KALAU KITA TIDAK BERTAQWA

 

Semua orang menganggap bahkan yakin bahawa dunia ini dan manusia ini tidak akan selarnat kalau duit tidak cukup, atau ilmu tidak tinggi, atau jawatan tidak ada dan tidak tinggi atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai. Tegasnya kalau tidak tiru apa yang Barat buat, tidak jadi rnacam Barat, kita tidak akan selarnat. Maka berlumba-lumbalah kita mengejar Barat. Seluruh jentera kemodenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan tadi. Semua menjadi yakin kalau kita jadi Barat, akan bahagialah hidup, akan senanglah hidup.

 

Hingga hari ini, sedikit sebanyak kita sudah membangun seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah agak cantik, berkat meniru pembangunan Yahudi dan Nasrani.

 

Ekonomi pun seakan-akan sudah pulih, walaupun belum ada seorang umat Islam yang dapat membangunkan supermarket di seluruh shopping centre di negara kita. Walaupun masih banyak gerai-­gerai Melayu di tepi-tepi jalan menempah sejarah pendek umur. Walaupun ikan-ikan tangkapan Melayu banyak yang masih menjadi sumber kekayaan kapitalis yang terus menerus menghisap darah para nelayan. Dari segi ilmu pun, boleh dibanggakan memandangkan para lulusan unversiti yang kian bertambah dan orang yang berdegree bertambah ramai.

 

Namun ilmu-ilmuan tadi tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula kepada negara. Mereka tetap tidak berdikari untuk membina pembangunan dan perindustrian sendiri yang bebas dati rnakan gaji.

 

Di samping itu akhlak lulusan tinggi tetap tidak jauh beza dengan akhlak yang ada pada lulusan rendah. Mungkin juga sama, bahkan ada yang 1ebih teruk lagi. Soalnya, hingga di tahap ini, adakah kita sudah mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman dan damai?.

 

Memandangkan pada penyakit masyarakat yang bertimpa-timpa dan kian kronik, dengan masalah tidak habis-habis, tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia. Memang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluarga yang merasainya, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh mencorak masyarakat.

 

Secara umum penguasa-penguasa atau orang-orang yang ada kuasa tidak bahagia oleh penyakit gila kuasa. Orang kaya tidak bahagia kerana penyakit gila dunia. Orang miskin tidak bahagia kerana sering rindu pada harta. Ulama-uIama tidak bahagia kerana anak derhaka. Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. Pemudi-pemudi tidak bahagia kerana diganggu dan takut jadi andartu. Pemuda hilang bahagia kerana susah hendak kahwin. Dan macam-macam lagi penyakit yang sedang meragut kebahagian hidup dalam masyarakat kita.

 

Dalam keadaan ini apakah peranan pembangunan, kemodenan, ekonomi, jawatan dan iImu tinggi tadi?. Mampukah ia menyelesaikan masalah ini?.

 

Lihat di Barat!. Kemodenan hidup menghantar manusia ke kancah kehidupan yang bergelora. Sebagai contoh, cukup saya katakan bahawa ramai sudah orang Barat yang hidup berdua dengan anjing atau bertemankan kucing atau itik atau ayam. Kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tiada. Apa erti dengan segala pembangunan tadi?.

 

Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki atau benda-­benda lahiriah. Rasa bahagia itu tempatnya di hati manusia. Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya, kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi manapun, kaya raya macam manapun dan sebesar manapun pangkat tetap tidak bahagia hidupnya.

 

ltu bukti yang cukup jelas yang memang jadi pengalaman semua orang. Kerana itu, untuk mencapai kebahagiaan hidup untuk individu mahupun unuk masyarakat, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu manusia dengan Iman dan Takwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan dan kemodenan.

 

Iman dan Takwa bo1eh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinan. Iman dan Takwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur kalau dapat menderma. Iman dan Takwa boleh membuatkan penguasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat berkhidmat pada rakyat.

 

Iman dan Takwa membuatkan anak­-anak terhibur untuk taat ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat pada suami, pengikut terhibur mentaati pemimpin, anak murid terhibur dan hormat dan kasih pada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda jadi sungguh bertanggungjawab.

 

Bila manusia sudah berada dalam keadaan itu, barulah duit banyak membawa bahagia. Barulah pangkat tinggi berguna dan segala kemodenan dan pembangunan akan jadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.

 

Hari ini semua itu belum berlaku. Kerana hanya memikirkan negara maju, maka yang terus maju ialah negara bukan orangnya. Masyarakat manusianya dibiarkan bermain dengan nafsu, tidak dihiasi dengan iman dan takwa. Maka nafsulah yang menjadi raja dan jadi Tuhan. Nafsulah yang mengatur kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru-hara.

 

Di sini disenaraikan nafsu jahat yang bersarang dan menjadi Tuhan dalam diri manusia itu:-

 

1. Bila takwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai nafsu-nafsu berikut:-

a. Sombong atau ego

b. Ujub dan riak

c. Hasad dengki

d. Susah untuk menenma kebe­naran dari orang lain

e. Ingin berlawan terutama sesama ulama

f. Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang nnggit.

g. Pemarah

h. Ingin dihormati (gila puji)

i.  Kalau mampu, akan hidup bermewah-mewah.

 

Kalau hati tidak bertakwa, maka mustahil kita temui mufti-mufti, tuan-tuan kadi, ustaz-ustaz, tuan­-tuan imam yang merendah diri, yang merasai diri kurang, menyayangi orang lain sebagaimana mengasihi diri sendiri, bersedia untuk ditegur walaupun oleh kanak-kanak, tidak suka menunjuk-nunjuk pandai dan kehebatan, menggunakan ilmu untuk kepentingan Allah dan kehidupan di akhirat, mudah melupa dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati dan dipuji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah dan berkeadaan zuhud serta warak.

 

Bila tidak ada ulama yang begini, maka umat seolah-olah ketiadaan lampu. Tinggallah dalam gelap gelita. Tidak tahu halal haram, tidak kenal Al-Quran dan Hadis, tidak kenal Allah dan Alam Akhirat, tidak pandai membezakan akhlak baik dan akhlak buruk, tidak faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, juga yang baik dan tidak baik. Maka hidup mereka tidak menentu. Kadang ke barat dan kadang ke timur, terlanggar ke sana terlanggar ke sini, terjunam ke lembah-lembah, tersungkur di jalan dan macam-macam kacau bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada langsung yang selamat.

 

Maka jadilah apa yang sedang terjadi hari ini. Umat Islam tidak bertakwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya. Kadang-kadang jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam Hindu, Buddha, macam Hippies dan macam-macam lagi. Budaya dan tamadun Islam tidak ada dan tidak dapat dibangun dan diperjuangkan. Yang ada ialah budaya campur aduk dan kacau bilau.

 

 

2. Bila pemimpin tidak bertakwa.

 

Akibat ulama tidak dapat bertaqwa maka mereka tidak dapat mendidik pemimpin atau penguasa agar jadi pemimpin yang bertakwa. Bila pemimpin tidak bertakwa, maka hatinya akan dikerumuni oleh nafsu-nafsu jahat. Antaranya, ego, sombong, takbur, riak, ujub, menzalim (diskriminasi), pilih kasih, gila kuasa, tidak adil, berburuk sangka, berhasad dengki terutama sesama pemimpin, menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan dunia semata-mata, menghukum sesuka hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan bermewah-mewah.

 

Kalau penguasa tidak bertakwa sukar sekali untuk mencari seorang menteri atau wakil rakyat atau presiden yang suka merendah diri dan merasa dirinya setaraf dengan orang lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya istimewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka, berkasih sayang sesama pemimpin, menggunakan kuasa untuk kepentingan Islam dan kehidupan di akhirat, berhati-hati ketika menghukum, suka memaafkan dan hidup ala kadar, iaitu sekadar keperluan.

 

Bila hati pemimpin dan sikapnya sudah rosak, kotor dan jahat sekali, maka tentu pimpinannya berjalan dengan bentuk dan arah yang sama, sama ada mereka sedar atau tidak, rnahu atau tidak rnahu. Memimpin bukan untuk menyelamatkan umat tapi kerana mempertahankan kuasa. Buat kebaikan bukan secara rela tapi terpaksa, sebab takut dihukum atau dikata nista oleh rakyat. Berlaku zalim, kejam, bermewah-­mewah, berpoya-poya dengan maksiat mungkar.

 

Kalau ada pun pemimpin yang baik, yakni tidaklah buat semua itu, tapi kalau bukan atas dasar takwa, nescaya dia akan mencari kepentingan diri dan tidak tahan diuji. Dan ini akan membawa kepada 1001 masalah kepada dirinya dan kepada rakyatnya.­

 

Sebagai contoh, lihatlah di Malaysia hari ini. Pemimpin yang tidak bertakwa telah menjadikan rakyat Malaysia berpecah-belah, bergaduh dan bersengit hati sesama sendiri. Bahkan di kalangan mereka pun sarna, berdendam berdengki.

 

Apa alasan dan penyelesaian pada semua itu?. Sebab ekonomi kurang?. Sebab kebodohan rakyat?. Sebab kemajuan tidak seberapa?. Sebab ilmu tidak ada?. Sebenarnya semua itu disebabkan manusia­-manusia tidak bertakwa. Yang mana kalaulah rnasyarakat kita bertakwa, nescaya Allah lepaskan kita dari sebarang kesulitan dari masalah. Dan menjadikan negara kita negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah s.w.t.

 

 

3. Kalau orang kaya tidak bertakwa.

 

Maka jadilah hatinya penuh dengan sombong, ego, suka membazir, riak yakni suka menunjuk-nunjuk, menyalah­gunakan harta seperti untuk mengumpan perempuan cantik, rasuah, suka berlumba-lumba terutama dengan sesama kaya, dalam pada itu masing-masing saling kata-mengata.

 

Lihatlah hari ini mereka berbangga dengan rumah besar dengan perabut kemas lagi mewah. Mereka bercuti ke sana bercuti ke sini. Beli barang bukan di Malaysia tetapi import dari London. Duit orang kaya lebih banyak daripada duit negara. Walhal mereka tahu bahawa masyarakat mereka miskin. Tabung perjuangan Islam sentiasa kosong malah terhutang-­hutang, negara tidak cukup duit untuk membiayai rakyat disebabkan orang kayanya berhati kejam dan sangat membazir.

 

Dalam keadaan ini sampai bilapun manusia tetap akan berada di dalam keadaan tidak puas hati. Kecualilah, orang-orang kaya sanggup jadi bank akhirat, yang memberi pinjaman tanpa riba dan tidak minta dibayar di dunia. Sebab mereka faham kekayaan adalah pinjaman Allah, sekaligus sebagai ujian untuk melihat siapa yang sedar diri tentang asal usulnya.

 

 

4. Orang miskin kalau tidak bertakwa.

 

Maka tidaklah selamat hatinya dari sifat-sifat yang buruk seperti tidak sabar dengan kemiskinan hingga sanggup mencuri, menyamun, menipu dan membunuh. Mereka sangat hasad dengki dan sakit hati dengan orang yang berada, keinginan untuk kaya sangat tebal hingga bila tidak kaya-kaya juga, mereka jadi putus asa dengan Allah.

 

Hal-hal yang demikian itu menyebabkan berbagai jenayah berlaku dalam masyarakat, Rompak, samun, seluk saku dan lain-lain bentuk kecurian telah menjadi pekerjaan tetap sehinggalah bagi setengah mereka telah mendatangkan pendapatan yang lumayan. Hingga kerana itu, ramai manusia dalam ketakutan kalau-kalau rumahnya dimasuki pencuri.

 

Pada hal tidak sepatutnya perkara-­perkara ini berlaku dalam masyarakat umat Islam. Kerana orang mukmin yang bertakwa, kalau dia miskin dia redha dengan takdir. Dia tidak terseksa dengan kemiskinan di dunia demi mengharapkan kekayaan yang Allah janjikan di akhirat.

 

 

5. Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertakwa.

 

Maka kerja mereka ialah mengumpat, bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang lelaki, gila dunia yakni gilakan perabut, hiasan, gelang, pakaian, hingga lupa pada Allah. Dan lupa akhirat. Seorang isteri yang tidak bertakwa tidak akan dapat melayan dan mentaati suami dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka sifat merendah diri pada suami dan sifat memandang mulia pada suami. Mereka bebas untuk keluar masuk rumah dan menyusun program sendiri, tanpa memikirkan sangat apa kata suami.

 

Bila kaum ibu berada dalam keadaan begini maka rumahtangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih sayang, di mana suami terasa berada dalam sebuah mahligai yang penuh kebahagiaan di samping anak-anak yang terdidik dengan kasih sayang dan akhlak yang mulia dan ilmu yang berguna.

 

Oleh .kerana semua manusia ini inginkan kasih sayang dan kebahagiaan maka jika rumah tidak dapat menyediakan itu, tentu mereka cari di luar. Lalu jadilah apa yang telah dan sedang terjadi. Yakni disko, kelab malam dan tempat manusia mencari kasih dan kebahagiaan secara keji itu sering penuh, bahkan merupakan satu perniagaan yang sangat menguntungkan.

 

Ada yang menagih kasih dan bahagia dari dadah, dari arak dan dari segala hiburan yang kotor. Mereka menyangka itu semualah kebahagiaan hidup, tidak ada yang lain lagi. Walaupun mereka sedar bahawa melakukan semua itu bererti kehinaan dan kebinasaan hidup.

 

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Dunia ini ialah perhiasan. Dan perhiasan yang paling cantik ialah wanita solehah”.

 

Semua orang tertarik pada perhiasan. Apa lagi kalau alat perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat cantik. Jadi, kalau dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah, maka ahli-ahli rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah. Rumah adalah hiburan dan ketenangan hati mereka.

 

 

6. Kalau pemuda atau pemudi tidak bertakwa.

 

Maka jadilah mereka manusia yang suka berpoya-poya, bercinta­-cintaan dan berlagak ke hulu ke hilir dan rasa ingin menunjuk-nunjukkan diri. Bahkan menjadi kutu jalan. Kalau ada kesempatan mereka akan mengorat tanpa malu bahkan sudah jadi permainan yang lumrah. Rasa iri hati, cemburu dan hasad dengki sesama sendiri bersarang penuh dalam hati mereka.

 

Dan ini semua dapat kita saksikan dalam lakonan hidup mereka. Mereka sering berangan-angan, khayal dan lalai dari tugas-tugas yang sepatutnya. Kes-kes zina di kalangan muda-­mudi yang turut melibatkan pelajar-­pelajar sekolah sudah menjadi perkara biasa dan seakan-akan mahu dibiarkan berterusan oleh kita.

 

Mana ada satu sekolah yang muda-mudinya sedang memperjuangkan agama, bangsa, negara dan tamadun umat supaya kita jadi gagah dan mulia di mata dunia?. Tidak ada!.

 

Sebagai gantinya mereka itu sedang membina budaya lucah, gila harta, gila wanita, gila pangkat dan saling berebutan hingga membuatkan jentera penggerak pembangunan tamadun dan nilai kita jadi lemah dan lembab sekali. Mereka tidak kerja kalau bukan makan gaji. Masa kosong dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek pertanian, perindustrian dan lain-­lain yang sungguh penting untuk kekuatan umat.

 

Berapa kerat muda-mudi Islam yang dapat tunaikan sepenuhnya tuntutan solat lima kali sehari itu?. Maka sebanyak itu sajalah dari mereka yang boleh diletakkan harapan. Selebihnya adalah pengganggu, pengacau dan penghalang perjuangan kebenaran.

 

Muda-mudi yang bertakwa ialah orang-orang yang serius terhadap tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara. Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat untuk tugas khalifah Allah di dunia. Mereka sanggup tinggalkan budaya liar berpoya­-poya dan berlagak serta bergaya tidak menentu.

 

Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertakwa dan tidak bertakwa. Kalaulah kita dapat capai maqam ini, insya-Allah akan jadilah kita bangsa dan negara yang aman makmur, seperti yang kita laungkan dan idam-idamkan. Sebagaimana yang difirmankan Allah, “Negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah”. (As Saba: 15)