Pengertian
Zikir
Bismillahir rahmanir rahim
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana masih lagi
mengizinkan adanya majlis ilmu ini. Semuga kita semua dapat menimba ilmu agar
kita dapat lebih faham dan dengan sebab itu ibadah-ibadah kita dapat memberi kesan
positif sama ada pada akal atau roh kita.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad RSAW, kerananyalah
kita dapat membuat kuliah ini dan kerananyalah kita beragama Islam. InsyaAllah
kali ini kita akan bincangkan ZIKIR. Bila kita katakan zikir,
kalau kita nak faham maksud tujuan tentu kita nak faham ilmunya.
Jadi kita nak faham definasi zikir. Zikir itu bahasa Arab ,
dalam bahasa Melayu maknanya ingat.
Jadi kalau berzikir tetapi tak ingat macam mana?. Kita
ingat mak kita, itu ingatlah sama ada kita sebut atau tak sebut. Bila cinta
dengan mak sudah mendalam sudah tak sebut. Termenung aja ingat mak, makan tak
seronok. Tapi dengan mak jarang berlaku tapi biasanya dengan cinta kita, kerana
mendalam cinta dah tak sebutlah diam aja, menunjukkan tinggi zikir itu!.
Jadi kalau begitu ada yang dia sebut tapi tak zikir, tanpa
sedar. Mulut sebut hati tak sebut, itu tak zikir. Mulut tak sebut tapi ingat
itu zikir. Zikir itu sebut di hati, ingat dihati. Kalau dimulut itu lafaz.
Kadang-kadang mulut sebut tapi tak ingat di hati. Macam orang terperanjat sebut
Allah Akbar itu budaya. Dia lafaz tapi hatinya tak ingat Tuhan.
Bila kita kata ingat, ingat apa?. Tentulah dimaksudkan
ingat Tuhan. Macam mana ingat Tuhan?. Agak-agak macam mana?
Ingat Tuhan itu mengingat selagi ada sifat-sifat Tuhan yang
mana satu tak kira, sesuai dengan kesempurnaan-Nya. Yang mana satu?
Ingat Tuhan, kuasaNya ke, kebesaranNya ke, kehebatanNya ke,
nikmatNya ke, penglihatanNya ke, pendengaranNya ke, nerakaNya ke, syurgaNya ke.
Apa saja yang ada hubungkait dengan Tuhan, itu yang dikatakan Zikir.
Sebab itu zikir yang paling besar, zikir yang paling banyak
adalah baca Al Quran. Sebab dalam Al Quran kita jumpa macam-macam yang
kesemuanya membuat kita ingat Tuhan. Sebab itu kalau orang boleh kekal baca Al
Quran sikit pun tak apa, macam-macam terbangun dalam akal dan rohaninya. Kerana
dalam Al Quran itu macam-macam kesempurnaan Tuhan dijumpai. Kalau zikir-zikir
yang khusus, hanya 2-3 sifat Tuhan sahaja, itulah yang diulang-ulang tapi kalau
baca Al Quran, jumpa macam-macam sifat Tuhan di dalamnya.
Jadi kalau orang baca Al Quran itulah zikir terbesar, yang
sempurna, yang lengkap. Orang yang baca Al Quran dengan penuh beradab, mabuk,
sekejap jumpa ini, jumpa itu dalam Al Quran.
Ertinya Al Quran mencetak kepala dan perasaan kita. Begitukah
kita semasa baca Al Quran?... tak!. Sebab kebanyakan kita diajarkan fadhilat,
nak pahala. Itu bukan zikir, itu nak fadhilat sedangkan zikir itu nak ingat
Tuhan. Kalau baca Al Quran ingat Syurga, itu bukan zikir, itu fadhilat. Sebab
tak ada hubungan dengan zat Tuhan. Orang yang duduk fikir ingat Syurga tak sama
dibandingkan orang yang ingat Tuhan.
Jadi zikir yang paling besar baca Al Quranlah, macam-macam
kita jumpa kesempurnaan Tuhan. Oleh itu kalau kita baca Al Quran kena beradab,
wudhu sudah tentulah, maksud beradab ini adalah:-
1. Faham makna
2. Kita hayati
3. Apa saja disebut,
dia kena ada tindak balas dari kita
Sebenarnya kita baca Al Quran itu, kita bercakap dengan
Tuhan. Jadi kalau kita faham makna, hayati, faham maksud berhadapan dengan Al
Quran, kita betul-betul bercakap elok-elok dengan Tuhan, tak seronok ke?. Jadi
asyik masyuk.
Memanglah baca Al Quran macam-macam kita jumpa, macam mana
kita berdialog dengan Tuhan?. Contoh: Seperti kita jumpa ayat, Wallahu
ghafururrahim Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Apa kita punya respons?.... dalam hati kita cakap...ya Allah ampunilah aku,
Tuhan yang maha Pengampun.
Baca lagi Innafikhalqisamawati...itu
tanda kebesaran Tuhan, jadi macam mana ada lalai. Segala
yang dibaca dicetak di kepala dan roh kita.
Misalnya ada ayat Innallaha ma'almukhsinin...Tuhan
itu bersama orang yang baik. Kalau orang tak faham bahasa Arab dia
tafsirkan ‘jadikan aku orang-orang yang baik’.
Kalau orang yang faham bahasa Arab, bila dia jumpa ayat 'Sesungguhnya
Aku suka orang yang bertaqwa, kita jawab ya Allah jadikan aku
orang yang bertaqwa. Kita jadi asyik.
Bila cerita tentang neraka, kita jawab ya Allah jauhkan
aku dari neraka, aku berlindung denganMu dari neraka ,wahai Tuhan. Waktu
itu rasa kecut, takut.
Begitulah adab-adab baca Al Quran. Jadi kalau baca Al Quran
itu kita berdialog dengan Tuhan. Bukan saja kita berzikir tapi berdialog, tak
indah ke?. Dia boleh mencetak akal dan roh kita.
Tetapi selama ini kita baca Al Quran tak di ajar untuk
dapatkan rasa-rasa begitu. Kalau fasih, baca nak laju sahaja. Menyebut pun tak
rasa, melafaz tak ingat, itu bukan zikir.
Padahal baca Al Quran itu berzikir, ingat Tuhan. Kalau
lafaz dah tak ingat, itu terpulang pada Tuhan nak bagi pahala ke tidak.
Sebab bukan begitu adab baca Al Quran, sebenarnya dia tak baca. Baca Al Quran
sepatutnya bukan fikir nak khatam, tetapi dapat faham, dapat hayati dan dapat
memberi tindak balas kepada setiap ayat yang dibaca. Amalan membaca Al Quran
sebulan Ramadhan bukan nak khatam dijadikan matlamat...kalau dapat satu juz
tetapi betul-betul dihayati itu yang lebih baik.
Jadi kalau ikut jaga tata tertib membaca Al Quran atau
zikir, ia sangat mencetak akal dan roh kita. Sebab itu dikatakan 'mengingati
Tuhan itu menenangkan hati', ertinya dia tenang dengan dunia, sakit di
dunia tak terasa sakit, nikmat dunia macam tak nampak, masa depan dunia sudah
tak fikir. Waktu itu dia fikir Akhirat, pasal dicetak oleh zikir baca Al Quran.
Itu yang dimaksudkan tenang.
Ada orang yang bertanya,''Quran ada kata zikir itu
menenangkan hati, saya berzikir tapi tak tenang.'' Sebenarnya dia tak berzikir,
bukan zikir. Dia melafaz tapi tak sedar. Macam mana nak tenang hati tak
diproses?. Boleh cakap Alhamdulillah tapi dok ingatkan untung ke perniagaan
ini, ini zikrullah ke zikir duit?. Mulut zikir sampai tapi hatinya tak ingat
Tuhan. Berzikir dok geleng-geleng tapi fikir kalau perniagaan tak untung tak
dapat gaji bulan ini. Dia sudah kurang ajar dengan Tuhan.
Kalau kita nak cakap dengan raja tersalah cakap. Waktu kita
sedang cakap kebesaran raja, cantik istana tuanku, hebat nampaknya, tiba-tiba
kita pergi depan raja kita cakap saya ada kebun, ada kereta...bukannya ingat
Tuhan tapi kurang ajar dengan Tuhan. Rupanya kita berzikir bukan ingat Tuhan
malah kurang ajar dengan Tuhan. Sebab itu Rasulullah SAW ada menyebut yang
ramai orang yang membaca Al Quran tetapi Al Quran itu pula melaknatnya. Tak
takut ke?
Di dalam Al Quran juga disebut sembahyang itu zikir yang
paling besar macam baca Al Quran sebab sembahyang itu lengkap, syumul,
macam-macam boleh jumpa, semua dibuat dalam sembahyang. Dari zikir yang besar
ini macam-macam yang berhubungan dengan Tuhan kita jumpa dalam sembahyang. Ini
kalau kita hayati macam mana nak lalai, sudah tentu tak lalai. Tapi kalau tak
dihayati jadi lalailah.
Ampun maaf
Sumber rujukan: Us Hj Ashaari
Muhamad
Penyusun: Dewan Budiman, Wakil
Rufaqa UK