SIASAH PERJUANGAN DALAM KONTEK BELUM BERSEDIA

 

Apa yang dikatakan Perjuangan, apa itu Siasah, apa Uslub Perjuangan yang dipakai, dan siapa yang berhak dipanggil Pejuang Islam dalam erti kata yang sebenarnya?.

 

Demikianlah persoalan2 yang perlu dijawab sebelum seseorang itu mendakwa dirinya atau jemaahnya sebagai pejuang Islam yang sebenar.

 

 

ª Apa itu perjuangan?.

 

Perjuangan bermaksud usaha ikhtiar kita untuk menegakkan kebenaran dan menjadikan Islam sebagai ‘Ad Din’ iaitu suatu cara hidup yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah!.

 

Dan dalam kontek laman web ini ialah perjuangan Jihad Fisabilillah, ia bermaksud usaha ikhtiar kita untuk menegakkan agama Allah dan hukum-hakam Allah di dalam semua aspek kehidupan masyarakat.

 

Perjuangan yang benar2 kerana Allah dan untuk Allah semata2. Bukan atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, hendakkan pangkat, hendakkan nama, kemashyuran dan kemewahan.

Bukan juga atas dasar hendak menegakkan bangsa, hendak menghapuskan penzaliman (walaupun disuruh), dsb.nya.

 

Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud2 di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja dan tidak dinilai pahala ibadah oleh Allah SWT kerana bertentangan dengan ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah Dalam Islam’.

 

 

ª Apa itu Siasah?.

 

Siasah pula bermaksud, sebarang usaha ikhtiar kita untuk menegakkan khalimah Allah di muka bumi ini hendaklah berstrategi dan berhikmah!. Seolah2 menarik rambut dari tepung, jangan pula tepung terkucar-kacir!. Janganlah pula saudara seIslam bergaduh, bermasam muka, dan orang bukan Islam pulak lari daripada kita!.

 

Lebih2 lagi pula, janganlah kita mencampak diri kita ke lembah binasa!. Jika demikianlah perlakuan kita, jatuh ke haram dan berdosa pulak!.

 

Siasah perjuangan juga mesti meliputi semua aspek kehidupan, seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, dll, bertujuan menarik manusia secara beransur2 ke arah Tuhan Rabbul ‘Alamin sebagai hamba2nya. Bukan menjadi seorang pelajar yang ujub dengan diri dan ilmunya serta suka berdemonstrasi, usahawan yang tamak, ahli politik yang takabur dan suka membangkang, lawyer yang putar belit, dsb.nya.

 

Kalaulah demikian jadinya, tandanya siasah kita tidak betul!. Merosakkan ramai orang!. Tanam benih tak jadi pokok!. Jadi hantu raya!.

 

Pemimpin yang mengenengahkan jalan perjuangan seperti ini, sepatutnya letak jawatan!. Beri jalan kepada orang lain yang lebih layak!.

 

 

ª Apa uslub perjuangan yang digunapakai?.

 

Uslub bermaksud kaedah atau ‘platform’ yang digunapakai untuk perjuangan menegakkan khalimah Allah SWT. Sudah tentunya ia bukan dari ideologi atau isme2 bikinan akal manusia, iaitu Sistem Demokrasi, Sistem Sosialis, Komunis, dll.

Tetapi suatu kaedah yang merujuk kepada Al Quran dan Sunnah Nabi, serta relevan dengan ‘Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah Dalam Islam’.

 

 

ª Siapakah yang dikatakan pejuang Islam yang sebenar?.

 

Pejuang Islam sebenar ialah mereka yang sangat2 menjaga syariat lahir dan syariat batin. Semestinya orangnya bertakwa, kerana hanya orang2 yang bertakwa sahaja dibantu oleh Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya, “Allah menjadi pembela (penolong) bagi orang2 yang bertaqwa”. (Al Jasiyah: 19).

 

Dengan taqwa sahaja kita boleh mengalahkan tuntutan hawa nafsu dan pengaruh syaitan dari menyelewengkan nikmat Allah yang kita kuasai itu!.

 

(Tanpa taqwa, dengan kekuatan apa hendak kita menolak nikmat balak dan saham yang disogokkan kepada kita itu?.

Dengan ijazah usuluddin, kedoktoran, dsb.nya?. Belum tentu kita lulus dari Ujian Bentok Nikmat itu, kalau taraf iman hanya setakat Iman Takliq dan Iman Ilmu.

 

Sila lihat ‘Hakikat Ujian Allah SWT’)

 

 

Demikianlah definasi perjuangan Islam secara sepintas lalu.

 

Daripada pra syarat di atas, maka tidaklah boleh mana2 pihak dengan mudahnya mengelarkan mereka sebagai pejuang Islam akhir zaman. Lebih2 lagi jika bersalahan dengan ‘Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah Dalam Islam’.

 

Jelasnya, tidak boleh pihak UMNO atau PAS mendakwa diri mereka sebagai satu2nya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia.

 

Apa erti pejuang Islam kalau ‘profession’ itu tidak berpahala!. Kerja buat kita tidak dinilai ibadah oleh Allah SWT kerana bertentangan dengan ‘5 Syarat Ibadah Dalam Islam’.

 

Apabila sesuatu perjuangan itu bersalahan dengan cara/teknik/uslub yang Allah kehendakki, maka ianya bererti hukum Fardhu Kifayah ini – Mewujudkan suatu siasah Islam yang sebenar dalam semua aspek kehidupan, baik bersifat local atau antarabangsa – masih belum terjawab/tertunai juga!.

 

Sebagaimana Hadis Nabi SAW, “Hendaklah ada sebagian dari kamu, satu pihak menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran”.

 

Maknanya, kita rakyat Malaysia masih menanggung dosa Fardhu Kifayah kerana kaedah/teknik yang Allah gariskan dalam Al Quran dan Sunnah belum dipraktik dengan baik dan sempurna serta lengkap pada semua aspek kehidupan dalam masyarakat!.

 

Lebih2 lagi pada peringkat jemaah, kerana jemaah atau toifah itu tapak kepada Daulah (Negara Islam Malaysia)!.

(Daulah pula tapak kepada Ummah(Dunia Islam).. kalau nak tahu la!.)

 

Kalau dalam jemaahpun belum ada kedai runcit, klinik, restoran – dok menkedarah kat kedai orang kafir, sampai hati yang terangpun jadi gelap - macamana rakyat nak serah negara kepada kita untuk kita pimpin!.

 

Kena ada wibawa dahulu, baharulah orang boleh yakin dan percaya dengan kita!. Tak gitu?

 

So.. kalau ada pihak2 atau jemaah yang cuba nak ketengahkan suatu bentok perjuangan yang lain dari yang lain, tetapi menyerupai cara/bentok perjuangan Rasulullah SAW (yakni, tidak menerusi parti2 atau pilihanraya), janganlah pulak kita nak halang dan kata sesat2 kat depa!.

 

Ingat2lah, dosa Fardhu Kifayah ini masih belum selesai!. Kerana teknik yang kita gunapakai – Salah!. Tidak berproduktif pahala!. Sebab bercanggah dengan ‘Lima Syarat2 Ibadah’ dalam Islam.

 

Tidak peliklah setelah sedemikian lama berjuang (menentang Portugis, Belanda, British dan Jepun), kita sekarang bercakaran sesama sendiri. Ibarat kapal perjuangan telah kehilangan haluan, anak kapal telah banyak mabuk dan terjun laut!.. sedang matlamatpun belum kelihatan lagi.

 

Segala2nya berpunca dari kesilapan mengambil siasah perjuangan yang tidak selamat dari kata mengata, keji mengeji dan kafir mengkafir!.

 

Justru itu, tidak hairanlah kita masih gagal untuk mewujudkan siasah pentabiran Islam sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan setelah hampir 44 tahun merdeka!.

 

Merdeka!.. Merdeka! Merdeka kepala otak hang!

 

Kita masih mengamal cara Pentadbiran Sekular, Politik alias Pecah dan Perintah, Ekonomi Kapitalis, Budaya Lucah, Sosial Bebas, dsb.nya. Sudah pastinya kerja2 buat kita selama ini tidak diberi nilai ibadah oleh Allah SWT. Maka.. alamak menangis tak berlagu la kita kat Padang Mashyar, esok!.

 

Baik!. Demikianlah mukadimah saya.

 

Tujuan saya untuk memberi sedikit sebanyak gambaran atau syarat2 asas bagaimana seseorang pejuang atau jemaah perjuangan kebenaran harus berada di dalam kedudukan atau posisi Islam yang betul!.

 

Perkara kedua,.. ialah nak cakap masih terdapat kekosongan atau ‘vacumn’ dalam mana tidak terdapat sebuah jemaahpun yang menepati kebenaran, iaitu berbetulan dengan Syariat Lahir dan Syariat Batin!.

 

Maknanya, tuntutan Fardhu Kifayah dalam Bab Siasah ini masih belum lengkap dan sempurna!. Kita masih menanggung dosa yang tidak ketara ini!. So, jangan enak2 duduk.. dan rosakkan missi orang lain yang tidak sehaluan dengan kita!.

 

Timbul persoalan..

 

Adakah saya bermaksud, hanya AL ARQAM sahaja yang layak?...

 

Tidak sekali2 demikian yang dimaksudkan!.

 

Kita hanya mengetengahkan ‘metod’, tetapi dah kamu orang tak suka, apa boleh buat!.

 

Kita hanya mencari2 pahala dalam usaha ikhtiar kita hendak menegakkan kebenaran!. Bukan matlamat kuasa dan pemerintahan yang dicari, sebagaimana yang PAS dok buat sampai rosak banyak institusi2 keluarga di Malaysia. Anak boleh tak mengaku bapak, isteri berpisah dengan suami, sembahyang dua iman, jenazah terbiar, dan bla..bla..

 

AL ARQAM telah berbuat, Allah dan orang2 mukmin juga yang akan menilai.

Sebagaimana firman-Nya, “Hendaklah kamu berbuat kerana Allah akan menilai, Rasul akan menilai dan orang2 Mukmin akan menilai.” (At Taubah: 105).

 

Dan di Hari Pengadilan esok, Allah SWT akan bagi kata putus siapa yang betul dalam tindakan siasahnya.

 

So.. jangan salah sangka, ya!.

 

Baik!.

 

Tujuan kolumnis ini ialah nak beritahu, pasarana2 yang harus ada sebelum seseorang itu nak jatuhkan kerajaan!.

Sebab, pasarana2 atau keadaan2 semasa itu sendiri akan mendorong kepada jatuhnya sesebuah kerajaan yang zalim!.

 

(Zalim bukan bermaksud, kerajaan bersikap diktator!.

Tidak mengurus dan mengatur dengan baik rakyatnya, Pendidikan Sekular diberi keutamaan lebih kepada Pendidikan Islam, rakyat berlebih2an kepada dunia dan dorongan kepada akhirat kurang, dll – dikira Zalim!.)

 

Seperti jugalah kita berdakwah ke Negeri Cina di kala Sistem Komunis tengah kuat!. Nescaya ditembak mati begitu saja tanpa kasihan belas!.

Tetapi sekarang, Sistem Komunis telah runtuh, bolehlah nak menetap dan berdakwah di sana!.

 

Itulah dikatakan pasarana atau keadaan semasa yang sesuai untuk kita buat kerja dakwah!.

 

Maka, sebaik2 petunjuk kepada pasarana2 yang ada, dalam kontek perjuangan untuk menegakkan kebenaran ialah merujuk kepada hadis Nabi SAW.

 

Sabda Nabi SAW, “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki.

Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafa’ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki.

Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah).

Berlakulah Zaman Penindasan dan Penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian”. (riwayat Ahmad).

 

Jelasnya, sejarah kehidupan manusia Islam ini terbahagi kepada Lima(5) zaman!. Iaitu bermula dengan Zaman Kenabian, kemudian Zaman Khalifah ‘Ur Rasyidin, Zaman Fitnah, Zaman Diktator dan akhir sekali sebelum kiamat, Zaman Imamul Mahdi!.

 

Sekarang kita berada berada di Zaman Diktator!.

Belum diangkat Allah lagi zaman itu untuk digantikan dengan Zaman Kekhalifahan kali kedua!.

 

Oleh kerana nasib kita semua hidup berhadapan dengan Diktator, maka siasah perjuangan tentulah lain dari zaman2 sebelumnya!.

 

Tidak boleh cara berkeras!. Tetapi hendaklah cara berlembut!. Sebab gagalnya perjuangan jemaah dahulu, Ikhwanul Muslimin Mesir dan Jemaat Islami Pakistan, dll, kerana siasah mereka yang keras, bertembung pula dengan tindakan yang ‘keras’ dari pihak pemerintah!.

 

Keras dengan keras dah tentu pemerintah yang menang!. Sebab mereka ada kekuatan lahir (polis dan tentera) dan kekuatan maknawi (akta, peraturan, dll). Kita ada apa?.

 

Tindakan lembut bukan bererti lemah!. Undur bukan erti kalah!. Sebab perjuangan bukan untuk menguasai fizikal lahir mereka, tetapi adalah untuk menguasai hati2 mereka!.

 

Sebagaimana firman Allah dalam Kitab Taurat berbunyi, “Maka bila kamu bertemu dengan kerajaan yang zalim jangan kamu sibuk maki-maki mereka, tapi bertaubatlah pada-Ku, nescaya Aku lembutkan hatinya untukmu”.

(Dipetik dari kitab ‘Peringatan Pada Yang Tertipu’ oleh Imam Sya’rani).

 

Sebab bila mereka tunduk kepada kebenaran Illahi, nescaya mereka akan berbuat sebagaimana kehendak syariat!. Di ketika itu tidak perlu lagilah kita mengawasi, mereka lebih maklum dengan dosa dan neraka!.

 

Diktator yang keras hendaklah kita simbah dengan air kasih sayang!. Insyaallah, ia akan sedar dan insaf akhirnya betapa rakyat masih kasih, setia dan sayang kepadanya!.

 

Seperti seorang ayah yang berlaku zalim kepada anak2nya, bila dilayan dengan lembut penuh kasih sayang oleh anak2nya, nescaya akan terfikir jua ia.. “Aku tidak patut berlaku zalim terhadap anak2ku!”.

 

Itukan siasah Nabi SAW pada peringkat awal perjuangan di Mekah?. Keras lawan lembut!.

 

Kenapa tidak ada jemaah yang mencontohi cara nabi kalau benarlah ia berjuang mengikut Sunnah!.

 

Justru itu, kita tidak boleh kata apa2 kat DS Mahathir, kalau siasah berlembut ini belum kita cuba lagi!.

Lainlah kalau kita ada kepentingan yang enak2 untuk jadi pemimpin, dsb.nya!.

 

Dan, barang diingat, kita sekarang berada di awal kurun Ke14 Hijrah (1421H). Hanya tinggal 4 tahun lagi nak tamat apa yang dikatakan awal kurun. (1400H-1425H). Sabda Nabi SAW, “Mujadid zahir awal kurun”.

 

(Kalau nabi dah cakap tuu, mesti berlaku lah!. Bukankah nabi itu, Sodikul Masduq!. Yang Benar Lagi Dibenarkan!).

 

Bila disebut Mujadid itu, maknanya ada le yang kena baru tuu!. Mungkin siasah dan teknik perjuangan kita dok pakai hok lama. Sebab itu Islam tak dapat2 mengalahkan Amerika dan sekutu2nya. Asyik kena tindas sahaja!.

Macamana negara2 dunia lain nak serah dunia ini kepada Islam untuk ditadbir, bukannya PBB!.

 

Kita harus ingat, kemenangan Islam adalah atas dasar Taqwa, dan kemenangan musuh atas Quwwah (lahir).

 

Tanpa Taqwa, Allah akan biarkan kita keseorangan di baham musuh2 di segenap penjuru dunia!.

 

Baik.

 

Kenapa kita perlu baca petunjuk dari Nabi SAW dan pasarana semasa yang ada?.

 

Supaya strategi dan siasah yang digunapakai tepat pada lawannya!.

 

Diktator katakan!. Hukumnya haram kalau kita sengaja mencampakkan diri kita ke lembah kebinasaan!.

Selain itu, kita perlu memastikan sebarang tindakan kita tepat pada timingnya!.

 

Inilah dikatakan ‘Perjuangan Meniti Hadis’, iaitu perjuangan ke arah memperolehi perkara yang dijanjikan!.

 

(Penulis akan cuba memperkatakan ‘Perjuangan Meniti Hadis’ sedikit masa lagi. Insyaallah!)

 

Kembali kita..

 

Jelasnya, kita sekarang berada di Zaman Diktator. Ibarat durian dengan mentimun, tergolek digolek kita pasti luka!.

 

So.. bagaimana siasah perjuangan supaya kita tidak binasa, dan masyarakat pun selamat dari haru-biru!.

 

Untuk itu, kita kena tanya dahulu, mengapa berlaku pemerintahan secara diktatorship zaman kita ini?.

 

Begini..

 

Mula2 sekali kita kena terima hakikat, bahawa kita semua sudah terjebak tanpa rela ke dalam sistem hidup sekular yang zalim ini.

 

Walaupun itu dosa jenerasi dahulu yang tidak cermat dalam tindakan, tetapi kita tidak boleh salahkan mereka!.

Itu mereka jawab esok dengan Allah SWT pada Hari Pengadilan.

 

(Seperti juga Nabi Musa a.s. tidak boleh marah kat Nabi Adam a.s., “Sebab kamulah kita dok diam di atas muka bumi yang fana ini!.

Jawab Adam a.s., ”Nak elak macamana, takdir ini dah termatub dalam Lauhul Mafuz sebelum aku dan engkau dijadikan lagi.”)

 

Soalnya, adakah kita sekarang nak teruskan permainan nenek moyang kita yang batil itu?.

 

Kalaulah demikian pendirian kita, bermakna kita tidak faham tujuan sebenar Allah datangkan ujian pada setiap jenerasi manusia sejak dahulu di setiap zaman atau kurun!.

 

Ingat!. Setiap kurun (1kurun=100tahun) berbeza jenis cobaan yang Allah hadapkan kepada umat Islam waktu itu.

 

Contohnya, pada kurun Ke3 Hijrah. Terlalu banyak fitnah yang menimpa berkaitan dengan aqidah umat Islam waktu itu. Sehingga lahir banyak fahaman2 agama yang menyeleweng, seperti Khawarij, Syiah, Mutazillah, Musyabihah, Mujassimah, Qadariah, Jabariah, dll.

 

Inilah Zaman Fitnah, yang banyak merosakkan akidah umat Islam waktu itu, walaupun dari segi syariat lahir dan batin nampak cantik sekali. Pergaulan dalam masyarakat harmoni dan negara aman damai. Tiada persengketaan dengan pemerintah, dan tiada keinginan untuk menjawat yang enak2 dalam kerajaan!.

Yang ‘slax’ nya hanya.. terseleweng akidah!.

 

Bagaimanapun, Allah SWT tidak berlaku zalim pada hamba2nya, lantas diutus Mujadid kurun ketiga, Imam Abu Hassan Al Asyaari untuk membetulkan semula aqidah umat Islam waktu itu.

 

Beliau mengenengah suatu kaedah atau metod yang selaras dengan ‘falsafah kehidupan’, iaitu suatu bentuk ilmu yang ditemui apabila Islam mula2 berkembang ke Teluk Parsi, dan ianya tidak terdapat di zaman2 sahabat sebelum itu.

 

Perbahasan2 yang dibuat oleh Abu Hassan Al Asyaari telah memecah tradisi keilmuan di zamannya dengan menggunakan dalil2 Al Quran serta diperkuatkan atau diperteguhkan dengan hujah atau dalil akal.

 

Dan, sehingga ke hari ini umat Islam di Malaysia (kecuali Perlis), Singapura, Brunei, dll masih menggunakan ‘metod’ Imam Abu Hassan Asyaari yang dianggap relevan dengan citarasa ‘canggih’ zaman sekarang!.

 

Kembali kita dalam memperkatakan sistem hidup nenek moyang kita yang batil itu!.

 

Jelas, ia sekarang sudah tidak relevan lagi dengan kebenaran.

(Untuk lebih jelas, sila baca ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’)

 

Persoalannya, adakah kita masih mahu menerima pakai ‘permainan mereka yang bodoh itu’ kerana sudah menjadi ikutan adat dahulu kala!.

 

Firman Allah SWT, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan. Perhiasan dan bermegah2 di antara kamu serta berbangga2 tentang  banyaknya harta dan anak, ini sepertilah hujan yang tanamannya mengkagumkan para petani, kemudian tanaman itu kering dan kamu lihat warna kekuningan kemudian menjadi hancur. Dan di Akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu daya. (Al Hadid: 20)

 

Nasib baik lah, kita semua diperanakkan oleh emak bapak kita dalam Sistem Demokrasi. Kalau dilahirkan dalam Sistem Komunis, mestinya kita tak jumpa agama Islam dan kenal Allah SWT!.

 

Tetapi Sistem Demokrasi pun, sistem hidup yang batil juga!. Sebab iapun suatu bentuk isme ciptaan akal manusia!. Perjuangan kita atas platform ini... membuatkan usaha iktiar kita jadi tidak berpahala!. Sebab bercanggah dengan ‘Lima Syarat2 Ibadah’.

 

Nak berpahala guano, kita dok kembangkan tamadun dan budaya orang lain!. Sedangkan Islam ada tamadun dan budaya Islamnya sendiri!.

 

Jadi, kita kena cari jalan keluar jugak!. Iaitu dengan ilmu dan kesedaran!.

(Seperti yang saya dok syarah dalam ‘Ibadah Dalam Islam’ dan ‘5 Syarat Ibadah’).

 

Baik!.

 

Sekarang kita menerima kenyataan, bahawa kita ditakdirkan berada dalam Zaman Diktator!.

 

Apa ikhtiar dan siasah kita untuk keluar?.

 

Pertama2, kita mesti tahu kenapa boleh berlaku diktator dalam zaman yang serba maju ini?.

 

Segala2nya berlaku, apabila pemimpin tersebut tidak menerima didikan dan ilmu yang cukup dari gurunya.

 

Seperti kata ahli bestari, ‘Di belakang setiap suami yang berjaya, ada isteri yang berwawasan.’

 

Demikian juga berlaku pada pemimpin!. “Pemimpin yang baik, kerana dibelakangnya ada penasihat yang baik”.

Penasihat itu semestinya seorang Ulama yang berwibawa, yang halus dan berhikmah dalam siasahnya.

 

Jelasnya, pemimpin yang jahat kerana penasihatnya (alim ulama) tidak buat kerja yang sepatutnya, iaitu menasihati dengan hikmah dan bijaksana. Ulama telah sama2 mengejar dunia sepertimana hamba2 daif-Nya yang lain.

 

Sabda Nabi SAW, “Bila tergelincir ulama, tergelincirlah alam dengan sebab gelincirnya itu”.

 

Maka, apabila ulama rosak, pemimpinpun jadi rosak!. Apabila pemimpin rosak, maka ulama dipenjarakan!.

 

(Memang patutpun!. Sebab ulamak sudah tidak buat kerja yang sepatutnya sebagai 'Ulamak Pewaris Nabi').

 

So.. apa ikhtiar kita nak gugat pemerintahan diktator?.

 

Nak boikot.. anjur demonstrasi?.

Nak jatuhkan Kerajaan!.

 

Hiss!.. Tak boleh! Tak betul siasah itu!.

 

Kerana kita akan terjebak kepada dua(2) dosa!.

 

Pertama, kerana tidak patuh kepada perintah Allah supaya taat kepada ulil amri di kalangan kamu.

 

Kedua, kerana kita mencampakkan diri kita ke lembah kebinasaan!.

 

Firman Allah SWT, “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan yang mempunyai kuasa di kalangan kamu”. (An-Nisa’: 59)

 

Ini adalah tugas yang paling asas dan utama yang menjadi tangungjawab setiap rakyat kepada pemerintahnya!.

 

Kalau terlaksana tangungjawab ini, nescaya dengan mudah saja negara itu menuju kejayaannya.

 

Kerana, gabungan antara dasar dan polisi yang bijak dan baik, dengan tenaga maksimum yang dikorbankan oleh rakyat dengan penuh taat dan rela terhadap pemerintahnya akan membawa negara pada puncak kejayaan tamadun.

 

Mungkin ada yang berkata, ketaatan itu pada pemerintah yang adil saja. Tetapi kepada pemerintah yang zalim, ia tidak wajib taat sama sekali!.

 

Benar!. Nabi SAW ada bersabda, “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam soal menderhakai Allah”.

 

Tetapi tengoklah pula jenis2 kesalahan yang dilakukan pemerintah. Kalau sekadar ia tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka ia jatuh kepada hukum samada fasiq, zalim atau kafir!.

 

Sebagaimana firman Allah SWT,

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang fasiq”. (Al Maidah: 47)

 

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang zalim”. (Al Maidah: 45)

 

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang kafir”. (Al Maidah: 46)

 

Kita nak tanya,.. adakah DS Mahathir melarang dengan berkata, “Tak payah sembahyang!. Sembahyang 5 waktu itu merugikan masa sahaja.

 

Tak perlu berpuasa!. Sebab setiap kali bulan puasa, KDNK Malaysia turun... usaha tidak produktif, dan bla..bla..

 

Kalau macam itu, wajiblah kita buang dia!. Sebab, jatuh ke berdosa pulak kita mentaati orang yang kufur dengan ALLAH SWT.

 

Tetapi kalau kerajaan dok galak menganjurkan judi, pesta2 maksiat dan mungkar, sedang masjid pun dia bina jugak!.

Belum boleh lagi kita hukum ‘kafir’ kat dia!.

 

Sebab, ia baru jatuh kepada hukum fasiq atau zalim!.

Ini ia sendiri akan bertanggungjawab kepada Allah SWT di Padang Masyhar, kelak!. Kita nonton sahaja.

 

Kita pulak,.. kalau dah tahu arak itu haram (tak perlu kerajaan haramkan, Allah dah haramkan sejak azali lagi), kenapa dok gogok jugak?.

 

Kenapa dok marahkan Dr. Mahathir kerana dirikan kilang arak!. Nak ikut Mahathir ke, atau nak ikut Allah SWT?.

 

(Arak ini pun ada baiknya. Sebab.. siapa yang nak baiki tandas sumbat kalau bukan Maniam kaki botol tuu!.

 

Seperti yang berlaku pada penulis. Hampir dua minggu tak dapat tumpu pada kerja kerana fikiran bengang, sebab tangki najis sumbat!. Boss pun marah2 sebab kerja tak beres!.

 

Apasal?. Sebab payah nak dapat khidmat tukang paip najis seperti Maniam tuu, yang katanya, “Ade.. tanpa ini barang(arak), manyak susah mahu kerja la!. Ini satu hari punya kerja, 2 hari tak boleh makan nasi.”

 

Hah! Cuba lah nak haramkan kilang arak!.

Nescaya satu jabatan boleh terima tempiasnya akibat satu isirumah tersumbat jamban tahinya!.

 

Memang Allah dah set, bangsa ini.. kafir ini buat kerja kotor ini untuk kelesaan orang mukmin buat kerja ibadah!.

 

Seperti jugalah, ikan DBKL dalam aquarium tuu!.. dok kasi gilap balang cermin dari najis ikan2 lain dalam aquarium. Supaya semua boleh hidup bersih dalam suasana bahagia.

 

Cubalah kiaskan dengan yang lain2.. dan cari hikmahnya!.

 

Kita juga harus faham, hukum fasiq, zalim atau kafir itu bukan setakat tertuduh pada kerajaan saja.

 

Kita orang awam ini pun.. kalau berlaku tidak adil dalam ‘kepimpinan’ kita itu, boleh juga terjatuh kepada hukum samada fasiq, zalim atau kafir!.

 

Bagaimanapun, amat tidak wajar dan layak sekali bagi sebuah kerajaan, yang bergelar ‘Khalifah Allah’ di muka bumi, menggalakkan rakyatnya bergiat dalam perkara2 berunsur maksiat dan mungkar, dll. Kalau dia faham hakikat kehidupan dunia ini.. sekadar 1½ minit sahaja berbanding kehidupan yang kekal abadi di akhirat!.

 

 

Baik. Kembali kita kepada huraian yang kedua.

 

Firman Allah SWT, “Jangan kamu campakkan diri kamu kepada kebinasaan”. (Al Baqarah: 195).

 

Mana boleh kita lawan Diktator!.

 

Mereka ada Polis, ada Tentera dan ada Akta!. Kita cuma ada air liur saja!.

Tak fasal2 menderita kena ISA!.

 

Hukumnya berdosa kalau kita sengaja mencampakkan diri kita ke lembah binasa!.

 

(Seperti hok dok berlaku pada MEMALI. Suatu kes perjuangan yang bodoh!.

 

Betullah mereka itu syahid!. Tetapi anak isteri, pengikut dan jemaah yang ditinggalkan hancur kerana tidak ada pelapis perjuangan. Missi dan matlamat perjuangan terkandas kerana tak ada orang nak bawa. Kena bina semula, dan semestinya makan masa bertahun2 nak sampai kepada keupayaan asal!.

 

(Tidak seperti AL ARQAM, pemimpin dan pengikutnya masih hidup segar bugar!. Missi dan matlamat perjuangan masih selamat, hanya tukar fesyen dan cara berjuang sahaja. Dulu berjuang di alam nyata, sekarang berjung di alam siber!.

 

Bukannya kita tipu mereka, tetapi hanya sekadar ‘trick’ sahaja!. Seperti Peristiwa Tahkim antara pengikut Syaidina Ali r.a dan Muawiyah, atau kisah antara Raja dengan Imam Shafei dalam kes ‘Al Quran bukan Makhluk’.

 

Orang2 beriman mana boleh berbohong, tetapi ‘trick’ tu bolehlah kalau dengannya kita boleh selamat dari binasa!.

 

Perkara ini akan saya sentuh dalam Kolum Khas ‘Di Mana Bersalahannya Akidah AL ARQAM’. Insya-Allah!.

 

Sekarang, AL ARQAM sedang giat berdakwah untuk tegakkan hukum Allah SWT... kerana alat untuk berdakwah itu beraneka macam!.

Ada menerusi nasyid kontemporari, filem dakwah siber SYUKUR21, ada menerusi internet seperti saya dan Abuya at-Tamimi dot.com.my dok buat, dll.

 

Yang penting ‘message’ dakwah sampai ke tengah masyarakat... dan tak perlu marah2 kat musuh kita, sebab dah kerja dia nak sakat kita, sepertilah dia sakat Wang Ihsan kat Trengganu!).

 

 

Dan, kini pendekatan yang lebih aggressif sebagai sambungan kepada MEMALI ialah tindakan bentok militari oleh Kumpulan AL MAUNAH!.

 

Tindakan ini adalah ilham dari kisah pemerintahan Syaidina Omar Al-Khattab, dan selalu mendapat dorongan dalam ceramah2 PAS!.

 

Iaitu, apabila Syaidina Omar r.a. meminta kepada rakyatnya, “Jika kamu mendapati aku tidak menjalankan pemerintahan dengan baik, hendaklah kamu betulkan!.

 

Jawab salah seorang rakyatnya, “Jika Amirul Mukminin tidak  berlaku adil, nescaya kami akan betulkan dengan pedang ini!.”

 

Pada saya, kaedah ini tidak relevan dengan keadaan hidup masyarakat yang serba kronik sekarang!.

 

Zaman Omar dahulu.. betul la!. Rakyatnya berada dalam kebaikan yang merata. Ibarat kalau diumpamakan pada kawah yang besar, rakyat Omar berada dengan selamat di atas!. Memang patut lah mereka berkata, “Omar, jika engkau mencampakkan kami ke dalam kawah ini, nescaya kami akan memenggal leher kamu!.”

 

Tetapi di zaman kita sekarang, kerosakan sudah merata dalam semua bidang kehidupan. Semua manusia hatta pemimpin dan Tok Guru sekalipun duduk dalam sebuah kawah yang besar.

Apa ikhtiar kita semua untuk keluar?.

 

Apa tindakan yang lebih relevan?.

 

Samada nak perang/berebut kerusi parlimen, atau nak berbincang dan berpakat bagaimana nak keluar dari kawah zolmat kehidupan tersebut!.

 

Boleh ke kita pegang janggut Mahathir (yang bersama2 dengan kita dok dalam kawah itu) dan berkata, “Mahathir, kalau engkau tak memerintah dengan baik, nescaya kami akan penggal kepala kamu”.

 

Apa nak dipenggal lagi?.. sebab kita semua dah dok pun dalam kawah!. Memang dah tak selamatpun sejak dari tok nenek kita lagi!. Kenapa perlu salahkan dia - DS Mahathir Mohamad!.

 

Jalan penyelesaian yang paling relevan dengan suasana yang cemas itu, iaitu duduk berbincang dan muzakarah bagaimana nak atasi masalah yang serabut itu dan bawa keluar rakyat jelata dari kawah kehidupan yang penuh zulmat ini!.

 

Seperti contoh, kita berpakat ramai2 membina ‘tangga manusia’ dengan berpijak pada bahu2 manusia di bawah untuk memudahkan rakyat jelata memanjat keluar dari kawah berupa neraka dunia itu!.

 

Dan, kita sebagai pemimpin yang punya pengikut hendaklah mengambil inisiatif pertama dengan merelakan diri menjadi ‘tangga manusia’!.

Itu baharulah dikatakan ‘Pejuang/pemimpin yang sedia berkorban’ untuk agama, bangsa dan negara.

 

 

Sebenarnya,.. Allah SWT sengaja nak tenggok bagaimana kita mengatasi sesuatu ujian itu dengan berhikmah dan dengan jalan terpuji. Kerana Dia nak banggakan kita di hadapan malaikat2 nya.. sesuai dengan taraf kita sebagai khalifah Allah di muka bumi.

 

Jelas sekali. Tindakan aggresif bentuk militari itu tidak dapat diterima sama sekali!.

Silap2 hari, “Yang dibunuh atau kena bunuh tuu, sama2 masuk neraka!”.

 

Baik. Mungkin ada yang bertanya, bagaimana kalau kita lantik ulama sebagai pemimpin?.

 

Sebab ulama adalah pewaris nabi, dan tempat rujuk rakyat jelata!. Sudah tentu sokongan padu mudah diperolehi dari semua lapisan masyarakat.

 

Itu fikiran kita, tetapi Allah tak kata gitu?

 

Kerana ia bercanggah dengan lumrah alam!. Sebab kita cuba menukar Sunnahtullah atau peraturan Allah!.

 

Hadis Nabi SAW, “Akan didatangkan kepada rakyat yang jahat, pemimpin yang jahat sebagai hukuman kepada rakyat yang jahat”.

 

Memang dah patut pun!. Rakyat yang jahat dan ulama yang jahat diperintah oleh pemimpin yang jahat!. Supaya dengan kehidupan yang ditindas dan dizalimi itu, mereka terfikir untuk kembali kepada Tuhan mereka!.

 

Janganlah kita cuba2 menukar Sunnahtullah ini, dengan melantik seorang Tok Guru untuk menjaga masyarakat yang jahat!. Nescaya dengan Tok2 Guru sekali akan bertukar feel, seperti yang berlaku pada hari ini. Tok Guru berbalah dengan Tok Mufti, adakah baik akal budi!”.

 

Firman Allah SWT, “Sekali2 kamu tidak akan mendapati apa yang disunnahkan oleh Allah itu bertukar ganti”. (Fathir: 43)

 

Lagi pula, tidak beradab kita bagi hadiah ‘dunia’ kepada seorang yang bergelar ulamak!.

 

Sebab ulama ini ‘Orang Akhirat!’. Orang yang paling hampir dengan Allah dari sekalian hamba2nya. Orang yang cerdik dan bijaksana serta mengerti bahawa pemberian ‘jawatan’ itu penuh noda dan fitnah dunia semata. Tersangat sukar untuk berlaku adil kepada rakyat jelata!. Lebih2 lagilah di zaman yang gawat iman ini. Orang jahat memilih orang jahat sebagai pemimpin!.

 

Maka, kalaulah berlaku orang tidak patuh pada arahan kita(ulama) sebagai pemimpin, tak osah nak tunjuk2 sedih dan pilu di dewan persidangan negeri.. dengan tujuan untuk pinda perlembagaan!.

Sebab, memang baso dia doh!. Payah nak pimpin orang jahat ni!.

 

Itu sebablah, ulama2 solafussoleh zaman dahulu sanggup dihukum penjara daripada menjawat jawatan kadi, pembesar, dsb.nya. Mereka lebih suka menjadi penasihat kepada pemerintah yang ada!.

 

Bagi mereka, kalau dah ada orang yang sanggup mengisi jawatan pembesar negara. Itu sudah kira O.K.. dan selamat bagi mereka.

 

Kecuali kalau jawatan itu kosong, maka jatuh wajib mereka mengisikannya apabila sudah tidak ada orang lain lagi.

 

Tidak sekali2 mereka cuba menyahkan pembesar yang sedia ada!.

 

Ringkasnya, kalau ulama zaman dahulu yang lebih tinggi taqwanya berbanding dengan kita pada hari ini, bermatian2 menolak jawatan pembesar. Apa lebihnya ulama pada hari ini yang beria2 sangat hendak menguasai pemerintahan negara?.

 

Betullah!.. tidak relevan dengan perlakuan seorang ulama!

 

So, apa akalan kita?. Kalau teknik itu tak boleh.. kaedah ini tak boleh!. Proposal itu tak betul..

 

Apa saisah kita nak tukar pemerintahan, tanpa iman dan akhlak terbarai?.. dan orang bukan Islampun tidak lari daripada kita!.

 

BERSAMBUNG..

 

APIPI@Abuya.Jr.001

270501