Make your own free website on Tripod.com

 

PENGENALAN KEPADA SISTEM EKONOMI ISLAM

 

INTRODUCTION

 

Pertama-tama sekali, kita nak cakap, Intro ini bukan berbentok mengajar. Ianya lebih berbentok query ataupun sindiran.

 

Mengajar buat apa kalau kauorang dah tetap yakin dengan Ekonomi Sekular yang kauorang anut sejak zaman berzaman, dan telah mengecap nikmat rezeki darinya sehingga beranak cucu.

 

Sekarang apabila timbul masalah yang tidak kunjung selesai, maka kita nak jawab queri kauorang jugalah!.. “What’s had gone wrong with this system. Could anyone told us?.”

 

(Sebab kalau ikut bahasa saikologi, stail bercakap macam ini boleh menyentap jantung hati dan fikiran saudara2 kita yang degil dan taksub dengan Sistem Ekonomi Kapitalis yang dianut sejak zaman berzaman itu. Supaya mereka bersungguh untuk membaca makalah ini sampai akhir. Harap2 begitulah!.)

 

 

Yang kedua, kita nak cakap.. kamu orang kena terima hakikatlah, bahawa Sistem Ekonomi Sekular yang kauorang main tuu.. tak habis2 dengan merundum!. Yang tak ada kait mengkaitpun dengan kitapun, boleh merumdum dan golong tikar!.

 

Eh.. apa punya tamadun material lah yang kamu orang buat?. Acu nak bangun dan bergerak cergas sikit, dah kena selsema!. Orang seberang laut terbersin, kita kat seberang sini dah demam kebah berhari2 tak boleh bangun!. Apa punya tak relevan la..

 

Sakit mereka itu tak serupa jenis dengan penyakit kita. Asas ekonomi kita kukuh, dan rezab kewangan kita besar. Boleh jelas bayaran untuk 3 atau 4 bulan import tertangguh!. Macamana nilai matawang kita boleh jatuh dengan drastik sekali?. Permainan apa ini?. Perjuangan apa nama yang tidak konsisten ini.. sekejap stabil, sekejab boleh tidak stabil!.

 

Apa agama Islam ajar macam itu ke?. Tak boleh naik menongkat langit, hidup sendiri dan berdikari?.

 

Kita kena paham, Negara Islam itu negara yang berdikari dalam soal ekonomi. Maksudnya, ia boleh berdiri sendiri tanpa minta sedekah atau berhutang atau bergantung hidup dengan sistem ekonomi orang lain. Lebih2 lagilah dengan musuh Islam!. Bahkan, sepatutnya Negara Islam itu mempunyai lebihan harta dan wang, yang melimpah pula ke negara umat Islam yang lain.

 

Baik.

 

Sekarang kita nak tanya terus terang.. samada Sistem Ekonomi Islam tak betul atau ikutan sistem kamu orang itu sendiri tak betul jalan!.

 

Kalau kamu orang akui Sistem Ekonomi Sekular yang kamu orang anut itu adalah batil, maka jangan marah lah kalau saya katakan.. selama ini kerja bisnes kamu orang, Tuhan tak bagi pahala ibadah!.

 

Sebab bercanggah dengan kebenaran yang disyariatkan dan diperjuangkan oleh baginda Rasulullah SAW.

 

(Sila lihat ‘Ibadah Dalam Islam’).

 

Tamadun yang kamu orang bina itu ialah Tamadun Sekular atau Tamadun Ekonomi Orang Putih!. Bukannya Tamadun Ekonomi Islam yang suci murni lahir dan batin.

 

Lebih2 lagilah kalau yang hidup itu hasil dari duit riba, ambil untung berlipat kali ganda, monopoli, rasuah, penindasan, dll. Benda sebatil ituu.. yang jelas haram dan halal itupun tak boleh fikir!.

 

Itu belum cerita bak akhlak, sebab akhlak itu adalah produk akhir dari aktiviti ekonomi yang dijalankan. Orang berurusniaga ini adalah kerana mengikut perintah Tuhan, mestilah ada syarat dan kaedahnya yang tersendiri. (Sila baca ‘5 Syarat-syarat Ibadah’). Mana boleh ikut mood dan fikiran sendiri!.

 

(Apabila orang buka kedai makan, kita pun buka kedai makan kerana kononnya tuntuan Fardhu Kifayah. Biarpun kicap, cili sos, tomato, dll yang digunakan dalam kedai makan itu datang dari kilang orang kafir, dalam kawasan kampung sendiri pulak tuu!.

 

Tak ada benda lain nak berniaga ke, sampai terpaksa bersaing sesama sendiri dalam bisnes yang sama. Ini bukan hendak melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah, tetapi nak meng’kojol’ perniagaan saudara Islamnya yang lain!.

 

Apa punya minda Tok Guru la.. sampai orang kampung tak faham-faham!).

 

O.K.!. Jange murih.

 

 

Yang ketiga, kita nak cakap..

 

Orang Islam mukmin menganggap dunia ini penjara baginya (tidak bebas), dan surga bagi orang kafir. Sebab kita orang Islam yakin kampung halaman kita yang sebenar ialah di Negara Akhirat.

 

Maka, atas keyakinan begitulah kita berusaha dalam aktiviti hidup kita sehari-hari untuk mencapai kebahagian hidup akhirat yang kekal abadi. Kita melabur sebanyak-banyaknya untuk Negara Akhirat, dengan harapan untuk mengutip hasil yang besar di hari pembalasan kelak!.

 

Tindakan yang bijaksana ini sesuai dengan saranan Nabi SAW, “Orang yang paling cerdik di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak ingatkan mati”.

 

Sebab, dia akan berusaha membina mahligai kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sementara orang lain terperdaya dengan nikmat dunia yang bersifat fatamorgana ini. Lalu berlomba-lomba membina ‘surga dunia’ yang tidak kekal!.

 

Ringkas cerita, kita hidup di atas dunia ini.. pakai ambil keperluan hidup yang asas dan sunat2 sahaja. Yang harus2 itu tidak perlu, apalagi keperluan yang haram!.

 

Baik!.

 

Apa yang saudara-saudara faham tentang keperluan hidup yang asas itu?.

 

Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, eloklah saya perjelaskan hala tuju hidup kita di atas dunia yang fana’ ini.

 

Pertama-tama, kita hendak nyatakan bahawa jangka hayat hidup manusia moden ini sekadar mencecah 60 atau 70 tahun. Selepas itu padam!.. bersama padamnya keinginan kita untuk berseronok-seronok dengan banglo, dunia, wanita dan anak-anak.

 

(Sebab mati pada usia muda berbanding tok nenek kita zaman dahulu ialah mungkin kerana banyak sangat terhidu gas beracun (carbon monoksaid, fluro hyrocarbon peti sejuk, dll) dan makan sayuran berkimia, dll.

 

Oleh kerana hayat hidup kita singkat, maka bagaimana kita hendak berbelanjakan semua harta kita dalam posisi pelaburan yang menguntungkan?. Pelaburan yang besar untuk akhirat, selain kita tidak lupa untuk mengecap nikmat yang sepadan dengan umur kita semasa hidup di dunia masa kini. (Buat ‘make le’.. kata orang Kelante).

 

(Sila baca ‘Keadilan Dalam Islam’ untuk lebih maklum. Belum siapmlagi la..)

 

Ringkasnya, bagaimana kita nak ‘tackle’ dunia ini bersekali dengan kehidupan di akhirat, dalam keadaan harta, usia dan tenaga kita terhad!. Sebab, kita maklum dunia ini tanam-tanaman untuk akhirat.

 

(Kalau harta tidak terhad ituu.. lain ceritalah!. Tak perlu pikiak-pikiak, sebahagian untuk dunia dan sebahagian untuk akhirat).

 

 

Yang kedua, kita harus ambil pengertian bahawa rezeki anak-anak sudah tersurat di azali lagi!. Tidak perlu kita simpan RM50,000.00 dalam ASN mereka semata-mata kita takut kehidupan mereka tidak terjamin!. Sikit punya bodoh kita kalau kita dok labur wang ringgit untuk kebahagian hidup anak-anak kita di dunia, sedang pelaburan untuk akhirat tidak dibuat!. Habis, esok nak menetap di ‘Mahligai’ mana di negara akhirat?. Sedang isteri paling kurangpun.. 17 orang anak bidadari!. You’ll nak muatkan dalam satu banglo, ke?.

 

(Kita simpan bekalan makanan untuk selama 3 hari dalam peti ais pun, dah kira salah.. tak ada sifat tawakal dengan Allah!. Inikan pula untuk menjamin hidup anak kita dengan ASN, yang entah hidup atau akan mati accident, atau sebagainya).

 

Baik. Kembali kita..

 

Berdasarkan dua sebab di atas, saya akan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan keperluan hidup yang asas, yang sunat, yang harus, makruh dan haram!.

 

Penetapan 5 hukum ini didasarkan kepada seorang yang berpendapatan secukup hidup. Iaitu pendapatan sebulan RM300, dan belanja sara hidup sebulan ialah RM300.00. Beliau dipanggil orang miskin.

 

Baik. Apa itu keperluan hidup yang asas?.

 

Keperluan hidup yang asas ialah tempat tinggal (rumah kayu je, bukan banglo), makanan-makanan asas (seperti garam, gula, beras, minyak, dsb.nya), pakaian dan seumpamanya secara sederhana, yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

 

Ketiadaan salah satu perkara-perkara ini akan menjejaskan routine kehidupan harian, menyebabkan konsentrasi kepada perkara-perkara ibadah jadi tidak khusyuk, atau khidmat bakti tidak dapat dijalankan amanahnya dengan baik, dsb.nya.

 

Apa itu keperluan hidup yang sunat-sunat?.

 

Iaitu berupa kenderaan yang sederhana, api letrik, air paip, telefon, keperluan dapur, perabot rumah yang ringkas-ringkas sahaja dan lain-lain yang semuanya berguna untuk memudahkan menjalankan tanggungjawab dan memberi keringanan kepada perkara2 wajib di atas.

 

Apa itu keperluan hidup yang harus?.

 

Iaitu barang keperluan yang.. ada atau tiada, tidak memudaratkan keperluan hidup yang asas dan sunat tadi. Seperti mesin basuh, kipas siling, tv astro, handphone, dll.

 

 

Apa itu keperluan hidup yang makruh?.

 

Iaitu keperluan hidup yang berlebih-lebihan berbanding jangka hayatnya setakat 60 tahun dah mati. Apa perlu kipas angin sampai 4 atau 5 buah dalam rumah, sedang digunakan sekali-sekala!. Atau pakai hiasan rumah yang mahal-mahal seperti carpet ‘Taj Mahal’, sedangkan kita ni bekerja kampong.. tak ada nak urus-urus orang atau jadi presiden!. Kalau dilaburkan untuk akhirat kan lebih baik!.

 

Demikian juga kehidupan secara setingan, iaitu tidak dapat air bersih, udara bersih, makan budu, belacan, dll. Yang ketiadaannya adalah lebih baik serta dapat pulak pahala tuu!. Seperti rokok, kamu orang enak-enak dapat menghisap nikmat dunia itu. Sedang orang mukmin terpaksa menahan liur untuk menghisapnya kerana ALLAH tak suka.

 

Kita nak tuntut ‘pahala’ kerana mujahadah itu di akhirat kelak!.

 

 

Dan, apa pula keperluan hidup yang haram?.

 

Iaitu apa sahaja kelengkapan rumah atau hiasan yang haram, sia-sia dan membazir. Sebab membazir itu saudara syaitan!. Membazir itu haram hukumnya!. Seperti memilikki rumah banglo 5/6 biji seluruh dunia, yang diduduki bila ada urusan!. Kalau disewakan itu.. boleh tahan jugak lah!. Tidak haram. Sekadar makruh, sebab manfaat hartanya untuk dia seorang saja!. Kalau diwakafkan untuk jihad fisabilillah, sikit punya besar pahala yang dia dapat!.

 

Dan, dalam konteks Negara Islam, projek-projek yang sia-sia dan membazir, seperti pembinaan padang golf, dll haram hukumnya. Sebab tidak memberi manfaat kepada manusia ramai. Sekadar untuk dimegah-megahkan seantero dunia!.

 

Lagipun, duit itu boleh digunakan untuk banyak perkara, termasuk membuka peluang pekerjaan untuk memproses sumber bahan mentah anugerah illahi, menaikkan taraf hidup rakyat miskin dengan projek ‘home industry’, dsb.nya.

 

Jelasnya, pembaziran sangat ditentang. Menghabiskan harta dengan sia-sia sangat-sangat ditegah. Ertinya dalam Negara Islam, tidak ada pemerintah atau orang kaya yang hidup bermewah-mewah dan berfoya-foya. Mereka hidup sederhana. Lebihan harta mereka (kalau ada) adalah untuk tabung-tabung jihad dan rakyat yang memerlukan. Kekayaan orang kaya adalah untuk menampung keperluan negara dan rakyat yang susah. Bukannya hendak menampuk-menampuk harta untuk berfoya-foya dan membuang-buang harta dengan sia-sia.

 

Demikianlah penjelasan saya tentang keperluan hidup yang asas, sunat, harus, makruh dan haram.

 

Dan harus diingat, lain orang lain kategori hukum yang sabit dengan keperluan hidupnya.. yang sudah tentu bergantung kepada tugas dan tanggungjawab seseorang terhadap keluarganya, jiran, masyarakat dan negaranya.

 

Sebab tidak semua barang-barang keperluan dan hiasan dalam rumah itu ‘Wajid Aradhi’ hukumnya!. Tengok jenis-jenis oranglah!.. dalam konteks relevannya dengan kehidupan di Alam Akhirat.

 

 

Baik. Demikianlah terlanjurnya mukadimah saya.

 

Harap-harap saudara boleh menerima tiga(3) perkara asas untuk berfikir itu, dan terus-terusan membaca tarbiah berikut dengan fikiran yang sihat, terbuka berserta renungan yang mendalam.

 

Baik. Kembali kita ke mode Normal untuk tarbiah selanjutnya..

 

(Minta maaflah kerana guna bahasa mode Ultra di atas.. Sebab itu saja cara nak bagi khabor mika yang tak faham bahasa lemah lembut!).