EMPAT(4) PERKARA LAHIR-BATIN
Mungkin saudara
tertanya-tanya, mengapa saya seringkali menggunakan ungkapan ‘Perkara
Lahir/Batin Berbentuk Siasah/Bukan Siasah’ dalam tulisan-tulisan saya sebelum
ini.
Sebenarnya
jika diteliti, semua ilmu dan permasalahan hidup umat Islam ini dapat
diklassifiedkan kepada 4 Kategori sebagaimana berikut:-
1)
Perkara Lahir Bukan Siasah.
Iaitu ilmu berhubung dengan Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jenayah.
2)
Perkara Lahir Berbentuk Siasah.
Iaitu ilmu di atas yang apabila dipraktikkan, ada yang berubah bentok kepada berunsur siasah seperti Sistem Pendidikan Islam, Sistem Ekonomi Islam, Perdagangan Antarabangsa, dll.
Lebih-lebih lagi lah Ilmu Siasah seperti Sistem Pemerintahan Negara yang berkait dengan ilmu kepimpinan dan urusan kenegaraan.
3)
Perkara Batin/Ghaib Bukan Siasah.
Iaitu ilmu berhubung dengan Mimpi, Yakazah, Tawasul, Karamah, Kasyaf, Mujahadah, dll.
4)
Perkara Batin/Ghaib Berbentuk Siasah.
Iaitu ilmu berhubung dengan perkara-perkara ghaib yang belum jelas, seperti Kebangkitan Islam Kali Ke2, Imam Mahdi, Nabi Isa a.s., Pemuda Bani Tamim, Dajjal, dll.
Perkara 3 dan 4 itu lebih merupakan perkara khilafiah. Percaya atau tidak percaya tidak menjadi kesalahan. Tidak boleh dibawa berhujah!. Sebab masing-masing orang ada nas dan fikiran sendiri.
Baik.
Setiap
kategori di atas itu, perlu kepada kepakaran-kepakaran yang berbeza. Sebab
tidak semua orang dilahirkan dengan keupayaan yang sama, dan misi yang serupa.
Kerana
lain orang, lain I.Q., bakat semualjadi dan pengalaman hidup!.
Berbekal
dengan Empat(4) Kekuatan yang tidak sama antara seorang dengan seorang
yang lain, iaitu Kekuatan Akal, Kekuatan Jiwa, Kekuatan Fizikal dan Kekuatan Perasaan,
maka lahirlah apa yang disebut sebagai insan berwatak ‘Abid’ dan berwatak
‘Mujahid’.
Sebagaimana
berbezanya ‘Nabi’ dan ‘Rasul’, demikian
jugalah Abid dan Mujahid.
Seorang
Abid, ia hanya kisah akan diri, keluarga dan masyarakat dalam lingkungan
hidupnya semata. Ia cenderung belajar untuk mencapai ilmu yang tinggi, tetapi
terbatas dalam permasalahan hidup dan masyarakatnya sahaja. Lebih daripada itu,
yang berbentok Global dia tidak berminat!.
Lebih
dari itu, ALLAH SWT tidak menyalurkan ilmu kepimpinan kepadanya, sebab dia
tidak dijadualkan untuk memimpin!. Tidak peliklah kalau ada imam yang tahu
berkhutbah sahaja, tetapi tidak tahu memimpin. Sampai anak mukim tidak tahu apa
yang dicakapkannya.
Sebab,
karamah kalau diberi sekadar karamah lahir, bukan karamah batin/maknawi.
Cakap-cakapnya tidak menjurus kepada hati, menyebabkan orang boleh berubah!.
Tetapi bagi
Mujahid, dia dilahirkan untuk orang lain!.
Walaupun
ilmunya tidak tinggi, tetapi ilmunya luas. Meliputi semua urusan hidup manusia,
sebab dia dilahirkan untuk memimpin manusia.
Biasa orang
yang dilahirkan begini, dia memiliki watak yang keras anugerah illahi,
pengalaman hidup yang mencabar, berjiwa kental serta gagah berani. Dia mendapat
didikan langsung dari ALLAH sejak kecil, dengan cobaan pertama.. jadi anak
yatim piatu!.
Oleh
kerana berbeza tahap ilmu, bakat dan pengalaman hidup, maka tidak peliklah
apabila si Abid selalu menyalahi si Mujahid.
Dikatakan
si Mujahid, ilmunya tidak betul, tidak kemas dan berkehidupan songsang!.
Sepertimana
cerita Nabi Khidzir dan Nabi Musa a.s.
Kalau
nabi dengan nabi dah macam tuu, kita apalagi!.
Seperti
lah kita menyalahi kehidupan askar (mujahid) yang hidup ala Rambo, tidak
terurus dan berjuang bawah tanah. Sedang kita tidak ketahui satelite dok intip
dia siang malam untuk cari kelemahan untuk serangan!.
Ringkas
cerita,
Tidak
patut saudara menyalahkan orang perjuangan seperti kami ini dengan tuduhan
sesat, dll semata-mata berlainan ilmu.
Ketahuilah
saudara tidak terpilih untuk misi menegakkan Islam akhir zaman!.
Saudara
tidak tahu ‘Jadual ALLAH Untuk Umat Akhir Zaman’. Siapa yang memulakan, tarikat
mana, jemaah mana, negara mana bermula dan berakhirnya macamana.
Sebab
saudara tidak berminat untuk mencungkil rahsia-rahsia perjuangan, umat dahulu
dan sekarang, serta kata-kata tersirat dari nabi dan para wali untuk umat akhir
zaman.
Tetapi
itu semua, tidak ada kesan ‘ironi’nya bagi Mujahid..
Sebab
mereka dilahirkan sebagai Pejuang, dan pejuang itu terkorban!. Tidak dinamakan
pejuang kalau tidak rela terkorban. Terima kata nesta itu biasalah!.
Dan
terkorban dalam jihad fisabilillah itu
adalah matlamat hidup yang dicari!.
Bagaimanapun,
sebagai pejuang mereka memaafkan dan meredhakan itu semua. Lebih-lebih lagi
kerana menyedari akan sifat manusia yang lalai dan tergesa-gesa serta ‘suka
menyalahkankan perkara yang dia tidak tahu”.
Bukan
kerana perkara itu tidak ada. Ada!. Tetapi tidak ada dalam kepala hotak dia!.
Maka
berlakulah sebagaimana trajedi tempoh hari.. AL ARQAM terkubur bersama titisan
air mata dan keinsafan hati si Mujahid, dalam ketawa hilai orang bodoh!.
Sekian.
Wassalam.
APIPI
@ Abuya.Jr.001
Gua
Musang
22122001