(ULASAN KPD PENGERTIAN JIHAD FISABILILLAH)

 

 

Saya telah menyampaikan pengertian sebenar ‘Jihad Fisabilillah’ daripada tokoh dakwah dan pejuang Islam masakini, Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi.

 

Katanya, jihad itu adalah – Untuk dan Kerana ALLAH SWT semata. Bukan kerana hendakkan kepada kuasa, hendak benteras penzaliman, hendak tegakkan keadilan (walaupun disuruh) dsb.nya. Niat-niat tersebut walaupun baik dan disuruh, tetapi adalah produk sampingan sahaja. Sebab masih bisa terseleweng. Yang penting, kita berbuat kerana ALLAH, yang lain-lain itu akan datang dengan sendirinya.

 

Perjuangan, jika atas dasar atau niat tersebut, selain daripada - Untuk dan Kerana ALLAH – tidak diberi ganjaran pahala ibadah oleh ALLH SWT.

(Sila lihat ‘5 Syarat-syarat Ibadah’ untuk lebih maklum).

 

Saya juga telah memperkatakan ‘Tujuan Berjuang’. Sebab banyak orang tidak tahu apa fokus utama mereka berjuang. Iaitu untuk kenal ALLAH. Cinta ALLAH. Tak kenal maka tidak cinta. Apabila datang cinta baharulah datang taat kepada setiap suruhan dan larangan ALLAH!. Seseorang akan patuh kepada peraturan hidup ALLAH yang diturunkan, iaitu Syariat Lahir dan Syariat Batin.

 

Di kala itu, tak payah lagi kita kata - taghut, pasik atau kafir kat mereka!. Mereka akan sedar sendiri apabila iman telah memenuhi hati sanubari.

 

Tetapi adakah kita melaksanakan tanggungjawab semua itu, sebagai pendaei atau pendakwah yang sebenar?.

 

Tidak sama sekali!.

 

Kita lebih berjuang untuk mendapatkan kerusi (kuasa), kerana kita rasa orang lain tidak boleh memimpin. Lihatlah betapa ego dan sombongnya kita, ujub dengan diri sendiri!.

 

Maka, kita ciptakan alat untuk menghalalkan semua itu, iaitu Sistem Demokrasi Berpilihanraya. Maksudnya – berparti!. (Lihat ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’)

 

Benarlah kata Ustaz Ashaari, besar kemungkinan fahaman kebangsaan (assobiyah) dalam perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama. Kerana orang sudah tidak tahu apa tujuan mereka berjuang.

 

Demikianlah, dua perkara yang menjadi ‘kabur’ kepada semua orang. Iaitu pengertian ‘Jihad Sabilillah’ dan ‘Tujuan Berjuang’.

 

Bersambung...

 

240901