Make your own free website on Tripod.com

 

BERITA GHAIB

 

Dalam ruangan ini saya berusaha untuk menarik perhatian dan pemikiran para pembaca untuk meninjau tentang berita ghaib yang menjadi salah satu ciri istimewa dalam agama Islam.

 

Biasanya kita dihidangkan oleh media berbagai-bagai bentuk berita yang telah terjadi. Umat Islam hanya biasa dengan berita buruk ini. Kalau adalah berita yang kita dapat, disampaikan oleh sesiapa juga, semuanya adalah berita yang baru saja berlaku atau sudah lama. Lalu kitapun berangggapan bahawa yang dikatakan berita itu semuanya ialah sesuatu kejadian yang telah berlaku. “Tidak ada seorang pun yang akan melaporkan berita yang belum terjadi. Kecuali ramalan kaji cuaa, ramalan bintang anda dan ramalan nasib. Sedangkan ramalan bukan berita!.

 

Umat Islam hampir-hampir terlupa bahawa sebenarnya dalam Islam, Allah SWT ada mengirim berita-berita yang belum terjadi, tapi pasti akan terjadi suatu hari nanti. Allah lakukan ini dengan dua tujuan:-

 

1) Kalau berita itu merupakan berita gembira, umat Islam akan struggle untuk itu.

 

2) Bilamana ia berita duka, umat Islam akan cari jalan untuk mengelak atau bersedia menerimanya.

 

 

Di antara berita–berita ghaib yang cukup popular yang dibacakan sendiri oleh Rasulullah SAW kepada kita ialah:-

 

i)             Berita-berita tentang jadual yang Allah akan lakukan kepada umat Islam selepas kewafatan baginda.

 

ii)        Berita-betrita tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman.

 

iii)  Berita-berita tentang kehidupan yang akan berlaku di alam kubur (barzakh) dan alam akhirat.

 

iv)        Berita-berita tentang kehidupan di dalam Syurga dan Neraka di Akhirat kelak.

 

 

Rasulullah SAW menerima berita-berita ini semuanya dari Allah SWT, samada melalui Jibril a.s. atau tidak, adalah secara diwahyukan. Yakni bukan hasil difikir-fikirkan dengan akal. Akal manalah mampu untuk menduga apa yang belum terjadi. Tapi roh manusia mampu merakam maklumat dari alam ghaib ini untuk disampaikan kepada dunia. Yakni roh yang aktif, yang boleh berperanan seperti roh nabi-nabi, rasul-rasul dan roh para wali. Kalau rasul-rasul dan nabi-nabi dikatakan mendapatkan wahyu dari Allah, manakala roh wali-wali Allah bilamana mendapat berita dari Allah dikatakan mendapat ilham. Kedua-duanya adalah keistimewaan khusus mereka, sedangkan selain mereka tiada hamba Allah yang mendapatkan ini.

 

Kebolehan luar biasa ini disebut mukjizat nabi-nabi dan keramat wali-wali. Amerika, Jepun, Korea dan lain-lain, kerana hebat sekali menggunakan aklanya, maka Allah izinkan juga mereka merekacipta hal-hal atau perkara-perkara yang luar biasa. Tapi tidaklah sehebat roh bilamana ia berperanan. Roh boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat, yang akalpun terpaku, kelu dalam memahami apa yang dibuat oleh roh.

 

Contohnya, akal hanya boleh terima bahawa orang yang tidak boleh membaca itu tidak dapat ilmu. Walhal sebaliknya Rasulullah SAW tidak boleh membaca atau menulis, namun baginda telah menjadi sumber rujukan ilmu di dunia dan Akhirat melalui Al Quran, apa logiknya?.

 

Ya, rohnya yang jadi tempat jatuhnya ilmu dari Allah. Mana lebih hebat?.

 

Kalau akal hanya boleh dapat berita yang sudah terjadi, tapi roh boleh menerima berita-berita yang belum terjadi.

 

Patutnya umat Islam berbangga dengan Islam kerana ada dalam agama Allah ini hal-hal yang sungguh menakjubkan. Bukankah dengan adanya berita-berita ghaib dari Allah kita akan cukup unik?. Dunia akan kagum. Sedangkan Nostradamos pun membuat berita tentang akhir zaman, sempat dipuja oleh Barat?. Mengapa tidak kita berbangga, Islam membenarkan umatnya mendapatkan yang lebih hebat dari itu?.

 

(Tarbiah di atas dipetik dari Majalah Alim, susunan Sakinah Rahmanuddin).