PENJELASAN TERHADAP PERJUANGAN YANG HAK

 

Sdr. Papito di dlm forum Ekonomi: Islam Itu Luas dalam Astorajabat.com (telah dikeluarkan dari paparan umum krn byk provokasi kpd mencetus suasana yg tidak selesa di dlm forum tersebut) telah bertanya kpd saya lebih kurangnya bermaksud, ‘Kenapa saudara memilih platform perjuangan Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhamad At Tamimi dalam memperjuangan Islam di akhir zaman ini?.

 

Satu soalan yg baik!. Kenapa seseorang itu memilih platform perjuangan Abuya yg telah terbukti menyeleweng dari akidah Islamiah.

 

Apakah dia tidak merasa takut kepada azab ALLAH kelak, atau paling tidakpun... tidak beroleh pengikut yg ramai sebagaimana pejuang2 demokrasi dlm UMNO, PAS, KEADILAN, dll?.

 

Ini suatu persoalan yg menarik..

 

Saya akan cuba menghuraikan perkara ini dalam 4 fasa perbincangan. Iaitu:-

a) Berkaitan Dgn Akidah Aurad Muhammadiah

b) Berkaitan Dgn Politik

c) Platform Perjuangan AlArqam

d) Ciri2 Pemimpin, Pengikut & Jemaah Dlm AlArqam

 

 

Kita mulakan..

 

a) Berkaitan Dgn Akidah Aurad Muhammadiah

 

Pertama sekali, biar saya jelaskan perkara sebenarnya. Perjuangan Abuya tidak menyeleweng dari akidah Islam dan pegangan ASWJ!.

 

Tuduhan sesat dan menyeleweng itu dari datang dari Pihak Kerajaan dan ulama resminya, Pusat Islam. Kebanyakan mereka adalah ulama2 fekah dan kebiasaannya tidak mempunyai tarikat.

 

Hanya ulama tasauf sahaja yang mempunyai tarikat, dan kebanyakan mereka ialah ahli Tasauf Praktikal, bukan ahli Tasauf Falsafah yang pakai teori2 saja.

 

Dan hanya orang tarikat sahaja mengenal tarikat, dan tarikat orang Al Arqam ialah Tarikat Aurad Muhammadiah. Kebanyakan tarikat2 seluruh dunia tidak menuduh sesat kepada Jemaah Al Arqam dan perjuangannya.

 

Sepertilah guru Geog tidak boleh berbahas dgn guru Sains. Hanya guru Sain sahaja boleh berhujah dgn guru Sain sebab dlm bidang profesion yg sama.

 

 

Perkara kedua nak cakap, Ust. Ashaari mengaku salah adalah atas dasar siasah sahaja. Iaitu utk menyelamatkan keadaan!. Selaras dgn cara perjuangan di zaman diktator ini!.

 

Sebagaimana sabda Nabi SAW, “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafa’ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah). Berlakulah Zaman Penindasan dan Penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian”. (riwayat Ahmad).

 

Umpama durian dengan mentimun. Tergolek digolek, kedua2nya pasti luka. Lalu bagaimana cara mahu selamat?.

 

Ceritanya begini..

 

Semasa berita penangkapan ahli2 Al Arqam heboh diperkatakan seluruh negara, dan dlm keadaan jemaah amat tidak tenteram & tidak terurus pada masa itu, tetapi tidaklah sampai kpd tahap memberontak. Tersebar berita di sebelah pantai timur Semenanjung bahawa semua ahli2 Al Arqam yang ditangkap (dan besar kemungkinan keluarga mrk pula) akan ditempatkan di sebuah pulau di Trengganu. Sebab kerajaan takut akan berlaku peristiwa Memali sekali lagi, lebih2 lagi apabila terdengar khabar wujudnya Tentera Badar, Arqam komunis, dsbnya.

 

Mungkin saja apabila Ust. Ashaari mendengar khabar perkara ini, yg ketika itu berada dalam tahanan ISA, beliau amatlah risau. Beliau pastinya terfikir, kalaulah semua ahli2 Al Arqam ditangkap dan dipenjarakan di sebuah pulau, siapa lagi yg akan melakukan kerja dakwah di tanah besar ini?.

 

Siapa yg akan membimbing anak2 muda kembali ke pangkal jalan, sedang org2 politik dan ulamak asyik dok kecoh perkara2 yg berkepentingan saja!. Berebut pangkat & jawatan!. Sedang bayi2 kecil banyak ditemui dlm tong2 sampah dibuang oleh ibu2 muda yg kurang didikan agama.

(Saja nak bagi tahu seriusnya krisis sosial pd masa itu & juga sekarang).

 

“Tak apalah!. Saya akan mengaku bersalah supaya ura2 kerajaan nak menangkap semua ahli AlArqam tidak berlaku. Bersalah bukan bererti sesat”, fikirnya.

 

Maka dibuatlah pengakuan bersalah di hadapan TV dan ditonton oleh semua rakyat Malaysia & Indonesia pd masa itu.

 

Itu pasal, Sdr. Zabidi dlm bukunya, Arqam Tersungkur Di Pintu Surga, berkata semua pengakuan Abuya itu adalah lakonan semata2.

 

 

Baik!. Apa maksud pengakuan bersalah oleh Ust. Ashaari?

 

Maksudnya begini..

 

Di dalam agama Islam, ada 4 sumber hukum. Iaitu Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak & Kias. Tetapi org AlArqam nii.. dia rujuk lebih lagi.

 

Iaitu Mimpi, Yakazah, Tawasul, Karamah, Mujahadah & Kasyaf.

Mereka gunakan 6 perkara itu, selain 4 yg asas tadi dlm perjuangan mereka.

 

Contohnya mimpi. Kalau mereka dapat tahu seseorang tua di suatu kampung itu bermimpi jumpa Rasulullah SAW, mrk pantas mengunjunginya.  Mrk akan coba mendapatkan berita2 dari Rasulullah ttg perkara2 ghaib.

 

Sbb terdapat nas & kata2 para wali yg menyatakan demikian, iaitu “Benar, wahyu telah tamat tetapi berita gembira tidak putus (selalu ada)”.

 

Mrk ingin menjadi yg pertama mengetahui sesuatu perkara yg akan berlaku supaya langkah2 perjuangan boleh di hala ke arah itu.

 

Baik!. Ttg mimpi nii, ada nas yg menyatakan, ‘Mimpi yg baik itu ialah 1/9 dari kenabian”.

(Mimpi org soleh lah!. Tak macam kita.. mengarut2 saje!)

 

Jadi macamana betulnya mimpi seseorang itu bercakap2 dgn Rasulullah SAW, masih ianya dianggap bersalah!. Sbb mimpi tidak termasuk dalam sumber hukum yg 4.

 

Boleh rosak masyarakat kalau semua orang mengatakan mereka ketemu dgn Rasulullah SAW di dalam mimpi dan Rasulullah telah mengatakan bagian.. begini.. begini.

 

Jadi sudah pastinya ia menjadi suatu kesalahan.. kpd org Feqah lah!. Sbb mrk menolak langsung mimpi yg benar. Tak boleh dibuat rujukan atau sandaran!.

 

Jadi, Al Arqam telah menggunakan mimpi, yakazah (berjumpa & berbual2 dgn roh org mati), tawasul, karamah wali, dll dalam menentukan corak perjuangan mrk. Itu yg tak dibolehkan.

 

Itulah yg dimaksudkan dgn ‘pengakuan bersalah’ oleh Ust. Ashaari. Itulah yg disebut dlm TV, ‘Kita ada pedang, kita lupa nak guna pedang itu’.

Pedang itu bermaksud sumber hukum yg 4 itu lah!.

 

 

Tetapi dah org Pusat Islam memang sejak dulu selalu kontra dgn org tarikat, mereka faham kot lain!.

 

Mrk faham Ust. Ashaari telah mengaku sesat aqidah kerana mengamal tarikat Aurad Muhammadiah. Sedangkan Ust. Ashaari sekadar mengatakan beliau sekadar bersalah sahaja (dari segi feqah) kerana merujuk lebih dari sumber hukum yg 4 itu.

 

 

‘Trick’ ini sebenarnya meniru cara Imam Bukhari (kalau tidak salah saya) juga. Iaitu apabila beliau didesak oleh Sultan pd masa itu untuk mengatakan ‘Al-Quran itu Makhluk’. Kalau tidak beliau akan dipenjarakan.

 

Maka, Imam Bukhari telah menunjuk dgn ibu jarinya ke arah Al Quran, dan mengatakan, ‘Ini makhluk!’.

 

Maksud tersirat Imam Bukhari itu ialah ibu jarinya, ‘Inilah makhluk sebenar!’.

Tetapi kerana sultan itu tidak cerdik, maka dia mendapat paham Al-Quran itu makhluk!. Lantas, Imam Bukhari dilepaskan dari dipenjarakan oleh sultan yg zalim.

 

 

Trick ini serupa juga lah dgn peristiwa Tahkim. Iaitu apabila berlaku peperangan antara Syaidina Ali k.w. dgn Muawiyah r.a. Masing2 minta diadakan mesyuarat damai. Ali telah diwakilkan oleh Abu Musa Ansary, dan Muawiyah oleh Amru ibn AlAs.

 

Di dalam perbincangan damai itu, Amru Al As mengesyurkan agar kedua2 pemimpin Islam itu dilucutkan jawatan masing2 utk memberi laluan kpd perdamaian. Amru Al As meminta Abu Musa memulakan dahulu sebagai menghormatinya sbg org tua yg dimuliakan.

 

Tetapi apabila tiba giliran Amru As utk melucut jawatan Muawiyah, dia sebaliknya menyatakan persetujuan menerima perlucutan Syaidina Ali r.a. dan dlm waktu yg sama melantik Muawiyah bin Abi Suffian untuk menjadi Khalifah Islam.

 

Saya nak komen mika semua itu pendusta tak lah berani pulak!. Sebab mereka semua adalah sahabat2 Rasulullah SAW yg dimuliakan.

 

Betul ke tidak cerita ini pun, kita tak tahu la.. Tetapi cerita ini lah yg didendangkan kpd kita sejak budak2 dulu hingga jadi org tua sekarang. Nampaknya cerita ini ada kebenarannya. Kalau tidak manakan boleh diterima oleh akal sampai zaman berzaman itu!.

 

 

Baik!. Kembali kita kpd cerita pengakuan bersalah Abuya itu..

 

Di dalam soal hukum, tak ada yg salah. Sebab bukan niat kita nak tipu dia. Saja kita nak perlepas diri kita dari kebinasaan. Yakni seluruh keluarga Al Arqam akan ditangkap dan dihantar ke pulau. Mcm pelarian Vietnam di Pulau Bidong lah!. Kerajaan dah ada pengalaman ttg itu lebih2 lagi kes Memali.

 

So.. yang dia (Pusat Islam) dok faham gitu (sesat akidah), siapa suruh?. Inilah dikatakan, org bodoh jadi mangsa org cerdik. Yang dia jadi bodoh, tak mahu belajar tinggi2, dalam2 tu, pasal apa?!.

 

Bukankah Imam Ghazali ada berkata dlm Ihya, ‘Org Tasauf lebih cerdik dari Org Feqah’.

 

Yg kita jadi org feqah saja, tak mahu meningkat2 naik lagi, mujahadah diri jadi tukang sapu mcm Imam Ghazali tu pasal apa?. Malu kot?.

 

 

Jelasnya, Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhd. At-Tamimi sebenarnya tidak pernah mengakui sesat kerana mengamalkan Aurad Muhammadiah. Dia sekadar bersalah kerana merujuk sumber hukum selain yg 4 itu, dan dibawanya dlm gerakan perjuangannya sebagai siasah tambahan semata.

 

Memanglah mimpi berjumpa dgn Rasulullah itu salah dari segi pengajian menimba ilmu, tetapi janganlah pula menafikan samasekali ianya mustahil berlaku pada kita org mukmin!.

 

Yg salah ialah apabila mimpi kita itu kita sebarkan kpd org ramai utk publisiti!. Kalau digunakan utk seorang diri, tidaklah menjadi apa-apa kesalahan.

 

 

Tetapi dalam konteks pertubuhan Al Arqam, tidak lah menjadi kesalahan kalau disebar mimpi tersebut di kalangan ahli-ahlinya. Sebab mereka ini org perjuangan, duduk dalam satu kapal yang dinamakan Kapal Aurad Muhammadiah.

 

Walaupun nampak ramai tetapi hakikatnya satu tubuh, satu pakaian, satu ikatan serban, satu ilmu & minda, satu tarikat dan satu tuan guru.

 

Kalaulah kapal perjuangan punyai banyak nakhoda (tuan guru) dgn arahan masing2, boleh jadi tersasar haluan dari matlamat yg dituju. Tak gitu?.

Maknanya tiada kefahaman dan keselarasan di antara ahli2 jemaah.

 

So.. apa salahnya ahli2 yg satu ilmu dan satu tuan guru itu berkongsi2 matlumat yg diperolehi, tak kisahlah dari alam nyata atau alam ghaib. Asalkan kapal perjuangan bergerak sehaluan dan lancar tanpa tersangkut2 oleh kerenah anak buah.

 

Org luar tak berhak utk mengetahui perkara2 di dlm jemaah, lebih2 lagi berkaitan dgn rahsia2 dlm perjuangan.

 

 

Sebenarnya perkara2 spt yakazah, tawasul, menentukan siapa2 dia Imam Mahdi / PBT dll adalah perkara2 khilafiah, iaitu perkara yg tidak disepakati oleh para ulamak akan kesohihannya. Org tidak boleh menuduh sesat kpd pengamal2nya kalau perkara2 itu sendiri, boleh ada dan boleh tiada!.

 

So, apa you’ll tangkap serius dalam hal ini!.

 

(Kalau ikut sejarah pula, memang setiap org yg mewakili mazhab & pegangan masing2 tidak terlepas dari tuduhan sesat.

 

Org Pusat Islam & yg sewaktu dgnnya (yg berpegang kpd 4 sumber hukum shj) menuduh sesat kpd Jemaah Al Arqam kerana merujuk lebih dari 4 sumber hukum.

 

Org Wahabi pula, yg berpegang kpd Al Quran dan Hadis SAW shj, menuduh sesat kpd Pusat Islam & ASWJ yg lain kerana berpegang lebih dari itu.

 

Maka molek betul lah.. 2 mengata sesat kpd 4, 4 menuduh sesat kpd 6.

 

Mai Syiah pulak.. mengata org Islam semoa tak pake (sesat) krn tidak membesarkan2 keluarga Rasulullah SAW dgn mengambil keluarga Syaidina Ali k.w. dan keturunannya sbg pemimpin. Baguis la tuu!)

 

 

Diketawakan pula, Ust. Ashaari buat pengakuan bersalah selepas 3 hari dalam tahanan!. Faham pulak mereka bak yg tak rasional ni!!. Mana mungkin org dakwah boleh berubah pendirian dlm masa 3 hari?.

 

Lagikan Shamsiah Fakeh, tokoh komunis wanita, masih tetap dgn pendirian komunisnya yg batil dgn tinggal diam di Kemboja, tak balik2 selama 18 tahun!. Komited nya dia!.

 

So.. inikan pula org dakwah?. Yg berjuang & berkorban masa, tenaga, harta & nyawa. Setiap masa & keadaan. Pastinya mrk lebih komited berjuang daripada itu!.

 

Tapi.. apasal you all tak terfikir hal yg tak rasional ini?. Apa yg menghantui fikiran sampai tak nampak perkara yg di luar logik sana!.

 

 

Jadi... apa siasah Ust. Ashaari membuat pengakuan bersalah itu?. Itulah yg sepatutnya mereka tanya!!.

 

So, banyak perkara tak relevan, tidak boleh diterima akal yg sihat, iaitu sejak penangkapan Abuya di Chengmai tanpa persetujuan Choavalit Yongchaiyud, Menteri Pertahanan masa itu (sebenarnya ‘kipnab’), peristiwa semasa di penjara dan sehinggalah pengakuan Abuya di kaca TV.

 

 

Dan yg terbaru ialah buku beliau, ‘NASIHAT BUATMU – BEKAS KAWAN2 LAMAKU DALAM ARQAM’. Buku ini dikeluarkan pd Feb. ’05, iaitu sebaik sahaja beliau keluar dari penjara ISA pd 25 Okt. 2004.

 

Tidak disebut samasekali perasaan sesal & dukacitanya kerana membawa ajaran sesat dan disuruh amalkan oleh pengikut2 beliau. Sedang beliau punya masa yg cukup 10 tahun dlm penjara utk berfikir & muhasabah diri ttg itu semua.

 

Tapi sebaliknya, yg ditanya, ‘kenapa kawan2 baikku menjadi gunting dalam lipatan?. Mengfitnah dari luar!. Kenapa menjadi suara kpd pihak2 yg ingin menjahanamkan Al Arqam?’.

 

Sepatutnya, beliau hendaklah minta maaf banyak2 kpd pengikut2nya kerana tersalah bawa mereka ke jalan Akhirat!. Tapi sepatah perkataan sesalpun tidak disebut dlm bukunya itu.

 

 

Bagaimanapun, itu semua cerita lama, yg tak perlu dibesar2kan di sini. Sbb org perjuangan yg sebenar, mrk menerima takdir dgn redha & penuh keinsafan, kerana adalah hikmah disebalik ujian itu semua.

 

Malah Ust. Ashaari mengucap terima kasih kepada Dr. Seri Mahathir kerana mendatang ujian kepada Jemaahnya disebabkan terlalu banyak hipokrit & musuh dalam liputan, yg tidak ikhlas dlm perjuangan. Byk yg berharap jadi ketua, dicium tangan oleh pengikut2, malah dpt can kawin lebih dari satu.

 

(Sila lihat Hakikat Ujian dlm https://asoib001.tripod.com/HakikatUjianAllahSWT.htm)

 

 

(Dan buku itu juga – Nasihat Buatmu – menjadi satu sebab kenapa anda semua harus membaca risalah ini sampai habis. Sbb sudah terang lagi tersuluh.. iaitu Ust. Ashaari tidak mengaku sesat!. Sekadar siasah perjuangannya yg ramai org tidak tahu, hatta anak muridnya sendiri!.

 

Untuk lebih maklum akan siasah perjuangan Ust. Ashaari Muhammad, sila rujuk  https://asoib001.tripod.com/siasahbelumsedia.htm)

 

[GO TOP]

 

Seterusnya...

 

 

b)Berkaitan Dgn Politik

 

Terdahulu ialah satu sekyen dari yg dikatakan.. penyelewengan akidah. Dan saya telah nafikan dan buktikan dgn jelas berserta fakta2 yg nyata.. dari sudut penjalanan cerita.

 

Sekarang saya akan menyentuh sedikit ttg politik. Sebab Papito kata, kalau nak jadi pemimpin buatlah satu parti politik!.

 

 

Nampaknya org sekarang ini, apabila memperkata pemimpin dan kepimpinan, mesti berasal dari org politik!. Apa selain dari org politik, org dakwah tidak boleh jadi pemimpin yg baik kah?

 

Kalau demikian kenapa perlu timbul, “Tok Ayah ni boleh kita buat ‘orang tua’ kat kampung kita ni!!”

 

Kenapa dicari2 org lulusan pondok atap rumbia tuu, dgn mika yg kelulusan universiti, tuu?. Kenapa tak pilih mereka yg ada degree, ijazah bergulung2 tu!.

 

Sebab jelasnya, org tua itu mempunyai ilmu dan akhlak yg baik dan disegani oleh org2 kampung. Dia mempraktikkan ilmunya, bukan main teori2!.

 

Sebenarnya, org tua ini ialah Ulama Tidak Resmi yg kita akan perkatakan nanti.

 

Kita kena faham, politik pilihanraya yg diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yg diimport dari Barat. Ertinya, politik yg ada pada hari ini adalah ciptaan org kafir, bukan drpd Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang2 Islam. Jika kita mengikut kaedah perjuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yg menyimpang dari syariat.

 

Sabda Nabi SAW, ‘Sesiapa yg menyerupai sesuatu golongan, maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu’.

 

Jadi jelas kpd kita, politik barat ialah sesuatu yg salah dan jika kita mengikutnya kita juga akan bersalah. Justru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yg ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yg baik..

 

Jika kita tempuh juga, maka itulah yg menimbulkan huru-hara, kacau bilau dan persengkataan dalam masyarakat. Ringkasnya, ‘politik is a dirty game!’, kata org putih.

 

Untuk lebih jelas, sila rujuk ‘Perjuangan Yg Tidak Relevan’ di https://asoib001.tripod.com/PerjuanganYangTidakRelevan.htm

 

 

Kesimpulannya, sistem banyak parti yg berlandaskan Sistem Demokrasi Terbuka itu perlu kita tolak, kerana ianya suatu sistem kehidupan hidup yg batil dan tidak membuahkan pahala akhirat!.

 

Jelasnya, org yg patut kita ikut ialah ulama, dan bukannya pemimpin2 politik sekular yg ada pada hari ini. Kalau kita inginkan keselamatan hidup di dunia dan di akhirat, hendaklah kita mengikut pewaris nabi di kala ini, iaitu Ulama Warisatul Anbia!. Dalilnya, firman ALLAH, “Sesungguhnya yg takutkan Allah di kalangan hamba2-Nya ialah ulama”. (Fathir: 28)

 

 

Timbul persoalan, ulama yg bagaimana pula?.

 

Iaitu ulama yg mempraktikkan ilmunya. Bukan cakap2 kosong. Ada jemaah, ada kampung dan ada aktiviti2 ekonomi, dll. Lebih2 lagi di zaman moden ini, sukar utk memperolehi makanan yg halal, melainkan kalau tidak subhat, pastinya haram!. Sumber makanan halal perlu diproses sendiri kalau inginkan hati yg bersih dan iman yg teguh!.

 

Apa sebab ana kata gitu?.

 

Sebab alam juga yg menunjuk ajar kita begitu!. Ada bulan, ada bintang. Ada matahari(ulama itu obor), ada planet2 yg mengedarinya. Maka, ada ulamak, mestilah ada pengikutnya!. Baharulah nampak, wibawa & kehebatan ilmunya!.

 

Kalau sekadar dia dok sorang2, itu bukan ulama warisatul anbia!. Kerana tidak dapat menarik seorang pun pengikut, utk berkhidmat kpdnya. Ingat sonang ke?, nak dapat seorang dua pengikut, yg akan serah hati, jiwa & raganya untuk kita baiki atau kita suruh itu ini?.

 

Jelasnya, kita hendaklah mengikuti ulama yg praktikal, yg beramal dgn ilmunya. Abu Darda’ ada mengatakan, ‘Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya.’

 

Ulamak lah yg harus kita ikuti dan bukannya pemimpin2 politik, kalau kita hendak selamat dunia dan akhirat.

Sabda Nabi SAW, ‘Bila ulama tergelincir, tergelincirlah alam dengan sebab gelincirnya itu’.

 

Berkata hukamak, ‘Kalau ulama cinta dunia tentang yg harus, org awam akan buat yg makruh. Bila ulama buat perkara makruh, org awam akan buat yg haram. Kalau ulama buat dosa kecil, org awam buat dosa besar. Kalau ulama buat dosa besar, org awam jatuh kafir!’.

 

Kalau masih dok berkeras inginkan pemimpin2 politik mengurusi hidup kita semua, kita takuti peristiwa2 atau bencana2 yg lebih berat akan menimpa kehidupan kita semua. Sekarang ini pun banyak malapetaka yang berlaku dan tidak mengundang keberkatan dalam projek2 pembangunan negara. Projek baharu 2 / 3 tahun siap, dah runtuh!.

 

Sabda Nabi SAW, ‘Tidaklah datang satu tahun atau hari kpd kamu melainkan hari yg selepasnya itu lebih buruk dari sebelumnya sehinggalah kamu semua bertemu ALLAH’. (Riwayat Al Bukhari, Ahmad & Ibnu Majah).

 

 

Firman Allah SWT, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yg melalaikan.... dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yg menipu” (al Hadid: 20)

 

Kesimpulannya, ulama handaklah kita ikuti, lebih dari pemimpin2 politik semasa.

 

 

Baik!. Ulama yg bagaimana harus kita ikuti?.

 

Kerana ulama itu ada berbagai darjat & kemuliaan. Sedangkan Surgapun ada 7 tingkat, dan Nerakapun ada 7 jenis. Pastinya ulamapun berbagai2 darjat pula?.

Bukan sekadar Ulama Dunia & Ulama Akhirat saja!.

 

Ringkasnya, ulama itu ada 7 jenis. Iaitu Ulama Resmi, Ulama Tidak Resmi, Ulama Lahir, Ulama Dunia (Suk), Ulama Akhirat, Ulama Mujaddid & Ulama Waliyullah.

 

Ulama Tidak Resmi pula terbahagi 2, iaitu Ulama Yg Bertanggungjawab (yg mendirikan pondok, dll) dan Ulama Yg Tidak Bertanggungjawab (lone ranger).

 

 

Di antara ulama2 tersebut, hanya 4 sahaja yg boleh kita ikut & serah jiwa raga utk dia baiki. Iaitu Ulama Tidak Resmi Yg Bertanggungjawab, Ulama Akhirat, Ulama Mujaddid & Ulama Waliyullah.

 

Pembahagian ulama kpd beberapa darjat & kategori ini, tidaklah pelik sangat sebab iman itu sendiri ada 5 tingkatan!. Iaitu Iman Takliq, Iman Ilmu, Iman Ayan, Iman Hak & Iman Hakikat.

 

Sedang nafsu pula ada 7 tingkatan, iaitu Nafsu Amarah, Lauwamah, Mulhamah, Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah & Kamilah.

 

Untuk memasuki surga, sekurang2nya seseorang itu hendaklah mencapai Iman Ayan dan Nafsu Mulhamah!. Itu darjat paling rendah sekali dlm surga!. Maka, hendaklah kita berusaha sedaya upaya kita utk mendapatkan tingkatan iman dan nafsu tersebut!.

 

(Ringkasnya nak cakap,.. surga, neraka, ulama, iman & nafsu yg berbagai kategori & darjat itu, tidak relevan sama sekali kalau kita dok anggap ulama itu berkeadaan dua(2) sahaja, iaitu Ulama Dunia & Ulama Akhirat.

 

Itu yg kita tak berapa bersetuju dgn tok2 ayah kita & ulama konvensional yg mengajar tuu!.. mereka tidak nampak sasaran yg boleh dikenalpasti utk ditembak!.. yakni untuk diberi faham dgn sejelas2nya kpd anak murid.

 

Bila cakap iman itu ada 5 tingkatan, d/o tercengang2, tak pernah dengarpun!.

Patutlah tak meningkat2 taraf iman, dok tang tuu.. sejak Merdeka lagi!).

 

 

Daripada empat(4) jenis ulamak yg boleh kita ikut itu pula, kita kena lihat2lah yg mana satu yg dikatakan Ulama berwatak Rasul(UR) dan Ulama berwatak Nabi(UN).

 

Untuk mengetahui apa yg dimaksud dgn UR & UN, sila lah rujuk https://asoib001.tripod.com/2kategoriulamak.htm

 

Di kalangan UR itu pula, ada yg menjadi wali yg berbagai peringkat pula.

 

Berkata Yahya bin Muaz, ‘Wali Allah itu haruman-haruman di bumi. Maka bila mencium akannya oleh anak muridnya, akan sampai ke hati. Lantas mereka merasa rindu pada Tuhan mereka’.

(Dipetik dari kitab Imam Sya’rani, Peringatan Pada Yang Tertipu)

 

Dan di antara wali2 itu, ada yg berjawatan ‘Pemimpin Yg Ditunjuk (PYD)’.

 

Berbahagialah org yg dapat mendampingi PYD, sebab pastinya dia akan menempa kejayaan dalam perjuangan jemaahnya walaupun disekat oleh berbagai halangan dan rintangan. Inilah pemimpin yg dicari2, pemimpin ‘top of the top!’.

 

Maksud PYD ialah pemimpin yg disebut2 oleh ALLAH SWT dan malaikat2 di langit. Kalau tidak Allah sebut, nabi sebut. Kalau nabi tidak sebut, wali2 yg sebut. Sebab dapat tidak kejayaan adalah miliknya apabila bertempur dgn kebatilan.

 

Contohnya, Nabi Muhammad SAW telah ditunjuk oleh ALLAH SWT di dalam kitab Taurat dgn kataNya, ‘akan ada seorang bernama Ahmad....

Justru itu, org Yahudi berduyun2 menziarahi tanah Arab dan menetap di Madinah untuk menunggu kedatangan nabi akhir zaman.

 

Nabi saw juga telah memberi khabar gembira kpd sahabat2nya dgn katanya, ‘Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yg baik, tentera ygt baik dan rakyat yg baik.

 

Kata2 nabi yg umum itu telah diperincikan oleh Samsuddin al Wali dgn katanya, “Anak di dalam buaian ini (Muhd. Al Fateh) yg akan menakluki Konstantinople’.

Tambahnya lagi, ‘Konstantinople  akan jatuh pada hari yg ke 58, hari Selasa... jam 11.00 pagi’.

 

Manakala, Umar Ibn Aziz telah ditunjuk oleh datuknya sendiri, Khalifah Umar Al Khattab dgn katanya, “.... (tak ingat saya).

 

 

 

Dan di akhir zaman ini, siapa PYD yg akan memainkan peranan yg akan merajui kebangkitan Islam akhir zaman?.

 

Banyak nama2 yg tersebut dlm kitab yg akan memainkan peranan di akhir zaman, melawan Yakjuj Makjuj & Dajjal. Antaranya Imam Mahdi, Nabi Isa, Ashabul Kahfi, Asoib & Ikhwan (tentera Imam Mahdi), dll.

 

Tapi yg memulakan segala itu, bermula dgn Toifah, kemudian Jemaah, kemudian Daulah dan segala persediaan ekonomi, dll, dari tiada kpd ada ialah perintisnya - Pemuda Bani Tamin (PBT).

 

Daripada Ibnu Umar bahawa sabda Nabi SAW, ‘Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali) ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi dengan keadilan. Apabila kamu mendapati demikian, hendaklah kamu bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya ia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi’. (Riwayat At Thabrani)

 

Jelasnya, adalah menjadi kewajiban semua umat Islam untuk mencari2 siapa kah yg dinamakan PBT, yg akan menobat semula kedaulatan agama Islam di mayapada ini. Sebab ditangannya lah kebangkitan Islam bermula, dan disusuli dgn Imam Mahdi, Nabi Isa a.s. dll.

 

Kita hendaklah mengenal dgn sejelas2nya PBT itu. Sebab kalau kita gagal mengenalinya, malah mengambil tindakan bermusuh dengannya pula, pastinya kita akan kalah!. Sebagaimana Abu Jahal, seorang pembesar yg menguasai Kota Mekah boleh kalah dgn anak pamannya yg yatim piatu lagi ummi itu.

 

So, beware of Pemuda Bani Tamim!. Jangan kita menjadi org yg menentang pemimpin kebenaran. Pastinya kita akan kecundang!.

 

Demikianlah Mukaddimah saya, panjang sekali ceritanya semata2 untuk menonjolkan pemimpin yg hak, untuk umat akhir zaman, di awal kurun ini pula.

 

(Untuk makluman, 1 kurun bersamaan 100 tahun. Kita sekarang berada dalam kurun ke14, iaitu antara 1400H – 1500H. Awal kurun bermaksud 1400H – 1425H, itulah ‘time frame’nya.

1450H itu dikatakan pertengahan kurun.

 

Tahun 2004 bersamaan 1425H!. Jelasnya, kita sekarang berada di’border’ utk memasuki ¼ kurun kedua sebelum pertengahan kurun (1450H). Itu pasal banyak bala bencana & perkara yg pelik2 berlaku pada tahun ini, sbg petanda berakhirnya tempoh awal kurun ke14 ini.

 

Ini yg suspennya!. Sebab Nabi SAW ada bersabda, “Akan didatangkan kpd umat ini setiap awal kurun, seorang mujadid yg akan membaharui urusan agama’.

Ringkasnya, ‘Mujadid zahir awal kurun’.

 

Maknanya kalau tak zahir jugak mujadid utk kurun ke14 ini, maka awal kurun yg satu lagilah (1500H-1425H), mujadid baharu akan menjelma!.

 

Ini sudah kes berat!. Sebab agama Islam sudah terhina di mana2!. Agamanya dikatakan penganjur keganasan!. Penganut agamanya dipanggil feudalmentalis.. Kalau nak tunggu 100 tahun lagi, entah apa yg nak jadi kpd agama Islam dan kpd penganut2nya. Sekarang ini pun negara Islam di bom di mana2, tanpa henti & belas kasihan!.

 

Inilah yg menjadi kerisauan pejuang Islam akhir zaman, lebih2 lagi puak2 kerohanian & tarikat. Ulama Feqah tidak tahu apa2 sebab mereka bukan pejuang Islam yg tulin!. Malah mereka selalu merosakkan missi dan perancangan puak2 tasauf yg cuba membina perkampongan sendiri, mencetus ekonomi sendiri, pendidikan sendiri, dll demi membina ketahanan dan syaksiah diri pengikut2 mereka, mental dan fizikal.

 

Mereka mengamalkan wirid2 atau tarikat2 yg sohih, tetapi dianggap sesat & menyeleweng oleh Pusat Islam!. Pada mereka, fatwa yg dikeluarkan oleh ulama yg bukan bertaraf Mujtahidin tidak boleh dipegang sepenuhnya.

 

 

Sementelahan pula, akhir kurun ini kepunyaan Orang Melayu!. Demi keadilan Tuhan, setiap bangsa di dunia telah mengalami zaman keagongan masing2. Bermula dgn Empayar China di abab ke 6Masehi, kemudian silih berganti Sepanyol & Potugis (ke8M – ke13M), Britain, German, Italy, Rusia, China & kini Amerika.

 

Bangsa Melayu belum diberi zaman keagongannya sendiri, dan selepas ini, insya-Allah miliknya pula. Ini selaras dengan sabda Nabi SAW, ‘Islam akhir zaman akan bangkit di sebelah timur’.

 

Tidak China, tidak Jepun, tidak Kemboja, tetapi Nusantara Melayu. Sebab tidak ada negara di sebelah timur ini, yg institusi keluarganya mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan melainkan Malaysia!. Hatta Indonesia sekalipun bukan!. Sebab institusi keluarga mereka telah rosak, kerana ayah beragama Islam, ibu Kristian, anak Hindu, dll.

 

Asy Syeikh Muhammad Abdullah As Suhaimi juga ada berkata, “Di Yunnan org2 Cina sekadar masuk Islam beramai2 tetapi di sana tidak ada Asoib. Asoib hanya ada di Afghan dan Uzbekistan”.

 

Asoib adalah golongan fanatik dgn sunnah Nabi SAW, dan mereka hanya ada di alam Melayu.

 

Justru Ust. Ashaari berpendapat ‘Islam bangkit dari sebelah Timur’ adalah bermula dari alam Melayu Raya, dan bukan negeri China.

 

 

So, nasihat saya kpd pemerintah Malaysia. Janganlah menganggu gugat urusan kebangkitan Islam akhir zaman ini. Islam tidak akan naik melalui peti undi kerana ia kotor lagi menjijikan!.

 

Peraturan & syariat Islam bukan paksaan!. Ia hanya jadi cemerlang apabila hati2 manusia redha dgn hukum & peraturan yg ditetapkan, hasil dari kesedaran iman yg tinggi dan dipupuk dari masa ke semasa oleh Ulamak Tak Resmi, Ulama Akhirat, dll.

 

 

Mungkin saudara tertanya2 mengapa ulama resmi dan cerdik pandai kita boleh bersetuju dgn Sistem Demokrasi dan mengamalkan politik pilihanraya yg jelas batil itu?.

 

Perkara ini sebenarnya bersebab dari kegagalan kita untuk memahami maksud sebenar firman ALLAH SWT iaitu, ‘Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan’.

(Sebab setiap orang, tidak kira ulama atau rakyat marhean, mempunyai nafsu yg berbeza2 tingkatan sifat mazmumah/mahmudahnya).

 

Kenapa kita tidak menyoal kembali ALLAH SWT, ‘Kenapa dijadikan nafsu itu condong kpd kejahatan. Kenapa ia tidak condong kpd kebaikan?’

 

Sebenarnya ada dua(2) sebab mengapa ALLAH SWT menjadikan nafsu itu condong kpd kejahatan. Iaitu:-

 

ALLAH SWT mahu menguji kita (yakni sesudah kita beriman), dapatkan kita mengawal nafsu dgn menggunakan ‘Akal’ yg diberi utk menegah diri dari berbuat maksiat/mungkar semata2 kerana ALLAH. Bukan kerana manusia, dll.

 

Untuk mengetahui sejauhmana atau mampukan dia berkorban segala2nya utk melaksanakan tugasnya sbg Khalifah ALLAH demi menegakkan hukum-hakam ALLAH di muka bumi.

Yakni, meletakkan dirinya berjuang di jalan ALLAH yg sebenar (bukan menerusi parti yg batil, dsb.nya), dengan memaksakan dirinya tidak terpengaruh dgn bujukan2 dunia, isteri & anak2.

 

Itulah dua maksud ALLAH menjadikan kita manusia ini. Dan itulah tugas kita hidup di dunia ini yg sebenar2nya. Kalau kita berjaya melaksanakannya, maka itulah kejayaan yg sebenar, berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

 

 

Tapi berapa orangkah yg dapat melakukannya?. Hampir semua manusia yg ada di dunia hari ini tidak berjaya menjadikan hidupnya untuk ALLAH dan perjuangan hidup ialah menegakkan kalimah ALLAH (hukum-hakam ALLAH).

 

Ada jugalah yg sedar dia hamba ALLAH dan hidup utk ALLAH, tapi tidak pula mahu berkorban dan berjuang di jalan ALLAH, selaku Khalifah ALLAH supaya Islamlah seluruh dunia ini. Sebaliknya dia perjuangkan sosialisma, marxisma, nasionalisma, kapitalisma, dll. Ertinya tidak lulus jugalah dia. Sebab tidak dapat berjuang bagi pihak ALLAH, ditipu helahkan oleh nafsu.

 

Akal pun terikut2kan nafsu, yakni berfikir kpd kejahatan dan kebatilan saja.

 

Mungkin ada juga akal yg terima kebaikan dan mengakui hakikatnya, tapi mengakui saja tidak bermakna boleh kawal nafsu. Maka kebaikan tidak dapat dilaksanakan juga.

 

Nafsu hanya boleh dikawal oleh taqwa dan iman. Kalau dalam hati kita ada kedua2nya. Tapi itulah yg sudah tidak ada. Usaha2 utk mengadakannya tidak ada, maka nafsulah yg menjadi raja dan menjadi Tuhan kita. Kita ikut saja apa katanya. Sewaktu2 kita sedar juga bahawa apa yg kita buat itu salah, tapi kita buat juga. Kita tidak mampu menolaknya sebab lemahnya taqwa kita.

 

Maka hiduplah manusia bertuhankan nafsu. Maka berjuang dan berkorbanlah mereka pada jalan2 nafsu, disangkanya jalan kebenaran. Malah, hampir tidak ada yg bertuhankan ALLAH dan berjuang di jalan ALLAH.

 

Lihat apa yg sedang terjadi dlm masyarakat hari ini. Krisis demi krisis tidak berhenti2, malah menjadi2. Krisis politik, krisis ekonomi, akhlak, rumahtangga, dll. Akibatnya manusia jadi zalim, tindas-menindas, tipu-menipu, tekan-menekan, jatuh-menjatuh, memberi & mengambil rasuah, dll.

 

Kenapa ini terjadi?. Siapa yg mendorong dan merancang ini semua ini?. Jawabnya nafsu kita. Nafsu sombong, ujub, riak, hasad dengki, marah, dendam. Tamak, bakhil, dll. Inilah puncanya.

 

Bila nafsu jadi raja, bertahta dan mentadbir dan mengarah hati dan akal kita, maka rosak binasalah kemanusiaan. Hilanglah kemuliaan, perpaduan dan keamanan dlm masyarakat. Hiduplah masing2 dlm kebimbangan.

 

Ulama bimbangkan statusnya, orang politik bimbangkan kuasanya, ahli ekonomi bimbangkan kekayaannya, orang miskin bimbangkan nasibnya. Wanita bimbangkan haknya, lelaki bimbangkan kelakiannya. Begitulah seterusnya.

 

Oleh itu masing2 memikir dan merancang bagaimana hendak lari dari kebimbangan. Maka berlakulah pertembungan dan pergelutan hidup hingga terjadilah apa yg telah ALLAH katakan, “Lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan perbuatan tangan manusia agar ALLAH merasakan kpd mereka sebahagian drpd akibat perbuatan merreka, agar mereka kembali”. (Ar Rum: 41)

 

 

Jelasnya, Ust. Ashaari, satu-satunya ulama yg menidakkan sistem kehidupan yg ada sekarang, yg tidak dapat membentuk penganut2nya dari menjadi hamba & khalifah ALLAH yg sebenar.

 

So, kalau you all mengikut kata mereka2 itu, sampai kiamatpun k/o tak akan menemui jalan kehidupan yg sebenar. Habiskan masa, wang dan tenaga kederat semata!.

 

Baik!. Cukup di sini sahaja mukaddimah kedua saya. Pada sambungan berikutnya, saya akan menjelaskan mengapa saya begitu komited dgn perjuangan Al-Arqam dengan melihat kpd peribadi Abuya sendiri, pengikut dan Jemaah Aurad Muhammadiah pimpinannya.

 

[GO TOP]

 

 

Seterusnya..

 

c)Platform Perjuangan AlArqam

 

Dalam Mukaddimah yg lalu, saya telah menafikan perkara2 berikut:-

 

* Penyelewengan akidah AlArqam dan maksud sebenar pengakuan bersalah oleh Ust. Ashaari

* Kategori2 ulamak dan siapa ulama yg mesti kita ikut.

* Sistem Demokrasi Terbuka – sistem hidup yg batil.

* Maksud sebenar, ‘nafsu itu cenderung kpd kejahatan’.

 

Dan saudara2 telah meneliti hujah dan fakta yg dikemukakan, dan semuanya ada hubungan dgn kebenaran dlm Islam.

 

Dengan pendedahan perkara yg sebenar berhubung dengan kebatilan tentang perkara2 di atas, justru saya mempunyai kekuatan utk mempertahankan platform perjuangan Abuya Al-Arqam yg akan saya sebutkan sebentar lagi, dan sekaligus menjawab tomahan Papito, iaitu ‘mengapa saya menggunakan platform perjuangan Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhd. At-Tamimi dalam menegakkan Islam akhir zaman?.

 

 

Baik!. Apa itu platform?.

 

Platform ialah pentas yg di atasnya kita berjuang. Dilengkapkan dgn segala keperluan lahir dan batin. Diperjelaskan segala dasar, missi dan alat2 perjuangan demi memastikan Jemaah Perjuangan berada dlm kondisi yg kental dan kukuh, tidak ampuh oleh segala cabaran yg mendatang.

 

Antara ciri2 kebenaran yg mesti ada pd sesebuah jemaah perjuangan ialah:-

 

Dasar Perjuangan:

Semestinya merujuk kpd Al Quran & Sunnah. Perkara yg mesti kita terima dgn yakin, amalkan dan perjuangkan!. Tidak boleh samasekali ‘compromise’ dgn sistem & isma2 bikinan akal manusia yg lain.

 

Dasar perjuangan yg mengambil Al-Quran & Hadis SAW sahaja yg dibantu ALLAH SWT sebagaimana firmanNya, “ALLAH membantu org2 yg bertaqwa!”

 

 

Polisi Perjuangan:

Iaitu perjuangan yg lengkap dalam semua aspek kehidupan. Kerana Islam itu Dinnul Syumul. Maka, mahu tidak mahu kita kena tegakkan aqidah dalam perjuangan kita, kena tegakkan ibadah dlm perjuangan kita, tegakkan akhlak dlm perjuangan kita, dll.

(Maknanya, tidak boleh kita mengumpat, mencaci, mencela mereka2 yg tidak sefahaman dgn kita, apalagi melakukan penzaliman dgn menafikan hak2 sivil ke atas mereka).

 

 

Matlamat Perjuangan:

Iaitu untuk menegakkan kalimah ALLAH, i.e. hukum yg lima – Wajib, Sunat, Harus, Makruh & Haram. Hukum2 ini hendaklah ditegakkan dalam semua aspek kehidupan sehari2. Hukum yg Harus hendaklah seboleh2nya kita jadikan ibadah, atau paling2 tidak, kekal dalam keharusan.

 

 

Metod & Uslub Perjuangan:

Bermaksud teknik dan cara untuk menjayakan sesuatu keputusan. Oleh kerana yg hendak diperjuangkan ialah Islam yg syumul @ kamil, maka sudah pasti metod yg dihadapi adalah banyak dan berbagai sifat. Tetapi yg pasti, hendaklah kita mengambil satu metod yg telah dicuba sebelum itu dan telah membuahkan kejayaan.

 

(Di sinilah perlunya keyakinan. Sebab bila kita yakin ‘teknik’ itu berjaya, kita tidak boleh lagi menempoh metod yg lain. Jika kita asyik merubah2 metod perjuangan, pastinya kita akan mengalami kegagalan dlm sudut itu, contohnya keluar utk berdakwah. Hari ini teknik bersemuka dgn org awam cara lain, esok cara lain pula!. Last2 org pun boleh lari!).

 

 

Alat2 Perjuangan:

Perjuangan memerlukan alat seperti kenderaan, tanah, rumah, telefon, kamera, dll utk menyampaikan berita/dakwah dgn lebih cepat & berkesan. Ini semua alat2 utk menegakkan perjuangan sesebuah jemaah.

 

(Tak boleh kita anggap semua ini bidaah atau keterlaluan!. Sebab benda2 ini tak wujud di zaman nabi. Lebih2 lagilah tomahan yg mengatakan org dakwah hidup glamour. Sedang senjata utk menekan sikap hidup glamour dah ada, diciptakan oleh ALLAH SWT, iaitu Zuhud!. Yakni benda2 mewah ni boleh kita milikki asalkan jangan letak di hati!. Letakkan di tangan, sebab senang nak buat kerja!. Atau bagi saja pada sesiapa yg memerlukan).

 

 

Kepimpinan Dalam Perjuangan:

Setiap anggota jemaah hendaklah yakin dgn pemimpin masing2. Daripada pemimpin yg di atas hinggalah pemimpin yg di bawah. Kalau ada kelemahan2 tertentu pd pemimpin tersebut, hendaklah dibawa2 bersabar. Sebab selagi dia menjawat sebagai pemimpin, dan pemimpin2 di bawah masih boleh terima, maka kenalah kita yakin dgn kepimpinan dia dan terima kepimpinannya itu. Barulah lahir perpaduan dlm jemaah. Kalau tidak, akan timbul huru-hara dlm jemaah.

 

 

Masa Depan Perjuangan:

Jemaah perjuangan yg berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, dan dilaksanakan dgn baik mengikut polisi, matlamat dan metod/uslub yg digariskan, sempurna pula pada syariat lahir dan syariat batin, tidak perlu gusar akan masa depan di akhirat. Pastinya dia mendapat keredhaan ALLAH dan janji ALLAH, yakni Surga!.

 

(Lainlah kalau berjuang berlandaskan Sistem Demokrasi Terbuka, seharusnya dia merasa gusar hati samada perjuangannya menepati syariat Islam, atau berakhir dgn mendapat kemarahan ALLAH di Akhirat!.

 

Tak peliklah, kalau dlm pilihanraya baru2 ini, kita lihat si anu2 tu, kalau dulu dia begitu komited dgn perjuangan parti yg disertainya, akhirnya bila dah sampai umur tua, dia rasa eloklah pada akhir hayatnya ini, dia mengundi Parti Islam yg diheboh2kan itu!. Harap2 dapatlah dia merasa Surga yg kekal abadi).

 

Jadi masa depan perjuangan itu mesti dipandang dgn kacamata yg cerah. Dgn pandangan yg optimis, yakin akan terjadi, yakin akan berlaku, paling tidak.. berlaku di Akhirat. i.e. beroleh keredhaan ALLAH!. Itulah kemuncak harapan dlm sesebuah perjuangan).

 

 

Pertolongan Dalam Perjuangan:

Perjuangan yg tepat, benar dan tidak melanggar apa2 yg dilarang oleh ALLAH, pasti akan mendapat pertolongan ALLAH SWT. FirmanNya, “ALLAH pembela orang2 yg bertaqwa”. FirmanNya lagi, “Barang siapa yg bertaqwa kpd ALLAH diberi jalan kelepasan. Sekira2nya diberi rezeki tidak tahu mana sumbernya”.

 

(So,.. apa yg pelik dgn org2 yg memperjuangkan kebenaran spt. Jemaah Al Arqam ini?. Banyak ayat2 yg menceritakan org2 yg memperjuangkan kebenaran, walaupun diuji tetapi dia dibantu. W/pun susah, dia diberi rahmat. W/pun dia berhadapan dgn kesusahan, tetapi diberi nikmat. W/pun susah tapi dibela. Yg pasti, kita hendaklah yakin dgn pembelaan dari ALLAH, lambat laun akan diperolehi juga. Dgn syarat, kita menjaga syariat lahir dan syariat batin dlm perjuangan menegakkan kebenaran.

 

Keyakinan yg kental akan beroleh pertolongan ALLAH inilah, yg teramat istimewa dimiliki oleh pejuang2 dlm Jemaah Darul Arqam. Sehingga timbul tomahan, ‘puak2 ni tak serik2 ke dgn tindakan Polis dan Pusat Islam Malaysia!’.

 

Tak macam dlm jemaah2 yg lain, apabila kerajaan @ musuh bertindak, hilang lenyap di persada perjuangan bersama dgn suara2 / slogan yg gempak gempita sedikit masa lalu).

 

 

Ujian Dalam Perjuangan:

Dalam perjuangan, dapat tidak mesti menempuh ujian. Kalau kita dah yakin di hadapan kita ada halangan besar (ISA, penjara, dll), apa yg nak dirunsingkan!.

 

(Yang runsingnya, bila kita buat kerja salah atau tidak miliki dokumen yg sah!. Dah la tuu.. kita mengandaikan perjuangan kita berjalan lancar tanpa halangan/sekatan. Tiba2 ditangkap org di pertengahan jalan, maka kitapun terpekik terlolong minta dikasihan. Minta simpati ramai supaya dilepaskan!. Keikhlasan telah lari dari tujuan sebenar berjuang, iaitu bukan kerana ALLAH, tetapi kerana sesuatu kepentingan.

 

Sebab itu dlm Al Arqam, matlamat menjadi perkara kedua. Perkara pertama ialah memastikan jalan perjuangan yg direntas itu ialah jalan kebenaran yg diluluskan oleh syariat, bukan melalui Sistem Demokrasi Terbuka, dsbnya. So, kalau ditangkap ALLAH, kita hanya mengadu kpd ALLAH!, bukan kpd manusia).

 

 

Perlu ada Keyakinan Tambahan Dlm Perjuangan

 

Di dalam perjuangan, ada saat dan ketika yg akal sendiri tidak dapat membaca tindakan pemimpin dlm merencanakan siasah politiknya. Sebab Islam itu sendiri tidak dapat dilogikkan dgn akal. Maka dapat tidak pengikut hendaklah menyerahkan hati dan diri mereka bulat2 kpd pemimpin/Tok gurunya utk menyelesaikannya, selagi ‘insiden’ tersebut tidak bercanggah dgn akidah & syariat Islam.

(Perkara ini akan saya huraikan di akhir kuliah ini nanti).

 

 

Demikianlah garis panduan sebuah jemaah perjuangan yg baik, yg memiliki platform yg lengkap, kemas dan jitu. Platform yg baik akan membuahkan keyakinan dalam perjuangan. Dan keyakinan yg kental bermaksud:-

 

* mempunyai semangat juang yg membara, yg tidak mudah luntur kerana ujian, ISA, dll.

* mempunyai jiwa besar utk berjuang di seluruh pelusok alam.

* mempunyai semangat berkorban yg tinggi.

* sanggup menerima ujian dlm perjuangan.

* istiqamah dlm perjuangan.

 

 

Itulah yg saudara2 dapati, org2 Al Arqam ini tidak pernah kecewa dlm perjuangan sekalipun dipenjara dan dituduh sesat!.

 

Itulah platform yg terbaik, yg saya tidak dapati pada mana2 jemaah perjuangan masa kini.

 

Jadi, bagaimana hati tidak merindui itu semua!. Bukankah kita sentiasa mengimpikan, mati syahid di medan jihad fisabilillah!.

 

Jika disoroti akan ciri2 kebenaran dalam platform perjuangan yg disebut di atas, jelas sekali tiada jemaah perjuangan yg menepati dgn lengkap ciri2 kebenarannya, iaitu dari segi ambilan dasar, polisi, matlamat dan metod perjuangan melainkan Jemaah Darul Arqam.

 

Perkara ini tidak sukar untuk diperhatikan, sebab terdapat kesepaduan atau ‘integrated link’ antara pemimpin, jemaah dan pengikut2 Al Arqam. Perkara ini hanya ada dlm jemaah ini, dan tidak dimiliki oleh jemaah yg lain.

 

Ilmunya begini..

 

[GO TOP]

 

 

D) Ciri2 Pemimpin, Pengikut & Jemaah Dlm AlArqam

 

Kedaulatan dan kekuatan umat Islam ada hubungan dengan pemimpinnya, dengan jemaahnya dan dengan kawan2 dalam jemaah atau kawan seperjuangan. Umat Islam tidak boleh mengikut sebarang pemimpin kecuali setelah mengkaji pemimpin itu. Umat Islam juga tidak boleh ikut sebarang jemaah kecuali setelah mengkaji jemaah itu.

 

Begitu juga umat Islam tidak boleh mencari kawan seperjuangan melainkan setelah mengkaji kawan2 itu.

 

Setelah mengkaji, barulah kita tetapkan pemimpin mana, jemaah mana dan kawan2 seperjuangan macamana yang kita hendak ikut. Tidak boleh kita seronok2 sahaja hendak ikut. Tengok pemimpin pandai bercakap, kita hendak ikut dia. Melihat ada jemaah yang besar, kita pun hendak ikut. Dalam Islam tidak boleh begitu. Kerana seperti yg disebutkan sebentar tadi, kekuatan umat Islam ditentukan oleh pemimpin, jemaah dan kawan2 seperjuangannya.

 

Untuk itu, kita hendaklah faham ciri2 pemimpin Islam yg dicari, ciri2 jemaah Islam yg hak dan ciri2 pengikut jemaah yg sebenar. Supaya apabila kita telah mengenal mereka semua, insya-Allah kita tidak akan tersalah haluan dan komited dlm perjuangan di setiap masa dan ketika.

 

Sebelum itu, mari kita lihat ciri2 ulama salafussoleh, iaitu 4 kategori ulama yg telah disebut di atas tadi. Antaranya ialah:-

 

* Menyambung perjuangan guru yakni perjuangan yg diwariskan oleh Rasulullah. Perjuangan menegak amar makruf nahi mungkar serta mempraktis ilmu syariat lahir dan ilmu rohani.

 

* Tidak makan gaji dgn pemerintah. Yakni tidak menjadikan ilmu sebagai sumber rezeki dgn menjual Akhirat utk dunia.

 

* Mereka berjuang sampai terkorban dan kadang2 sampai ke medan perang. Merekalah yg dikatakan org2 menjual dunia utk beli Akhirat.

 

* Sangat kuat menentang dan melawan musuh (penjajah). Penjajah takut dengannya tetapi rakyat, ramai yg suka dgn mereka. Pengikut mereka ramai. Pengaruh besar.

 

* Mereka jadi sasaran penentangan ulama resmi yg dengki dgn mereka. Akhirnya mereka ditekan oleh kerajaan. Sebab itu hidup mereka sering berpindah2 dan tersisih. Tetapi ramai yg sayang padanya. Sebaliknya musuh sangat membencinya.

 

* Hasil perjuangan mereka lahirlah jemaah Islamiah atau toifah yg disyaratkan oleh Rasulullah dgn sabdanya, ‘Akan sentiasa ada satu toifah di kalangan umatku yg dapat menzahirkan kebenaran, mereka tidak dapat dirosakkan oleh org2 yg menentangnya sehinggalah datang keputusan ALLAH SWT’.

 

 

Jika diperhatikan ciri2 di atas, semuanya bertepatan dgn Ust. Ashaari, dan apa yg berlaku kpd jemaahnya. Mereka semua telah diuji, dan mereka yg lulus sahaja akan memasuki ujian selanjutnya, sehinggalah mencapai 313 org!. Iaitu bilangan Tentera Imam Mahdi bergelar Asoib & Ikhwan!.

 

Jika mahu dilihat pada skop yg lebih kecil lagi, kita akan dapati sifat dan peribadi Ust. Ashaari sendiri adalah menepati ciri2 pemimpin kebenaran, iaitu:-

 

1) Ilmunya banyak. Ust. Ashaari telah menghasilkan 40 buah buku ilmiah ‘heavy reading’ dalam tempoh 25 tahun Al Arqam. Purata 2/3 buah buku setahun!. Itu belum masuk buku2 kecil, makalah2, cerpen, sajak, keset, dll. Semua buku2 itu dibuat/keluarkan bertahap2 mengikut pencapaian & kesesuaian fizikal & mental anak buahnya.

 

2) Ilmu itu bukan dia dapat dari orang atau kitab2, iaitu seperti ustaz atau cikgu. Pimimpin Islam yg sebenar, mempunyai ilmu yg tersendiri, yg tidak ada pada orang lain. Dia tidak kutip dari kata2 orang atau dari kitab. Dia tidak akan kata, “Polan itu kata begini…” atau “Mengikut kitab ini…” sebab pemimpin itu ada ilmunya tersendiri. Dia tidak bersandar dengan ulama2. Itulah ciri pemimpin Islam.

 

3) Pemimpin Islam sebenar itu, kedatangannya macam kedatangan Rasul. Orang yang sayang, sayang sangat sampai hilang pertimbangan. Begitu juga orang yg benci, benci sangat. Kalau pemimpin Islam tidak sangat disayang atau tidak sangat dibenci, itu bukan pemimpin Islam sebenar, sebab pemimpin Islam itu warisan bagi Rasul. Dia juga Rasul lil Rasul. Rasul dari seorang Rasul. Dia juga Rasul (utusan) ttp bukan Rasul dari Tuhan. Rasulullah dapat wahyu. Dia tidak dapat wahyu ttp diberi ilham, firasat & kasyaf!.

 

4) Peribadinya boleh dicontohi dan boleh jadi ikutan. Ibadahnya, akhlaknya, keberaniannya, strateginya, kegigihannya boleh jadi ikutan. Pengikut2nya tidak perlu tiru orang lain. Siapa pemimpin sebenar, pada dirinya ada contoh ikutan. Sebab seorang yg pemimpin sebenar, seperti Rasul2, ada banyak watak ada padanya. Kadang2 berwatak pemimpin yg boleh arah2kan pengikutnya. Kadang2 berwatak guru yg boleh beri ilmu. Kadang2 berwatak ayah, ertinya sangat bertanggungjawab. Kadang2 berwatak ibu, tempat mengadu, bermanja dan meluahkan perasaan. Adakala berwatak kawan yg setia. Sangat ambil berat tentang hal2 kawannya samada agamanya, ilmunya, kebajikannya, tempat tinggal dan lain2

 

 

Jelasnya, pemimpin kebenaran itu bukan sekadar guru, ulama atau ustaz. Tetapi sikap ustaz, sikap guru atau ulama ada pada pemimpin itu. Ertinya pemimpin kebenaran itu mesti mempunyai ciri2 lebih dari seorang ulama atau ustaz seperti yg digariskan di atas tadi.

 

Itulah watak seorang pemimpin yg membawa kebenaran. Oleh kerana wibawanya sangat terserlah, sebab itu yg sayang terlalu sayang dan yg benci terlalu benci.

 

Kemudian, mari kita lihat ciri2 pengikutnya pula. Ini boleh kita kesan kata2 Yahya bin Muaz, ‘Wali Allah itu haruman-haruman di bumi. Maka bila mencium akannya oleh anak muridnya, akan sampai ke hati. Lantas mereka merasa rindu pada Tuhan mereka’. (Dipetik dari kitab Imam Sya’rani, Peringatan Pada Yang Tertipu)

 

Antara ciri2 pengikutnya:-

 

1) Bangun malam. Menjadi abid2 di malam hari. Malam hari, dia mengadu dan menangis di hadapan Tuhan. Minta ampun dgn Tuhan. Berbisik2 dan meluahkan perasaannya dgn Tuhan.

 

(Note: Orang Perjuangan sahaja yg menangis dlm bermunajat kpd ALLAH SWT. Orang Dakwah, mereka tidak menangis, sekadar sedih saja sebab org terima atau tak terima tak rugi apa2pun!. Mrk sekadar menyampaikan!. Tetapi org perjuangan, mrk dinafikan punya sekolah sendiri, ekonomi sendiri, dll kerana dianggap SESAT!.

 

Dianggap sesat kerana dituduh ada kepentingan spt. ingin memiliki kuasa & jawatan (eg. mahukan Pusat Islam). Kalau tak ada keinginan ke arah itu, tidak dinamakan sesat!. Biarpun kawan tuu dah 25 tahun berjuang, tak pula dituduh sesat sebelum itu!. Alih2 bila hendakkan Pusat Islam, you’ll pun tak senang duduk sebab boleh menjejaskan periuk nas!.

 

Dah k/o tak buat kerja Islam, rakyat dok sesat barat gitu2 saja!. Kita ambilalihpun, kita gaji sendiri staff kita. Tak perlu ambil wang dari perbendahaaraan negara!).

 

 

2) Di siang hari, mereka macam singa2 yg aktif berjuang. Yang berekonomi, membangunkan pendidikan, berdakwah, aktif di bidang kebudayaan, pentadbiran, dan perhubungan. Mereka singa2 yg aktif mencari mangsanya.

 

(No komen. Mereka menyelam sambil minum air. Mrk menjual majalah, kaset, dll selain utk bantu ekonomi jemaah, ialah utk didik hati sendiri supaya tidak takut, tidak sombong, dsbnya.

 

Tapi k/o kata exploitasi tenaga budak2 utk senangkan hidup org lain @ jemaah!.

 

Cakap la apa2.. yg penting k/o ini zuhud (dunia tidak terletak di hati, tetapi ditangan supaya mudah buat kerja) dan mengamalkan sistem gaji ‘maasy’ (iaitu bayaran gaji ikut jumlah tanggungan. Kalau anak ramai, jumlah gajinya besar w/pun pekerjaannya peon saja!.

 

Ini you’ll tak boleh komen sebab ini peraturan jemaah k/o yg create sendiri dgn rela hati. Kalau tak rela k/o tak masuk jemaah la!.

 

Satu lagi.. mencetuskan jemaah dakwah & perjuangan ini adalah Fardhu Kifayah. Kamuorang tak perlu susah2 diri utk berjuang (kalau tak sanggup), just dudok kat rumah/kedai kopi & sembang2. Biar k/o yg berjuang & bermandikan darah & air mata. Kamuorang tak perlu kasihan bela!s. Just jangan dok anggok / ikut merosakkan misi org lain, sudahla!h.

 

Tapi kalau kamuorg faham kedudukan golongan Ansary dan  zaman Madinah dulu, di mana goln Ansary membantu kehidupan goln Muhajirin yg habis pokai krn berkorban harta, masa hatta nyawa zaman Mekah dulu.. pastinya kamuorang akan membantu pejuang2 Islam yg hak masakini yg juga hampir papa kedana krn turut berkorban gaji, kereta yg nak runtuh bila2 masa (krn digunakan utk berdakwah dsbnya), sedang kamuorang duduk enak2 atas kusyen baldu bersama anak isteri.. menunggu2 Daulah yg dijanjikan. Byk senang hati?.

 

 

 

3) Selain itu, antara satu sama lain, keakraban mereka bagaikan adik-beradik yg lahir dari satu ibu dan satu ayah. Tabiatnya seolah2 lahir dari ibu dan ayah yg satu. Kasih sayang, perasaan bersama dan bekerjasama, bertolong bantu, bela membela, padahal kenyataannya mereka bukan dari mak dan ayah yg sama. Etnik, bangsanyapun tidak sama. Tetapi  oleh kerana Tuhan beri kekuatan pada pemimpin itu, dia boleh jadikan pengikut2nya yg walaupun tidak ramai tetapi bagaikan satu ibu dan satu ayah.

 

(Itu perlunya satu Tuan Guru!. Tak boleh ramai2, nanti kapal perjuangan tak tentu hala tujuan kerana nakhoda ramai yg bagi perintah. Kot2 nanti tak nampak daratan yg dituju!).

 

 

Ciri2 jemaahnya pula:-

 

Rasulullah saw bersabda, “Jemaah itu rahmat, berpecah itu azab.” Bukan sahaja azab di akhirat bahkan di dunia lagi. Mengapa kita katakan jemaah itu membawa rahmat?

 

Rahmat kpd siapa?. Kepada jemaah atau kpd masyarakat umum, atau kedua2nya sekali?.

 

Mari kita lihat ciri2 Jemaah Dakwah & Perjuangan yg sebenar. Antaranya:-

 

1) Ada ‘kubu’ untuk pertahankan iman, samada berbentuk lahir @ maknawi.

 

(Bentok lahir spt. bina kampong dakwah sendiri supaya keluarga & anak 2 membesar dalam persekitaran yg terbela. Paling kurangpun, ada jemaah yg berfungsi sebagai ‘pelindung’ drpd serigala yg akan membaham mereka2 yg berada di luar jemaah!).

 

 

2) Ada ilmu

 

(Mempunyai semua aspek ilmu yg menyentuh semua lapangan hidup manusia. Ilmu itu pula diberikan secara berperingkat2/bertahap2 mengikut kesediaan/kemampuan pengikut. Dan terlebih penting, ianya berasal dari sumber yg satu, supaya setiap ahli berpadu dan mempunyai kefahaman & keselarasan tindakan yg sama).

 

 

3) Ada kawan2 yg taat setia, yg boleh bantu membantu dan bela membela.

 

(Maksudnya bergerak aktif dlm mesyarakat menerusi program2 kemasyarakatan, seperti mengadakan khidmat kesihatan masyarakat, bantuan bencana alam, dll. Ianya adalah sumbangan ikhlas atas kesedaran mencari keredhaan ALLAH. Selain itu, adalah menjadi Sunnah untuk mencari sahabat/kawan di luar yg boleh membantu perjuangan agar lebih kuat dan berwibawa. Segala2nya memerlukan sumber kewangan yg berterusan yg dapat tidak perlu dicari/diusahakan).

 

 

4) Ada keperluan dalam jemaah. Paling tidak keperluan asas.

 

(Keperluan dalam jemaah disesuaikan dgn strategi perjuangan ekonomi secara berperingkat2. Bermula dengan Sistem Ekonomi Fardhu Kifayah, yg rugi atau tidak rugi, kena buat jugak!. Kemudian beransur2 ke Sistem Ekonomi Komersial, yg kalau nak untung pun, kat sini lah!. Kemudian yg terakhir Sistem Ekonomi Strategi, utk tujuan menakut2kan musuh supaya jangan meremeh2kan org Islam).

 

 

 

Ciri2 di atas sepatutnya ada dimiliki oleh setiap jemaah perjuangan. Ringkasnya, persediaan lahir dan maknawi hendaklah menyeluruh dlm aspek kehidupan ataupun ‘complete set’!.

 

Sebab itu Rasulullah saw kata, adanya jemaah itu rahmat dari Tuhan. Kalau ikut  jemaah tetapi apabila hendak cari ilmu, kena cari di luar jemaah, apabila hendak bantuan, terpaksa minta bantuan di luar, maka jemaah itu bukan rahmat lagi.

 

Selain itu Rasulullah saw kata, jemaah Islam yg sebenar menzahirkan kebenaran. Bukan perkatakan kebenaran. Bercakap tentang kebenaran, siapa pun boleh buat. Bercakap tentang Al Quran dan hadis, merata2 orang boleh cakap. Yahudi dan Kristian pun boleh cakap. Lebih2 lagi mubaligh yg bercakap macam peluru. Tetapi Rasulullah saw kata jemaah itu menzahirkan kebenaran dalam jemaahnya. Begitu juga kalau dia cakap tentang pentadbiran, perpaduan, ilmu atau dakwah, semuanya ada dalam jemaahnya. “Zohirina alal haq.”

 

Ramai orang bercakap tentang kebenaran tetapi realitinya tidak berlaku. Amalannya tidak berlaku. Sekadar bercakap dan berslogan. Sekadar berseronok. Dalam jemaahnya tidak wujud. Bila hendakkan sesuatu, terpaksa cari di luar. Itu bukan jemaah kebenaran.

 

Selain itu jemaah kebenaran itu sentiasa diuji. Buatlah apa sahaja, jemaah tidak akan hancur. Sekadar menapis ahli. Walaupun jemaah Islam itu diuji tetapi tidak sampai ia hancur. Kalau sampai boleh dihancurkan, itu bukan jemaah kebenaran. Kalau kita dapat jemaah, kita dapat pemimpin, dapat guru, dapat ibu, dapat ayah, dapat ilmu, dapat kawan, dapat ekonomi dan lain2, ITULAH YG DIMAKSUDKAN JEMAAH ITU RAHMAT.

 

Kalau kita faham hal ini, kalau kita sudah berada dalam suasana itu, insya-Allah kita akan selamat. Untuk baiki diri, untuk cari kebenaran, inilah panduan2nya. Samada pemimpinnya, pengikutnya atau jemaahnya. Bila kita sudah tahu dan sudah dapat, kita berada di dalamnya. Bukanlah kita sudah automatik jadi baik. Cuma kita hendak baiki diri. Ibarat kita masuk sekolah. Bukanlah bila sudah masuk sekolah itu ertinya kita sudah pandai. Bila sudah mengaji lama, sedikit demi sedikit kita akan ubah diri kita.

 

Begitulah juga dgn jemaah, pemimpin dan pengikutnya yg sudah tepat. Masuk jemaah itu bukan bererti kita sudah baik. Kita dapat iman, dapat ilmu secara perlahan2 dan bertahap2. Jangka panjang kita selesai.

 

 

Demikianlah ulasan saya tentang jemaah, pengikut dan ulama yg hak. Dan itu semua menepati dengan apa yg berlaku dengan Darul Arqam, Jemaah Dakwah & Perjuangan.

 

Saya sedar ada satu perkara yg saya tak dapat ulas dalam makalah ini, oleh sebab kedaifan ilmu, iaitu soal Azura dlm kes yakazah. Dah tentu pembaca2 tertanya2 akan kejadian tersebut. Seeloknya bertanya kpd muslimah yg hampir dgnnya.

 

Sebenarnya tidak ramai org Arqam mengetahui akan persoalan yakazah ini. Sekitar 98% saja.

 

Saya juga nak rujuk persoalan yg menarik ini kpd Abuya atau mereka2 yg kenal rapat dgn Azura, dan mendapat cerita yg sebenar. Tetapi buat ketika ini, saya berpegang kpd nasihat Abuya kpd ahli2 Al Arqam (semenjak dahulu lagi), iaitu seperti katanya dalam buku INILAH PANDANGANKU (terbitan tahun 1988), berkisah dari Nabi Musa a.s. yg kena reject oleh Nabi Khidir kerana banyak tindakan2nya yg dianggap salah spt. membunuh seorang budak yg jelas tidak berdosa.

 

Antara kata2 Abuya, ‘Sepatutnya, hakikat ini (Kasyaf & perangkap2nya (termasuklah Yakazah) menjadi pengajaran yg sangat bernilai kpd gerakan2 Islam terutamanya yg bergerak atas dasar perjuangan kerohanian.

Tidak dapat tidak mesti ada hubungan yg kuat antara pemimpin dan pengikut dalam soal menilai, memahami dan bertindak dalam soal2 kerohanian ini.

 

Pemimpin tetap pemimpin, walau di sudut mana sekalipun. Jangkauan penilaian dan pemerhatian seorang pemimpin lebih luas sehingga membolehkan ia membuat penyesuaian antara pandangan kerohanian, kestabilan jiwa dan fizikal pengikut2nya dan juga keadaan masyarakat sekeliling, iaitu gelanggang perjuangannya.

 

Di sudut apa pun, kekasyafan Nabi Khidir yg kecil, dibandingkan dgn kepimpinan Nabi Musa sebagai seorang Rasul itu mestilah menjadi pegangan (panduan). Jangan sampai ada pandangan-pandangan kerohanian menjejaskan perjalanan sesebuah jemaah dan menjejaskan ketaatan pengikut kpd pemimpin2nya. Jika ini berlaku, ertinya sudah ada individu2 yg tertipu dgn pandangan kerohaniannya dan tidak bijak menimbang antara apa yg dinilai dgn apa yg sedang dinilai oleh pucuk pimpinan. Tentulah penilaian pucuk pimpinan lebih tepat dan universal daripada penilian pengikut yg terbatas’.

 

Itulah sekadar yg termampu saya lakukan saat ini, tanpa ikut memprotes sebagaimana ramai ahli2 Al Arqam yg lain.

 

Yang ada pada diri saya ialah Keyakinan Tambahan. Dengan itu saja, saya dapat memujuk diri saya untuk kekal dalam jemaah perjuangan ini. Dan Keyakinan Tambahan ini perlu dalam setiap perjuangan. Tanpanya pasti anak murid akan kecundang, kerana tidak dapat membaca pemikiran & tindak tanduk Mursyidnya sendiri.

 

Sepertilah kisah Syaidina Omar Al Khattab r.a. yg tidak bersetuju dgn cara Nabi SAW berlembut & lebih mengalah dlm Perjanjian Hudaibiyah dgn puak2 dari Musyrikin Mekah, dgn katanya, ‘Ya Muhammad! Betulkah kamu ini Rasulullah?’

 

‘Ya Betul!. Aku Muhammad SAW, Pesuruh dan Kekasih ALLAH SWT!’

 

[GO TOP]

 

 

PENUTUP:

 

Semua perkara2 yg wujud di atas hanya berlaku pada AL ARQAM, Jemaah Dakwah & Perjuangan. Ianya tidak berlaku Jemaah ABIM, TABLIGH, lebih2 lagi yg melangangni perjuangan Sistem Demokrasi Terbuka spt. UMNO, PAS, dll.

 

Perjuangan Al Arqam mengikut syariat Islam lahir dan batin, dan lebih istimewa perjuangan mereka berhikmah, berstrategi dan meniti hadis!. Bukan tindakan sembrono!. Tetapi mendirikan jemaah, perkampungan, aktiviti2 sosial & ekonomi harian, dan kawasan dunia sebelah mana yg harus diberi perhatian utk kebangkitan Islam kali ke2 ini.

 

Sekian, walahu a’lam.

 

Abuya Jr.001

 

(Sumbangan oleh Ust. Ashaari, Sdr. Akasyah dan tambahan oleh penulis)

 

(Maaf lah kalau kuliah ini tidak tersusun dgn baik!. Sebab banyak perkara nak dicakap, tidak tahu mana yg hendak dimulakan dulu dan kemudian).