(ULASAN KEPADA PERPADUAN MELAYU)

 

 

ULASAN 1

 

Mula2 sekali, kita kena terima dengan ikhlas hati, bahawa apa yang disebut oleh Abuya itu adalah benar, dan itulah sebenar2nya ‘asas’ kepada Perpaduan Ummah!.

 

Mula ‘start’nya di situ, yakni di pusat2 pengajian ilmu, di antara murid dan guru.

 

Kalau tidak boleh terima juga, itu tanda ada sesuatu yang tidak betul dalam kepala otak kita!. Iaitu tidak boleh dengar kebenaran tercetus dari mulut orang lain!.

(Tidak kira la!.. kalau orang kafir sekalipun cakap perkara kebenaran, kita kena terima jugak!)

 

(Lebih kurang serupa dengan sikap ‘anti-establishment’ yang dianuti oleh penduduk di bandar2 besar. Kerajaan dah tolong bina berbagai infrastruktur yang sikit punya canggih, masih juga memangkah parti pembangkang!. Apa menafaat yang diperolehi dari pembangkang, entah lah!)

 

Maksudnya di sini, tidak osah dipinda perlembagaan ataupun sistem kehakiman negara, kalau semata2 nak memuaskan hati setengah2 pihak (seperti 4 perkara yang dituntut oleh PAS menjelang Perbincangan Perpaduan Melayu pada 19 Februari), kerana sudah pasti ia tidak boleh membawa kepada perpaduan ummah yang sejati. Kok jadi benda lain, tak tahu lah!

 

Sepatutnya, fokus utama ialah menyusun semula sistem pembelajaran supaya kelas tidak hanya menjadi tempat pengajian, tetapi tempat membina kasih sayang dan perpaduan insan, seperti kata Ustaz Ashaari.

 

 

 

ULASAN 2

 

Ustaz Ashaari menyebut “iman dan Islam’ sebagai pengikat kasih sayang dan tolong menolong dalam sesebuah negara Islam.

 

Sebab, tanpa iman dan rasa takwa kepada Allah (maknanya tidak mengikut syariat), Allah berlepas tangan dari menolong bantu mereka dalam menangani sesuatu masalah ummah.

 

Izinkan saya mengambil kata2 beliau dalam khutbah Hari Raya 1411H.

 

“Jangan kita meniru fahaman atau keyakinan sesetengah orang atau sesetengah golongan yang membuat upacara2 atau program2 hari raya atau mengadakan majlis2 pertemuan dan keramaian, samada dikaitkan dengan sesuatu sempena atau tidak, yang mana suasana majlis itu tidak lagi mengikut syariat serta apa yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. Bahkan sesetengahnya pula mengikut sunnah orang kafir atau orang yang derhaka pada Allah SWT.

 

Walaupun kita akui, mungkin niat asalnya baik iaitu untuk tujuan menjalinkan kasih sayang serta perpaduan di kalangan kaum Muslimin atau dengan tujuan untuk menghilangkan rasa perkauman di kalangan kaum2 dan puak2 yang ada di satu2 tempat, tetapi matlamat ini tidak akan tercapai. Bahkan bukan saja matlamat tidak sampai, adakalanya perpaduan itu bertambah pecah, kasih sayang bertambah renggang dan terbarai. Akhirnya memuncaknya perasaan asobiah dan perkauman yang dari hari ke hari bertambah menebal.

 

Mengapa agaknya terjadi demikian?. Sedangkan kita tahu semua penganjur itu asalnya berniat atau bertujuan baik. Iaitu ingin menjalinkan kasih sayang dan perpaduan di kalangan muslimin serta ingin menghilangkan rasa perkauman atau rasa berpuak2.

 

Ini kerana manusia melakukan usaha ikhtiar dengan tidak mengikut syariat Allah, bererti mereka tidak berharap lagi pada bantuan Allah. Sedangkan setiap usaha ikhtiar manusia itu tidak memberi bekas. Tetapi yang sebenarnya, Allah-lah yang memberi bekas sepertimana firman-Nya yang bermaksud, “Jikalau engkau membelanjakan apa yang ada di bumi ini seluruhnya, nescaya engkau tidak dapat menjinakkan hati-hati mereka. Tetapi Allah-lah yang menjinakkan di kalangan mereka. (Al Anfal: 63)

 

Apa yang Allah maksudkan di sini ialah, walau sebanyak mana pun harta dan wang ringgit kita korbankan untuk satu2 kaum atau puak itu dengan tujuan mengambil hati mereka supaya:-

 

1.      Hati mereka terjalin dengan hati kita, dan

2.      Terjalinnya hati sesama mereka,

 

Namun yang kita dapati, harta dan wang ringgit itu tidak mampu untuk menjinakkan hati2 mereka, bahkan berlaku di sebaliknya. Ertinya harta dan wang ringgit itu tidak berkuasa untuk menjinakkan hati2 manusia. Tapi yang berkuasa menjinakkannya hanya Allah SWT.

 

Jadi, bila manusia melakukan usaha ikhtiar dengan tidak mengikut syariat Allah sedangkan niatnya mungkin baik, maka sebenarnya mereka samada sedar atau tidak, sudah terjebak pada Mazhab Qadariah, iaitu percaya dan yakin dengan usaha serta kuasa yang ada pada diri sendiri. Seolah2nya usaha dan kuasa sendiri itu boleh memberi bekas atau berhasil menempa kejayaan mengikut niat yang baik tadi.

 

Ertinya mereka bersandar dengan usaha dan kuasa yang ada pada diri dan tidak bersandar pada Alah SWT. Atau dalam kata lain, tidak yakin dengan kuasa Allah SWT serta apa yang dijanjikan-Nya.

 

Ini bermakna bila satu2 usaha yang kita lakukan walaupun niat asalnya baik, tetapi perlaksanaan tidak mengikut kehendak syariat Allah, maka Allah akan berlepas tangan. Allah tidak akan memberi bantuan dan pertolongan-Nya kerana mereka yang menganjurkan upacara2 atau program2 di waktu itu, hati mereka sudah ternafi sifat2 taqwa. Sedangkan mengikut janji Allah SWT, orang2 yang dibantu dan diberi pertolongan itu hanya yang bertaqwa sepertimana firman-Nya, “Dan Allah menjadi pembela bagi orang2 yang bertaqwa” (Al Jasiyah: 19)

 

Demikian, kata2 Abuya berhubung soal perpaduan. Maksudnya, tak usah di harap pada kuasa dan harta yang ada pada kita, kita boleh menyatupadukan umat Malaysia seluruhnya. Sebab tanpa ‘taqwa’, Allah SWT berlepas tangan, dan di waktu itu kita dicatur oleh hawa nafsu dan syaitan. Matlamat tidak kesampaian. Habis ke duit semata!

 


 

ULASAN 3

 

Perpaduan Melayu adalah teras kepada perpaduan kaum di negara ini. Itu Sammy Velu juga cakap, kalau tidak silap saya.

 

Jadi, tumpuan kita ialah membina perpaduan Melayu... yang sekaligus akan mendorong kepada perpaduan nasional. Insyaallah!.

 

Jadi, apa relevannya PAS berkeras untuk memasuk sertakan perpaduan nasional, sebab ianya akan terjadi dengan sendiri!.

 

Saya kira mereka ni sebenarnya takut jika berlaku kegagalan, mereka boleh beri alasan bahawa pihak2 lain tidak dibawa berbincang bersama oleh UMNO.

Lihat sahaja isu yang dimainkan untuk perpaduan nasional, seperti sistem kehakiman, sistem demokrasi, sistem federalisme, dan bla..bla..

 

Seolah2 perpecahan ummah disebabkan ketidakadilan sistem2 tersebut, bukan sebab ketiadaan ‘iman’ dan kecintaan kepada Islam!.

 

Awal2 lagi mereka mengemukakan tuntutan 4 perkara, yang saya kira bukan mencari penyelesaian ‘asas’ kepada Perpaduan Melayu (teras kepada perpaduan nasional), iaitu:-

 

1) Kepincangan sistem kehakiman: Pas akan secara khususnya membangkitkan isu pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan isu itu.

 

2) Pencabulan ke atas demokrasi: Pas akan membangkitkan perkara berkaitan Federalisma dan perlunya kembali kepada semangat perlembagaan dalam hubungan antara kerajaan negeri dan pusat.

 

3) Kepincangan ekonomi: Pas akan mengemukakan pandangan rakyat berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Pencen, Tabung Haji dan Wang Saham Amanah.

 

4) Peminggiran kedudukan dan peranan Islam: Pas akan membangkitkan isu berhubung cadangan Umno untuk menggugurkan penggunaan perkataan ‘Islam’ pada nama pertubuhan Islam termasuk parti politik.

 

Perkara tuntutan di atas lebih merupakan kepentingan kepada perjuangan PAS, dan saya kira... PAS akan mengundur diri dari perbincangan tersebut jika perkara2 di atas tidak disentuh!.

 

Ini bukan berjuang kerana agama Allah, tetapi berjuang untuk kepentingan parti dan diri sendiri!

 

 

 

ULASAN 4

 

Perpaduan Melayu menjelag 19-02-2001.

 

Salah satu dari 4 perkara yang dituntut oleh PAS, ialah supaya diberi keadilan pembicaraan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

 

Mereka lupa, turut teraniaya ialah Kumpulan AL ARQAM, pimpinan Ustaz Ashaari. Sebab, hingga ke hari ini orang ARQAM tidak pernah berpuas hati dengan cara Pusat Islam menjatuh sesat ke atas jemaah mereka. Tidak ada rekod Mahkamah Syariahpun!.

 

Dan.. entah apa2 yang sesat, kita orang pun tak tahu!.

 

Dan, sehingga ke hari ini Pusat Islam belum mengeluarkan Kertas Putih mereka, atau hujah ‘akli dan naqli’ mereka sebagai menjawab buku Ustaz Ashaari bertajuk “Berhati2 Membuat Tuduhan”. Tahu2 saja... diharamkan buku tersebut!.

 

Maklumlah, mereka ada kuasa. Kita ni hanya mentimun.. mika durian! Tergolek, digolek... pasti luka.

 

Bagaimanapun, sejarah telah berlalu. Kami tidak minta diberi keadilan bicara semula. Kalau mintapun, tidak semestinya mahu!. Sebab kami terdidik untuk menerima takdir dengan redha. Bukan memprotes takdir Allah sebagaimana kumpulan ABIM dan PAS yang selalu kecewa dengan takdir ilahi yang menimpa.

 

Satu negara boleh tergugat dek gelagat mereka yang merosakkan!. Ternyata mereka gagal dalam ujian yang Allah Taala hadapkan ke atas jemaah mereka.

(Sila baca ‘Hakikat Ujian Allah SWT’ untuk lebih maklum).

 

Maksud diturunkan kisah sedih nii... bukannya nak minta simpati. Hanya nak bagi tahu pihak2 yang ‘desperado’ tuu... kalau dah tahu hayat kita setakat tu, terima saja lah! Jangan nak bakar kelabu, semata2 marahkan nyamuk seekor!.

 

Bukankah kita semua ini ibarat musafir dalam pelayaran sebuah kapal menuju satu matlamat, iaitu negara akhirat yang kekal abadi. Janganlah ada pihak yang merobek2 dinding kapal semata2 tidak bersetuju dengan nakhoda kapal... menyebabkan satu kapal tenggelam!

 

Dan, kepada pihak PAS, jangan nak tunjuk wira... nak bela Dato Seri Anwar. Abuya kena bela jugak!

 

Tetapi kami tahu, PAS memang sangat2 bersetuju ARQAM ni ditamatkan riwayatnya begitu sahaja!.

 

Sebab tidak boleh ada dua singa Islam duduk atas satu bukit. Akan tiada ‘gah’ salah seekor.

 

Setelah 25 tahun Al Arqam berjuang menegakkan ‘amal maaruf nahi mungkar’, tidak timbul pula soat sesat aqidah pada masa itu, dan apabila tiba saat kematiannya... PAS seolah2 tersenyum gembira. Tidak dibela sedikit habukpun!.

Kalau adapun dalam Harakah, sekadar disebut, “Kerajaan bertindak ke atas AL ARQAM kerana kerajaan sebenarnya takut kepada PAS!.”

 

Begitulah PAS sentiasa dalam berangannya. Mereka2 ni tidak sedar kah... bahawa PAS sebenarnya menjadi ‘singa sarkas’ kepada Dato` Seri Dr. Mahathir. Sengaja dipeliharanya supaya nampak ‘gah’ di mata dunia. Kalau nak dibunuh... bila2 masa sahaja.

 

Lihatlah betapa tidak jujurnya PAS dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Kalau boleh dia nak buat Islam sorang2 di Kelantan. Tidak perlu diajak puak TABLIGH dan ARQAM untuk memeriahkan suasana kebangkitan Islam di sana.

 

Sebab itu lah, tahap iman tidak meningkat2 di kalangan penduduk di Kelantan. Asyik2 dok buat Ekspo Perdagangan, main ayam serama, lawan cengkerik, dikir barat, dll.

 

Tahap iman... dok tang tuu, jugak!.

Apa punya nasiblah dapat Tok Guru tak ada minda!.

 

 

ULASAN 5

 

Label Islam boleh dipakai pada mana2 grup politik atau dakwah!. Begitulah lebih kurang satu lagi tuntutan mereka menjelang Perpaduan Melayu 19-2-2001.

 

Apasal mereka ni sangat pentingkan label Islam, dari hal2 isi atau batin!

 

Ustaz Ashaari, apabila orang tanya... Ustaz, kenapa tidak dinamakan saja ARQAM ISLAM MALAYSIA, supaya satu dunia boleh kenal kita ini Orang Islam?.

 

Apa jawab beliau, “Kita bukan apa.. kita takut Islam yang kita buat ni.., belum Islam lagi”

 

Hah!.. lihat tuu. Orang dakwah, berjubah serban satu jemaah. Hidup dalam rutin kehidupan Islam sepenuhnya... masih tidak percaya mereka telah mengamalkan kehidupan Islam ikut syariat!

 

Sebab apa?. Mereka takut kalau2 tersalah pembawaan cara hidup, Islam juga yang dapat nama buruk!.

 

Tetapi, mika2 ni.. Parti Islam Semalaysia (PAS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).. yang dok kalut buat demonstrasi seluruh Malaysia... bakar harta awam, dll.. Islam mengajar begitu kah?

 

Malu lah sikit pada Al ARQAM tuu!.

 

Satu jemaah boleh bubar!. 10,000 hilang mata pencarian. 34 buah Kampung Arqam diquarantin... last2 sekali sunyi dan sepi!. Anak2 dihantar sekolah kerajaan alias sekular. Tidak boleh buat sekolah sendiri!. Perniagaan dirampas.. dan bla..bla..

 

Tetapi, demo buat relak sahaja. Tak ada niat nak buat ‘demo’.. macam grup Al MAUNAH, atau MEMALI. Dengar kata ada Tentera Badar!.

 

Sebab apa?. Kerana mereka dididik dan diasuh untuk patuh kepada nasihat Abuya, “Jangan lawan kerajaan. Terima saja lah takdir yang menimpa. Mungkin ada hikmah dan kebaikan di sebalik itu semua”.

 

Dan, itulah sifat orang beriman... bersabar dan redha dengan takdir illahi.

 

(Penulis akan telah kupas perkara ini dalam “Hakikat Ujian Allah SWT” terhadap jemaah PAS, ABIM dan AL ARQAM).

 

 

 

ULASAN 6

 

Mari kita sama2 check ‘nada’ perpaduan, di antara grup politik dan bukan grup politik... dan siapa yang lebih ikhlas bila bercakap pasal perpaduan.

 

Abuya dalam buku beliau `Renungan Untuk Mengubah Sikap’ menyebut, Demikianlah contoh pendidikan oleh guru-guru atau ulama-ulama. Pendidikan yang mencetuskan ukhwah dan perpaduan, bermula daripada guru dan murid, di sekolah atau di rumah. Di sekolah dia bertindak guru. Di rumah dia menjadi tuan rumah kepada tetamunya. Kalau berjalan bersama-samanya, dia seolah-olah kawan. Di masjid, dia sebagai pendidik. Sembahyang sunatnya banyak, membuatkan muridnya turut banyak sembahyang”.

 

 

Manakala, PAS pula berkata dalam akhbar Harakah bertarikh 16-02-2001, di muka surat belakang iaitu,

 

“... kerana berbagai kepincangan dalam pemerintahan kebelakangan ini telah mengugat keyakinan rakyat terhadap keutuhan nasional. Ianya diperkatakan oleh setiap lapisan rakyat dan telah menimbulkan keresahan sehingga membawa kepada reaksi dan bantahan dalam berbagai bentuk. Setiap kemelut besar seperti penghakisan demokrasi, ancaman terhadap sistem federalisma, kecurangan dalam sistem ekonomi, ketidakyakian kepada kebebasan mahkamah seperti yang disaksikan dalam kes terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan..bla... bla..”

 

Nyata sekali, Abuya lebih ikhlas bila memperkata soal perpaduan. Beliau mencari2 sebab asas kepada perpecahan ialah sistem pendidikan yang tidak berteraskan iman dan taqwa.

 

Manakala, PAS hanya nampak akibat kepada perpecahan. Di sebalik kemelut perpecahan itu, diintip2nya ‘kepentingan kuasa’ bila ada peluang terbuka. Mereka lebih bersikap, “Di mana ada jalan, di situ ada peluang!”.

 

Demikianlah selalunya, apabila PAS memperkatakan sesuatu, mesti dilibatkan pihak yang lain untuk bukti sokongan!. Seolah2 mereka takut dengan bayang2 sendiri... kalau ramai2 tuu... ada sandaranlah jugak!.

 

Sebab apa?. Sebab mereka tidak begitu yakin dengan metod penyelesaian yang digariskan bersama.

 

 

 

ULASAN 7

 

PAS yang sentiasa bangga dengan dirinya berkata, “Setiap kali ada kemelut perpecahan, PAS diajak berunding setelah pihak pemerintah gagal melaksanakan missi perpaduannya.”

 

Ya ke begitu?. Masuk bakul angkat sendiri, nampak!

 

Setahu ana, setiap kali permesyuaratan damai, PAS mesti dapat sedikit sebanyak ‘keuntungan’, samada berbentuk nikmat lahir atau maknawi... berupa akta, peraturan, dsb.nya!.

 

Kita orang dakwah, tak boleh ke!

 

Mentang2lah kita orang tolak Sistem Demokrasi Terbuka alias Sekular nii... demo tak masuk kira kita dalam pembahagian harta keuntungan negara.

 

Tak apa..tak apa!.

 

Kitapun bukan nak sangat ‘nikmat maya’ itu, yang diperolehi bukan di atas jalan syariat!. Tak ada pahala ibadah!

(Sila rujuk ‘Ibadah Dalam Islam).

 

Tetapi walaupun nikmat itu bercanggah dengan jalan syariat, boleh juga dapat faedah daripadanya. Sekurang2nya boleh buat ‘Public toilet’, wakaf, jenjatas, jalanraya, dsb.nya.

 

Tidaklah rasa ‘tengik’ atau rasa loya nak muntah... bila buang hajat di Puduraya.

 

Sembahyang pun boleh khusyuk... dan itulah ‘keuntungan’ yang kita nak peroleh sikit!.

 

Maksud di sini, dalam setiap perbincangan yang melibatkan kepentingan umum, PAS mesti dapat – kalau tidak sedikit, banyak ‘keuntungan’, berbanding rakyat2 lain yang tidak berparti atau bersikap ‘neutral’.

 

Kita lihat tulisan Jaafar Abdul Rahim, dari Kuala Lumpur dalam laman Web Berita Harian pada 17-02-2001, ekoran perpecahan Melayu pada tahun2 1960an dan 70an.

 

“Peristiwa penubuhan kerajaan campuran Perikatan dengan PAS pada 1 Januari 1973 adalah peristiwa bersejarah bagi perpaduan Melayu pada awalnya.

 

Begitulah dengan diplomasi dan keramahan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, Asri dapat dijemput untuk menubuhkan kerajaan campuran Umno-Pas pada 28 Disember 1972.

 

Persetujuan Umno-Pas berasaskan 13 syarat:-

 

1) Sebuah kementerian akan diberi kepada Pas, iaitu Kementerian Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas yang akan bertanggungjawab dalam hal-ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya, dan juga perkara lain yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa;

 

2) Perdana Menteri akan menimbang calon-calon yang ditunjuk oleh Pas bagi menjadi anggota Dewan Negara apabila ada kekosongan;

 

3) Perdana Menteri akan menimbang pemimpin-pemimpin Pas yang layak untuk menyertai rombongan rasmi ke luar negara dan juga jawatan perkhidmatan di luar negara yang difikirkan sesuai, perlu dan munasabah;

 

4) Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli Pas yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa, lembaga dan perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri. Begitulah juga sebaliknya di Kelantan, ahli dan pemimpin Perikatan akan diberi pertimbangan yang sama oleh Kerajaan Kelantan untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa, lembaga dan perbadanan dalam negeri itu;

 

5) Dua ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dari parti Perikatan yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli exco negeri;

 

6) Dua ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan Terengganu dari parti Pas di tiap-tiap negeri itu yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli-ahli exco negeri masing-masing;

 

7) Selama kerajaan campuran Perikatan-Pas ini wujud, tiada sebarang pertandingan antara Pas dan Perikatan dalam pilihan raya kecil di dalam kawasannya masing-masing kecuali kawasan di mana telah dimenangi oleh parti lain, maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dulu;

 

8) Begitu juga kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh Pas dalam pilihan raya umum 1969 yang kemudiannya ahli-ahli yang berhormat berkenaan terhenti daripada menjadi ahli Pas, maka sekiranya berlaku pilihan raya kecil dalam kawasan yang berkenaan, maka satu perundingan hendaklah diadakan. Jika sebarang persetujuan tidak tercapai maka pertandingan seperti biasa bolehlah diadakan;

 

9) Hendaklah tiada sebarang ikatan atau perjanjian untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Segala sesuatu akan dibincangkan kelak apabila tiba waktunya;

 

10) Kebebasan anggota Pas dalam Kabinet pusat, exco negeri, Parlimen dan majlis undangan negeri untuk membangkang sebarang cadangan atau undang-undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah terjamin; dan

 

11) Sebuah jawatankuasa penyelaras hendaklah ditubuhkan dengan anggota-anggotanya terdiri sama banyak antara Pas dengan Perikatan.

 

Lihatlah betapa beruntungnya PAS bila berlaku sesuatu perundingan damai.

 

Parti2 nyamuk yang lain tuu.. tak usah nak ngigau la.. dapat buat reformasi besar2an, kalau dua ekor gajah tuu.. tak jadi berlawan, malah bersahabat baik pulak!

Awak jugak yang semput nafas terima habuan gas pemedih mata!

 

Kesihan..kesihan.

 

Kita juga nak bagi tahun PM!. Tak osah dok layanlah kehendak2 PAS yang berkepentingan itu!. Bukannya nak cari ‘formula asas’ yang membawa perpaduan kepada umat Melayu, dan perpaduan nasional amnya.

 

Saja mereka nak menyusahkan jalan berfikir orang2 yang normal akal fikirannya.


 

 

ULASAN 8

 

Tarikh 15-2-2001.

Masjid Kg. Tepi Sungai, Tanah Merah

 

Tok iman telah membaca perutusan khutbah Jumaat dari MAIK berhubung soal Perpaduan Ummah. Di antara kandungan, “...bersama2lah kita kembali kepada iman dan Islam.... dan menegakkan Kerajaan Akhirat...dan, bla..bla..”

 

Tidak disebut perpaduan nak mula dari mana... di Parlimen ke, di rumah atau di sekolah?.

 

Begitulah dendangan syarahan PAS di mana2 jua. Bercakap secara umum... terawang2. Pengikutpun terangguk2 dan terlompong2, tidak tahu nak ‘start’ di mana!.

 

Ustaz2 dia, tak boleh bagi tahu ilmu yang ‘specific’ ke?.. biar tahu di mana nak mula dulu?. Sebab, mudah sikit nak buat kerja!.

 

Umpamanya, kalau nak suruh orang gali emas. Jangan sekadar sebut, “Carilah di hutan Jeli”.

 

Kena sebut, “Carilah di tempat yang daun dan batang pokok2nya.. kekuningan”. Baharulah ‘specific’ dan mudah nak start kerja!.

 

Tidaklah tercogang2.. tercogang2, tidak tahu nak buat apa!.

 

Kerajaan Akhirat tuu.. apa dia, ya?

 

Tolong jelaslah sikit... nak dirikan macam manaa?.

 

Melalui peti undi, ke?. Atau tanam iman dan Islam dulu... seperti hok nabi buat!.

Kalau sekadar cakap tuu, budak kecikpun tahu!

 

Jelaslah, PAS bukan parti yang pratikal, tiada seni2 perjuangan menegakkan Islam. Mereka main hemtam kromo saja... bila hukum kata buat, mereka buat. Seperti kes hudud!

(Sila lihat ‘Falsafah Hudud dalam Islam’).

 

 

 

KESIMPULAN

 

Kesimpulannya, PAS adalah parti berkepentingan sendiri. Suka ambil kesempatan ke atas ketidakfahaman orang ramai terhadap Islam, tanpa ia sendiri mengemukakan suatu kaedah penyelesaian yang sebenar2nya praktikal dan muktamad!.

 

Mungkin pembaca tertanya2 mengapa saya begitu kontra sekali dengan PAS, tidak dengan UMNO.

 

Sebenarnya, bukan setakat dua parti tersebut, bahkan semua parti2 politik di negara ini yang melanggang perjuangan berlandaskan Sistem Demokrasi Sekular, saya tentang habis!.

 

Sebab ia bercanggah dengan syariat. Tuhan tak bagi pahala!

 

Saudara2 boleh ‘klik’ untuk membaca hujah2 saya dalam:-

1)     Perjuangan Yang Tidak Relevan

 

2)     Ibadah Menurut Islam.

 

Yang nak marah dengan PAS tuu... pasal dia mendakwa, “PAS itu Islam, dan Islam itu PAS”. Nama baik Islam banyak rosak kerananya, dan ramai yang terseleweng akal.. yang menyamakan parti PAS itu dengan Parti Nabi Muhammad SAW.

 

Ada ke patut!. PAS dengan ARQAMpun, Pas tidak boleh ‘celeng’ bak cara hidup, dsb.nya... inikan pula dengan para2 sahabat Nabi SAW.

 

Saya ikhlas nak cakap sikit, sebelum hayat saya habis dikandung badan, saya nak tenggok satu perkara,.. iaitu “Muzakarah di antara PAS dengan AL ARQAM”.

Baharulah kena buku dengan ruas!.

 

Akhir kata...

 

Perjuangan yang tidak berlandaskan kebenaran, tidak akan sampai ke mana. Mungkin beroleh dosa, pulak!.

 

Berkata hukamak, “Yang hak jika tiada peraturan, akan dikalahkan oleh yang batil, yang ada peraturan”.

 

Sekian. Wassalam.

 

APIPI@AbuyaJr.001

180201