Ulasan Kepada Dua(2) Kategori Ulama

 

 

Ini mana punya tuduhan mari.. mengatakan Abuya mendakwa sebagai Nabi?.

PM pulak yang dok gembor2kan kat media massa!.

 

Ana yang sentiasa berkunjung ke Perkampungan Al Arqam, Gong Kulim, Pasir Puteh setiap malam Jumaat tak ada pulak mendengar khabar ‘Abuya menjadi Nabi’ seperti itu!.

 

(Untuk makluman, pada setiap malam Jumaat, pengikut2 Al Arqam +/- 300 orang dari seluruh Negeri Kelantan akan berkumpul untuk Majlis Tahlil, Selawat, dsb.nya selain berbincang mengenai aktiviti2 mingguan Jemaah pada hari esoknya).

 

Jahat betul la.. orang yang empunya angkara ni!

 

Serupa jugalah tuduhan yang mengatakan Al ARQAM ada Tentera Badar!. Sedangkan gambar kononnya Tentera Badar yang diambil itu, adalah latihan fizikal corak Al ARQAM.

 

Tidak boleh ke kita orang Islam nii.. bersiap sedia mental dan fizikal sikit?. Sedangkan Nabi SAW sendiri menggalakkan umatnya sentiasa bersiap sedia, memanah dan menunggang kuda!.

 

Orang ramai yang menerima tuduhan ini... agaknya dah tidak boleh berfikir secara rasional, barangkali!.

Kena pimpin jalan berfikir ibarat orang tua jalan bertongkat!.

Apa sibuk2 nak lawan pemerintah?. Pemerintah kata gitu, telan saja lah!. Bukannya periuk nasi kita!.

 

(Kata PAS brangkali!. Sebab mereka ini setuju bebenor Jemaah AL ARQAM tuu padam!. Supaya tidak terlindung seri jemaah mereka.. dan orang pakat ramai2 sokong PAS!).

 

 

Berbalik kepada tuduhan, ‘Abuya mengaku nabi”.

 

Kita yang terima tuduhan ini dok sangka, kita seorang sahaja yang sihat kepala otak!.

Orang lain dah tak betul jalan fikiran belaka!.

 

Ingat Orang Arqam ni.. bodoh2 belaka, ke?.

 

Semua profession manusia ada kat sini. Peguam ke, guru, doktor, engineer, teknician, dsb.nya.

 

Kalau bodoh.. saudara2 tak kan jumpa perbahasan2 yang rasional dan bernas dalam laman web ini.

 

Sebenarnya, hal ini bersebab dari kekeliruan tentang ‘Ulamak berwatak Nabi’ dan ‘Ulamak berwatak Rasul’ di atas.

(Mesti Pusat Islam tak setuju bila sebut.. watak2 nabi, dan watak2 rasul ni!

Perkara seperti ini bidaah!.. sebab sahabat2 nabi sendiri tak sebut. Apa hebat sangat dengan Abuya!).

 

Itu kita orang punya ilmu tasawwuf lah!.

Awak bukan orang tarikat, tak osah campur!.

 

Yang peliknya, bila kita kata kaum perempuan.. ada yang berwatak kucing, watak harimau, watak naga, dll.. kita semua terima pulak!.

 

Kita dinasihatkan berjaga2lah.. kerana lain watak, lain teknik pulak untuk menundukkan mereka.

Lebih2 lagi yang berpoligami, mesti tak lepas dengan perang dan masam2 muka.

 

Mungkin Pusat Islam kata, itu watak harimau dsb.nya.. tak apalah dipakai pada manusia. Tetapi watak nabi dan rasul, tak boleh! Ia sensitif!.

 

Apa para nabi dan rasul itu bukan manusia, ke?.

 

Bangsa jin, kot! Maka kita tidak boleh bersikap dengan watak nabi atau rasul..

 

Habis tuu.. yang nabi dok kata, “Jika ada nabi selepasku ini, nescaya Abu Bakar lah yang menjadi nabi..”

 

Sememang Pusat Islam ini tak pernah bersikap relevan bila berhadapan dengan orang Tarikat!.

 

Nak buat guano, demo dok gaji dengan orang Wahabi, bangsa asli Mekah!.

 

Bila balik Malaysia, bergaduh dengan orang lulusan pondok pulak!.

 

Sekian. Wassalam.

 

AbuyaJr.001

180301