Mula2 sekali, kita kena terima dengan ikhlas hati, bahawa
apa yang disebut oleh Abuya itu adalah benar, dan itulah sebenar2nya ‘asas’
kepada Perpaduan Ummah!.
Mula ‘start’nya di situ, yakni di pusat2 pengajian ilmu,
di antara murid dan guru.
Kalau tidak boleh terima juga, itu tanda ada sesuatu yang
tidak betul dalam kepala otak kita!. Iaitu tidak boleh dengar kebenaran
tercetus dari mulut orang lain!.
(Tidak kira la!.. kalau orang kafir sekalipun cakap
perkara kebenaran, kita kena terima jugak!)
(Lebih kurang serupa dengan sikap ‘anti-establishment’ yang dianuti oleh penduduk di bandar2 besar. Kerajaan dah tolong bina berbagai infrastruktur yang sikit punya canggih, masih juga memangkah parti pembangkang!. Apa menafaat yang diperolehi dari pembangkang, entah lah!)
Maksudnya di sini, tidak osah dipinda perlembagaan
ataupun sistem kehakiman negara, kalau semata2 nak memuaskan hati setengah2
pihak (seperti 4 perkara yang dituntut oleh PAS menjelang Perbincangan
Perpaduan Melayu pada 19 Februari), kerana sudah pasti ia tidak boleh membawa
kepada perpaduan ummah yang sejati. Kok jadi benda lain, tak tahu lah!
Sepatutnya, fokus utama ialah menyusun semula sistem
pembelajaran supaya kelas tidak hanya menjadi tempat pengajian, tetapi tempat
membina kasih sayang dan perpaduan insan, seperti kata Ustaz Ashaari.
Ustaz Ashaari menyebut “iman dan Islam’ sebagai pengikat
kasih sayang dan tolong menolong dalam sesebuah negara Islam.
Sebab, tanpa iman dan rasa takwa kepada Allah (maknanya
tidak mengikut syariat), Allah berlepas tangan dari menolong bantu mereka dalam
menangani sesuatu masalah ummah.
Izinkan saya mengambil kata2 beliau dalam khutbah Hari
Raya 1411H.
“Jangan kita meniru fahaman atau keyakinan sesetengah
orang atau sesetengah golongan yang membuat upacara2 atau program2 hari raya
atau mengadakan majlis2 pertemuan dan keramaian, samada dikaitkan dengan
sesuatu sempena atau tidak, yang mana suasana majlis itu tidak lagi mengikut
syariat serta apa yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. Bahkan sesetengahnya
pula mengikut sunnah orang kafir atau orang yang derhaka pada Allah SWT.
Walaupun kita akui, mungkin niat asalnya baik iaitu untuk
tujuan menjalinkan kasih sayang serta perpaduan di kalangan kaum Muslimin atau dengan
tujuan untuk menghilangkan rasa perkauman di kalangan kaum2 dan puak2 yang ada
di satu2 tempat, tetapi matlamat ini tidak akan tercapai. Bahkan bukan saja
matlamat tidak sampai, adakalanya perpaduan itu bertambah pecah, kasih sayang
bertambah renggang dan terbarai. Akhirnya memuncaknya perasaan asobiah dan
perkauman yang dari hari ke hari bertambah menebal.
Mengapa agaknya terjadi demikian?. Sedangkan kita tahu
semua penganjur itu asalnya berniat atau bertujuan baik. Iaitu ingin
menjalinkan kasih sayang dan perpaduan di kalangan muslimin serta ingin
menghilangkan rasa perkauman atau rasa berpuak2.
Ini kerana manusia melakukan usaha ikhtiar dengan tidak
mengikut syariat Allah, bererti mereka tidak berharap lagi pada bantuan Allah.
Sedangkan setiap usaha ikhtiar manusia itu tidak memberi bekas. Tetapi yang
sebenarnya, Allah-lah yang memberi bekas sepertimana firman-Nya yang bermaksud,
“Jikalau engkau membelanjakan apa yang ada di bumi ini seluruhnya, nescaya
engkau tidak dapat menjinakkan hati-hati mereka. Tetapi Allah-lah yang
menjinakkan di kalangan mereka. (Al Anfal: 63)
Apa yang Allah maksudkan di sini ialah, walau sebanyak
mana pun harta dan wang ringgit kita korbankan untuk satu2 kaum atau puak itu
dengan tujuan mengambil hati mereka supaya:-
1.
Hati
mereka terjalin dengan hati kita, dan
2.
Terjalinnya
hati sesama mereka,
Namun yang kita dapati, harta dan wang ringgit itu tidak
mampu untuk menjinakkan hati2 mereka, bahkan berlaku di sebaliknya. Ertinya
harta dan wang ringgit itu tidak berkuasa untuk menjinakkan hati2 manusia. Tapi
yang berkuasa menjinakkannya hanya Allah SWT.
Jadi, bila manusia melakukan usaha ikhtiar dengan tidak
mengikut syariat Allah sedangkan niatnya mungkin baik, maka sebenarnya mereka
samada sedar atau tidak, sudah terjebak pada Mazhab Qadariah, iaitu percaya dan
yakin dengan usaha serta kuasa yang ada pada diri sendiri. Seolah2nya usaha dan
kuasa sendiri itu boleh memberi bekas atau berhasil menempa kejayaan mengikut
niat yang baik tadi.
Ertinya mereka bersandar dengan usaha dan kuasa yang ada
pada diri dan tidak bersandar pada Alah SWT. Atau dalam kata lain, tidak yakin
dengan kuasa Allah SWT serta apa yang dijanjikan-Nya.
Ini bermakna bila satu2 usaha yang kita lakukan walaupun
niat asalnya baik, tetapi perlaksanaan tidak mengikut kehendak syariat Allah,
maka Allah akan berlepas tangan. Allah tidak akan memberi bantuan dan
pertolongan-Nya kerana mereka yang menganjurkan upacara2 atau program2 di waktu
itu, hati mereka sudah ternafi sifat2 taqwa. Sedangkan mengikut janji Allah SWT,
orang2 yang dibantu dan diberi pertolongan itu hanya yang bertaqwa sepertimana
firman-Nya, “Dan Allah menjadi pembela bagi orang2 yang bertaqwa” (Al
Jasiyah: 19)
Demikian, kata2 Abuya berhubung soal perpaduan.
Maksudnya, tak usah di harap pada kuasa dan harta yang ada pada kita, kita
boleh menyatupadukan umat Malaysia seluruhnya. Sebab tanpa ‘taqwa’, Allah SWT
berlepas tangan, dan di waktu itu kita dicatur oleh hawa nafsu dan syaitan.
Matlamat tidak kesampaian. Habis ke duit semata!
Perpaduan Melayu adalah teras kepada perpaduan kaum di
negara ini. Itu Sammy Velu juga cakap, kalau tidak silap saya.
Jadi, tumpuan kita ialah membina perpaduan Melayu... yang
sekaligus akan mendorong kepada perpaduan nasional. Insyaallah!.
Jadi, apa relevannya PAS berkeras untuk memasuk sertakan
perpaduan nasional, sebab ianya akan terjadi dengan sendiri!.
Saya kira mereka ni sebenarnya takut jika berlaku
kegagalan, mereka boleh beri alasan bahawa pihak2 lain tidak dibawa berbincang
bersama oleh UMNO.
Lihat sahaja isu yang dimainkan untuk perpaduan nasional,
seperti sistem kehakiman, sistem demokrasi, sistem federalisme, dan bla..bla..
Seolah2 perpecahan ummah disebabkan ketidakadilan sistem2
tersebut, bukan sebab ketiadaan ‘iman’ dan kecintaan kepada Islam!.
Awal2 lagi mereka mengemukakan tuntutan 4
perkara, yang saya kira bukan mencari penyelesaian ‘asas’ kepada Perpaduan
Melayu (teras kepada perpaduan nasional), iaitu:-
1) Kepincangan sistem kehakiman: Pas akan secara
khususnya membangkitkan isu pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
akan mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan isu itu.
2) Pencabulan ke atas demokrasi: Pas akan membangkitkan
perkara berkaitan Federalisma dan perlunya kembali kepada semangat perlembagaan
dalam hubungan antara kerajaan negeri dan pusat.
3) Kepincangan ekonomi: Pas akan mengemukakan pandangan
rakyat berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam seperti Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Pencen, Tabung Haji dan Wang Saham Amanah.
4) Peminggiran kedudukan dan peranan Islam: Pas akan
membangkitkan isu berhubung cadangan Umno untuk menggugurkan penggunaan
perkataan ‘Islam’ pada nama pertubuhan Islam termasuk parti politik.
Perkara tuntutan di atas lebih merupakan kepentingan
kepada perjuangan PAS, dan saya kira... PAS akan mengundur diri dari
perbincangan tersebut jika perkara2 di atas tidak disentuh!.
Ini bukan berjuang kerana agama Allah, tetapi berjuang
untuk kepentingan parti dan diri sendiri!
Perpaduan Melayu menjelag 19-02-2001.
Salah satu dari 4 perkara yang dituntut oleh PAS, ialah
supaya diberi keadilan pembicaraan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Mereka lupa, turut teraniaya ialah Kumpulan AL ARQAM,
pimpinan Ustaz Ashaari. Sebab, hingga ke hari ini orang ARQAM tidak pernah berpuas
hati dengan cara Pusat Islam menjatuh sesat ke atas jemaah mereka. Tidak ada
rekod Mahkamah Syariahpun!.
Dan.. entah apa2 yang sesat, kita orang pun tak tahu!.
Dan, sehingga ke hari ini Pusat Islam belum mengeluarkan
Kertas Putih mereka, atau hujah ‘akli dan naqli’ mereka sebagai menjawab buku
Ustaz Ashaari bertajuk “Berhati2 Membuat Tuduhan”. Tahu2 saja... diharamkan
buku tersebut!.
Maklumlah, mereka ada kuasa. Kita ni hanya mentimun..
mika durian! Tergolek, digolek... pasti luka.
Bagaimanapun, sejarah telah berlalu. Kami tidak minta
diberi keadilan bicara semula. Kalau mintapun, tidak semestinya mahu!. Sebab
kami terdidik untuk menerima takdir dengan redha. Bukan memprotes takdir Allah
sebagaimana kumpulan ABIM dan PAS yang selalu kecewa dengan takdir ilahi yang
menimpa.
Satu negara boleh tergugat dek gelagat mereka yang
merosakkan!. Ternyata mereka gagal dalam ujian yang Allah Taala hadapkan ke
atas jemaah mereka.
(Sila baca ‘Hakikat
Ujian Allah SWT’ untuk lebih maklum).
Maksud diturunkan kisah sedih nii... bukannya nak minta
simpati. Hanya nak bagi tahu pihak2 yang ‘desperado’ tuu... kalau dah tahu
hayat kita setakat tu, terima saja lah! Jangan nak bakar kelabu, semata2
marahkan nyamuk seekor!.
Bukankah kita semua ini ibarat musafir dalam pelayaran
sebuah kapal menuju satu matlamat, iaitu negara akhirat yang kekal abadi.
Janganlah ada pihak yang merobek2 dinding kapal semata2 tidak bersetuju dengan
nakhoda kapal... menyebabkan satu kapal tenggelam!
Dan, kepada pihak PAS, jangan nak tunjuk wira... nak bela
Dato Seri Anwar. Abuya kena bela jugak!
Tetapi kami tahu, PAS memang sangat2 bersetuju ARQAM ni
ditamatkan riwayatnya begitu sahaja!.
Sebab tidak boleh ada dua singa Islam duduk atas satu bukit.
Akan tiada ‘gah’ salah seekor.
Setelah 25 tahun Al Arqam berjuang menegakkan ‘amal
maaruf nahi mungkar’, tidak timbul pula soat sesat aqidah pada masa itu,
dan apabila tiba saat kematiannya... PAS seolah2 tersenyum gembira. Tidak
dibela sedikit habukpun!.
Kalau adapun dalam Harakah, sekadar disebut, “Kerajaan
bertindak ke atas AL ARQAM kerana kerajaan sebenarnya takut kepada PAS!.”
Begitulah PAS sentiasa dalam berangannya. Mereka2 ni
tidak sedar kah... bahawa PAS sebenarnya menjadi ‘singa sarkas’ kepada Dato`
Seri Dr. Mahathir. Sengaja dipeliharanya supaya nampak ‘gah’ di mata dunia.
Kalau nak dibunuh... bila2 masa sahaja.
Lihatlah betapa tidak jujurnya PAS dalam memperjuangkan
Islam di negara ini. Kalau boleh dia nak buat Islam sorang2 di Kelantan. Tidak
perlu diajak puak TABLIGH dan ARQAM untuk memeriahkan suasana kebangkitan Islam
di sana.
Sebab itu lah, tahap iman tidak meningkat2 di kalangan
penduduk di Kelantan. Asyik2 dok buat Ekspo Perdagangan, main ayam serama,
lawan cengkerik, dikir barat, dll.
Tahap iman... dok tang tuu, jugak!.
Apa punya nasiblah dapat Tok Guru tak ada minda!.
Label Islam boleh dipakai pada mana2 grup politik atau
dakwah!. Begitulah lebih kurang satu lagi tuntutan mereka menjelang Perpaduan
Melayu 19-2-2001.
Apasal mereka ni sangat pentingkan label Islam, dari hal2
isi atau batin!
Ustaz Ashaari, apabila orang tanya... Ustaz, kenapa tidak
dinamakan saja ARQAM ISLAM MALAYSIA, supaya satu dunia boleh kenal kita ini
Orang Islam?.
Apa jawab beliau, “Kita bukan apa.. kita takut Islam yang
kita buat ni.., belum Islam lagi”
Hah!.. lihat tuu. Orang dakwah, berjubah serban satu
jemaah. Hidup dalam rutin kehidupan Islam sepenuhnya... masih tidak percaya
mereka telah mengamalkan kehidupan Islam ikut syariat!
Sebab apa?. Mereka takut kalau2 tersalah pembawaan cara
hidup, Islam juga yang dapat nama buruk!.
Tetapi, mika2 ni.. Parti Islam Semalaysia (PAS), Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM).. yang dok kalut buat demonstrasi seluruh
Malaysia... bakar harta awam, dll.. Islam mengajar begitu kah?
Malu lah sikit pada Al ARQAM tuu!.
Satu jemaah boleh bubar!. 10,000 hilang mata pencarian.
34 buah Kampung Arqam diquarantin... last2 sekali sunyi dan sepi!. Anak2
dihantar sekolah kerajaan alias sekular. Tidak boleh buat sekolah sendiri!.
Perniagaan dirampas.. dan bla..bla..
Tetapi, demo buat relak sahaja. Tak ada niat nak buat
‘demo’.. macam grup Al MAUNAH, atau MEMALI. Dengar kata ada Tentera Badar!.
Sebab apa?. Kerana mereka dididik dan diasuh untuk patuh
kepada nasihat Abuya, “Jangan lawan kerajaan. Terima saja lah takdir yang
menimpa. Mungkin ada hikmah dan kebaikan di sebalik itu semua”.
Dan, itulah sifat orang beriman... bersabar dan redha
dengan takdir illahi.
(Penulis akan telah kupas perkara ini dalam “Hakikat Ujian Allah SWT” terhadap jemaah
PAS, ABIM dan AL ARQAM).
Mari kita sama2 check ‘nada’ perpaduan, di antara grup
politik dan bukan grup politik... dan siapa yang lebih ikhlas bila bercakap
pasal perpaduan.
Abuya dalam buku beliau `Renungan Untuk Mengubah Sikap’
menyebut, “Demikianlah contoh pendidikan oleh guru-guru atau
ulama-ulama. Pendidikan yang mencetuskan ukhwah dan perpaduan, bermula daripada
guru dan murid, di sekolah atau di rumah. Di sekolah dia bertindak guru. Di
rumah dia menjadi tuan rumah kepada tetamunya. Kalau berjalan bersama-samanya,
dia seolah-olah kawan. Di masjid, dia sebagai pendidik. Sembahyang sunatnya
banyak, membuatkan muridnya turut banyak sembahyang”.
Manakala, PAS pula berkata dalam akhbar Harakah bertarikh
16-02-2001, di muka surat belakang iaitu,
“... kerana berbagai kepincangan dalam pemerintahan
kebelakangan ini telah mengugat keyakinan rakyat terhadap keutuhan nasional.
Ianya diperkatakan oleh setiap lapisan rakyat dan telah menimbulkan keresahan
sehingga membawa kepada reaksi dan bantahan dalam berbagai bentuk. Setiap
kemelut besar seperti penghakisan demokrasi, ancaman terhadap sistem
federalisma, kecurangan dalam sistem ekonomi, ketidakyakian kepada kebebasan
mahkamah seperti yang disaksikan dalam kes terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim,
dan..bla... bla..”
Nyata sekali, Abuya lebih ikhlas bila memperkata soal
perpaduan. Beliau mencari2 sebab asas kepada perpecahan ialah sistem pendidikan
yang tidak berteraskan iman dan taqwa.
Manakala, PAS hanya nampak akibat kepada perpecahan. Di
sebalik kemelut perpecahan itu, diintip2nya ‘kepentingan kuasa’ bila ada
peluang terbuka. Mereka lebih bersikap, “Di mana ada jalan, di situ ada peluang!”.
Demikianlah selalunya, apabila PAS memperkatakan sesuatu,
mesti dilibatkan pihak yang lain untuk bukti sokongan!. Seolah2 mereka takut
dengan bayang2 sendiri... kalau ramai2 tuu... ada sandaranlah jugak!.
Sebab apa?. Sebab mereka tidak begitu yakin dengan metod
penyelesaian yang digariskan bersama.
PAS yang sentiasa bangga dengan dirinya berkata, “Setiap
kali ada kemelut perpecahan, PAS diajak berunding setelah pihak pemerintah
gagal melaksanakan missi perpaduannya.”
Ya ke begitu?. Masuk bakul angkat sendiri, nampak!
Setahu ana, setiap kali permesyuaratan damai, PAS mesti
dapat sedikit sebanyak ‘keuntungan’, samada berbentuk nikmat lahir atau
maknawi... berupa akta, peraturan, dsb.nya!.
Kita orang dakwah, tak boleh ke!
Mentang2lah kita orang tolak Sistem Demokrasi Terbuka
alias Sekular nii... demo tak masuk kira kita dalam pembahagian harta
keuntungan negara.
Tak apa..tak apa!.
Kitapun bukan nak sangat ‘nikmat maya’ itu, yang
diperolehi bukan di atas jalan syariat!. Tak ada pahala ibadah!
(Sila rujuk ‘Ibadah
Dalam Islam).
Tetapi walaupun nikmat itu bercanggah dengan jalan
syariat, boleh juga dapat faedah daripadanya. Sekurang2nya boleh buat ‘Public
toilet’, wakaf, jenjatas, jalanraya, dsb.nya.
Tidaklah rasa ‘tengik’ atau rasa loya nak muntah... bila
buang hajat di Puduraya.
Sembahyang pun boleh khusyuk... dan itulah ‘keuntungan’
yang kita nak peroleh sikit!.
Maksud di sini, dalam setiap perbincangan yang melibatkan
kepentingan umum, PAS mesti dapat – kalau tidak sedikit, banyak ‘keuntungan’,
berbanding rakyat2 lain yang tidak berparti atau bersikap ‘neutral’.
Kita lihat tulisan Jaafar Abdul Rahim, dari Kuala Lumpur dalam
laman Web Berita Harian pada 17-02-2001, ekoran perpecahan Melayu pada tahun2
1960an dan 70an.
“Peristiwa penubuhan kerajaan campuran
Perikatan dengan PAS pada 1 Januari 1973 adalah peristiwa bersejarah bagi
perpaduan Melayu pada awalnya.
Begitulah dengan diplomasi dan keramahan
Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, Asri dapat dijemput untuk
menubuhkan kerajaan campuran Umno-Pas pada 28 Disember 1972.
Persetujuan Umno-Pas berasaskan 13 syarat:-
1) Sebuah kementerian akan diberi kepada Pas,
iaitu Kementerian Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas yang akan bertanggungjawab
dalam hal-ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya, dan juga perkara lain yang
akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa;
2) Perdana Menteri akan menimbang calon-calon
yang ditunjuk oleh Pas bagi menjadi anggota Dewan Negara apabila ada
kekosongan;
3) Perdana Menteri akan menimbang
pemimpin-pemimpin Pas yang layak untuk menyertai rombongan rasmi ke luar negara
dan juga jawatan perkhidmatan di luar negara yang difikirkan sesuai, perlu dan
munasabah;
4) Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli Pas
yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa, lembaga dan
perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri. Begitulah juga sebaliknya di
Kelantan, ahli dan pemimpin Perikatan akan diberi pertimbangan yang sama oleh
Kerajaan Kelantan untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa, lembaga dan
perbadanan dalam negeri itu;
5) Dua ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
dari parti Perikatan yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli
exco negeri;
6) Dua ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan
Terengganu dari parti Pas di tiap-tiap negeri itu yang ditunjuk oleh partinya
akan dilantik menjadi ahli-ahli exco negeri masing-masing;
7) Selama kerajaan campuran Perikatan-Pas ini
wujud, tiada sebarang pertandingan antara Pas dan Perikatan dalam pilihan raya
kecil di dalam kawasannya masing-masing kecuali kawasan di mana telah dimenangi
oleh parti lain, maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dulu;
8) Begitu juga kawasan pilihan raya yang
dimenangi oleh Pas dalam pilihan raya umum 1969 yang kemudiannya ahli-ahli yang
berhormat berkenaan terhenti daripada menjadi ahli Pas, maka sekiranya berlaku
pilihan raya kecil dalam kawasan yang berkenaan, maka satu perundingan
hendaklah diadakan. Jika sebarang persetujuan tidak tercapai maka pertandingan
seperti biasa bolehlah diadakan;
9) Hendaklah tiada sebarang ikatan atau
perjanjian untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Segala sesuatu
akan dibincangkan kelak apabila tiba waktunya;
10) Kebebasan anggota Pas dalam Kabinet
pusat, exco negeri, Parlimen dan majlis undangan negeri untuk membangkang
sebarang cadangan atau undang-undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah
terjamin; dan
11) Sebuah jawatankuasa penyelaras hendaklah
ditubuhkan dengan anggota-anggotanya terdiri sama banyak antara Pas dengan
Perikatan.
Lihatlah betapa beruntungnya PAS bila berlaku sesuatu
perundingan damai.
Parti2 nyamuk yang lain tuu.. tak usah nak ngigau la..
dapat buat reformasi besar2an, kalau dua ekor gajah tuu.. tak jadi berlawan,
malah bersahabat baik pulak!
Awak jugak yang semput nafas terima habuan gas pemedih
mata!
Kesihan..kesihan.
Kita juga nak bagi tahun PM!. Tak osah dok layanlah kehendak2
PAS yang berkepentingan itu!. Bukannya nak cari ‘formula asas’ yang membawa
perpaduan kepada umat Melayu, dan perpaduan nasional amnya.
Saja mereka nak menyusahkan jalan berfikir orang2 yang
normal akal fikirannya.
Tarikh 15-2-2001.
Masjid Kg. Tepi Sungai, Tanah Merah
Tok iman telah membaca perutusan khutbah Jumaat dari MAIK
berhubung soal Perpaduan Ummah. Di antara kandungan, “...bersama2lah kita
kembali kepada iman dan Islam.... dan menegakkan Kerajaan Akhirat...dan,
bla..bla..”
Tidak disebut perpaduan nak mula dari mana... di Parlimen
ke, di rumah atau di sekolah?.
Begitulah dendangan syarahan PAS di mana2 jua. Bercakap secara umum... terawang2. Pengikutpun terangguk2 dan terlompong2, tidak tahu nak ‘start’ di mana!.
Ustaz2 dia, tak boleh bagi tahu ilmu yang ‘specific’
ke?.. biar tahu di mana nak mula dulu?. Sebab, mudah sikit nak buat kerja!.
Umpamanya, kalau nak suruh orang gali emas. Jangan
sekadar sebut, “Carilah di hutan Jeli”.
Kena sebut, “Carilah di tempat yang daun dan batang
pokok2nya.. kekuningan”. Baharulah ‘specific’ dan mudah nak start kerja!.
Tidaklah tercogang2.. tercogang2, tidak tahu nak buat
apa!.
Kerajaan Akhirat tuu.. apa dia, ya?
Tolong jelaslah sikit... nak dirikan macam manaa?.
Melalui peti undi, ke?. Atau tanam iman dan Islam dulu...
seperti hok nabi buat!.
Kalau sekadar cakap tuu, budak kecikpun tahu!
Jelaslah, PAS bukan parti yang pratikal, tiada seni2
perjuangan menegakkan Islam. Mereka main hemtam kromo saja... bila hukum kata
buat, mereka buat. Seperti kes hudud!
(Sila lihat ‘Falsafah Hudud
dalam Islam’).
Kesimpulannya, PAS adalah parti berkepentingan sendiri.
Suka ambil kesempatan ke atas ketidakfahaman orang ramai terhadap Islam, tanpa
ia sendiri mengemukakan suatu kaedah penyelesaian yang sebenar2nya praktikal
dan muktamad!.
Mungkin pembaca tertanya2 mengapa saya begitu kontra
sekali dengan PAS, tidak dengan UMNO.
Sebenarnya, bukan setakat dua parti tersebut, bahkan semua
parti2 politik di negara ini yang melanggang perjuangan berlandaskan Sistem
Demokrasi Sekular, saya tentang habis!.
Sebab ia bercanggah dengan syariat. Tuhan tak bagi
pahala!
Saudara2 boleh ‘klik’ untuk membaca hujah2 saya dalam:-
1)
Perjuangan Yang Tidak Relevan
Yang nak marah dengan PAS tuu... pasal dia mendakwa, “PAS
itu Islam, dan Islam itu PAS”. Nama baik Islam banyak rosak kerananya, dan ramai
yang terseleweng akal.. yang menyamakan parti PAS itu dengan Parti Nabi
Muhammad SAW.
Ada ke patut!. PAS dengan ARQAMpun, Pas tidak boleh
‘celeng’ bak cara hidup, dsb.nya... inikan pula dengan para2 sahabat Nabi SAW.
Saya ikhlas nak cakap sikit, sebelum hayat saya habis
dikandung badan, saya nak tenggok satu perkara,.. iaitu “Muzakarah di antara
PAS dengan AL ARQAM”.
Baharulah kena buku dengan ruas!.
Akhir kata...
Perjuangan yang tidak berlandaskan kebenaran, tidak akan
sampai ke mana. Mungkin beroleh dosa, pulak!.
Berkata hukamak, “Yang hak jika tiada peraturan,
akan dikalahkan oleh yang batil, yang ada peraturan”.
Sekian. Wassalam.
APIPI@AbuyaJr.001
180201