HAKIKAT
BEREKONOMI DLM ISLAM
Krisis
berpanjangan yang melanda dunia khususnya dalam bidang ekonomi, sebenarnya
adalah hukuman Tuhan terhadap umat
manusia. Sudah sekian lamanya umat manusia yang memegang ekonomi dunia
ini dengan rakusnya membolot anugerah Allah untuk kepentingan diri dan kelompak
masing-masing tanpa menghiraukan nasib yang menimpa golongan yang lemah.
Mereka melakukan penindasan dan
penganiayaan melalui sistem sistem ekonomi yang mereka cipta sendiri sehingga
berlakulah berbagai-bagai kerusakkan di atas muka bumi ini.
Ternyata
sistem yang dicipta oleh otak manusia samada ianya kapitalis, sosialis, komunis
dan sebagainya tidak mampu memberi kebahagian hidup kepada manusia sejagat.
Sistem
ekonomi dunia hari ini hendaklah dibongkar hingga ke akar umbinya dan tempatnya
diganti dengan satu sistem yang benar-benar baru tetapi telah terbukti keberhasilan membentuk masyarakat
yang harmoni. Itulah dia sistem ekonomi Islam yang telah dibuktikan dalam
kehidupan masyarakat di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.
Hakikat Ekonomi Islam
Dalam Islam hakikat ekonomi adalah untuk dapat kita merasakan bahawa segala
harta benda termasuk segala hal lain yang ada hubungannya dengan ekonomi adalah kepunyaan Allah samata-mata,
bukan kepunyaan kita.
Kita hanya diamanahkan oleh Allah
supaya kita dapat mengendalikan dengan sebaik-baiknya. Itulah hakikat ekonomi
Islam.
Dengan demikian ekonomi yang diwujudkan di dunia ini adalah ekonomi akhirat dengan tujuan untuk membina
iman dalam diri kita. Ekonomi untuk menginsafkan kita sebagai hamba Allah.
Kalau kita
berekonomi bukan untuk Allah, bukan untuk Akhirat maka akan terjadilah krisis,
akan terjadilah kekacauan, perpecahan dan permusuhan. Akan berlakulah
berbagai-bagai bencana dalam kehidupan manusia akibat daripada berekonomi
sermata-mata untuk membangunkan dunia.
Oleh kerana itu kalau kita beroleh banyak keuntungan hendaklah banyak pula kita
berkorban. Semakin banyak untung semakin banyak pula pengorbanan maka akan
bertambahlah pula pahala dan semakin hampir diri kita dengan Tuhan yang Maha
Pemurah.
Kerana
Tuhan yang Maha Pemurah itulah sebenarnya yang memberi kita keuntungan dalam
berekonomi. Sekalipun ekonomi kita rugi, yang penting dapat tingkatkan iman dan
semakin hampir dengan Allah kerana hakikatnya yang mengizinkan kita mengalami
kerugian adalah Allah jua.
Maka peranan ekonomi sebenarnya adalah untuk
mendekatkan diri dengan Allah. Walaupun rugi pada pandangan Allah tidak
rugi, sebaliknaya Allah akan memberi pahala yang besar. Itulah yang dikatakan
perniagaan Akhirat.
Tujuan Ekonomi Islam
Tujuan ekonomi Islam sangat jauh berbeza dengan sistem ekonomi lain. Islam
memandang ekonomi sebagai salah satu aspek perjuangan untuk menegakkan agama Tuhan.
Tujuan-tujuan ekonomi Islam adalah seperti berikut:-
1.
Melahirkan kehidupan Islam dalam bidang
ekonomi.
2.
Menjadikan kita memiliki harta yang
dengannya dapat menjalankan ibadah seperti zakat.
3.
Memberikan khidmat kepada masyarakat.
4.
Untuk menghindarkan dosa bersama, sebab
sebahagian daripada ekonomi itu adalah fardhu Kifayah. Ekonomi fardhu kifayah
kalau tidak dibangunkan maka semua umat Islam di tempat tersebut akan jatuh
berdosa.
5.
Untuk dapat berdikari sehingga tidak
bergantung kepada pihak lain. Dengan demikian dapat hidup merdeka dengan tidak
diatur oleh pihak lain.
6.
Untuk memenafaatkan sumber semulajadi dan
hasil bumi supaya tidak membazir dan berlaku pemborosan.
7.
Menghidarkan supaya bahan-bahan mentah
tidak terjatuh ke tangan orang yang derhaka kepada Tuhan yang pada akhirnya
akan menyalahgunakan nikmat-nikmat itu.
8.
Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat
dan mengatasi masalah pengganguran.
9.
Untuk mensyukuri nikmat Tuhan.
10. Untuk
membuat kebaikan sebanyak-banyaknya kepada manusia melalui ekonomi.
Inilah tujuan ekonomi Islam. Kesepuluh perkara ini hendaklah ditanam
betul-betul dalam dalam fikiran dan hati barulah boleh ekonomi Islam
dilaksanakan. Tanpa kesepuluh tujuan ini maka kita akan berhadapan dengan satu
perkara yang amat merbahaya. Kita akan berhadapan dengan jurang kehancuran dan
jurang api neraka. Tetapi kalau kesepuluh perkara ini benar-benar kita hayati
dapatlah kita terus melangkah membina perjungan Islam melalui ekonomi. Allah akan
pimpin kita sampai kepada tujuan murni kita dan mendapat keredhoan Tuhan.
(Dari http://www.rufaqadaily.com/isusemasa.asp)