Perbezaan Pendapat – Yang Dibenar dan Tidak Dibenarkan

 

Sudah menjadi ‘Sunnatullah’, ada benci, ada rindu, ada pro, ada kontra. Perbezaan pendapat sudah tidak boleh dipisahkan dari kehidupan manusia sehari-hari.

 

Selagi manusia diberi akal dengan kecerdasan yang berbeza-beza, dan selagi nafsu tidak dipandu dengan Syariat Islam yang sebenar, selagi itulah manusia cenderung untuk bermusuhan dan berpecah-belah!.

 

Bezanya samada perbezaan pendapat itu kecil atau besar, dibolehkan atau tidak dibenarkan samasekali!.

 

Nabi Muhammad SAW telah membayangkan perpecahan umat Islam sejak dahulu lagi. Sabda Nabi dalam dua hadisnya yang masyhur:-

 

1) “Perpecahan di kalangan umatku suatu RAHMAT”

 

2) “Akan berpecah umatku kepada 73 golongan. 72 golongan masuk neraka, dan hanya 1 golongan sahaja yang masuk surga”.

 

 

Perpecahan Membawa Rahmat

 

Perpecahan atau perbezaan pendapat ini adalah dalam Bab FEQAH.

 

Bab Feqah mengandungi perkara-perkara seperti Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayah dan Siasah.

 

Dalam hal-hal ini, nabi membenarkan berlaku perbezaan pendapat.

 

Sebagaimana sabdanya, “Barangsiapa berijtihad dan ijtihadnya betul, ia mendapat 2 pahala. Ijtihad yang salah mendapat 1 pahala”.

 

Nabi tak katapun, ijtihad yang salah mendapat dosa!. Malahan diberi 1 pahala. Barangkali sebagai hadiah untuknya kerana serius memikirkan masalah agama untuk kebaikan ummah.

(Siapa yang boleh ijtihad tuu.. tengok oranglah, pulak!)

 

Tambahan pula ayat-ayat Al-Quran itu ada yang jelas (ayat Muktamad), dan ada yang samar-samar (ayat Mutasyabihat).

 

Ayat yang samar-samar sudah pasti timbul tafsiran yang berbeza-beza disebabkan kepala otak yang berbeza-beza kadar IQ nya.

 

Contoh, masalah dalam bab batal wuduk. Perkara ini berbangkit dari firman Allah yang tak jelas, iaitu, “Atau kamu menyentuh perempuan” (Al Maidah: 6)

 

(Ulama membandingkan perkataan ‘sentuh’ dengan sifat Allah yang Maha Pemalu. Sentuh di situ ada makna tersirat!).

 

Maka..

 

Iman Syafie r.h. berijtihad, sentuh kulit perempuan batal air sembayang.

 

Iman Hanafi kata, tidak!. Naik ‘syok’ baru batal air sembahyang.

 

Ada pula seorang Imam kata, sampai peringkat bersetubuh baharulah batal air sembahyang.

 

Mana satu yang tepat dan dapat dua pahala, Waallah hualam!

 

Yang pasti, kita mudah untuk mengerjakan tawaf Baitullahi Haram di kala perempuan-perempuan Hidustani dok sondol-sondol kaki kita kat depan-belakang!.

Kan itu suatu Rahmat!.

Kalau tidak.. kita dok berulang ambil air sembahyang untuk cukup 7 pusingan. Sikit punya seksa!.

 

 

Perpecahan Membawa Azab

 

Ini ialah maksud hadis yang kedua. Perpecahan dari segi Akidah.

 

Ia menyentuh Bab Tauhid sahaja, iaitu keyakinan kepada Rukun Iman yang enam.

Keyakinan kepada Allah SWT, Malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-Kitab, Alam Akhirat dan Qada&Qadar.

 

Menolak salah satu atau sebahagian aspek daripadanya adalah dilarang keras. Terhukum kafir dan kekal abadi di dalam neraka. Waliyazzubillah!.

 

Jelasnya, dalam perkara tauhid ini, tidak boleh seseorang Islam itu berbeza pendapat dengan saudara Islamnya yang lain. Dan dalam konteks masyarakat Islam Malaysia dan dunia amnya, wajib berpegang kepada akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

 

Sebagaimana Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Hambali dan imam-imam muktabar yang lain... walaupun mereka mempunyai mazhab masing-masing. Tetapi dalam perkara aqidah ini, mereka bersatu dan berpegang kepada akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, yang diperkenalkan semula oleh ulama tauhid yang terkenal, iaitu Sheikh Abu Hassan Ansari, mujadid kurun ke-2 Hijrah. Iaitu setelah hampir2 mazhab ini padam dek faham2 muktazilah, syiah, hajariah, musyabihah, rasdhiah, qadariah, jabariah, dll yang melanda umat Islam waktu itu.

 

Beliau telah mengolah ilmu tauhid ni mengikut kaedah yang sistematik, supaya orang2 zaman kemudian nii.. mudah faham. Tidaklah terawang2 seperti setengah2 ustaz kita yang tidak ‘spesific’ bila menyampaikan ilmu!.

 

 

Konklusi.

 

Yang kita dok bagi haru satu negara.. dok kafiak sana, kufur sini.. kes tolak(tangguh) Hudud ni.... cerdik ke baso, ke?

 

Bukankah Hudud itu termasuk dalam Bab Feqah - Seksyen Jenayah?.

 

Dibolehkan kita berbeza pendapat samada nak buat sekarang ini, atau nak tangguh dahulu!.

 

Tolak samasekali tidak boleh. Jatuh kafir pula!.

 

Ini masalah perlaksanaan, supaya kita tidak jatuh zalim apabila melaksanakannya. Selain mendapat pahala ibadah.

 

Untuk fahami lebih lanjut, sila klik “Falsafah Hudud Dalam Islam.”

 

Sekian. Wassalam.

 

APIPI@AbuyaJr.001

121200