KALAU KITA TIDAK BERTAQWA
Semua orang menganggap
bahkan yakin bahawa dunia ini dan manusia ini tidak akan selarnat kalau duit
tidak cukup, atau ilmu tidak tinggi, atau jawatan tidak ada dan tidak tinggi
atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai. Tegasnya kalau tidak tiru apa
yang Barat buat, tidak jadi rnacam Barat, kita tidak akan selarnat. Maka
berlumba-lumbalah kita mengejar Barat. Seluruh jentera kemodenan dan
pembangunan dikerahkan ke arah tujuan tadi. Semua menjadi yakin kalau kita
jadi Barat, akan bahagialah hidup, akan senanglah hidup. Hingga hari ini, sedikit sebanyak kita sudah membangun seperti yang
kita kehendaki. Negara kita sudah agak cantik, berkat meniru pembangunan
Yahudi dan Nasrani. Ekonomi pun seakan-akan sudah pulih, walaupun belum ada seorang umat
Islam yang dapat membangunkan supermarket di seluruh shopping centre di
negara kita. Walaupun masih banyak gerai-gerai Melayu di tepi-tepi jalan
menempah sejarah pendek umur. Walaupun ikan-ikan tangkapan Melayu banyak yang
masih menjadi sumber kekayaan kapitalis yang terus menerus menghisap darah
para nelayan. Dari segi ilmu pun, boleh dibanggakan memandangkan para lulusan
unversiti yang kian bertambah dan orang yang berdegree bertambah ramai. Namun ilmu-ilmuan tadi
tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi
bebanan pula kepada negara. Mereka tetap tidak berdikari untuk membina
pembangunan dan perindustrian sendiri yang bebas dati rnakan gaji. Di samping itu akhlak
lulusan tinggi tetap tidak jauh beza dengan akhlak yang ada pada lulusan
rendah. Mungkin juga sama, bahkan ada yang 1ebih teruk lagi. Soalnya, hingga
di tahap ini, adakah kita sudah mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh
aman dan damai?. Memandangkan pada penyakit
masyarakat yang bertimpa-timpa dan kian kronik, dengan masalah tidak
habis-habis, tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia.
Memang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluarga yang merasainya,
tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh mencorak masyarakat. Secara umum
penguasa-penguasa atau orang-orang yang ada kuasa tidak bahagia oleh penyakit
gila kuasa. Orang kaya tidak bahagia kerana penyakit gila dunia. Orang miskin
tidak bahagia kerana sering rindu pada harta. Ulama-uIama tidak bahagia kerana
anak derhaka. Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. Pemudi-pemudi
tidak bahagia kerana diganggu dan takut jadi andartu. Pemuda hilang bahagia
kerana susah hendak kahwin. Dan macam-macam lagi penyakit yang sedang meragut
kebahagian hidup dalam masyarakat kita. Dalam keadaan ini apakah
peranan pembangunan, kemodenan, ekonomi, jawatan dan iImu tinggi tadi?.
Mampukah ia menyelesaikan masalah ini?. Lihat di Barat!. Kemodenan
hidup menghantar manusia ke kancah kehidupan yang bergelora. Sebagai contoh,
cukup saya katakan bahawa ramai sudah orang Barat yang hidup berdua dengan
anjing atau bertemankan kucing atau itik atau ayam. Kebahagiaan dengan sesama
manusia sudah tiada. Apa erti dengan segala pembangunan tadi?. Kebahagiaan sebenarnya
bukan terletak pada mata, tangan, kaki atau benda-benda lahiriah. Rasa
bahagia itu tempatnya di hati manusia. Kalau hati senang, dalam miskin pun
boleh rasa bahagia. Sebaliknya, kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi
manapun, kaya raya macam manapun dan sebesar manapun pangkat tetap tidak
bahagia hidupnya. ltu bukti yang cukup jelas
yang memang jadi pengalaman semua orang. Kerana itu, untuk mencapai
kebahagiaan hidup untuk individu mahupun unuk masyarakat, apa yang mesti
diutamakan ialah mendidik individu-individu manusia dengan Iman dan Takwa.
Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan dan kemodenan. Iman dan Takwa bo1eh
membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinan. Iman dan Takwa boleh
membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur kalau dapat menderma.
Iman dan Takwa boleh membuatkan penguasa rendah hati dengan rakyatnya serta
terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat. Iman dan Takwa membuatkan
anak-anak terhibur untuk taat ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat
pada suami, pengikut terhibur mentaati pemimpin, anak murid terhibur dan
hormat dan kasih pada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di
rumah dan pemuda jadi sungguh bertanggungjawab. Bila manusia sudah berada
dalam keadaan itu, barulah duit banyak membawa bahagia. Barulah pangkat
tinggi berguna dan segala kemodenan dan pembangunan akan jadi sumber
keselesaan hidup yang bermakna. Hari ini semua itu belum
berlaku. Kerana hanya memikirkan negara maju, maka yang terus maju ialah
negara bukan orangnya. Masyarakat manusianya dibiarkan bermain dengan nafsu,
tidak dihiasi dengan iman dan takwa. Maka nafsulah yang menjadi raja dan jadi
Tuhan. Nafsulah yang mengatur kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru-hara. Di sini disenaraikan nafsu
jahat yang bersarang dan menjadi Tuhan dalam diri manusia itu:- 1.
Bila takwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai nafsu-nafsu berikut:- a. Sombong atau ego b. Ujub dan riak c. Hasad dengki d. Susah untuk
menenma kebenaran dari orang lain e. Ingin berlawan
terutama sesama ulama f. Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang nnggit. g. Pemarah h. Ingin dihormati
(gila puji) i. Kalau mampu, akan hidup bermewah-mewah. Kalau hati tidak bertakwa,
maka mustahil kita temui mufti-mufti, tuan-tuan kadi, ustaz-ustaz, tuan-tuan
imam yang merendah diri, yang merasai diri kurang, menyayangi orang lain
sebagaimana mengasihi diri sendiri, bersedia untuk ditegur walaupun oleh
kanak-kanak, tidak suka menunjuk-nunjuk pandai dan kehebatan, menggunakan
ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di akhirat, mudah melupa dan
memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati dan dipuji kerana yang
layak dipuji hanyalah Allah dan berkeadaan zuhud serta warak. Bila tidak ada ulama yang
begini, maka umat seolah-olah ketiadaan lampu. Tinggallah dalam gelap gelita.
Tidak tahu halal haram, tidak kenal Al-Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan
Alam Akhirat, tidak pandai membezakan akhlak baik dan akhlak buruk, tidak
faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, juga yang baik dan tidak baik.
Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang ke barat dan kadang ke timur,
terlanggar ke sana terlanggar ke sini, terjunam ke lembah-lembah, tersungkur
di jalan dan macam-macam kacau bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada
langsung yang selamat. Maka jadilah apa yang
sedang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertakwa dan tidak ikut Islam
sepenuhnya. Kadang-kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam Hindu,
Buddha, macam Hippies dan macam-macam lagi. Budaya dan tamadun Islam tidak
ada dan tidak dapat dibangun dan diperjuangkan. Yang ada ialah budaya campur
aduk dan kacau bilau. 2. Bila
pemimpin tidak bertakwa. Akibat ulama tidak dapat
bertaqwa maka mereka tidak dapat mendidik pemimpin atau penguasa agar jadi
pemimpin yang bertakwa. Bila pemimpin tidak bertakwa, maka hatinya akan
dikerumuni oleh nafsu-nafsu jahat. Antaranya, ego, sombong, takbur, riak,
ujub, menzalim (diskriminasi), pilih kasih, gila kuasa, tidak adil, berburuk
sangka, berhasad dengki terutama sesama pemimpin, menggunakan kuasa dan
kedudukan untuk kepentingan dunia semata-mata, menghukum sesuka hati, takut
dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah-mewah. Kalau penguasa tidak
bertakwa sukar sekali untuk mencari seorang menteri atau wakil rakyat atau
presiden yang suka merendah diri dan merasa dirinya setaraf dengan orang
lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil
dan lemah lembut, berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimpin,
menggunakan kuasa untuk kepentingan Islam dan kehidupan di akhirat,
berhati-hati ketika menghukum, suka memaafkan dan hidup ala kadar, iaitu
sekadar keperluan. Bila hati pemimpin dan sikapnya sudah rosak, kotor dan jahat sekali, maka tentu pimpinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama, sama ada mereka sedar atau tidak, rnahu atau tidak rnahu. Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana mempertahankan kuasa. Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab takut dihukum atau dikata nista oleh rakyat. Berlaku zalim, kejam, bermewah-mewah, berpoya-poya dengan maksiat mungkar. Kalau ada pun pemimpin
yang baik, yakni tidaklah buat semua itu, tapi kalau bukan atas dasar takwa,
nescaya dia akan mencari kepentingan diri dan tidak tahan diuji. Dan ini akan
membawa kepada 1001 masalah kepada dirinya dan kepada rakyatnya. Sebagai contoh, lihatlah
di Malaysia hari ini. Pemimpin yang tidak bertakwa telah menjadikan rakyat
Malaysia berpecah-belah, bergaduh dan bersengit hati sesama sendiri. Bahkan
di kalangan mereka pun sarna, berdendam berdengki. Apa alasan dan
penyelesaian pada semua itu?. Sebab ekonomi kurang?. Sebab kebodohan rakyat?.
Sebab kemajuan tidak seberapa?. Sebab ilmu tidak ada?. Sebenarnya semua itu
disebabkan manusia-manusia tidak bertakwa. Yang mana kalaulah rnasyarakat
kita bertakwa, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang kesulitan dari
masalah. Dan menjadikan negara kita negara yang aman, makmur dan mendapat
keampunan Allah s.w.t. 3. Kalau
orang kaya tidak bertakwa. Maka jadilah hatinya penuh
dengan sombong, ego, suka membazir, riak yakni suka menunjuk-nunjuk, menyalahgunakan
harta seperti untuk mengumpan perempuan cantik, rasuah, suka berlumba-lumba
terutama dengan sesama kaya, dalam pada itu masing-masing saling
kata-mengata. Lihatlah hari ini mereka berbangga dengan rumah besar dengan perabut kemas lagi mewah. Mereka bercuti ke sana bercuti ke sini. Beli barang bukan di Malaysia tetapi import dari London. Duit orang kaya lebih banyak daripada duit negara. Walhal mereka tahu bahawa masyarakat mereka miskin. Tabung perjuangan Islam sentiasa kosong malah terhutang-hutang, negara tidak cukup duit untuk membiayai rakyat disebabkan orang kayanya berhati kejam dan sangat membazir. Dalam keadaan ini sampai
bilapun manusia tetap akan berada di dalam keadaan tidak puas hati.
Kecualilah, orang-orang kaya sanggup jadi bank akhirat, yang memberi pinjaman
tanpa riba dan tidak minta dibayar di dunia. Sebab mereka faham kekayaan
adalah pinjaman Allah, sekaligus sebagai ujian untuk melihat siapa yang sedar
diri tentang asal usulnya. 4. Orang miskin
kalau tidak bertakwa. Maka tidaklah selamat
hatinya dari sifat-sifat yang buruk seperti tidak sabar dengan kemiskinan
hingga sanggup mencuri, menyamun, menipu dan membunuh. Mereka sangat hasad
dengki dan sakit hati dengan orang yang berada, keinginan untuk kaya sangat
tebal hingga bila tidak kaya-kaya juga, mereka jadi putus asa dengan Allah. Hal-hal yang demikian itu
menyebabkan berbagai jenayah berlaku dalam masyarakat, Rompak, samun, seluk
saku dan lain-lain bentuk kecurian telah menjadi pekerjaan tetap sehinggalah
bagi setengah mereka telah mendatangkan pendapatan yang lumayan. Hingga
kerana itu, ramai manusia dalam ketakutan kalau-kalau rumahnya dimasuki
pencuri. Pada hal tidak sepatutnya
perkara-perkara ini berlaku dalam masyarakat umat Islam. Kerana orang mukmin
yang bertakwa, kalau dia miskin dia redha dengan takdir. Dia tidak terseksa
dengan kemiskinan di dunia demi mengharapkan kekayaan yang Allah janjikan di
akhirat. 5. Kaum ibu
atau wanita kalau tidak bertakwa. Maka kerja mereka ialah mengumpat,
bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang lelaki, gila dunia yakni gilakan
perabut, hiasan, gelang, pakaian, hingga lupa pada Allah. Dan lupa akhirat.
Seorang isteri yang tidak bertakwa tidak akan dapat melayan dan mentaati
suami dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka sifat merendah diri pada
suami dan sifat memandang mulia pada suami. Mereka bebas untuk keluar masuk
rumah dan menyusun program sendiri, tanpa memikirkan sangat apa kata suami. Bila kaum ibu berada dalam
keadaan begini maka rumahtangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih sayang,
di mana suami terasa berada dalam sebuah mahligai yang penuh kebahagiaan di
samping anak-anak yang terdidik dengan kasih sayang dan akhlak yang mulia dan
ilmu yang berguna. Oleh .kerana semua manusia
ini inginkan kasih sayang dan kebahagiaan maka jika rumah tidak dapat
menyediakan itu, tentu mereka cari di luar. Lalu jadilah apa yang telah dan
sedang terjadi. Yakni disko, kelab malam dan tempat manusia mencari kasih dan
kebahagiaan secara keji itu sering penuh, bahkan merupakan satu perniagaan
yang sangat menguntungkan. Ada yang menagih kasih dan
bahagia dari dadah, dari arak dan dari segala hiburan yang kotor. Mereka
menyangka itu semualah kebahagiaan hidup, tidak ada yang lain lagi. Walaupun
mereka sedar bahawa melakukan semua itu bererti kehinaan dan kebinasaan
hidup. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Dunia ini ialah perhiasan. Dan
perhiasan yang paling cantik ialah wanita solehah”. Semua orang tertarik pada
perhiasan. Apa lagi kalau alat perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat
cantik. Jadi, kalau dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah, maka ahli-ahli
rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah. Rumah adalah hiburan
dan ketenangan hati mereka. 6. Kalau
pemuda atau pemudi tidak bertakwa. Maka jadilah mereka
manusia yang suka berpoya-poya, bercinta-cintaan dan berlagak ke hulu ke
hilir dan rasa ingin menunjuk-nunjukkan diri. Bahkan menjadi kutu jalan.
Kalau ada kesempatan mereka akan mengorat tanpa malu bahkan sudah jadi
permainan yang lumrah. Rasa iri hati, cemburu dan hasad dengki sesama sendiri
bersarang penuh dalam hati mereka. Dan ini semua dapat kita
saksikan dalam lakonan hidup mereka. Mereka sering berangan-angan, khayal dan
lalai dari tugas-tugas yang sepatutnya. Kes-kes zina di kalangan muda-mudi
yang turut melibatkan pelajar-pelajar sekolah sudah menjadi perkara biasa
dan seakan-akan mahu dibiarkan berterusan oleh kita. Mana ada satu sekolah yang
muda-mudinya sedang memperjuangkan agama, bangsa, negara dan tamadun umat
supaya kita jadi gagah dan mulia di mata dunia?. Tidak ada!. Sebagai gantinya mereka
itu sedang membina budaya lucah, gila harta, gila wanita, gila pangkat dan
saling berebutan hingga membuatkan jentera penggerak pembangunan tamadun dan
nilai kita jadi lemah dan lembab sekali. Mereka tidak kerja kalau bukan makan
gaji. Masa kosong dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek pertanian,
perindustrian dan lain-lain yang sungguh penting untuk kekuatan umat. Berapa kerat muda-mudi
Islam yang dapat tunaikan sepenuhnya tuntutan solat lima kali sehari itu?.
Maka sebanyak itu sajalah dari mereka yang boleh diletakkan harapan.
Selebihnya adalah pengganggu, pengacau dan penghalang perjuangan kebenaran. Muda-mudi yang bertakwa
ialah orang-orang yang serius terhadap tanggungjawab pada agama, bangsa dan
negara. Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat untuk tugas
khalifah Allah di dunia. Mereka sanggup tinggalkan budaya liar berpoya-poya
dan berlagak serta bergaya tidak menentu. Begitulah jauh bezanya
antara umat yang bertakwa dan tidak bertakwa. Kalaulah kita dapat capai maqam
ini, insya-Allah akan jadilah kita bangsa dan negara yang aman makmur,
seperti yang kita laungkan dan idam-idamkan. Sebagaimana yang difirmankan
Allah, “Negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah”. (As Saba: 15) |