Majlis Mengatib Aruah ini suatu hal yang serbasalah kita dibuatnya. Nak dilarang, memang ianya diperlukan dalam keadaan masyarakat yang muflis iman sekarang ini. Nak disuruh, Nabi tak pernah buat pulak!.

 

Kalau dia tu seorang Mujahid, dia boleh fahamlah. Tetapi kalau dia itu seorang Abid, ditengking2nya kita.. dikatakan bidaah!.

 

Tetapi kalau tidak dibuat, alangkah rugi kita tidak menggunakan kesempatan seperti itu untuk berdakwah kepada orang-orang yang fasik dan zalim serta tidak makan diajar!.

 

Nak buat kat masjid?. Tidak datang pulak rasa berdukacita seperti itu. Lagi pula mana orang-orang fasik nak datang ke masjid!. Sedang mereka itu target dakwah kita supaya sadarkan diri. Siapa nak buat makan minum, nak umpan mika semua masuk masjid!. (Ini siasah dakwah.. dan orang bukan dakwah (abid) tidak boleh kata apa-apa).

 

Tapi kalau buat majlis aruah kat rumah si mati, lain pulak masalah yang ada. Pertama kita menyusahkan keluarga si mati, walaupun kita dianjur menghiburkan hatinya yang duka lara itu.

Kedua, kita mengeringkan budget sara hidup mereka yang sedia sesakk itu!.

Ketiga, kita melanggar hukum supaya yang tidak membenarkan si balu bersemuka dengan orang lain, takut jadi fitnah pulak!.

Keempat, kita mengundang ‘musuh’ si mati ke dalam rumahnya (jika ada) tanpa ketahuan kita, yang semasa hidupnya sentiasa dizalimi. Dia mesti ‘mati hidup balik’ tidak redha!.

 

Tetapi adakah itu semua sebab yang besar sekali?.

 

Pada saya, yang dah mati tuu... dah selamat pergi. Apa yang kita susahkan sangat!. Yang patut disusah-susahkan ialah kita yang masih hidup ini!.

 

Tambah2 lagi yang fasik. Lebih2 lagi kalau ada ahli keluarganya yang hisap dadah, dll. Time bila lagi kita nak kenakan mereka, supaya insaf ke diri kalau bukan saat kematian yang trajis ini!. Ini masa dan ketikanya. Saat di mana hati berada di garisan ufuk tauhid dan keinsafan sebagai hamba ALLAH!.

 

Soal, ongkos kita buat derma ramai2. Di situ sahaja kita dah selesai 2 atau 3 perkara!. Si balu kita boleh kurung dalam bilik atau nasihatkan dia supaya tidak tunjuk muka sampai edah!. (Seperti juga majlis bersanding. Kalau nak sangat, buat dalam bilik sajalah!).

 

Yang payah nak kenal, siapa musuh si mati!. Kalau bukan dengan kesedaran ilmu si musuh itu sendiri!.

Beliau kena diberi faham, dan... bila disebut soal faham ini termasuklah kita semua. Sebab majlis aruah itu sendiri perkara bidaah.

 

Perkara ini perlu ditekan oleh Tok Imam dan para-para ustaz semasa memberi kuliah di masjid. Tapi nak bagi faham guano kalau puak-puak yang fasik itu tidak pergi ke masjid. Lagi pula, majlis-majlis resmi dibuat sebegitu cara sehingga nak bertanya soalanpun naik segan.

Tenggok sajalah hukum ‘haram ‘ ke atas merokok. Orang-orang kaki masjid masih buat tak endah saja. Sebab, bila sabit bak makan nii.. tidak boleh nak kompromi dengan sebab2 lain. Apalagi bila makan free!.

 

Macamana pun itu problem Tok Imam. Dia akan berfikir cara abid nya itu.

 

Persoalan sekarang ialah, benda ghatib aruah nii.. dah berlaku turun temurun!. Ianya dah sebati dengan budaya orang-orang Melayu yang sangat perihatin dalam pergaulan hidup bermasyarakat. Kalau dibenteras dengan paksa, nescaya terus saja mereka tolak Tok Imam ataupun agama Islam itu sendiri.

 

Pada saya, kita guna kaedah dakwah Wali Songgo.. yang saudara2 akan membacanya sebentar lagi. Sebab, setiap perkara mungkar itu ada tahap-tahap untuk melepasinya. Bukan boleh dibuat sekali gus!.

 

Hanya kita berharap, akan ada seorang ulama berwibawa, yang boleh kerat putus perkara ini di masa hadapan. Untuk masa ini, kita guna kaedah mendampingi puak-puak fasik dan jahil itu untuk menceritakan hal keadaan sebenar.

 

Sekian, wallahualam.