Berikut ialah jawapan kepada tuduhan-tuduhan terhadap Rufaqa’ yg dikeluarkan secara bersiri oleh Rufaqadaily.com

Jawapan2 ini akan dikeluarkan dlm bentuk buku sedikit masa lagi, tapi isi kandungan telah diperolehi oleh penulis dgn sebab2 tertentu.

Penulis dgn ini menghidangkan utk pembaca, supaya akhirnya menjadi hakim yg bijak, agar jangan jatuh ke lubang untuk kedua kali.

Sekian, selamat membaca.

(Utk makluman, penulis tidak dapat membiarkan petikan dari buku ini tersiar lama dalam website ini. Sebab.. maklumlah nak cari makan. Nanti tak ada org nak beli pula buku tersebut apabila diterbitkan nanti).

 

 

 

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (1)

18/06/2006

Sebuah buku terbaru hasil kajian dan penulisan Puan Meriam Hj Shafiee yang bertajuk Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari, Mereka Terhina akan diterbitkan tidak lama lagi dan para peminat dan pembaca Rufaqadaily diberi keistimewaan untuk membaca isi kandungannya sebelum ia diterbitkan. Kami akan updatekan setiap hari sebagai santapan harian sehingga selesai isi kandungan seluruh buku tersebut sekaligus menjawab persoalan-persoalan dan isu yang ditimbulkan di dalam internet dan juga dalam Buletin Utama TV3 yang disiarkan baru-baru ini.

 

Ajaran Sesat Muncul Kembali

(Khamis, June 15, 2006 - Buletin Utama TV3)

Isu Ajaran Yang Dikhuatiri Memesongkan, Heboh Kembali.

Semuanya Gara Gara Kemunculan Cakera Padat Rakaman Satu Ceramah Agama Di Selangor.

Isi Ceramah Diragui. Yang Dipersoalkan - Benarkah Seseorang Boleh Melambatkan Kematian?


Setelah Meneliti Kandungan Rakaman Ceramah Berkenaan, Datuk Ibrahim Azmi Hasan Berkata - Jelas Ceramah Boleh Memesong Akidah Umat Islam.

 

Apa Yang Disebut Oleh Penceramah Yang Saya Lihat Ianya Taksub Pada Seseorang. Cara Taksub Kepada Seseorang Tu Bukan Tak Boleh Tapi Tak Boleh Sehingga Sampai Meruntuhkan Akidah...

 

Maka Sekiranya Ada Pendapat-Pendapat Seseorang Yang Mengatakan Dia Boleh Misalnya Berhubung Terus Ataupun Direct Daripada Malaikat Jibrail Ataupun Daripada Tuhan Sendiri Kepada Mereka, Maka Pendapat Itu Adalah Sebenarnya Tidak Benar Dan Amat Salah......

 

 
TAJUK BUKU:

TUN MAHATHIR TANGKAP HJ ASHAARI, MEREKA TERHINA

 

Prakata

Isu jemaah Darul Arqam adalah isu internasional. Sesuatu yang berkait dengannya akan dapat reaksi dan ulasan yang seluas-luasnya. Walaupun sudah tiada, tapi Arqam masih diminati dan diperkatakan.

Sementelahan ada pejuang-pejuang yang terus memperjuangkan isu ini dengan maksud pengaruhnya biar betul-betul berkubur. Lalu terus hiduplah namanya dan kekal diperkatakan.

Allah SWT seperti mahu jelaskan pada manusia tentang mengapa Arqam ini pernah ada, pernah tiada, tapi macam ada semula. Kejadian-kejadian yang ditakdirkan berlaku memaksa orang bercakap lagi tentangnya.

 

Buku ini terpaksa diterbitkan adalah untuk menjelaskan hakikat sebenar apa yang berlaku kepada Arqam kerana sehingga hari ini orang masih tertanya-tanya tentang jemaah Al Arqam. Selagi penjelasan tidak dibuat, masyarakat tidak puas hati. Lantaran itu, penghinaan demi penghinaan yang dibuat kepada Arqam dilabelkan lagi kepada Rufaqa. Dan apa yang dikesalkan, ia dibuat oleh bekas-bekas ahli Arqam yang kini sudah jadi penentang.

 

Walhal, negara Islam Hadhari ini sangat menerima kerjasama Rufaqa. Mengapakah hal yang pelik ini terjadi?. Penjelasan-penjelasan terpaksa dibuat untuk membuatkan masyarakat faham cerita yang sebenarnya. Dengan itu diharapkan Allah akan selesaikan pertarungan perjuangan ini dengan membuktikan yang benar itu benar dan yang batil itu adalah batil.

 

Dulu sebelum Arqam diharamkan dan pemimpinnya ditangkap, semua ahli Arqam bersembahyang khas minta Allah tunjukkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Maka Allah pun bertindak. Dihancurkan-Nya Arqam.

 

Sepuluh tahun kerajaan berkrisis dengan Arqam. Tapi hari ini, Abuya dibebaskan dan keberadaannya diterima kerajaan. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad pun dah boleh terima Abuya Ashaari Muhammad.

Tapi rupanya setelah bebas, Rufaqa terpaksa hadapi sebahagian daripada golongan bekas Arqam sendiri yang tak boleh lagi menerima Abuya. Mereka terus menyerang dan menyusahkan Abuya. Sakitnya hati mereka dengan kewujudan Rufaqa. Sepatutnya Rufaqa jangan ada! Aneh! Musuh terakhir Abuya Ashaari Muhammad ialah bekas anak-anak murid atau bekas orang kanannya dulu.

Rufaqa kenalah bela diri. Lebih-lebih lagi bilamana setiap usahasama Rufaqa dengan akhbar, TV atau kerajaan, mereka akan cuba halang dan menghasut penganjur untuk menghentikannya.

Inilah penjelasan sebagai satu usaha mendapat keadilan, agar masyarakat dapat mendengar dari kedua-dua pihak.

Sekian.

 

 

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (2)

19/06/2006

 

MUQADDIMAH

Jemaah Darul Arqam telah diasaskan oleh Abuya Ustaz Haji Ashaari Muhammad pada tahun 1968. Jemaah itu dilihat sebagai jemaah dakwah dan pengajian bagi mereka yang cenderung ke arah membaiki diri. Namun pemimpinnya mempunyai pandangan yang lebih jauh dan lebih tinggi.

Abuya Ashaari Muhammad yakin, dengan mengusahakan diri agar bertaqwa kepada Allah, umat Islam akan kuat. Dengan taqwa, umat Islam akan berwibawa dan boleh berdaulat ke peringkat negara, antarabangsa dan dunia. Sistem taqwa adalah jalan perjuangan umat Islam yang dijamin Allah boleh mengembalikan kekuatan umat Islam. Sedangkan Allah tidak jamin sistem ideologi yang diamalkan di seluruh dunia itu boleh mengembalikan empayar umat Islam.


Memang nampaknya kaedah pendekatan yang diambil terbukti boleh membuatkan jemaah Arqam begitu berkembang, kaya sehingga menggerunkanlah pengaruhnya. Ada pihak yang sudah mula takut. Kalaulah dibiarkan Arqam terus membesar, silap-silap orang akan tawar hati dengan sistem demokrasi di Malaysia dan Arqam menjadi alternatifnya.


Begitulah yang berlaku dalam jemaah Darul Arqam. Sistem taqwa yang dilaksanakan oleh Abuya Ashaari Muhammad dalam jemaahnya telah membuahkan hasil. Orang ramai melihat Arqam begitu indah dan cantik. Maka berdatanganlah manusia melibatkan diri di dalamnya. Bukan saja untuk membaiki diri, tapi yang ramainya ialah untuk mencari ketenangan hidup, rezeki yang halal, kawan yang ramai dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga, ada yang datang dengan tujuan jawatan, perempuan dan kemewahan.


Dalam keadaan meriahnya jemaah dengan ramainya pengikut, Abuya Ashaari Muhammad selalu beri kuliah tentangnya adanya golongan escapisme dalam jemaah. Hal ini lebih-lebih lagi ditekankan oleh Abuya terutama waktu dekat-dekat jemaah nak diharamkan. Ini menunjukkan beliau amat sedar ramainya golongan yang tidak ikhlas itu sedang membanjiri dan menguasai jemaah.

 
Abuya Ashaari Muhammad tetap bersabar mendidik dengan harapan mereka direzekikan hidayah untuk mampu tukar niat asal kepada tujuan mencari taqwa. Ada yang berhasil, namun ada yang tidak. Susah jadinya perjalanan jemaah yang di dalamnya ada orang-orang yang mempunyai haluan yang tidak sama dengan pemimpin. Sementelahan Abuya Ashaari Muhammad hanya memimpin dari luar negara waktu itu.
Mereka ini pula diberi jawatan penting dalam jemaah oleh Abuya Ashaari Muhammad dengan tujuan untuk mendidik mereka. Moga-moga dengan jawatan itu mereka akan cukup bertanggungjawab serta dapatlah mereka membaiki diri dengan lebih mudah. Sekurang-kurangnya mereka akan malu dengan anak buah.


Namun mereka itu tidak semudah yang disangkakan. Mereka seperti orang-orang yang memang merancang untuk merosakkan jemaah dari dalam. Gelagat mereka dapat dibaca oleh ramai ahli Arqam. Hingga ada di antara mereka yang merasa bimbang lalu menyampaikannya kepada Abuya Ashaari Muhammad.


“Apa pendapat ustaz, polan-polan itu nampaknya tidak ikut disiplin perjuangan dan tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan.”


Dengan tenang Abuya Ashaari Muhammad waktu itu menjawab, “Tahulah Allah menyelesaikannya nanti.”


Sungguh mengejutkan sekali, rupanya hari itu tiba jua akhirnya. Di mana orang-orang yang dimaksudkan sudah tidak bersama Abuya Ashaari Muhammad sekarang. Sedangkan ramai pengikut yang masih dapat bertahan. Abuya Ashaari Muhammad tidak keseorangan seperti yang mereka katakan. Merekalah yang keseorangan.


Namun lebih-lebih lagi mengejutkan bila Abuya Ashaari Muhammad sendiri mengeluarkan buku Nasihat Buat Kawan-Kawan Lamaku Dalam Arqam, khusus ditujukan untuk mereka itu. Tentu sekali mereka tak setuju buku itu dikeluarkan kerana ia cukup memalukan bila tembelang-tembelang mereka dibuka oleh tok guru mereka sendiri. Mungkin mereka pun tak sangka Abuya akan berbuat begitu.

 
Tapi rupanya Abuya Ashaari Muhammad seorang yang boleh selembut-lembutnya dan seorang yang boleh sekeras-kerasnya. Terhadap muridnya dia begitu kasih dan sayangnya. Tetapi terhadap orang yang dianggap musuh, dia cukup berani dan bijak dalam memeranginya. Pukulannya cukup dahsyat. Dan memang pun padanlah dengan siapa yang dipukulnya itu!
Sepatutnya kalaulah mereka itu sedar diri, bila tok guru sudah bertindak, mereka patut takut, insaf dan mula berfikir untuk bertaubat. Tapi sayang, mereka terus melawan. Mereka tak tahu penangan Abuya Ashaari Muhammad. Sedangkan musuh-musuh yang lebih besar pun kalah. Inikan pula hanya kudis buta.


Setelah keluar buku Nasihat Buat Kawan-Kawan Lamaku Dalam Arqam, nampaknya mereka jadi tambah galak. Bukan main lagi mereka melawan. Nak tunjuk kuat. Cakap-cakap mereka pun kurang ajar. Sedangkan mereka tentu lebih tahu siapa diri mereka sebenarnya.


Maka dengan kuasa Allah, ada dua orang hamba Allah yang merasa marah sangat dengan perbuatan mereka itu. Ini kerana Abuya Ashaari Muhammad itu guru mereka. Lalu mereka mengambil inisiatif untuk menyelidik siapakah bekas murid Abuya yang begitu jahat perilakunya itu. Biadabnya mereka dengan seorang yang sangat mulia lagi amat berjasa.
Kaji punya kaji, terjumpalah rahsia mereka. Gempar sekali jadinya bila semua rahsia itu didedahkan dalam buku bertajuk ‘Mengapa Sebahagian Pemimpin Arqam Menentang Haji Ashaari’. Penulis buku tersebut ialah Dr Mohd Noor Mohd Basir dan Alifi Alias. Buku itu diterbitkan oleh Syarikat Perniagaan Mata Angin (00161855-V).


Kali ini kalau mereka nak marah atau nak mengamuk pun tak patut. Jangan disalahkan orang yang ingin membela gurunya daripada dihina orang. Masya-Allah, Tuhan yang Maha Adil telah melakukan keadilan-Nya. Kenalah buku dengan ruas. Mereka buat zalim sangat pada Abuya Ashaari Muhammad. Sedangkan kerajaan pun dah bebaskan Abuya. Mereka pula yang lebih-lebih menghentam. Maka tibalah giliran mereka pula yang kena hentam. Hentaman yang cukup memalukan!


Mulanya saya susah nak percaya sebahagian cerita yang saya baca dalam buku itu. Rasanya tidak mungkin sama sekali. Masakan orang yang berserban dan berdakwah boleh buat skandal itu semua. Mungkinkah ia hanya fitnah, fikir saya. Tapi bila saya temui sendiri beberapa orang yang saya kira tahu cerita sebenarnya, memang sungguh mengejutkan. Gemparlah jadinya bila dapati cerita itu semuanya benar.


Perempuan-perempuan yang terlibat muncul mengakuinya. Bahkan mereka sanggup jadi saksi di mahkamah kalau mereka diperlukan. Mereka simpati dengan Abuya Ashaari Muhammad kerana dizalimi oleh geng Pahrol Md Joui.

Pada saya, oh dahsyatnya Halim Abbas, Pahrol Md Joui, Hashim Ahmad, Sobri, Zabidi, Salahuddin dan lain-lainnya. Mereka adalah syaitan berbulu nafsu, bertanduk lembu, mengembek kambing dan menipu Allah dan Rasul.


Lalu akhirnya tahulah Allah menipu mereka. Bukan setakat dimalukan. Jangan-jangan selepas ini kena makan pasir atau menyangkul sendiri untuk makan sepertimana yang pernah mereka katakan kepada Abuya Ashaari Muhammad. Kini jelaslah sudah, mengapa mereka itu dibiarkan Allah dengan dosa-dosa menentang guru dan perjuangan kebenaran. Rupa-rupanya ada dosa yang sangat besar yang disorokkan. Untuk menutupnya, dituding-tudinglah kepada Abuya Ashaari Muhammad. Tapi kini Allah telah tuding mereka!

 

 

 

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (3)

20/06/2006

 

Pengenalan

Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mengikut sama menyaksikan peristiwa pengharaman Jemaah Arqam oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994, lebih kurang dua belas tahun yang lalu.

Menurut kata Ketua Polis Negara Malaysia waktu itu, Tan Sri Rahim Noor, peristiwa paling besar tahun itu ialah berjayanya kerajaan menangani kes Al Arqam itulah. Memang pada waktu itu semua orang terkejut melihat demikian mudahnya kes Arqam di tutup oleh kerajaan. Maka ada pemerhati berkata, “Kalau pun dia boleh hidup balik, paling kurang lima tahun dari sekarang, itu pun bukan oleh Ashaari lagi tapi oleh salah seorang anaknya.”

 

Namun keadaan jadi cukup gempar bilamana dua tahun berikutnya orang-orang Arqam ditangkap sekali lagi. Maka dengan segala susah payahnya kerajaan telah mengambillah langkah-langkah untuk pastikan Arqam betul-betul berkubur.

 

Pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menangani kes ini (SB) kelihatan begitu bersungguh-sungguh merayu agar orang-orang Arqam beri kerjasama demi menyelesaikan masalah antara dua tokoh iaitu Mahathir Mohamad dan Ashaari Muhammad.

 

“Selesaikanlah Ya Allah masalah ini dengan seadil-adilnya.” Begitulah hati-hati merintih waktu itu. Untuk selesaikan kes itu, lamanya masa yang diambil adalah 10 tahun. Kes yang cukup unik yang julung-julung kali berlaku di Malaysia dimana ISA dan Arqam akhirnya berkawan baik dan sama-sama membangunkan syarikat perniagaan Melayu di tempat buangan daerah Bandar Country Homes (BCH) yang bersejarah.

 

Sepuluh tahun masa yang diambil adalah untuk melengkapkan skrip kerjasama itu demi membuktikan bahawa atas nama Tuhan tiada yang mustahil untuk berlaku. Rufaqa akhirnya membesar bersama ISA. Sesuatu yang dihancurkan, hanya seperti musim luruh yang menggugurkan seluruh daun-daun untuk ditumbuhkan semula daun-daun baru. Sedangkan batangnya terus berdiri teguh. Bunga-bunga pun keluar bila tiba musimnya. Ertinya sistem ekonomi Islam bermodalkan taqwa, kembali hidup di Malaysia.

 

Daun-daun yang gugur mulanya dilihat menggelupur begitu liar ditiup taufan ISA. Namun sesudahnya, oleh sang pencipta skrip diputuskan bahawa rupa-rupanya mereka dilonggokkan di bumi untuk reput, hina menjadi baja untuk mengukuhkan lagi sistem pokok.

 

Ya, penentang-penentang yang mati-matian berjuang untuk memastikan Arqam berkubur rupanya ialah satu proses untuk mempopulerkan terus nama yang sepatutnya sudah dilupakan. Kegiatan mereka benar-benar membantu memanjangkan hayat populariti Arqam sehingga tak sempat dilupakan orang terus. Hanya untuk itu saja! Walhal ISA dan Arqam terus berkawan bekerjasama dan membangunkan sesuatu yang akal manapun tak mampu menduganya.

 

Kes Arqam telah mencatatkan rekod tersendiri di Malaysia, kerana ending yang diduga berlaku pada fikirannya itu meleset sama sekali. Diduga akan tumpaslah Ashaari Muhammad bilamana bertarung dengan tokoh besar Mahathir Mohammad. Justru, sebaliknya berlaku bahawa mereka akhirnya dapat berbaik-baik untuk sama membangunkan bangsa dan negara seperti yang diperintahkan agama. Hinggakan hal ini telah memaksa para pemerhati untuk memutuskan bahawa rupa-rupanya kekuatan Ashaari bukan bersifat akal, ada kekuatan di balik tabir maddiyah ini yang berjalan di atas sistem roh yang jauh lebih baik dari akal yang selalu melepaskan beliau dari perangkap-perangkap akal yang dibuat ke atasnya.

 

Sungguh tidak terfikirlah oleh Zabidi dan Pahrol M Juoi di hari mereka memutuskan untuk menentang Abuya Ashaari Muhammad bahawa tok guru mereka itu akan menang. Sama sekali tidak! Walaupun sebelumnya Abuya Ashaari Muhammad boleh menguasai musuh-musuhnya, namun fikir mereka kali ini tidak mungkin, mustahil! Kerana kuasa yang menentangnya adalah Mahathir Mohammad dan kerajaan. Mereka Cuma menumpang sahaja.

 

Kalau dah bergaduh dengan kerajaan, nak makan apa? Begitulah akal mengambil keputusannya. Sepuluh tahun jadi pendek sahaja, menyaksikan filem realiti yang jadi cukup suspen bilamana makin ke hujungnya.

 

Kata Dr. Aziz Hashim yang ikut terlibat dalam program menghancurkan Arqam “ingatkan Arqam yang hancur, rupanya kami yang hancur. Ingatkan Abuya Ashaari Muhammad yang jatuh, rupanya betul Anwar dan Mahathir yang jatuh.” Dan berkatalah juga tentunya Zabidi, Pahrol M Juoi dan rakan-rakannya “ingatkan Ashaari yang terhina, rupanya kami yang kena bungkus.”

 

Ya, Abuya Ashaari Muhammad rupanya telah marah sangat kepada pembelot-pembelot perjuangan, lalu Allah izinkan apa yang didoakan demi keinsafan anak muridnya mereka akhirnya terhina sungguh, yang dikira tiada siapa lagi selepas ini yang berani untuk menghina Abuya Ashaari Muhammad ini.

 

Yang cukup menghairankan juga perihal kes Arqam ini adalah terjadi di dalam ISA sehingga akhirnya ahli-ahlinya yang merupakan orang-orang penting boleh terpecah dua. Ada yang jadi benci sangat sampai tak boleh mengawal diri, lalu menentang Abuya Ashaari Muhammad semahu-mahunya. Ada yang bertambah yakin, tambah sayang hingga sanggup ambil apa sahaja risiko pun untuk membela Abuya Ashaari Muhammad.

 

Inilah watak kebenaran sebenarnya. Allah buatkan dinding pemisah (maknawi) yang dengannya terpisah sungguh antara yang hak dengan yang batil. Yang hak akan berkorban habis-habisan untuk menghidupkan sistem Tuhan. Yang batil pula akan bekerja keras untuk menentang sehingga tahulah orang bahawa mereka munafik rupanya. Cakap Islam tapi menentang Islam. Berpura-pura tidak boleh dilakukan lagi, melainkan terpaksa menjadi realiti.

 

Ya Tuhan terima kasih kerana sudi mengulangi keajaiban yang luar biasa ini di zaman kami. Rasa bertuah sungguh kerana direzekikan untuk dapat menyaksikannya. Sistem roh kembali ke dunia setelah disimpan lama oleh Mu. Sejak kejatuhan umat Islam ke tangan “salib” 700 tahun yang silam.

 

 

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (4)

21/06/2006

Bab 2: Penjelasan Buat Orang Nombor Dua

 

Surat Terbuka Kepada Penentang Kebenaran.

Kepada Abdul Halim Abbas

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada keluarga Abdul Halim Abbas kerana surat ini terpaksa ditulis hanya untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa perpecahan serius antara beberapa orang bekas pemimpin bawahan Al Arqam dengan pemimpin nombor satu Abuya Ashaari Muhammad.
Dijauhi Tuhan hendaknya surat ini bertujuan permusuhan. Sekadar penjelasan semata-mata.

 

Saudara Abdul Halim Abbas,

Mulanya kita sama-sama berjuang atas nama Darul Arqam. Setelah perjuangan berjaya besar, kerajaan bertindak.  Biasalah tu! Kemuncaknya perjuangan kita memaksa anda bertindak melarikan diri ke Indonesia. Padahal Abuya Ashaari Muhammad tidak tahu menahu dan tidak restui. Anda engkar. Ertinya anda telah menolak kepimpinan Abuya Ashaari Muhammad serta telah menyalahi kerajaan kerana lari dari tangkapan.

 

Masya Allah, jemaah Abuya Ashaari Muhammad kembali membesar selepas sepuluh tahun ISA. Pemerhati berkata kalau beginilah perjuangannya pasti Abuya Ashaari Muhammad ada masa depan.

 

Anda pulang ke Malaysia setelah pertukaran Perdana Menteri. Tapi tidak untuk bersama jemaah Abuya Ashaari Muhammad lagi. Kecenderungan anda ialah untuk mempunyai perjuangan sendiri dengan cita-cita yang besar tentunya.

 

Mahu tidak mahu anda memilih untuk bersaing dengan jemaah Rufaqa terutama ketika di tanya orang apa bezanya ajaran anda dengan ajaran Abuya Ashaari Muhammad. Memang pernah ada permintaan anda untuk bertemu Abuya Ashaari Muhammad tapi malang, Abuya sudah tidak percayakan anda lagi. Abuya Ashaari Muhammad yakin anda tidak akan boleh taat.

 

Lalu berjuanglah kita di landasan yang tidak sama maka tidak sama jugalah kefahaman kita dalam beberapa hal. Izinkan saya memberi penjelasan tentang beberapa salah faham anda tentang Abuya Ashaari Muhammad:-

 

1. Rufaqa mengarut dan sesat kerana mendakwa dapat wahyu

Penjelasan:
Ilmu Allah kalau diturunkan kepada Nabi atau Rasul disebut wahyu tapi kalau diajarkan kepada orang yang bukan Nabi atau Rasul disebuit ilham.  Penghasilan perjuangan Abuya Ashaari Muhammad memungkinkan para pemerhati beranggapan beliau orang yang diberi ilham oleh Allah. Sebab hanya Allah yang tahu bagaimana menghidupkan jemaah yang sudah hancur oleh ISA. Istilah ilham disebut juga wahyu bagi orang-orang yang tahu bahawa istilah yang sama tidak mesti maknanya sama bila digunakan kepada keadaan yang berbeza.

 

Cinta anak-anak, cinta isteri merupakan istilah yang sama tapi pengertian yang berbeza. Allah bercakap dengan manusia bercakap tidaklah sama pengertiannya. Walaupun istilahnya sama.

 

Rasul dapat wahyu. Abuya Ashaari Muhammad dapat wahyu. Tidaklah salah bagi orang yang tahu bahawa wahyu yang dikatakan kepada Abuya Ashaari Muhammad  ialah ilham. Sebab dia bukan Rasul atau Nabi.

 


2. Hj Halim mencintai Islam lebih dari yang lain.

Penjelasan:
Kata-kata Hj Halim cinta Islam tidak menggambarkan yang dia benar-benar mengamalkan Islam lebih-lebih lagi belum menjamin yang dia seorang yang bertaqwa kepada Allah. Seorang yang mengaku cintakan isteri di bibirnya jangan-jangan untuk menipu isterinya. Begitu juga seorang ayah cakap sayangkan anaknya untuk kepentingan barangkali. Bukan mesti sayang itu bermakna tanggungjawab.

 

Hj Halim kalau benar-benar cintakan Islam tentulah disayangi gurunya. Tapi kalau guru buang demi jemaah dengan cara memalukan sekali, permintaan untuk berjumpa pun tidak dilayan sedangkan dia masih mengaku Abuya Ashaari Muhammad gurunya. Apa ertinya itu ? apa pendapat anda tentang seorang anak yang mengaku cinta kebenaran tapi ibu bapanya halau dari rumah ?

 

Kalau setakat boleh bercakap Islam dan berceramah tentang kebenaran yahudi pun boleh buat! Biasalah seorang yang lepas bersyarah Islam kemudian tengking, herdik anak isteri. Tentu Allah tak suka orang berpura-pura atau munafik denganNya.

 


3. SB kata Hj Halim pembohong. SB kata Abuya pembohong.

Penjelasan:
Bohong Hj Halim dengan bohong Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi tak sama. Yang satu bohong yang haram. Yang satu bohong yang wajib. Allah terima yang satu dan menolak yang satu lagi. Pernah Sahabat berhelah atau berbohong di medan perang itu bijaksana dan dapat pahala. Tapi kalau bohong untuk cari makan haram hukumnya.


4. Saya tak nampak Al-Quran dan As Sunnah di tegakkan dalam kepimpinan Rufaqa.

Penjelasan:
Bukan semua orang boleh melihat semua hal. Lebih-lebih lagi ramainya orang tak boleh melihat kebenaran para Rasul-Rasul, para Mujaddid. Namun ukurannya kebenaran tetaplah kebenaran, manakala kebatilan tetaplah batil. Kalau yang benar itu makin diikut, makin dekat kepada taqwa. Manakala syaitan kalau diikut makin jauhlah seseorang dari cara hidup Islam yang diajarkan Allah dan rasul (Al Quran dan As Sunnah).


5. Malunya mengaku Tun Ghafar nak bagi jawatan.

Penjelasan:
Rasulullah SAW pernah membuatkan para sahabat malu melalui menandatangani perjanjian Hudaibiyah. Namun sejarah membuktikan bahawa Rasulullah SAW benar. Kerana setahun sesudah itu berlaku futuh Mekah.


6. Kami sorokan kelemahan Us. Ashaari selama ini kerana kami hormat.

Penjelasan:
Double standard. Kenapa hormat seorang yang penuh kelemahan? Jangan-jangan sorok kepentingan dan kepura-puraan. Tak sepatutnya anda masuk jemaah Abuya Ashaari Muhammad yang banyak kelemahan itu.


7. Ummu Jah nak rampas kedai Salehuddin di Perlis, kena halau. Muka tak malu.

Penjelasan:
Solehuddin itu suami kepada anak saudara Ummu Jah. Mereka makan duit haram kerana mengambil kedai jemaah. Kemudian memusuhi Abuya dan jemaah. Ummu Jah nak selamatkan keluarganya dari api neraka. Jadi dia usahakan supaya Solehuddin dan isteri bayar hutang jemaah. Sekarang jemaah buat tuntutan menggunakan peguam. Moga-moga Allah selesaikan didunia dan tidaklah lagi terhukum diakhirat.


8. Kata Rufaqa ada tujuh ratus rangkaian, tapi hutang ayam Selayang ratusan ribu tak bayar. Makan duit hutang ke Rufaqa. Biar papa asal nampak hebat.

Penjelasan:
Memang Rufaqa menanggung hutang-hutang yang dibuat oleh Arqam jemaah kita dulu.. tapi sekarang, perniagaan ayam di Selayang berjalan semula. Hutang dapat dibayar setiap bulan RM 5,000.00. hutang semasa tiada. Baki hutang masih RM 200,000.00 dengan persetujuan pihak pemuitang.


9. Kalau Us. Ashaari pemimpin yang dipimpin Allah, kenapa dia lantik Jundullah itu, penjual VCD lucah?

Penjelasan:
Allah bukan sahaja lantik penjual VCD lucah. Dia lantik juga penipu, perompak, kaki perempuan, pemain seks gila, orang gila kuasa, pemarah, perungus dan lain-lain mazmumah. Dalam satu tempoh dengan tujuan mendidik dan memberi peluang. Tapi bila Allah sudah tutup peluang, tahulah Allah buatkan Abuya hukum mereka sepadan dengan kejahatan.

 

10. Kesihan Sahibul Rufaqa, menipu anak buah. Tapi sekarang sudah tidak dipedulikan orang. dia pemimpin zalim, berselindung dengan agama.

Penjelasan:
Orang kafir Quraisy pernah berkata kepada Rasulullah SAW kesian Muhammad kerana gila kuasa, gila wanita dan gila harta, sanggup memecah belahkan kaum, main sihir dan sesat.


11. Kalau Us. Ashaari itu pemimpin, dia tak akan tulis buku fitnah orang. tiada wali yang fitnah orang. Sahibul Rufaqa sahaja yang suka fitnah orang. Konon Sahibulzaman tak malu. Patutlah Allah kunci mulut. Mana ada pemimpin bisu?

Penjelasan  
Sewaktu perintah perang itu Allah keluarkan sebagai menyahut undangan perang pelakuan musuh, orang-orang munafik berkata, “ tak patut Allah dan rasul buat kami macam tu” Ketahuilah Allah anjurkan Rasulullah SAW pergi ke medan perang. Rasulullah pernah patah gigi dan pecah lutut. Nabi-nabi lain tak lah bisu. Tapi ada yang kena masuk perut ikan nun, ada yang di lastik kedalam api. Ada yang terjun laut. Ada yang terpaksa harung banjir besar. Ada yang dipenjara. Mujadid-mujadid semuanya disesatkan kaumnya dan Imam Syafie buasirnya sampai kena duduk dalam besen menakung darah.


12. Hingga membenarkan fitnah yang dahsyat yang dilemparkan kepada Us. Halim yang dosanya hukuman bunuh.

Penjelasan:
Hj. Halim bukan kena fitnah sebenarnya. Tapi dia buat fitnah. Tuan guru sayang padanya, sanggup bagi nasihat yang terus terang begitu rupa dengan harapan dia insaf. Orang-orang yang kenal Hj Halim, merasakan itulah ubat yang tepat untuk merawat dia. Dia pendakwah dan pernah jadi orang nombor dua dalam jemaah Arqam dulu. Tapi cara dia berfikir sangat rosak. Islam yang Hj Halim amalkan dan praktikkan sudah bercampur baur dengan politik dan militan. Kalau dibiarkan bahayanya besar. Mengapa dia boleh lari dari ISA ke Indonesia? Menukar kerakyatan dan mencerai-ceraikan isteri di Malaysia untuk boleh kahwin lagi di Indonesia? Kemudian bila dia dah jadi rakyat Malaysia semula, dia ceraikan pula isterinya di Indonesia? Ajaran apa yang Hj. Halim bawa ini? kalau Abuya Ashaari Muhammad dibunuh hanya kerana menasihat anak muridnya yang sudah begitu kurang ajar perangainya, boleh ke orang terima? Sanggup ke ambil resiko? Kita hidup bukan dizaman batu, kenapa bercakap begitu melulu dan sempit?

 
13. Abuya suruh baiah untuk siapa? Bodoh kamu. Untuk anak binilah. Kamu dapat minda? Sampai Al Quran tak payah baca. Mana ada dalam sunnah orang baca sajak lepas solat, Rasul ajar suruh Umat baca doa. Itu kata ikut sunnah?

Penjelasan:
Kalau adalah orang boleh kaya raya dengan meminta-minta, rasanya ramai orang tidak perlu berkerja apa-apa. Cukup dengan hanya meminta-minta. Meminta Abuya dengan meminta-mintanya Hj Halim sangat jauh bezanya. Seorang meminta untuk Allah dan rasul, seorang lagi meminta untuk hidup. Allah datangkan rasul dan para mujadid diantara tujuannya adalah untuk melatih manusia melakukan infak ke jalan Allah.

Sahabat-sahabat berkorban habis-habisan. Saiyidina Abu Bakar memerangi orang yang tidak membayar zakat. Wang-wang pengorbanan Umat Islam adalah untuk pembangunan Islam itu sendiri. Sedangkan para rasul dan mujadid rezeki mereka dijamin Allah. Abuya Ashaari Muhammad manalah senang anak bininya, rumah sewa, kereta jemaah, harta tak ada. Yang ada kekayaan jemaah. Keluarganya menumpang jemaah. Kalau dia kelihatan lebih murah rezekinya, pakaian dan lain-lain, biasalah tok guru mudah dapat hadiah.

 

Cuba anda berfikir begini:

Orang menganggap Abuya Ashaari Muhammad makan harta jemaah. Lalu Allah hancurkan jemaah Darul Arqam. Masing-masing bawa haluan masing-masing. Abuya Ashaari Muhammad tinggal seorang diri bersama keluarga.

Masa vacuum tanpa jemaah, Allah buatkan Abuya Ashaari Muhammad hidup senang juga. Tapi para-para penentang sampai sekarang hidup susah. Nak cari makan kena jual ilmu Abuya. Ketika polis-polis bertanya mana Ustaz dapat duit? Dari Tuhan jawab Abuya Ashaari Muhammad. Macamana Tuhan bagi? Abuya Ashaari Muhammad menjawab dengan membaiki diri, sembahyang malam, sedekah, berkasih sayang, taubat dari dosa dan berdoa atau sembahyang hajat. Maka bila cukup syarat, Tuhan tahulah nak datangkan rezeki dari sumbernya. Besar keperluan, besarlah yang datang.

 

Sesiapa yang kata dia pejuang Islam, tapi tidak yakin Allahlah yang menanggung hidupnya, ertinya bersyirik khafi dengan Allah. Allahlah yang Maha Kaya dan Allahlah yang memiskin dan mengkayakan. Maka Allahlah sumber tunggal yang menentukan rezeki seseorang. Takutilah Allah dalam urusan rezeki, bahawa orang-orang yang full time dengannya pasti Dia tanggung. Menyatakan Abuya hidup senang di atas kesusahan anak buah adalah oleh orang-orang yang sangat jahil dan jahat. Sebenarnya Abuyalah yang mengorbankan kekayaan untuk dikongsikan dengan anak buah. Semua projek-projek Rufaqa adalah bermodalkan Abuya. Kemudian Abuya bagi free kepada mereka untuk hidup dan perjuangan. Mana ada tok guru yang begitu besar pengaruhnya macam Abuya, tak ada harta, tak ada rumah peribadi, tak ada kereta sendiri dan anak isteri ditanggung oleh jemaah?

 

Ketika Abuya ditangkap, digeledah segala-segala kepunyaannya, SB terkejut bahawa Abuya tak punya apa-apa? Kredit kad pun orang bagi. Hingga terpantul keluar dari mulutnya, patutlah Mahathir takut. Sekarang pun demikianlah hidup Abuya. Kaya tapi miskin, miskin tapi kaya. Satu gaya hidup yang Allah izinkan berlaku kepada orang-orang yang takutkan hari hisab.

Bukti bahawa Abuya tidak mengambil kesenangan dari anak buah. Tapi kesenangannyalah yang dikongsikan dengan anak buah ialah:

Masa Arqam anak-anak buah selalu keluar negeri, tapi mengapa tanpa Abuya tak keluar negeri lagi, dulu ada driver, kereta mewah, sebenarnya berjuang sendiri mana ada itu semua. Pemimpin Rufaqa kalau dapatlah balik Passport Antarabangsa mereka, Insya Allah jarang ada di Malaysia. Cawangan Rufaqa di luar negara banyak.

Mana cawangan perjuangan Hj Halim? Kalaulah habis harta anak buah untuk kayakan keluarga dan Abuya, mana datang kekayaan membuka cawangan-cawangan sebanyak itu? Mana boleh anak-anak buah keluar negeri? Mana boleh mempunyai syarikat sebesar Rufaqa Corp. Sdn Bhd?

Kekayaan Abuya ialah ilmunya banyak. Pengikut-pengikut jatuh cinta pada pemikirannya dan amalannya, perjuangannya dan akhlaknya. Ilmu-ilmu beliau ialah huraian-huraian Al Quran yang membuatkan anak buah boleh faham dan hayati agama.

Gaya hidupnya dan perjuangannya adalah sunnah. Jadi baca sajak Abuya ialah baca Quran, sunnah, doa dan taubat, takut Tuhan, cinta Tuhan dan lain-lain kaedah untuk bertaqwa kepada Allah.

Kalaulah semua itu sesat, takkan begitu ramai anak buah boleh taat. Orang boleh nilai lah sesuatu perbuatan itu kebenaran atau batil. Yang tidak pandai menilai ialah orang yang sudah ditutup mata hati kerana dosa besar dan lari dari medan perang diwaktu perang sedang berlangsung.

 

Sebenarnya Hj Halim balik dari Indonesia terkejut lihat Rufaqa sudah membesar, baru nak ikut balik. Merayu-rayu nak jumpa Abuya masa di Labuan. Tapi Abuya tak layan dan dah tak percaya! Mudah-mudahan dia insaf.

Tapi nampaknya bukan makin insaf, makin jahat dalam menghadapi Abuya! Abuya keluarkan buku Nasihat, tapi dia kata fitnah. Begitulah dari dulu hingga sekarang dia tidak mampu memahami Abuya yang dikatakan gurunya. Apalah dosa Hj. Halim dulu di Chieng Mai dia bersyarah dan orang menangis kerana katanya,

“bila guru marah, sebenarnya Tuhanlah yang marah!”

 
Ilmu Hj. Halim nampaknya tidak bermanafaat untuk dirinya. Amalan-amalan yang dia buat sudah jadi istidraj. Jadi sihir, terus menerus menghanyutkan dirinya  jauh dari siratul mustaqim.

 

Moga-moga penjelasan ini direzekikan kefahaman oleh Allah kepada siapa yang jujur terhadap kebenaran. Janganlah Umat bertambah keliru. Ya Allah! Putuskanlah siapa yang benar! Walhal Abuya itu sesungguhnya orang-Mu ya Allah! Bukti-bukti sudah cukup jelas. Serlahkanlah yang benar itu benar, yang batil itu batil. 

 

 

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (5)


22/06/2006

 

Petikan buku" Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari Mereka Terhina" yang akan terbit tidak lama lagi. Penulis Puan Mariam Hj Shafiee

***************************************************

 

Bab 3: ABUYA ASHAARI MUHAMMAD SAKIT

Tidak lama selepas bebas dari ISA, Abuya jatuh sakit teruk.Allah pula ISAkan beliau. Tak bolehlah Abuya aktif lagi nampaknya. Bergembiralah musuh Abuya Ashaari Muhammad kerana sakitnya beliau satu hujah besar untuk mereka menganggap Abuya memang sesat dan dikutuk Tuhan dengan sakit kuat.

 

Bekas-bekas Arqam yang menentang berkata Abuya kena mubahalah dan lenyaplah keyakinan mereka kepada Abuya Ashaari Muhammad sama sekali. Walaupun semua anak buah Arqam sudah kembali pada Abuya Ashaari Muhammad tapi tidak dengan mereka.

Soalannya mengapa pengikut Abuya Ashaari Muhammad makin ramai?. Mengapa mereka tidak jadi macam kumpulan penentang?. Apa yang mereka fikirkan  hingga mereka boleh ikut Abuya semula?.

Sebenarnya Allah memisahkan yang hak dan yang batil. Allah membuat tutupan sehingga yang batil jangan mencampuri urusan-urusan kebenaran. Sakit Abuya dilihatkan kepada orang di belakang tutupan sebagai penghalang untuk mereka kembali. Walhal kepada orang-orang yang benar Allah fahamkan begini:-
 
1. Sakitnya orang Tuhan bukan kutukan tapi kasih sayang. Allah bercinta dengannya melalui itulah. Buktinya,

i) Bila Allah merindui Nabi Ibrahim, Allah tarik kepada-NYA dengan lastik ke api. Sakitnya Nabi Ibrahim bila Allah buatkan bapanya sendiri yang lastik dirinya. Bergelak ketawalah Namrud dan orang-orangnya. Menangislah pengikut Nabi Ibrahim kerana menyangka kebenaran berakhir disitu.Di dalam api, hinanya kejadian itu, selama 40 hari. Demikian cinta dan rindu Allah.
 
ii) Nabi Musa AS lagi dahsyat!. Dihari-hari disangka menang dia kena terjun laut. Gambarkan Nabi dikejar orang dan kena terjun laut. Pemerhati tentu hairan kenapa Tuhan azab orang-Nya begitu sekali?.

 

iii) Nabi Muhammad SAWdua puluh tujuh kali pergi ke medan perang. Berperang-peranganlah dalam keadaan sungguh ngerinya. Berlompatan, berlarian, bertetakan, dikepung, diserang dengan pedang. Aduh, mengapa kekasih dibuat seteruk itu?. Demikianlah kekasih-kekasih mampu menerima cinta Agung dari Tuhan.

 

iv) Nabi Yunus AS empat puluh hari dalam perut ikan. Kalau anda disuruh pilih, samada ditelan ikan Nun atau sakit teruk dikatil, mana satu anda pilih?. Nampaknya Allah memilih kedua-duanya untuk orang-orang-Nya.

v) Nabi Noh AS dilambung gelombang besar yang membunuh. Sakitnya bila anak dan isteri menolak seruan. Menunggu air surut matilah yang difikirkannya. Sakitnya untuk mendapat cinta Tuhan.


Benarlah kata-kata Rasulullullah SAW
“Orang yang paling kuat iman, paling kuatlah ujian Tuhan padanya.”

 

2. Abuya Ashaari Muhammad dalam sakitnya, lepas dari tuduhan akan hidupkan Arqam semula. Bagaimana orang sakit boleh buat kerja seberat itu.

 

3.  Allah telah takdirkan, tanpa Abuya buat apa-apa, jemaahnya dan pengaruhnya makin membesar. Orang-orang yang datang ziarahnya, bukan sahaja di dalam negeri bahkan dari luar Negara. Bukti bahawa perjuangan Abuya dibuat oleh Allah SWT.

 

4.  Hati manusia kian condong pada kebaikan-kebaikan yang Allah buatkan dalam perjuangan-Nya contohnya :-

 

i) Baru-baru ini Kl Tower memberi percuma datarannya untuk Rufaqa’ dan Mawaddah membuat carnival dan program bedah buku.

 

ii) SUKMA XI telah menjemput Rufaqa’ dan Mawaddah untuk ikut berada di Stadium Alor Setar selama tiga belas hari. Abuya Ashaari Muhammad sakit tapi bagaikan tidak sakit. Bungkamlah penentang-penentangnya lalu bertindak tidak lagi Professional iaitu pukul curi. Sebaik sahaja Encik Anuar pihak penganjur SUKMA XI menyebutkan Rufaqa’ dan Mawaddah di TV3 sebagai syarikat yang ikut menjayakan SUKMA XI, mereka menalifon Encik Anuar menghalang bagi laluan kepada Rufaqa’ kerana katanya haram dan sesat. Jual nama KDN dan JAKIM sama. Begitulah sikap mereka, sangat berusaha agar Rufaqa berkubur seperti Arqam.

 

5. Di sudut lain, sakitnya Abuya nampak macam terhina. Tapi hakikatnya dalam sakit itulah pengaruh dan wibawa jemaah bertambah tinggi. Dan di atas keadaan Abuya sakit Abuya jugalah, mereka yang nak cari pengaruh ambil peluang untuk memukul Abuya.Tapi di pihak mereka yang hancur sepatutnya berlawan dua orang bertumbuk – orang sakit dengan orang sihat, yang sihat tumbuk yang sakit tapi yang sakit makin naik, yang sihat makin jatuh.

 

Pengajaran dari sakit Abuya: waktu ISA, jemaah boleh terus hidup. Sakit teruk, patutnya pakat tak datang. Logiknya musuh selesa waktu inilah. Tapi kita boleh ambil pengajaran – perjuangan kebenaran dari Allah ini, Allahlah yang nak bertanggungjawab. Bila hamba Allah bertaqwa, Allah yang buatkan.

 

 

Penjelasan Mengenai Kursus Khas

 

Para pembaca mungkin tertanya-tanya, mengapakah sesama Islam tidak boleh berbaik-baik. Mengapa krisis diundang dan diperpanjangkan? Bukankah Islam memberi jalan keluar kepada semua masalah?

           

Abuya Ashaari Muhammad terus mencipta kontroversi bilamana beliau kini dimusuhi bekas murid-muridnya. Mengapa? Bagaimana ia bermula dan di mana puncanya?

 

Ceritanya bermula bilamana ditakdirkan Tuhan orang-orang Arqam di-ISAkan. Yakni hasil sembahyang khas serta doa mubahalah orang-orang Arqam, yang dibuat bersama-sama, meminta Tuhan tunjukkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

 

Waktu itu perang jadi tiga penjuru. Abuya Ashaari Muhammad dengan jemaahnya, Mahathir dengan kerajaannya dan serpihan Arqam yang ambil peluang menggunakan kerajaan.

 

Allah S.W.T telah takdirkan hati mereka jadi amat benci dengan Abuya Ashaari Muhammad, keluarga dan jemaahnya. Kalau kerajaan marah, itu mudah difahami. Tapi pemerhati terkejut besar bilamana ada segolongan bekas Arqam marah sungguh dengan pemimpin mereka. 'Cerita' tadi menjadi lebih menarik dan menjadi tanda tanya, sebenarnya Ashaari berkrisis dengan kerajaan atau dengan serpihan Arqam? Ia jadi cukup menarik untuk ditonton kerana kerajaan merasa cukup terbantu dalam usaha menangani kes Arqam bilamana orang-orang dalamnya jadi begitu 'terbalik'. Mereka jadi lebih SB dari SB dan lebih JAKIM daripada JAKIM.

 

Kemuncak kejadian ialah bilamana mereka telah mengambil tanggungjawab untuk menyerang Haji Ashaari. Di dalam kursus khas bertempat di Jabatan Agama Islam    Wilayah Persekutuan pada tahun 1998, mereka konon akan buatkan Haji Ashaari betul-betul insaf dan lupakan sajalah cita-cita nak jadi pemimpin. Sebagai bekas pemimpin Arqam, sebahagian mereka cukup yakin bahawa mereka mampu dan cukup tahu bagaimana hendak membuatkan jemaah Arqam betul-betul bubar.

 

Mereka itu pun dikursuskanlah selama dua hari di Pusat Islam. Siap dengan rehearsel sekali, apa-apakah ucapan yang dikira cukup mantap untuk mencapai sasaran. Bukan senang juga rupanya untuk hadapi pemimpin Arqam itu, sampai begitu sekali persiapannya.

 

Dua belas orang bergabung membuat ucapan, mengemukakan persoalan dan kritikan kepada Haji Ashaari dengan begitu serius dan mantap. Sedangkan Abuya Ashaari Muhammad ditakdirkan Tuhan waktu itu sakit teruk, tidak boleh bercakap dan seorang diri. Betul-betul Tuhan buatkan beliau pada hari bersejarah itu mengenali orang-orangnya. Atau boleh juga skrip itu diungkapkan begini:

 

Abuya Ashaari Muhammad pada hari itu, pergi seorang diri untuk menyaksikan satu rahsia besar dalam Arqam, iaitu musuh-musuh dalam selimutnya selama ini. Yang mana mereka itu sebenarnya hendak dikeluarkan oleh Tuhan dari jemaah Abuya Ashaari Muhammad, sepertimana yang diminta tolongkan melalui sembahyang khas dan doa mubahalah itu. Dengan majlis tersebut, terputuslah hubungan kedua-dua pihak selepas itu.

 

Saya berani berkata demikian kerana buku ini ditulis di waktu jawapan sudah ada. Yakni memang mereka benar-benar jadi penentang kepada jemaah Abuya Ashaari Muhammad yang kini membesar sepuluh kali lebih besar dari Arqam. Ia diterima baik pula oleh Mahathir dan kerajaan. Hasrat mereka dengan majlis itu hendak menutup sejarah Haji Ashaari tidak diizinkan Tuhan pun. Sebenarnya mereka ini dalam jemaah lagi sudah ada cita-cita nak jadi pemimpin. Pengharaman itu jadi sebab untuk mereka ambil kesempatan terutama Hashim Ahmad.

 

Abuya Ashaari Muhammad diuji Tuhan bukan untuk dihina seperti yang mereka harapkan. Bahkan Allah menghina mereka nampaknya. Macamlah kisah Nabi Ibrahim. Nampak lahirnya macam dihina oleh Tuhan dengan dibakar dalam api. Tapi akhirnya Nabi Ibrahim dimuliakan dengan diselamatkan dari api manakala Namrudlah, penentang waktu itu yang terhina.

 

Nabi Musa pula, baginda seperti terhina apabila dikejar oleh Firaun hingga terpaksa terjun ke laut. Tapi sebenarnya Nabi Musalah yang dimuliakan dan diselamatkan Tuhan manakala Firaun terhina dan mati tenggelam dalam laut. Nampaknya Firaun nak hina Nabi Musa, akhirnya Firaun dan pengikutnyalah yang terhina.

 

Begitulah dengan ISA ke atas Abuya. Nampaknya macam Abuya Ashaari Muhammad yang terhina tapi rupanya ia berlaku untuk menghina pembelot-pembelot dalam jemaahnya. Abuya Ashaari Muhammad dan pembelot-pembelot itu sama-sama masuk ISA. Macam Nabi Musa dan Firaun yang sama-sama masuk ke laut. Tapi satu selamat, yang satu lagi tak selamat.

 

Walau bagaimanapun anda pembaca perlu tahu apa-apakah yang mereka fikirkan yang katanya itulah dia kesalahan-kesalahan besar Haji Ashaari kepada mereka sehingga mereka sanggup jadi begitu. Penjelasan perlu anda dapatkan demi menjadi panduan dalam menilai apa pendirian Abuya Ashaari Muhammad sebenarnya.

 

Antaranya ialah kata-kata dari Hashim Ahmad. Dalam ucapannya menentang Abuya, dia berkata:

 

a. "Haji Ashaari menyusahkan jemaah dengan banyaknya ekspedisi kepimpinan yang jemaah terpaksa keluar duit. Sudahlah susah, diarahkan pula pemimpin pakai Pajero."

 

Penjelasan:

Ekspedisi dan Pajero perlukan banyak duit. Oleh kerana tidak ada duit, mereka berhutang. Ada yang hutang mereka itu sedang dibayar oleh Rufaqa. Sedangkan Abuya Ashaari Muhammad bukan ajar begitu. Hanya Hashim Ahmad dan sejenisnya tidak faham maksud Abuya Ashaari Muhammad. Dia bukan serius dalam memahami Abuya Ashaari Muhammad tapi lebih kepada hendak menumpang dalam jemaah. Lebih-lebih lagi dia rasa fikirannya sama baik dengan pemimpinnya itu.

 

Abuya Ashaari Muhammad bila memberi sesuatu arahan, itu adalah assignment untuk anak murid agar makin dekat dengan Tuhan. Sebagai guru sufi, beliau meminta murid-muridnya mengkaji bagaimana Islam itu dibangunkan bermodalkan taqwa, yakni di atas bantuan-bantuan Tuhan. Abuya mahu mereka yakin dan rebut janji Tuhan iaitu barangsiapa yang bertaqwa, Allah akan beri rezeki dari sumber yang tidak diduga (lihat Surah Al Baqarah ayat     ). Bukan dengan jalan berhutang sepertimana yang mereka lakukan. Contoh realitinya dipraktikkan oleh Abuya sendiri. Murid-muridnya hendaklah tiru dan latihlah diri hingga mahir melaksanakan dasar itu.

 

Maka ramailah pengikut yang lulus tapi ada juga yang gagal. Hasil dari strategi itu, jemaah dilihat cukup kuat dan hebat hingga berjaya menarik perhatian kerajaan untuk meng-ISAkan Arqam, yang dengan itu murid-murid yang gagal, Abuya Ashaari Muhammad keluarkan. Memang patut pun sebab hanya mereka yang tidak yakin. Walhal ramai yang lain tetap yakin. Guru rohani memang diberi oleh Tuhan untuk memproses hati murid-muridnya agar yakin atau tidak yakin. Maka dengan kejadian itu terpisahlah kebatilan dari kebenaran.

 

b. "Jemaah jadi rosak apabila tiada lagi syura dan bermulanya era kerohanian, semua hal disandarkan kepada mesej kerohanian."

 

Penjelasan:

Hashim Ahmad tidak sedar rupanya, bahawa jemaah yang dia ikuti itu adalah kepunyaan mutlak Abuya Ashaari Muhammad yang sesiapa pun tiada saham di dalamnya. Abuya Ashaari Muhammad naik bukan oleh sokongan sesiapa, tanpa mesyuarat agung dan AJK. Dia bermula seorang diri. Kemudian orang datang kepadanya seorang demi seorang, meminta untuk dididik oleh beliau.

 

Jadi apabila timbul masalah dalam mengendalikan 'rumah tangga kerohaniannya' itu, maka atas kebijaksanaannyalah hendak merundingkan masalah tersebut dengan siapa-siapa yang dia percayainya. Masakan Hashim Ahmad tidak tahu pemimpinnya itu ialah orang sufi, pengamal tarekat dan kuat berhubung dengan Allah, rasul dan Imam Mahdi. Kalau Hashim Ahmad tidak setuju, mengapa pura-pura taat. Kalau sayalah, bila tengok banyak yang tak kenanya, saya soal. Kalau banyak yang dia tak boleh jawab, ucaplah selamat tinggal tanpa menunggu ISA.

 

Waktu itu dia sengaja tak persoalkan kerana kalau dia pertikaikan, dia rugi. Dia takut tak dapat lagi memiliki pangkat, kemudahan dan isteri ramai yang semua itu mudah dia perolehi dalam jemaah. Yang sebenarnya dia pura-pura taat supaya dia boleh pakai pajero, boleh ke luar negeri dan boleh dapat empat orang isteri. Dah dapat kaut semua keuntungan itu, mengapa baru sekarang persoalkan. Sebenarnya dia menyembunyikan keburukannya itu di sebalik lalang. Jangan ingat orang tak nampak!

 

Sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad berjuang atas dasar mengusahakan taqwa dengan harapan Allahlah menjadi pemimpin utama untuk menentu dan memutuskan semua keputusan-keputusan yang besar kepada perjuangannya. Memang hingga hari ini sudah ramai orang yang nampak, faham dan yakin bahawa Allahlah di belakang jemaah Abuya Ashaari Muhammad. Kerana terlalu banyak bukti bahawa hanya kuasa Allahlah hal itu boleh terjadi. Bukan kuasa Abuya Ashaari. Kalau bukan Tuhan yang backing, mampukah seorang yang telah di-ISAkan sepuluh tahun, bermula dari 'zero', menghidupkan kembali jemaahnya bahkan lebih besar dan lebih gagah dari dulu.

 

Era kerohanian yang Hashim Ahmad katakan itu jangan-jangan merupakan perangkap untuk Hashim Ahmad. Sebab akibat menolaknya, Hashim Ahmad sekarang tiada lagi dalam jemaah. Sedangkan jemaah terus hidup.

Orang tak kata, "Hashim Ahmad hebat kerana menentang Haji Ashaari."

Tapi hari ini semua orang berfikiran, "Berjaya Haji Ashaari membersihkan jemaahnya dari orang-orang yang tidak layak, yang bermasalah dan berpura-pura."

 

 

Surat 2

Sobri Abdul Ghani

 

"Ahli-ahli Arqam terlalu taksub kepada Haji Ashaari hingga terima bulat-bulat darinya tanpa soal."

 

Penjelasan:

 

Cuba Sobri fikir balik. Mengapa waktu bersama Abuya Ashaari Muhammad, Sobri temasuk orang yang menerima bulat-bulat tanpa soal. Mengapa? Atau kalau Sobri jenis yang tidak terima bulat-bulat, mengapa tidak bertindak? Mengapa tidak keluar sahaja dari Arqam dan serang dari luar? Mungkin kalau waktu itu persoalkan Abuya Ashaari Muhammad takut nanti tak boleh dapat jawatan penting dalam jemaah, tak dapat pakai pajero dan tak boleh ke luar negeri!

 

Katalah itulah yang dibuat sekarang yakni sesudah Arqam dihancurkan. Soalnya, tanpa menjadi orang yang taksub lagi dengan Abuya Ashaari Muhammad dan dah puas menghentamnya, apa sedang jadi dengan Sobri dan apa pula sedang jadi pada Abuya Ashaari Muhammad?

 

Kalaulah saya jadi Sobri, sekarang ini rasanya menyesal bertindak melulu. Lebih baik tawakuf dulu. Jangan terus menyerang. Sebab sekarang ini janganlah Sorbi tidak tahu bahawa Allah SWT telah buatkan untuk Abuya sebuah jemaah yang jauh lebih besar dan baik dari waktu Sobri ada dulu.

 

Orang yang datang mengambil tempat duduk Sobri untuk terus membantu Abuya Ashaari Muhammad juga lebih baik sangat daripada yang Sobri persembahkan. Bukan kerana tidak taksub lagi tetapi setelah jemaah bersih dari penentang taksub.

 

Selepas Sobri tak ada, Allah buatkan jemaah Rufaqa Abuya Ashaari Muhammad mempunyai bandar dan sistem hidup Islam yang lebih tersusun dan bersistem. Tentu Sobri ada meninjau ke Bandar Country Homes, Rawang, agaknya. Bahkan projek-projek Abuya Ashaari Muhammad banyak juga di Kedah, di negeri Sobri. Tapi Sobri satu projek pun tak ada waktu ini.

Kalau pun Sobri tak tahu, SB dan Jakim memang tahu sangat. Malah ketika ada orang cuba tutup bandar itu, SB yang pertahankan agar tidak ditutup. Sebab ia adalah sebuah Kompleks Perniagaan Melayu yang memartabatkan bangsa di tengah-tengah taman kediaman Cina dan India. Barulah Cina dan India boleh hormat kalau Melayu pun ada bisnes sendiri. Jakim pula sudah faham bahawa Rufaqa sekarang bukan badan agama yang sesat tapi sebuah syarikat perniagaan orang Melayu yang berusaha menyahut seruan kerajaan.

 

Motivasi-motivasi mereka hanyalah untuk membangkitkan bangsa Melayu dari kehinaannya dan tidak ada apa-apa agenda pun selain berniaga. Nanti sekiranya kewibawaan boleh memuncak, rakyat akan bertambah yakin dengan kejujuran Abuya Ashaari Muhammad dan kemampuannya untuk menyelamatkan bangsa dan agama.

 

Moga-moga Allah pun respon dengan kuasa-Nya. Tentu Allah ada caranya agar orang Melayu di Malaysia khususnya akan diselamatkan dari kelemahan demi kelemahan yang sedang menimpa kita.

 

Sobri,

Kalau anda masih curiga dengan Abuya Ashaari Muhammad dan Rufaqa, namun ketahuilah bahawa itu tidak sedikit pun boleh menghalang Allah untuk membuatkan orang lain boleh terima Abuya Ashaari Muhammad. Kalau masih mahu terus menghalang, cubalah. Tapi dalam sejarah, sebesar mana pun kuasa manusia, tiada yang mampu menghalang sesuatu yang Allah mahu takdirkan.

 

Fikirkanlah sendiri, Sobri berjuang tak dihalang oleh mana-mana kuasa, pun tidak diterima orang. Sedangkan Abuya Ashaari Muhammad membangunkan Rufaqa dalam halangan ISA. Yang tukang halang tu salah seorangnya Sobri lah. Tapi terbukti, di tangan Sobri, satu projek pun tak terbangun.

 

Sama-samalah kita tunggu dan lihat supaya setiap hati akhirnya selamat untuk kembali kepada Allah.

 

 

Surat 3

Zabidi Muhammad

 

"Azura tipu mesej kerohanian dengan tujuan untuk rapat dengan Haji Ashaari. Dengan itu Ashaari telah berbohong pada ahli tentang mesej itu. Al hasil semua yang diperkatakan mengenai Putera Bani Tamim, jadual Allah, daulah, empayar, Al Mahdi semuanya adalah tipuan belaka."

 

Penjelasan:

Yang sebenarnya hati kecil Zabidi merasakan Abuya Ashaari Muhammad boleh pergi jauh dalam perjuangannya itu. Tapi dia yakin, Abuya boleh pergi jauh kalau tak ... dia halang sangat.

 

Katalah kita lupakan daulah sekejap. Katalah Azura itu betul-betul penipu. Maka tak jadilah semua jadual yang Abuya Ashaari Muhammad perjuangkan. Nak-nak sekarang ini Abuya Ashaari Muhammad pula sakit, dah tua. Apalah lagi diharapkan. Macam Khomeini yang pergi tanpa bertemu Imam Mahdinya.

 

Tapi kenapa Zabidi masih serius benar menentang, menghalang, memburuk-burukkan untuk menjatuhkan Abuya Haji Ashaari Muhammad dan Rufaqa hingga terpaksalah kami pertahankan diri dengan cara apa yang boleh dan dibenarkan oleh Allah dan Rasul.

 

Berilah peluang kami nak berjuang menjadi muslim yang diredhai Tuhan. Kalau ada yang tak kena, kita boleh bincang. Kelemahan kami dibetulkan. Tapi jangan pukul belakang! Kalau sampai sekarang anda masih serius mahu meneruskan menghalang Abuya Ashaari Muhammad, bukankah sudah dua belas tahun berusaha anda masih gagal. Kenapa sampai sekarang Abuya Ashaari Muhammad makin kuat. Jangan-jangan anda pun sudah ragui diri sendiri. Yakni tentang dakwaan anda kononnya Ashaari berbohong.

 

Seminggu selepas anda lancarkan buku tersungkur itu, Anwar Ibrahim pun dipecat dek Mahathir. Miracle! Anda perasan tak, negara Islam Hadhari itu ialah hadiah Allah kepada sepuluh tahun ISA. Jangan-jangan tak lama lagi terjadi negara Islam betul-betul punya.

 

Sebagai hadiah Allah, sekali gus jawapan Allah kepada guru yang sabar dan murid yang kurang ajar. Kuasa Allah mampukah dicabar oleh sebuah drama dan sekeping buku dan kelas-kelas motivasi anda?!

 

 

Surat 4

Pahrol Mohd Juoi

 

"Hj Ashaari, ibarat membawa sepuluh perkara. Didapati enamnya benar, empat lagi batil. Ertinya batillah dia dan tertolak."

 

 

Penjelasan:

 

Menurut Pahrol, Abuya tak betul kerana dalam sepuluh perkara yang dibawa itu, empat darinya tak betul. Jadi siapa di zaman ini yang membuat sepuluh perkara semuanya betul? Tentulah anda sendiri bukan? Sebab itu anda direzekikan Allah dapat kerja di RTM. Makan gaji dengan orang yang tentunya bawa sepuluh semuanya betul juga!

 

Kalau begitu, perjuangan anda nampaknya cukup global. Membangunkan bangsa, agama dan negara dengan begitu cemerlang, gemilang dan terbilang. Anak-anak, isteri-isteri dapat dijadikan model yang sempurna di akhir zaman. Ibadah anda dan akhlak ibarat bunga-bunga yang memikat di mana sahaja anda berada.

 

Tulisan-tulisan anda dipakai oleh lawan dan kawan kerana terlalu tajam dan tinggi nilainya. Sistem pendidikan yang anda tawarkan dikira mampu menyelesaikan 1001 gejala yang dihadapi negara. Andalah mursyid yang mampu membaiki hati untuk diselamatkan semuanya.

 

Kebudayaan hidup yang berkembang di tangan anda bukan calang-calang. Lagilah kerana mampu membuatkan manusia membesarkan Tuhan semuanya. Anda disebut di dalam dan luar negara kerana sumbangan ini. Andalah tokoh yang membawa pembaharuan pada bangsa kerana mempunyai ekonomi yang cukup mantap dan membela. Andalah bapa poligami yang meredakan gelora rumah tangga. Juga bakal manusia yang akan menggemparkan dunia kerana bangsa Melayu terbela akhirnya.  

 

 

Pahrol Mohd Juoi,

Kata anda, "Jemaah Arqam berkecai kerana dibina atas tapak yang lemah."

Tapi itu sepuluh tahun yang lalu! Sedangkan kini Allah SWT telah takdirkan jemaah bangun semula dengan pemimpin yang sama. Inikan sudah membantu anda berfikir. Rupanya perjuangan nabi-nabi pun pernah hancur tapi hidup balik.

 

Katalah anda masih ragu kebenarannya. Namun dapat hidup balik itu pun kan satu yang ajaib dan pelik juga. Begitu kuat dibenteng oleh anda dan team, tapi dia boleh lepasi. Ertinya Pahrol, kuat jemaah itu kuatlah asasnya. Mungkin dia runtuh sekejap kerana ada tiangnya yang reput. Lalu diganti tiang tersebut, eloklah dia semula. Atau mungkin empat orang yang ada di dalam itulah yang menyebabkan dia dilihat senget. Lalu bila empat orang itu dibuang, tegaklah ia semula. Antara tiang-tiang yang reput dan bermasalah itu ialah anda sendiri, Zabidi, Sobri, Haji Halim dan lain-lain.

 

Orang dah tahu Pahrol tembelang anda. Jangan dibuka-buka lagi dengan cari pasal dengan Rufaqa. Kami ramai, anda kan sikit. SB dan Jakim pun dah tak semangat nak tolong sebab anda makin gagal dalam peperangan ini.

 

Sementelahan mereka dah faham mengapa tak lut usaha-usaha anda membubarkan jemaah. Sebab jemaah itu sudah lama tahu siapa anda sebenarnya! Si Pahrol yang cakap tak serupa bikin. Kalau tak percaya, rujuklah sendiri buku yang ditulis oleh Dr Mohd Noor dan Alifi itu.

 

Yang anda salahkan dengan akal itu Pahrol, ialah agama yang sumbernya wahyu atau ilham. Agama bukan akal, akal bukan agama. Akal gunanya hanya untuk menerima dan memahami agama.

 

Dalam agama Islam, terlalu banyak hal-hal yang tak masuk akal. Walau bagaimanapun banyak juga hal-hal yang sangat indah dilihat oleh akal. Seorang yang beragama dia mampu menerima bahawa di dalam agama yang dianutinya pasti ada Allah masukkan unsur-unsur di luar logik akal untuk membuktikan kuasa Allah bukan setakat jangkauan akal.

 

Seorang pemimpin yang boleh membuat 6 kebaikan yang dipersetujui akal, mesti dia boleh buat 4 kebaikan yang tak masuk akal, supaya membuktikan bahawa dia benar-benar berbuat bagi pihak Allah. Yang 4 itu Allah buatkan kepadanya supaya kebenaran terus terserlah, membuatkan makin sayanglah orang yang direzekikan sayang kepadanya dan makin menjauhlah orang-orang yang tidak ikut disiplin perjuangannya. Pahrol, sungguh tak sangka, anda terpilih untuk menjadi orang yang curang terhadap perjuangan. Mungkin memang anda seorang yang curang agaknya.

 

4 kesalahan yang anda katakan itu, rupanya 4 kebenaran yang disembunyikan dari anda. Hanya tinggal anda saja yang tak nampak, orang lain semuanya sudah nampak walaupun mereka jauh lebih bodoh daripada anda. Mengapa? Sebab sewaktu anda berada di dalam jemaah, anda menyorokkan sesuatu. Maka sebab itulah sesuatu itu pun disorokkan daripada anda. Katakanlah kepada Allah: "Tunjukkanlah yang benar itu benar, yang batil itu batil."

 

 

Surat 6

Surat terbuka untuk Solehudin dan isteri

 

Terimalah doa ini, sebagai penutup kes kita. Moga Allah akan berkati selepas ini.

 

Ya Allah, kuadukan pada-Mu perihal anak dan menantu kepada kakak kandungku yang sudah meninggal dunia. Akulah yang kahwinkan mereka berdua dengan harapan mendapat rumah tangga soleh dan solehah, selamat dunia dan akhirat.

 

Bilamana jemaah Al Arqam diharamkan, mereka telah mengambil Sayyidah Bakery di Kangar untuk mereka miliki. Hiduplah mereka di atas rezeki itu sekian lamanya.

 

Mereka amat tahu ya Allah, bahawa memang harta itu bukan hak mereka. Dia adalah kepunyaan bersama jemaah Arqam. Namun dengan segala daya upaya mereka usahakan agar jadi milik mereka, dalam keadaan mereka amat memusuhi jemaah di Perlis itu.

 

Semua jemaah Arqam di Perlis cukup tahu bahawa secara syariat Islamnya, bukan mereka yang berhak di atas bakeri itu. Usaha-usaha dari sumber saham terbesar kepada bakeri itu untuk dijemaahkan, telah gagal kerana Solehudin dan isteri sanggup membuat seribu satu helah untuk memilikinya.

 

Ya Allah, Engkau tentunya lebih-lebih tahu lagi rahsia ini, betapa pasangan suami isteri itu sebenarnya tidak jujur terhadap-Mu, terhadap bekas pemimpinnya dan khianat kepada perjuangan Islam yang amat diyakininya sebelumnya. Mereka amat melebihkan cinta dunia daripada mencintai-Mu ya Allah! Sebab itu mereka tergamak membangunkan ekonomi di atas segala putar belit, pembohongan dan keganasan yang ditutup.

 

Seksanya keluarga kami menanggung malu ini semua ya Allah. Lebih-lebih lagi roh bapa saya dan roh kakak saya terazab oleh semua ini rasanya. Tercemar kemuliaan keluarga oleh gelagat pasangan yang berketayap dan bertudung kepala ini. Mereka pun bercakap tentang iman, Islam, Tuhan dan akhirat dalam menghujahkan perbuatan mereka. Walhal lidah-lidah mereka itu sangatlah bercabang-cabang, ya Allah.

 

Mereka jadi begitu adalah kerana gagal dalam ujian Allah waktu Arqam dihancurkan.  Mereka cintakan dunia dan takutkan manusia lebih daripada cintakan dan takutkan Allah. Mereka telah mengambil keputusan untuk berpisah dari pemimpin dan guru mereka. Ya Allah, untuk dapatkan dunia mereka sanggup kehilangan guru dan pemimpin. Mereka sanggup menipu, maki hamun, menyesatkan, menghina, mengkritik dan seribu satu tuduhan karut dibuat kepada orang yang sebelumnya mereka panggil mursyid. Kepada saya ibu saudaranya ini dah tentulah lebih hebat dicerca dan dikata nistanya.

 

Ya Allah, saya amat berharap mereka itu dibersihkan dari segala dosa-dosa terhadap pemimpin dan terhadap Sayyidah Bakery itu di dunia lagi. Saya tak sanggup menerima kenyataan bahawa ada di kalangan keluarga saya mati terhina begitu sekali. Lebih-lebih lagi tidak tergamak melihat azab akhirat menimpa ke atas orang yang sangat sedar melakukan dosa-dosa ini. Taubatkan kami ya Allah, ampunkan dosa kami, keturunan kami dunia dan akhirat.

 

Maka saya usahakanlah untuk saman mereka. Dengan harapan mereka akan bayar semua hutang-hutang itu kepada yang empunya.

 

Namun, oleh pendekar tipu muslihat ini, rupanya surat saman pun ditipunya. Setiap kali dihantar surat itu, ia berpatah balik kepada lawyer. Ada orang yang dikirim untuk sampaikan by hand kepadanya, orang itu balik telah jadi separuh gila. Dikerjakan oleh sihir agaknya. Dengar khabarnya memang si suami ada ambil sihir Siam, joint venture dengan kaki sihir dari Sabah.

 

Ya Allah, saya dedahkan ini semua dengan harapan Engkau buatkanlah orang ramai tidak percayakan mereka lagi, sebagai satu jalan kembali untuk mereka mencari-Mu semula. Mereka sudah putus hubungan hati dengan-Mu ya Allah. Mereka sudah jauh terlajak dari jalan-jalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh hanya kerana mengejar dunia yang sedikit. Nampak macam beragama tapi amat mengkhianati agama! Mendengar cakap mereka, kanak-kanak pun perasan yang mereka sudah dirasuk syaitan.

 

Ya Allah, walaupun hidayah itu milik mutlak-Mu, tapi saya merayu agar Kau buatlah sesuatu agar mereka insaf, atas nama Nabi akhir zaman, Imam Mahdi yang bakal tiba dan Abuya gurunya. Kau izinkanlah agar mereka mendapatkan semula tali penghubung dengan-Mu yang telah terputus itu. Janganlah sampai mereka jadi pengikut dajjal, yang akan datang tak lama lagi, menjadi kafir kerana menentang Imam Mahdi.

 

Demi kemuliaan datuknya ya Allah, Kau muliakanlah keluarga kami dengan berkat Nabi akhir zaman. Saya juga mengharap dengan surat terbuka ini, Kau buatkanlah ya Allah, agar penulis dan pembaca semuanya jadi bertambah insaf, takutkan Allah dan mahu membaiki diri dengan menuruti Siratul Mustaqim, atas nama Nabi akhir zaman keluarga dan Sahabat-Sahabat Baginda. Amin ya Allah.

 

Ummu Jah

(Khadijah Aam)

 

 

 

Tun Abdul Ghaffar bin Baba sudah mati.

 

Barangkali penjelasan diperlukan oleh pembaca, mengapa Tun Ghaffar Baba mati sebelum dapat naik jadi Perdana Menteri seperti yang disebut-sebut oleh Abuya Ashaari Muhammad dan Rufaqa'. Jelas bahawa berita yang Abuya Ashaari Muhammad bawa tidak terjadi kali ini. Tapi mengapa semua orang Rufaqa' diam sahaja macam tak ada apa-apa. Masyarakat pun tak bertanya-tanya.

 

Ketika ditanya reaksinya bila Tun Ghaffar meninggal, Abuya Ashaari Muhammad berkata; Tun bukan dijanjikan. Dia hanya harapan. Harapan boleh berlaku, boleh tidak. Saya pun tidaklah mengatakan semua kata-kata saya akan jadi. Boleh saja alamat yang saya dapat itu batal bilamana tak cukup syarat-syaratnya.

 

Namun sebenarnya waktu itu banyak pihak yang menunggu kenaikan Tun Ghaffar jadi Perdana Menteri sebenarnya. Memang keadaan yang ada amat memerlukan Tun, walaupun beliau tidak layak. Namun bila ramai sangat yang mendoakan Tun naik, nanti dia tidak akan boleh dimanfaatkan untuk Jadual Allah. Jadual-jadual lain yang akan jadi rebutan dan nanti masalah bukannya boleh selesai bahkan bertambah banyak lagi masalah jadinya. Mungkin Allah ada plan lain untuk jayakan jadual-Nya.

 

Namun yang sudah pasti ialah dengan takdir Allah, Tun meninggal bagaikan meninggalnya seorang Perdana Menteri. Sambutan dan upacara pengkebumiannya besar-besaran sekali. Bendera separuh tiang, semua pengacara TV memakai pakaian baju hitam tanda berkabung, Perdana Menteri mengiringi jenazahnya dari rumah sampai ke pusara, dimakamkan di Makam Pahlawan, surat-surat khabar membuat liputan besar-besaran, semua pembesar bercakap tentang jasanya. Pendeknya, Tun mati bagaikan Perdana Menteri, walhal dia sudah dilupakan selama 10 tahun dan sudah bukan wakil rakyat lagi! Berbesar hatilah keluarganya.

 

Kuasa Allah-lah yang berlaku agar tidak kecewalah yang menunggu dan tidak bising sangatlah yang membenci! Maha Adilnya Allah.

 

Selepas Tun meninggal, perkembangan Rufaqa' begitu memeranjatkan. Di dalam dan di luar negara Abuya Ashaari Muhammad begitu diterima. Hinggakan SUKMA XI yang tak bersangkut paut dengan dengan Rufaqa' pun boleh meminta Rufaqa' dan Mawaddah corakkan Karnival SUKMA dengan Islam. Tiga belas hari kami berkampung. Halangan-halangan sudah tidak diizinkan Allah.

 

Musuh-musuh Rufaqa' dimalukan dengan sebuah buku penerbitan Perniagaan Mata Angin, bencana alam menjadi-jadi, krisis dunia bertambah-tambah, Umat Islam dibuli-buli oleh barat, gejala-gejala sosial sudah menguasai suasana tanpa kawalan dan jalan keluar, demokrasi hampir-hampir ditutup, setiap orang bertanya-tanya ke manakah dunia sedang dibawa oleh Pencatur yang tidak dapat dilihat ini?

 

  

 

Pembaca budiman,

 

Di setiap awal kurun Islam, carilah mujaddid. Pasti ada! Gara-gara adanya beliaulah maka dunia beralih arah. Kurun ke-15 ini, mujaddidnya besar sekali. Mungkin yang terbesar dan yang penutup. Sebab kemusnahan dunia begitu besar. Ini disebut-sebut dalam hadis bahawa petanda akhir zaman ialah terlalu banyaknya bencana alam.

 

Manusia pula sudah lebih kurang binatang dengan segala bentuk gejala yang menakutkan. Krisis dan peperangan makin dibincang makin menjadi-jadi. Jahiliyahnya zaman ini lebih teruk dari jahiliyah waktu kedatangan Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan Muhammad kedua akan datang bukan sebagai Rasulullah tapi sebagai khalifah Baginda Rasulullah SAW.

 

Pakej ini kalau berlaku, pemerintah itu didatangkan oleh Allah sesudah datangnya pemerintah kecil mempersiapkan tapak. Dalam hadis mereka disebut Fatta At Tamimi dan Imamul Mahdi.  

 

[FIKIR.. FIKIRKAN LAH DGN MATA HATI,

BUKAN DGN AKAL SEMATA]