Dalam Islam ada Nabi, ada
Rasul.
Apa beza Nabi, apa beza Rasul?.
Rasul, diwajibkan memimpin.
Sedangkan Nabi tidak diwajibkan memimpin.
Baik.
Rasul dan Nabi telah tiada.
Tinggallah ulamak, kerana
‘Ulama Pewaris Nabi’.
Bersabda Nabi SAW, “Kalau lah
ada Nabi selepasku, nescaya Abu Bakar menjadi Nabi.”
Tetapi kerana jawatan nabi dah
tamat, walaupun orangnya ada, maka tinggallah Abu Bakar sebagai Abu Bakar As
Siddik sahaja.
Boleh kah kita
berkata begitu?.
Tidak
‘smart’lah kalau kita setakat mengatakan Abu Bakar sebagai As Siddik sahaja.
Kita tidak boleh samatarafkan beliau dengan manusia yang lain. Sebab imannya
berada paras tinggi berbanding semua manusia di zamannya.
Kita kena bezakan!. Kita kena
bezakan kedudukan Abu Bakar As Siddik dengan ulamak yang lain-lain. Kerana
ulama itu banyak martabatnya!.
Sabda Nabi lagi, “Ulamak di
kalangan umatku, adalah seperti nabi-nabi di kalangan Bani Israel”.
Wow!.. Begitu sekali disamatarafkan ulamak dengan nabi!.
Oleh kerana
nabi2 ada yang bersifat Rasul, dan ada yang bersifat Nabi sahaja (ertinya, yang
boleh pimpin dan tidak boleh pimpin), maka demikian juga ulama!.
Ada ulama yang
boleh memimpin, dan ulama yang tidak boleh memimpin.
(Maksudnya di
sini, tidak semua ulamak boleh memimpin.
Kalau Nabi
tidak diwajibkan memimpin, apa hebat ulamak untuk memimpin umat. Tak Gitu?).
Ringkasnya..
Yang boleh memimpin, dinamakan ‘Ulama berwatak Rasul’, dan yang tidak
diwajibkan memimpin dinamakan ‘Ulama
berwatak Nabi’.
Baik!. Kita
sambung...
Kalau para
nabi dibantu dengan mukjizat, ulama pula Allah SWT bekalkan dengan karamah.
Oleh kerana tugas para nabi
berbeza – yang boleh pimpin umat, dan yang tidak boleh pimpin umat – maka
dibekalkan mukjizat Maknawi kepada para Rasul, dan mukjizat Maddi (lahir)
kepada para nabi.
Mukjizat Maknawi seperti tahan
uji, tahan sabar dengan fiil pengikut, cakapnya masin, dll, selain diberi juga
Mukjizat Lahir.
Manakala Mukjizat Maknawi tidak
diberikan kepada para nabi, sebab mereka tidak diwajibkan memimpin umat!.
Sekadar diberikan Mukjizat Lahir untuk mengerunkan musuh2 Islam, seperti boleh
lompat gunung, berjalan atas air, dsb.nya.
Hal demikian juga berlaku pada
Ulama berwatak Rasul, dan Ulama berwatak Nabi.
Oleh kerana ulama berwatak nabi
tidak diwajibkan memimpin umat, maka ALLAH tidak berikan karamah maknawi,
seperti cakapnya masin bila bercakap dan orang boleh berubah.
Daripada sini, kita boleh
kenalpasti siapa2 ulama di Malaysia ini yang berwatak Nabi dan Rasul,
berdasarkan siri ujian yang dihadapi oleh jemaah dan pengikut2 mereka masing2!.
Kita ambil contoh PAS di bawah
Ust. Nik Aziz, dan AL-ARQAM di bawah pimpinan Ust. Ashaari Muhamad.
Tidak sedemikian pada AL ARQAM. Apabila AL ARQAM
diharamkan, pengikut seakan2 nak memberontak, tetapi dilarang oleh Ust.
Ashaari. Mereka akur, malahan mengakui kesalahan diri dan bertaubat. Biarpun,
tidak sedikit yang hilang punca pencarian, dan harta benda jemaah diangkut atas
perintah Pusat Islam!.
Jelas sekali, Ust. Ashaari seorang ulama yang berwatak Rasul. Bila beliau bercakap, cakapnya masin dan pengikut2nya boleh berubah, tidak merusuh dan bertindak bertentangan dengan syariaat.
Mana ada di Malaysia ini
seorang ulama?,.. dengan jemaah yang berwibawa, berserta asset RM300juta –
diharamkan atas perkara yang tidak jelas dan khilafiah! – boleh redha dengan
kejahatan ulama lain - yang dengki dengan kemashyuran dan sistem hidup jemaah
yang praktikal.
Kalau tidak dipimpin oleh
seorang “Ulama berwatak Rasul’, mungkin MEMALI KEDUA akan merobak sejarah
Malaysia yang tercinta ini.
Sekian. Wassalam.
APIPI@Abuya.Jr.001
180301