Tanggal 30-5-2001

 

Bersambung kita membicarakan ‘Siasah Perjuangan Dalam Konteks Belum Bersedia’.

 

Pada ceramah yang lalu, penulis menjelaskan situasi atau pasarana yang harus ada sebelum seseorang atau jemaah perjuangan itu hendak mengambilalih Kerajaan!.

 

Penjelasan tersebut lebih berbentok ‘maknawi’ serta merujuk kepada falsafah kehidupan manusia amnya dan peraturan Allah SWT (Sunnahtullah).

 

Kalau kita bertindak semberono, takut nanti kita terjebak dengan dosa!.

 

Jelasnya, dalam tahap2 perjuangan, kita mesti tahu di peringkat mana kehidupan manusia sekarang berada (samada zaman revolusi pertanian, revolusi industri atau zaman IT, dsb.nya). Siapa musuh kita, apa siasah kita (nak tawan kerusi atau otaknya/jalan fikiran) dan bagaimana menghadapinya (dengan keras atau lembut), dsb.nya.

 

Sebab orang yang tak kenal musuhnya, samalah jua dengan masuk hutan tanpa diketahui jenis harimau yang mendiami kawasan itu!. Kalau harimau kumbang, duduknya di atas pokok. Bila2 masa boleh menerkam ke tengkok kita. Kalau tidak kena cara letak persenjataan kita bukan di atas bahu kita, alamatlah.. patahlah tengkok kita dek terkaman harimau kumbang!.

 

Lebih2 lagilah berdepan dengan Diktator, yang ada Polis, Tentera dan Akta. Musuh yang nyata dan tidak nyata!. Nak lawan lagu mano?.

 

Tanpa diri kita binasa, kerana kebinasaan itu satu dosa!. Tanpa kita kehilangan pimpinan, jemaah, keluarga dan sahabat seperjuangan!. (Ingat nak bina semula tuu.. mudah ke?).

 

Seperti trajedi MEMALI itu!. Dahlah keluarga pejuang hancur dan mengemis hidup, jemaah induk (PAS) ambil tak kisah sahaja!. Kita hendak terjadi seperti itu lagikah?.

 

Sebenarnya, kita tiada cara lain dah!. Melainkan kekalkan pemerintah yang ada!. Dengan syarat, ulama hendaklah dilantik sebagai penasihat kerajaan dalam semua urusan kenegaraan. (Tengok jenis ulamak pulak la!. Kalau Ulama Lahir atau Ulama Resmi, tak boleh harap kat depa!).

 

Kaedah ini sebenarnya relevan dengan pemerintahan di zaman kegemilangan Islam dahulu. Di mana Ulama dan Umarak saling berinteraksi dan bekerjasama. Umarak mentadbir negara dan Ulama mendidik rakyat untuk ‘sedia’ menerima arahan langsung dari pemerintah.

 

Mesti ada yang bertanya, bagaimana hendak bekerjasama dengan pemerintah, jika dia sendiri tak makan nasihat!.

 

Orang yang bercakap begini, sebenarnya orang yang ‘frust’ dengan siasahnya yang serba tak menjadi!.

Tak frust macamana jika ia nampak ‘satu cara’ sahaja nak tumbangkan kerajaan!. Iaitu melalui peti undi Sistem Demokrasi Berpilihanraya!.

 

Sedangkan bila disebut ‘cara’, mesti ada banyak cara lagi!. Kalau tak kena ‘cara’ itu, kita guna cara atau alat lain pulak!.

 

Sebenarnya, orang yang ada kepentingan sahaja yang buta mata dan buta hatinya dalam mempelbagaikan cara2 perjuangannya. Ikhlas tak osah tanyalah!.

 

Habis, kalau dah tak ada cara atau alat2 lain yang boleh digunakan, bagaimana dia boleh rasa seronok dan kekal dalam misi2 perjuangan seterusnya?.

 

Seperti AL ARQAM hok dok buat!. Ada dia marah2kan kerajaan sebab haramkan jemaahnya?.

 

Tak ada!. Malah dia bergerak di bidang hiburan dan alam siber pulak!. Inikan alat atau media pengantara!.

 

Yang penting, ‘message’ dakwah sampai ke tengah masyarakat. Masyarakat hendaklah terdidik, pemerintah lantak dia lah!.

Dia orang cerdik, ada pikiran sendiri.. tetapi sayang, tiada minda dan rakus pula dengan nafsunya!.

 

(Kalau ada minda, tentulah kerja buat mendatangkan pahala ibadah.. sebab selaras dengan ‘Lima Syarat2 Ibadah Dalam Islam!’).

 

Itulah yang seronok bagi seorang pejuang yang banyak ‘alat’ dalam misi perjuangannya.

 

Sebab dalam perjuangan kita tidak boleh salahkan musuh!. Sebab memang kerja musuh nak sakat kita!. Seperti dia sakat Wang Ihsan kepada Trengganu.

 

Kalau kita asyik nak salahkan musuh, sampai bilapun matlamat perjuangan tidak tercapai!.

 

Kita hendaklah bergerak seperti air yang mengalir dari gunung yang tinggi. Biar apa rintangan sekalipun,.. batu besar, balak atau empangan yang menghalang, nescaya akan sampai juga ia ke lautan luas.

Tidak dimarahnya kepada batu besar, balak, dsb.nya yang menghalangnya itu. Sebaliknya dicari jalan supaya lepas dari kebinasaan!.

 

Kembali kita..

 

Berjayanya pemerintahan Islam di zaman dahulu, ialah kerana masyarakat telah terdidik dan diasuh untuk menerima perintah dari khalifahnya. Masyarakat yang bersifat ‘membantu’ kepada semua usaha kerajaan, taat setia dan rela berkorban untuk membangunkan negara!.

 

Siapa punya kerja sampai masyarakat terdidik sedemikian cara dan cantik sekali?.

 

Tidak lain ialah para ulama yang bijaksana dan berhikmah dalam menyampaikan dakwahnya. Dikenali sebagai Ulama Tidak Resmi atau Ulama Akhirat!.

 

Mereka sedar, untuk menjayakan sesebuah Negara Islam yang bertamadun tinggi, pemerintah dan rakyat hendaklah diadun dan dibentuk dengan satu rupa pendidikan yang tidak mengenepikan soal2 akhirat dan dunia sekali!. Supaya benar2 menjadi hamba dan sekaligus Khalifah Allah di muka bumi.

 

Justru, ulama sendiri hendaklah terbabit langsung dalam memberi pendidikan kepada rakyat jelata. Umpama, ‘makan sedulang dan tidur sebantal’ dengan rakyat marhean!.

 

Bukan beri syarahan di pentas2 resmi, kemudian balik!.

Itu mengajar namanya!. Bukan mendidik dan mengasuh!.

 

Patutlah anak murid tak faham bagaimana nak laksanakan perintah gurunya.

 

Setakat beri ilmu, tetapi ‘model’ tidak diberi!.

Umpama disuruh buat rumah, kalau tak bagi sampel atau model dengan tiang 4 penjuru, macamana orang nak tahu dan tiru!.

 

Nak beri ‘model’ bagaimana, kalau ‘role model’ pun tak lulus!. Akhlaknya, perilaku dan sabarnya, dll.. tak menarik minat anak murid sendiri.

 

Maka, kesannya.. ilmu yang dicurahkan kepada anak murid tak berkat!. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan!. Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

 

So.. tak usah nak haraplah masyarakat boleh berubah kalau belajar dengan ulama konvensional semacam ini!.

 

Biarpun, sudah bertahun2 kita merdeka. Yang dok ajarnya.. ialah cara mengambil air sembahyang, cara angkat takbir, mengerjakan puasa, haji, dll. Sampai kita yang mendengar ini naik boring!.

 

Apa Islam tuu.. setakat itu sahaja kah?.

 

Tak ada keinginan kah nak bergiat di persada antarabangsa?.

 

Kot2 boleh bawa balik anak dara Bosnia hok ABIM dok passing2 sesama sendiri tu!!.

 

Sebenarnya, banyak manafaatnya kepada Islam Global daripada kita dok berdakwah dalam lingkungan kita sendiri.

 

Sekarang dakyah Yahudi dan Nasrani sudah masuk ke dalam rumah kita. Dan anak2 kitapun dah terikut2 macam mike semua!.

Apa ikhtiar dan pelawanan dari kita?. Atau sekadar ucapan.. Cobaaan.. Cobaaan..

 

“Eloklah, Pusat Islam itu awak bagi kat kita orang la!.

Biar kita orang tunjukkan ‘model’nya. Tak bergajipun tak apa, jemaah kita tanggung sendiri”, kata Ustaz Ashaari.

 

Kerusi PM tuu,.. kita tak ada selero, la!.

 

Duduklah elok2, dakaplah sampai ke mati!. Kita tak mahu itu semua.

Yang kita hendak, ialah kepala otak demo!. Kita nak proses dengan Iman dan Islam!.

Sebab kita percaya, bila ilmu yang betul diamalkan, nescaya kerja buat demo jadi molek!.. dan pemerintahan berjalan dengan aman dan lancar!. Tidak ada boikot2 dan demonstrasi2!.

 

Berlainan dengan cara PAS!.

 

Kerusi PM tuu.. nak ke dia sorang!.

 

Sebab dia percaya orang lain tak boleh buat kerja!.

Maklumlah, kita orang ini – Ulamak dan Umarak sekaligus!. Perasan dia..

 

Tak relevan betul!.

 

Nabi SAW sendiri kata, “Kerja dunia ini kamu lebih maklum dari aku”.

(Bersabit dari larangan Nabi supaya tidak boleh ‘dikahwinkan’ pokok tamar. Hasilnya, buah tamar tidak menjadi dan berkurangan pada tahun tersebut!).

 

Sebut pasal kerusi PM tuu.. banyak kerja lain lagi yang ulama boleh buat!.

Sebab ulama bertanggungjawab kepada Allah dan Rasul, dunia dan akhirat!.

 

Semestinya dia hendaklah berhikmah dalam tindakannya. Jangan sampai orang boleh ‘reject’ perintah dan larangan Allah SWT!. Kononnya tidak relevan dengan zaman 2020!.

 

Sememangnya lah Allah yang beri petunjuk dan hidayah. Tetapi kita tuu.. biarlah tahu rahsia2, seni dan silatnya dalam menyampaikan dakwah!.

 

Jangan cepat sangat nak taghut dan kafir orang semata!. Sedangkan usaha2 dakwah belum habis lagi!.

 

Sepertilah kita mendidik anak kita sendiri. Kalau anak kita tak makan di ajar, tak usah nak marah kat dia orang la!.

Marah kat diri sendiri. Sebab kita bersifat pemarah, bengis dan tidak sabar dalam mendidik, dll.

 

Berbalik kepada pemerintah Diktator tadi.

 

Tidak ada cara lain dah!.. melainkan mengekalkan pemerintah yang ada!.

 

Hanya kederat kita ialah,.. mendoakan supaya Allah SWT memberi taufik dan petunjuk hidayah serta bimbingan kepada pemimpin2 kita supaya dapat berlaku adil dalam pemerintahan.

 

Dalam pada itu, kita hendaklah sabar dan redha, bahawa bala ini (duduk dalam pemerintahan pemimpin yang zalim) sebagai hukuman kepada dosa2 kita selama ini.

Dengan itu, insyaallah.. hati jadi tenang dan tenteram.

Tidak serabut kepala sebagaimana pada hari ini!.

 

Kitapun(ulama) boleh menumpukan perhatian kepada mendidik umat. Sebab, untuk menjayakan sebuah pemerintahan, rakyat hendaklah di`sedia’kan terlebih dahulu untuk mudah menerima semua polisi dan dasar2 kerajaan yang digubal!.

Supaya setiap projek yang diusahakan, mendapat kerjasama dan pengorbanan yang sepenuhnya dari rakyat jelata.

Tidak ada nak queri, boikot dan tunjuk2 perasaan!.

 

Itulah rahsia kejayaan pemerintahan Kerajaan Islam di zaman2 kegemilangan Islam dahulu.

 

Dengan kata lain, ulamak mempunyai dua(2) tugas!.

Iaitu sebagai penasihat kepada kerajaan, dan sebagai pendidik kepada rakyat jelata.

 

Untuk itu, ulama hendaklah turun tangan, iaitu turut berkecimpung bersama rakyat jelata, solat, makan dan tidur sekali. Tidak bolehlah pakai kereta besar, rumah besar, gaji besar, dll. Nanti rakyat berasa hina diri, kecewa dan payah untuk didekati!. Begitu juga kepada pemerintah!.

 

Adakah hal sedemikian berlaku pada hari ini?.

 

Tidak ada!. Kalau adapun, boleh dibilang dengan jari!.

 

Iaitu ulama yang tiada kepentingan enak2 dengan kuasa yang dicari!. Lebih2 lagi bergelar Ulama Politik!.

Mesti ada niat sampingan dalam ia melaksanakan perintah dan larangan Allah itu!.

 

Bila masa dia nak tumpukan kepada kerja eksekutifnya, selain untuk mengajar dan mendidik rakyat jelata di kampong2, yang masih galak berhibur dengan ayam serama, dikir barat, laga cengkerik dan seribu satu macam maksiat dan mungkar!.

 

Ingatlah!. Mengajar bukan setakat beri ilmu sahaja!.

Rakyat hendaklah dipimpin dan dituntun kepada jalan hidup yang sebenar. Makan, tidur dan bersembahyang bersekali dengan anak buah.

Seperti mengajar orang buta berjalan. Adakah diarah2 dari jauh sahaja?. Mestilah dibimbing tangannya, diberi faham.. kemudian baharulah dibenarkan untuk jalan sendiri!.

 

Kenapa guru perlu hidup bersama dengan anak muridnya?.

 

Supaya mereka boleh ikuti sampel dan contoh akhlak yang dipertontonkan di depan mata kepala mereka sendiri!.

 

Inilah yang dikatakan ‘Dakwah dan “Tarbiah’ hendaklah berjalan selari!.

 

Tidak boleh dakwah sahaja. Nescaya tidak jadi orang, sebagaimana yang kita kehendaki. Dia mesti pakai pikiran dia sendiri!.. yang masih disaluti nafsu mazmumah!.

 

(Untuk lebih jelas perhubungan antara guru dan murid, sila baca ‘Perpaduan Bermula Di Sekolah’)

 

So, apa lebihnya Ulama Politik atau Ulama Resmi yang berdakwah setakat atas pentas sahaja?.

 

Beghabis ke beras, saja!!

 

Setakat syarah saja, tetapi ‘model’ tidak dicetuskan untuk dicontohkan oleh orang lain!.

 

Bagaimana masyarakat boleh faham dan berubah?.

 

Harap kepada Pusat Islam, panglima dia pun dah lari!.

Agaknya dah habis idea untuk baiki akhlak anak2 muda.. atau sudah serik menjadi kuda tungangan kepada pemerintah!.

 

Maklumlah, ulama sahaja yang boleh kenakan ulama!.

Seperti juga, kayu sahaja yang boleh potong kayu!. Walaupun kapak matanya besi, tetapi hulunya kayu!.

 

Sekarang beliau pegang Tabung Haji. Satu insitusi untuk menjaga ‘orang2 dipenghujung hayat’ untuk mencari jalan pulang ke rahmatullah!. Baguslah tuu!.

 

Sayangnya.. kuasa legislatif sudah tidak seluas dahulu. Bercakap sudah tidak ada autoriti agama lagi!.

 

Bagaimana ia hendak mengarahkan kepada jabatan2 atau majlis2 agama untuk melaksanakan visinya yang tak kesampaian itu?.

 

Dengan apa dia nak ubah masyarakat kalau bukan dengan kuasa undang2 sebagaimana yang diyakini suatu masa dahulu?.

 

Hiss!.. apa punya percaturan ke belakang la!.

 

Suatu tindakan yang tidak berhikmah dan bijaksana sebagai seorang pejuang Islam.

 

Di mana keikhlasan untuk membaiki kerosakan dalam msyarakat, kalau buat kerja separuh jalan sahaja!.

 

Kita rakyat Malaysia berasa kecewa yang teramat sangat!. Sebab itu tandanya visi dan misi kerajaan tak menjadi!.

 

Kalau dah ada jemaah yang praktikal tuu.. syumul pada semua aspek kehidupan, ada aktiviti ekonomi, pertanian, industri, dsb.nya, kita haramkan!.

 

Kalau baiki yang mana salah tuu, apa salahnya?.

 

Ini dok haramkan semua sekali!. Lepas tuu, alternatif lain tidak diberi supaya kita kenal ‘model’ yang mana yang pemerintah mengidam sangat tuu!.

 

Terus terang sahajalah, mereka ini ada penyakit hati!.

 

Seperti kata Ustaz Ashaari, “Dr. Mahathir tuu.. ada masalah peribadi dengan saya”.

 

Kalaulah demikian sifatnya, tidak wajar seorang pemimpin menaruh dendam dengan orang yang tidak sehaluan fikiran dengannya.

Sebab, akan berlaku.. banyak perkara positif yang membawa kebaikan kepada masyarakat dan ummah, akan dinegatifkan!. Gara2 pemimpin besar kata, “Mika tak setuju dengan dia!”

 

Kalau lah demikian caranya, rugilah negara mempunyai anak watan yang mempunyai ‘positive thinking’ dalam bidang keagamaan seperti Ustaz Ashaari. Sebab dia sudah buktikan dengan kewibawaannya memimpin jemaahnya, bisa meruntun ekonomi semua orang, dll.

 

Soal dakwaan sesat itu, tentu ada hikmah dari Allah SWT sendiri kepada Jemaah AL ARQAM, masyarakat Islam di Malaysia dan Nusantara Melayu amnya.

(Sila klik ‘Hakikat Ujian Allah SWT’ untuk lebih memahami).

 

Kita bukan hendak meraikan peribadi Ustaz Ashaari di sini!.

 

Tetapi.. jemaah mana lagi yang hendak di`post mortem’ dan analisa? – berhubung dasarnya, uslub perjuangannya, matlamatnya, aktiviti ekonomi dan sosial yang bergiat cergas pada peringkat local dan antarabangsa – kalau bukan Jemaah Darul Arqam!.

 

Lebih2 lagilah berhubung pengharamannya yang kontroversial itu, bersabit dari tuduhan sesat!.

 

Pengakuan sesat yang dibuat dengan ‘tidak ikhlas’ sebagaimana diceritakan oleh Ustaz Zabidi dalam buku nya, “AL ARQAM - Tersungkur Di Pintu Surga”.

(Saudara pembaca akan mengikuti perkara ini di dalam kolum khas, ‘Di Mana Bersalahannya Akidah Jemaah Al Arqam’. Insyaalah!)

 

Nasib baik lah AL ARQAM ialah Jemaah Dakwah & Perjuangan, dan bergerak atas landasan kebenaran (tidak menyokong Sistem Demokrasi Terbuka, dll). Kalau tidak, boleh tergugat ketenteram sebuah negara sebagaimana puak2 desperado dalam ABIM, PAS dan Kumpulan AL MAUNAH hok dok buat!.

Merusuh, membakar bangunan dan merosak harta benda awam, kianati negara, dll!.

 

Kalau ikut hukum Hudud tuu, boleh hukum bunuh dah!.. kerana punya siasah lain dengan pemimpin yang dilantik!.

 

 

Bila lagi kita boleh berfikir secara waras dan rasional?.

 

Telah banyak ujian dihadapi oleh Harakah2 Islamiah di Malaysia, dan semuanya gagal menepati syariat Allah, lahir dan batin!.

 

Malah, rasa benci dan meluat makin bertambah2 terhadap pemerintah dengan kata2 kesat, lucah, dsb.nya. Di dorong pula oleh kebangkitan rakyat Islam di seluruh dunia terhadap pemerintahnya. Dan, yang terdekat ialah gerakan pemisahan rakyat Acheh, serta konfliks di Madura, dan lain2 tempat di kepulauan Indonesia terhadap pemerintah!.

 

Masih tidak boleh buat konklusi lagi kah!.

 

Jemaah mana yang tetap ‘cool’, tenang bak mutiara tersimpan di dasar laut walau di atasnya ombak bergelora. Tidak melatah, merusuh, dsb.nya. Syariat lahir dan batin terjaga kemas walau ujian datang saling berganti!.

 

Siapa lagi kalau bukan Jemaah DARUL ARQAM, satu2 jemaah sufi berteknologi di Malaysia yang melagang tarikat Aurad Muhammadiyah!.

 

Nampaknya, benar2lah fikiran umat sekarang kena pimpin jalan keluarnya mengikut syariat.

 

Mereka sudah tidak boleh berfikir sendiri dan mencungkil serta menilai akan sesuatu hikmah kejadian. Lebih2 lagilah apabila bercakap berhubung perkara2 ghaib bentok siasah semacam ini. Mudah sangat menghukum sesat kepada perkara2 di luar bidang pengajiannya.

 

Benarlah kata hukamak, “Manusia menjadi musuh kepada perkara2 yang dia tidak tahu”.

 

Mereka sudah tidak nampak lagi kebenaran, kecuali apabila diberitahu. Sudah lali dan tidak prihatin terhadap agama sendiri. Seperti pakai tundung tetapi berseluar sendat!. Masya-Allah!. Itulah produk yang dikeluarkan pemerintah kita.. alias Mustafa Kamal Artatuk!.

 

 

KESIMPULAN

 

Kita telah ditakdirkan lahir di Zaman Diktator dan di abab yang daif iman. Seeloknya kita menerima sahaja pemerintah yang didatangkan kepada kita saat ini, dalam keadaan taat setia dan redha pada sunnahtullah!.

 

Langkah sebaik2nya dan seterusnya ialah:-

 

1)         Kita nasihati pemerintah yang ada dengan penuh hikmah. Kita doakan pula mereka agar dibantu Allah SWT.

 

2)         Ulama selain menjadi penasihat kepada pemerintah, hendaklah berjuang membaiki rakyat agar beriman dan bertaqwa.

 

Kalau rakyat sudah baik2, tinggal pemerintah saja yang tidak adil, itu pun sudah cukup baik!.

Mudah2an satu masa nanti akan naik pemerintah yang baik dari kalangan rakyat yang baik2 yang telah diusahakan sekian lama.

 

3)         Dalam pada itu, kita kemaskan jemaah atau parti sendiri supaya menjadi ‘model’ dalam hal pembangunan insan dan pembangunan material. Kalau ia benar2 layak, sekalipun kita tidak suarakan, nanti ada ada orang tolong suarakan bahawa kita benar2 layak dan sesuai mengantikan pemerintah yang ada.

 

Itulah yang sebaik2nya. Kalau benar inginkan pemerintahan Islam, dalam keadaan kitapun tidak bersedia, nasihatkan pemerintah yang ada serta doakan mereka.

 

Allah tahulah nanti bagaimana untuk mengkabulkan doa dan hasrat suci kita itu. Di samping kita bersedia untuk membaiki diri dan jemaah kita.

 

Sebab bila sudah ada wibawa, orang ramai sendiri yang akan menunjukkan siapa2 yang layak memimpin Negara Malaysia ke arah Daulah Islamiah sepenuhnya.

 

Sebut pasal mendoakan pemimpin ini..

 

Nyata sekali PAS tidak beradab sebagai seorang Islam yang selayaknya!.

 

Sebab dalam khutbah2 Jumaat di Kelantan, Tok Khatib tidak membaca doa memohon Allah memberi petunjuk hidayah dan bimbingan kepada pemimpin2 negara dewasa ini. Sekadar membaca doa mohon keselamatan kepada baginda Al Sultan. Itupun setengah2 masjid tidak meng’amin’kan, malah menadah tangan pun tidak!.

 

Apa punya celaru lah akhlak islamiah di bawah kepimpinan ulamak ini!.

Serbasalah sesetengah ahli2 jemaah hendak mengangkat atau tidak mengangkat tangan untuk berdoa!. Kenapa boleh jadi begitu?.

 

Tetapi.. itulah sebenarnya tembelang perjuangan PAS ini!.

 

Mereka tidak ikhlas untuk sama2 membina dan membaiki negara yang sedang nazak ini!. Kecualilah kalau mereka jadi pemimpin negara!.

 

Agaknya di situlah mereka minta sumbangan ramai.. seperti jugalah sumbangan derma di majlis2 ceramah mereka atas nama.. jihad untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim!.

 

(Kasihan.. kasihan kepada orang2 tua yang dah hampir padam itu. Ditipu bulat2nya duit mereka yang sedia sedikit itu!.

Dijanjikan surga, katakan!.)

 

Dan, kepada yang bukan Islam pula, tidak ada satu syukbah atau unit pengkuatkuasa PAS yang pergi ke rumah2 orang bukan Islam untuk berdakwah dan menarik mereka kepada Islam!. Lebih2 lagi di bandar2 besar yang terkenal intelek dan rasional itu!. Katanya, orang2 yang cerdik akal boleh mudah terima dakwah Islam.

 

Sedangkan, itulah tujuan sebenar Nabi Muhammad SAW diutuskan.. iaitu untuk membawa manusia kepada Islam!.

Satu dunia hendaklah diIslamkan!.

 

Nak Islamkan macamana satu dunia kalau Markas atau Cawangan PAS pun tidak dibuka di negara2 dunia yang lain!. Setakat main local sahaja!.

 

Tidak seperti Markas Al ARQAM yang berjumlah lebih 16 buah di seluruh dunia (ketika sihatnya!).

Itu barulah dinamakan perjuangan yang tiada berkepentingan local, sebab targetnya luas! – untuk tegakkan khalimah Allah di serata dunia!. Guna duit jemaah, bukan duit kerajaan!.

 

Kenapa PAS boleh lari dari matlamat asal perjuangan Islam ini?.

 

Tidak ada sebab lain, melainkan.. gila kepada kekuasaan semata2!.

 

Lihatlah!. Betapa tidak ikhlasnya pejuang2 Islam akhir zaman ini. Satu ekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit!.

 

Dan, akhirnya Islam juga yang rosak namanya, di mata penganut2 agama yang lain!.

 

Patut sekalilah label ‘Islam’ ini di kawal dari digunakan sesuka hati oleh jemaah atau badan2 amal yang lain!.

 

Sekian, wallahualam.

 

APIPI@Abuya.Jr.001

010601