MY Profail
Assalamualaikum wr. wb. Ana berusia 42
tahun, sudah berkahwin, anak 4, bekerja kerajaan. Pendidikan setakat STP, selepas itu join dakwah, selepas merasakan ‘hati penuh mazmumah’ bila berada dalam politik tanahair. Tak habis2 nak marah kat kawan2 sepejabat! (Ini kes Team
A, Team B dahulu la ni!!) Rupa2nya, dalam grup dakwahpun ada kaedah dan uslub perjuangannya yang tersendiri!. Yang lebih bersih dan suci serta menepati Syariat Islam – lahir dan batin!. Hobi, suka tafakur di lembah Sg.
Kelantan sambil mengail ikan. Tujuan hidup, ingin buat amal
kebajikan sebanyak mungkin. Pantang, dengan sikap kepura2an dan
membazir masa. Falsafah hidup, ‘mencari kebenaran’
di kala dunia semakin lemas dengan ‘isma2’ dan peraturan2 ciptaan manusia. Berkenal dengan Jemaah AL ARQAM di
Gua Musang tahun 1986, lantas jatuh cinta dengan minda Abuya Sheikh Imam Ashaari
Muhammad At-Tamimi. Bergiat tidak sepenuh masa sebagai
Arqam Batik! Pakaian biasa, tidak berjubah serban
sebagaimana Arqam Original, tetapi memakai minda Ustaz Ashaari. Jadi, kalau feel perangai itu kurang
berakhlak, jangan salahkan Arqam Tulen. Akhlak mereka ada
‘class’...cool..very cool! Tak macam orang PAS!. Ibarat ‘tempeleng pipi kanan, pipi
kiri di sua pula!’ Macam tok guru mereka la!.. Tawaduk, penyabar, berlapang dada... sampai kena sesat2 demo! Nak buat macamana, mika durian...
kita mentimun!. Tergolek.. digolek pasti luka! Hendak tak hendak, kena ubah
strategi, “If you can’t beat them, you join them!”. Tetapi, kalau nak join mereka, kena
kemaskan diri dulu... dengan IMAN dan TAQWA.! Jangan jadi serupa Dato’ Seri Anwar
Ibrahim, terkandas bila berhadapan dengan Ujian Berbentuk Nikmat!. (Ujian bentok
nikmat ialah ujian yang paling sukar). Dan, itulah siasah Al ARQAM, supaya
masyarakat tidak kalut.. dan merosakkan harta benda awam, seperti puak-puak
yang satu lagi, tuu! Sehubungan dengan itu, kita nak
‘sound’ sikit kat Pusat Islam. Jangan nak memandai2 lagakan kami
dengan PM!. Jangan nak tuduh laman Web ini
sebagai meraikan peribadi Ustaz Ashaari!. Tak ada niat kami ke situ. Hanya
kebetulan ilmunya ‘relevan’ dengan kebenaran. Maka, kami guna untuk
membenteras perkara2 yang batil dan kumpulan yang buat onar dan kerosakan
dalam negara. Harap kepada Pusat Islam, tak ada
kesan langsung!. Masyarakat jadi bertambah2 rosak. Panglima dia pun dah letak
jawatan!. Baru di kabor, strateginya tidak
mengena!. Bahawa ‘tarbiah’ yang dibuat secara
resmi2 di atas pentas itu, tak menjadi!. Sekarang baharu nak turun ke
gelanggang, makan sedulang dan tidur sebantal dengan anak buah! Kita orang dah lama buat kerja tuu...
tapi tidak kesampaian kerana dengki para ulama. Sememangnya, ulama dikenal dengan sifat
‘dengki’, kerana kemashyuran, bukan kerana harta!. Sabda Nabi SAW, “6 golongan masuk neraka
kerana 6 sebab. Iaitu Bangsa Arab dengan kesukuan, Raja dengan kezaliman, Pemimpin
dengan sikap takabur, Peniaga dengan sifat kianat, Orang Desa dengan
kejahilan dan Ulama dengan sifat hasad dengki”. Walaubagaimanapun, laman Web ini bukan nak balas dendam pada kerajaan. Mana kita boleh lawan kerajaan
ataupun PM! Dia ibarat ayahanda kepada kita
semua, kan? Umpama, seorang ayah yang zalim di
rumah. Bagaimana ikhtiar anak2 nak menyedarkan dia? Tak kan nak buang dia langsung dari
rumah!. Anak2 kena tunjuk kasih sayang kepada
ayah mereka. Supaya, ayahnya terfikir, “.. bahawasanya aku tidak
sepatutnya berlaku zalim pada anak-anakku”. Itukan satu siasah!... yang relevan
dengan zaman diktator ini, yang orang2 PAS dan ADIL kena belajar dengan
Abuya. Ingat, “Berundur bukan bererti kalah.
Mengalah bukan bererti sesat!”. Sekian, wassalam. “Selamat Membaca” AbuyaJr.001@APIPI
010101 |