manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang Islam, agar
selamat di dunia dan di Akhirat. Maka Al Quran mengajar tentang syariat atau
hukum-hakam ALLAH. Ada perkara haram dan makruh yang perlu dijauhi. Ada perkara
wajib dan harus yang perlu dibuat.
(Tentang ayat-ayat Al Quran
berhubung langlah-langkah pendidikan di atas telah sama-sama kita maklumi. Saya
tidak perlu menulis banyak, nanti timbul boring pula..)
KONTRADIKTION 7:
Oleh kerana kita mementingkan
pendidikan material untuk membangunkan negara, maka kita kurang menumpukan
kepada pembinaan insan (jiwa).
Justru itu, sumber rujukan kita
ialah kitab dunia, iaitu Sains Encyclopedia, National Geography, dll. Kita
hendak melahirkan saintis-saintis yang terhebat dengan ciptaan-ciptaan yang
anggun.
Maka, Al Quran dan Sunnah
tinggal jadi bahan pameran dan harapan sahaja. Konon-kononnya, kita sebagai
pejuang agama ALLAH tidak mungkin dibiarkan begitu sahaja oleh ALLAH SWT. Pasti
akan ditolongnya memeranggi tentera kafir!.
Begitu sekali sangkaan kita,
sehingga tidak sempat hendak mencermin diri samada kita layak untuk menerima
kurniaan ALLAH sebesar itu.
Nafsu belum sampai ke tahap Mutmainnah, dan iman belum sampai ke
tingkat Iman Ayan, kita sudah mimpi Surga!. Betul-betul lah kita ini Mat Jenin
punya keturunan!.
Bagi bom sebiji kan!.. baru dia khabor.
H)
AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI CONTOH DAN ‘ROLE MODEL’.
Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Apa
yang baginda cakapkan, baginda laksanakan.
Inilah rahsia pendidikan yang cukup penting, iaitu guru
melaksanakan dahulu sebelum diajar kepada murid-murid. Sebagaimana perintah
ALLAH, “Wahai orang-orang yang beriman,
mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat. Amat besar kebencian
di sisi ALLAH bila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan”. (As Saff:
2-3)
ALLAH marah dan benci pada
seseorang yang pandai bercakap tapi tidak berbuat. Kerana sikap itu akan
mempersia-siakan ilmu. Dia akan membuat orang yang diajar pun bersikap serupa.
Sehingga ilmu hanya untuk dibanggakan tapi tidak dilaksanakan!.
Ini bertentangan dengan kehendak Al Quran dan Sunnah
itu sendiri. Sebab pendidikan Islam itu mengajarkan cara hidup yang mesti
ditegakkan dalam realiti kehidupan, kerana Islam itu ‘Cara Hidup’ (Dinulhayah).
Bagaimana hendak dikatakan cara hidup, kalau semua ilmu Islam setakat di akal
fikiran (teori semata), bukan dilaksanakan secara praktis dalam semua aspek
kehidupan!.
Rasulullah SAW telah membuktikan tentang
praktikalnya Al Quran, sekaligus memberi contoh tentang cara hidup Islam yang
diperintahkan oleh ALLAH SWT. Sikap dan akhlak baginda itu dicontohi dan dikuti
oleh para sahabat. Mereka pelajari di kala Rasulullah bersama-sama mereka.
Sembahyang berjemaah, makan sedulang, tidur sebantal. Duduk tidak pernah tinggi
daripada sahabat, pakaian tidak berbeza dengan sahabat. Baginda bercakap,
berbincang dan bermesra bahkan bergurau dengan sahabat.
Dengan kebenaran dan keindahan Islam yang begitu
menarik hati, yang kelihatan pada diri Rasulullah, sahabat-sahabat
berlumba-lumba untuk mencontohi Rasulullah dalam apa juga yang baginda lakukan.
Rasulullah benar-benar satu figure yang dicintai, dikagumi, dirindui dan
dicontohi setiap perilakunya.
Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah
itu, maka para sahabat rela hidup semati bersama Rasulullah. Apa kata
Rasulullah, ditaati sepenuh hati. Bahkan mereka sanggup mati demi
mempertahankan dan melindungi Rasulullah.
Dengan itu, setiap hukum-hakam ALLAH yang
disampaikan pada mereka, bukan saja mereka dengar dan patuh, bahkan mereka
perjuangkan dengan rela hati sebagai cita-cita hidup. Dan mereka berkorban apa
saja hingga rela terkorban segala-galanya demi untuk ALLAH dan
Rasul.
(Kalau hal yang serupa berlaku pada seorang ulama
pewaris nabi, janganlah pulak dikatakan pengikutnya ‘taksud’ dengan tok
gurunya!. Maka dituduh tok guru mereka
hidup bermewah-mewah dengan kereta yang banyak, dll hasil pemberian anak-anak
muridnya. Betul ke?.
You’ll jangan nak
tuduh orang dakwah macam tuu!..nak kemana sangat sampai kereta berbelas-belas
buah. Kita sebiji dua keretapun tak tahu mana nak pergi!. Kalau hilang sebuah,
buat tak kisah saja. Malas nak lapur. Kira sodokah saja!.
Dan, orang dakwah
ini mereka bersikap ‘zuhud’ dengan dunia. Erti zuhud ialah apa saja kita boleh
milikki - kapal terbang, kepala keretapi, bot mewah, bas bertingkat, dll.
Tetapi jangan letak di hati!. Letak di tangan supaya mudah nak buat kerja
jihad!).
Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak. Ia
mampu membeli hati-hati manusia dan menyatukan hati-hati itu dalam satu barisan
yang teratur kukuh. Dan hati manusia tidak boleh dibeli dengan wang, projek,
dsb.nya. Sebagaimana firman ALLAH SWT, “Jika kamu
belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk menjinakkan hati manusia, nescaya
kamu tidak dapat melakukannya. Tapi ALLAH-lah yang menjinakkannya”. (Al Anfal:
63)
KONTRADIKTION 8:
Akhlak guru dengan anak murid seperti
dicontohkan oleh baginda Rasulullah SAW sedikit sekali berlaku pada zaman kita
kini. Sebab utama, kerana guru sendiri telah ‘Cinta Dunia dan Takut Mati’. Gara-gara
iman tidak ada!.
Sudah tidak ada lagi keikhlasan dalam
amal kebaikan, lebih-lebih lagi apabila ‘amal kebaikan’ sudah boleh
dikomersialkan!.
Orang lebih menjaga periuk nasi sendiri
daripada berkorban untuk anak bangsa. Ditambah lagi dengan habuan(gaji) yang
sentiasa meningkat-ningkat. Maka perhatian dan keikhlasan sudah berubah!. Bukan
kerana murid, bukan kerana amal soleh, tetapi kerana gaji!.
Itulah sekularisme.. yang menghantui
amal kebajikan yang kita perbuat!. Sudah tidak ikhlas lagi, tetapi kerana
wang!.
Maka boleh kah diajak anak murid untuk
berjuang jihad fisabilillah!. Untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Tak osah nak harap lah!.
Kalau dengan guru sendiri pun
(penyelamat dunia akhirat) tidak dicinta, terhadap negara lebih-lebih lagi
lah!. Iaitu pemimpin negara yang tidak menjalankan amanahnya dengan baik,
bertindak zalim kepada mereka yang tidak sehaluan, lebih-lebih lagi negeri yang
dikuasai oleh pembangkang. Mengetap bibir.. geram sepanjang masa.
KESIMPULAN:
Alahai!.. berapa punya banyak Contradiction
la?.
Semua aspek sistem pendidikan bercanggah dengan cara
yang Nabi SAW buat!. Baik dari segi kaedah, tujuan, dasar, pendekatan dakwah,
dll.
Sedangkan itu semua adalah siasah yang wajib dalam
Sistem Pendidikan Rasulullah. Satu-satunya sistem pendidikan di dunia yang
telah berjaya menegakkan Sistem Islam (hukum hakam Islam) dalam kehidupan
manusia sehingga meliputi 3/4 dunia. Siapa lagi yang hendak kita tiru dan
contohi kalau bukan kaedah yang nabi buat!.
Jelasnya, kita manusia bergelar umat moden abab ke
22 masih meraba-meraba mencari suatu kaedah pendidikan yang boleh menjadikan
menusia sebagai seorang hamba dan khalifah ALLAH yang sebenar-benarnya.
Apa rahsia kejayaan Rasulullah SAW sehingga berjaya
membentuk manusia menjadi ‘sebagai Abid di malam hari, dan pejuang
ALLAH di siang hari’ itu?.
Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Rasulullah
mempunyai sahabat-sahabat seperjuangan yang berhati ‘Zuhud’ dengan
dunia. Hati mereka tidak terpaut dengan dunia yang sementara. Kerana hati
mereka terpaut dengan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Justru itu, mereka
bertindak memperalatkan dunia untuk tujuan memburu Akhirat, kerana ‘Dunia
itu tanam-tanaman untuk ke akhirat’. (hadis).
Dengan adanya sahabat-sahabat Rasulullah yang
berjiwa sedemikian, maka dengan mudah dan cepat Sistem Hidup Islam atau hukum
ALLAH itu tertegak dalam kehidupan masyarakat. Dengan iman dan taqwa mereka
cukup berani untuk memecah tradisi hidup jahiliah untuk digantikan dengan
Islam.
Amalan Islam yang adil, berakhlak dan sesuai dengan
fitrah manusia yang mereka amalkan membuatkan orang ramai tertarik sehingga
mendorong mereka masuk Islam serta turut sama membangunkan cara hidup Islam.
Kejayaan sedemikian berpunca daripada pendidikan
insan (jiwa) yang menjadi ‘priority’ dalam proses pendidikan Rasulullah SAW.
Baginda mendidik hati agar zuhud dengan dunia, dan sebagai gantinya baginda
menanamkan rasa cinta kepada kehidupan akhirat.
Dengan adanya sifat zuhud maka manusia tidak
terhalang untuk melaksanakan dan memperjuangkan hukum-hakam ALLAH dalam
kehidupan manusia sejagat. Secara otomatiknya, pembangunan fizikal turut
berlaku yang memungkinkan lahirnya Tamadun dan Kebudayaan Islam yang sebenar.
Tamadun dan budaya yang suci murni terbit dari hati hamba dan khalifah ALLAH
yang bertaqwa.
Inilah yang diberi pujian oleh ALLAH SWT sebagai,
“Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH”.
Dan, sewajarlah mereka mendapat bantuan ALLAH
terhadap orang-orang kafir sebagaimana janji-Nya, “ALLAH menolong orang-orang
yang bertaqwa”.
Sekian.
Akan bersambung... ULASAN MUJAHID
APIPI@Abuya.Jr.001
16102001
(Kuliah di atas dipetik dari buku
‘Pendidikan Rasulullah’ oleh Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi
dengan sedikit tambahan oleh penulis).