ULASAN KEPADA ‘ROH AMAL’

 

Hah!. Amacam!. Best tak?. Class tak ilmu Tok Guru saya?.

 

Itulah... orang yang dianggap sesat, jangan kita remeh-remehkan!. Kot2 terlepas mutiara2 ilmu dari mulutnya. Nasib baiklah ada Abuya.Jr.001 tolong terjemah dan gilap kembali ilmu yang terpendam!.

 

Kalau ikut perintah Pusat Islam tuu.. ilmu yang baik terkubur begitu sahaja!. Dia orang nampak yang negatif sahaja!. Yang positif tuu, tak ada!. Melainkan kahwin banyak. (Yang ini, mika nak ikut!).

 

Dan, dengan bantuan internet, saudara2 mendapat ilmu yang ‘up-dated’ dan pantas sekali.

 

Kalau dok harap kat ustaz ceramah kat masjid, entah bila nak syarah bab ‘Roh Amal’ ini!. 2 atau 3 tahun baharu ketemu, brangkali?.

 

(Dan lumrahnya begitulah!. Ilmu yang baik itu, makan masa berbulan2 hatta bertahun2.. baharulah sampai ke pengetahuan kita!.

Nak buat guano!. Akhbar dan radio TV dia orang punya!.

Dia ada kuasa men’frame’ pemikiran orang banyak!. Kalau dia kata sesat, maka sesatlah!. Untuk memudahkan mereka ambil tindakan selanjut).

 

So.. jangan ingat saluran2 ilmu di internet ini ‘back dated!’. Malahan, ianya ‘up-dated’ dengan falsafah kehidupan semasa.

 

Lainlah, kalau saluran2 itu membawa ilmu yang batil, seperti saluran2 PAS dan puak2 Reformasi. Pastinya ia mengundang.. sifat dengki, marah dan dendam kesumat terhadap para pemimpin negara. Tak fasal2.. hati yang putih bersih jadi gerhana dan gelap pekat!. Gara2 tidak pandai menjaga dan mengatur urusan hati!.

 

Sebab sifat nafsu itu cenderung kepada keburukan. Keburukan terhadap pemimpin yang dibawa oleh puak2 yang tidak dapat menerima takdir illahi. Apalagi untuk redha dengan ujian dan musibah tersebut!.

 

Tidak seperti perangai orang Arqam, yang ‘cool’ tak kira apa ujian mendatang!.  Mereka lebih akur kepada sabda Nabi SAW, “Berlaku baik kepada mereka yang berlaku jahat kepada kamu”.

 

(Sila lihat ‘Hakikat Ujian Allah SWT’ dan “Siasah Perjuangan Dalam Konteks Belum Bersedia”).

 

Kembali kita..

 

Ilmu berkaitan ‘Roh Amal’ ini sememangnya suatu yang berat dan mendalam. Tidak ramai orang boleh mensyarahkannya secara jelas dan mudah faham!. Itu sebablah kita jarang sekali mendengar para ustaz mensyarahkannya di masjid2. Kalau adapun, bahasa yang digunakan berbelit2, sukar difahami!.

 

Last2 sekali, timbul boring!.

 

(Itu sebablah kenapa ada yang suka borak2 di luar masjid. Daripada mendengar perkara yang susah nak faham, lebih baik berborak tentang perkara2 semasa yang mudah nak faham!.

 

Semuanya bersebab dari – penceramah yang tak ada minda!.

 

Bercakap terawang2, tidak ada teknik penyelesaian yang relevan dengan cabaran semasa atau zaman IT, tidak ada ‘role model’ untuk dicontohi, dll.

 

Nak relevan macamana kalau dok rujuk ‘Kitab Kuning’ karangan ulama2 zaman dahulu!.

 

Nak kenal ulama yang sedemikian tidak payah!.

 

Iaitu mereka yang tidak lancar membaca tulisan Rumi- metod tulisan yang menjadi pengantara ilmu abab muktahir ini!.

 

Itu belum lagi tanya Bahasa Inggeris, bahasa antarabangsa.. yang menjadi ‘medium’ perhubungan antara manusia dengan segala permasalahan hidup mereka untuk dikongsi bersama!.

 

Lagi2 terlopong lah bila tenggok masaalah kehidupan di negara Orang Putih melalui kacamata TV. Sebab tersangatlah takjubnya! – kenapa boleh berlaku demikian?.

 

Itu sekadar nonton TV, belum mengalaminya sendiri!.

Maka, siapa lebih mantap ilmunya?. Yang tengok sahaja atau yang bergelanggangan untuk berdakwah di tempat orang dengan meninggalkan keseronokan hidup bersama anak isteri?.

 

Jadi, bagaimana ulamak yang sedemikian boleh pegang ‘microphone’ di masjid2 dan.. bolot untuk dirinya seorang saja?. Tidak hairanlah, jemaah semakin hari semakin berkurangan!. Last2 tinggal Tok Iman dan Tok Bilal, sahaja!.

 

So, jangan ditanya kenapa orang tak pergi masjid!.

Periksa diri sendiri dulu, kemudian baharulah tanya orang lain!.

 

Sebab utama ialah kerana para ustaz tidak ada wibawa dan tidak ada ilmu untuk menarik orang!.

Yang ada – sikap tunjuk warak dan zuhud untuk tarik kepercayaan orang!.

 

Itu belum ditanya lagi, isu-isu politik yang dimainkan dalam masjid yang tidak semua orang gemar kepadanya!.

 

Kerana semua orang maklum – Politic is a dirty game!.

 

Baik.

 

Diringkaskan cerita.. berikut ialah ulasan saya terhadap kuliah ‘Roh Amal’ di atas.

 

 

ULASAN 1

 

Pertama2 sekali kita kena tahu membezakan antara ilmu yang diperolehi hasil ‘Mujahadah’, dengan ilmu yang diperolehi secara belajar dan mengadap guru semata!.

 

Sebab kedua2nya itu ibarat langit dan bumi!.

 

Yang satu itu berkat, dan boleh memberi faham kepada orang lain, seterusnya boleh berlaku perubahan kepada diri pendengar.

 

Yang satu lagi itu, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!. Sekadar boleh faham tetapi tidak boleh berlaku perubahan pada diri.

 

Ringkasnya, kalau nak cari Tok Guru.. carilah jenis orang yang suka bermujahadah. Insya-Allah, ilmunya berkat, boleh faham dan boleh berlaku perubahan pada diri.

 

Contoh terbaik, ialah ilmu tentang ‘Roh Amal’ ini.

 

Bukan calang2 orang boleh mengutarakannya dengan mudah, sistematik dan boleh difahami oleh semua peringkat umur.

 

Itulah dikatakan, ilmu yang terbit dari hati (hasil mujahadah), akan jatuh ke hati (pendengar).

Orang boleh faham dan.. insya-Allah boleh berubah!.

 

Dan ilmu hasil mujahadah ini biasanya bertentangan dengan normal2 pengajian ilmu. Sebab ia mendapat percuma2 sahaja tanpa usaha belajar, mentelaah, muzakarah, dll.. sampai nak pecah kepala!.

 

Kerana ia ilmu ‘Laduni’ yang dicampakkan oleh ALLAH SWT ke dalam hati hamba2nya yang disukai-Nya tanpa usaha belajar yang memenatkan!. Sebagai ‘hadiah’ kepada hamba2nya yang suka bermujahadah!. Sesuai dengan firman-Nya, “Barangsiapa bermujahadah ke jalan kami, nescaya kami akan tunjuk jalan kami itu”.

 

Dan, memperoleh ilmu melalui proses mujahadah ini.. sangat2 kontra dengan Wahabi dan pihak2 yang suka menolak golongan sufi dan ilmu tarikat seperti Pusat Islam!.

 

 

ULASAN 2

 

Banyak orang tertipu dengan perkara lahir.

 

Ingatkan.. dengan bekerja, sembahyang, berpuasa, haji, berjuang dan berjihad, dsb.nya itu, Tuhan dah tentu beri pahala amal ibadah!.

 

Rupanya tidak!. Belum cukup syarat lagi!.

 

Perlu ada ‘Roh Amal’, ataupun disebut ‘Natijah’ kepada Lima(5) Syarat-syarat Ibadah Dalam Islam.

Baharulah ALLAH SWT nilai sebagai pahala ibadah!.

 

Jelasnya, betapa kita semua tertipu dengan amalan2 hidup kita selama ini. Disangkakan ‘Bakul penuh pahala’, tetapi ‘Hampas sepenuh raga’!.

 

(Sila lihat ‘Ibadah Dalam Islam’ untuk lebih maklum).

 

Siapalah Tok Guru yang men’design’ kurikulum pendidikan kita ini... sampai habis semua sesat barat!.

 

Bidang politik lebih2 lagilah!. Habis dikarut oleh ulama politik sampai ALLAH pun dituduh mencarut!.

 

Bagaimanapun, yang jelas ialah... betapa ilmu asas Abuya ini terbukti relevan antara satu sama lain!.

 

Kalau saudara menolak salah satu darinya – ‘Roh Amal’ atau ‘Lima Syarat2 Ibadah’ – saudara pasti rasa ada sesuatu yang tidak kena.. dalam kembara membina syaksiah diri!.

 

 

ULASAN 3

(Bersambung...)

 

 

APIPI@Abuya.Jr.001

310701