ULASAN KEPADA HAKIKAT UJIAN ALLAH SWT

 

Masa telah berlalu. Tidak sedikit jemaah2 dakwah atau perjuangan di Malaysia, terkandas dalam missi perjuangan mereka.

 

Ingat, perjuangan di sini bukan bermaksud terkubur langsung!.

 

Tetapi, terkandas kerana gagal membawa perjuangan selaras dengan Syariat Islam – Lahir dan Batin!.

 

Di mana hukum Allah yang lima – Halal, Haram, Sunat, Makruh dan Harus – tidak dapat ditegakkan pada diri, keluarga, jemaah, masyarakat dan negara.

 

Kita pakai langgar terus, atau ambil ringan sahaja!.

 

Soal gagal dalam perjuangan disebabkan dizalimi kerajaan atau sebagainya, itu perkara kedua.

 

Perkara pertama ialah, usaha ikhtiar kita dalam menegakkan kebenaran, biarpun mendapat halangan beberapa pihak, hendaklah diutamakan lebih dari matlamat yang dicari.

 

Kerana, rezeki berupa pemberian ‘Negara Islam’ itu... hak Allah SWT!.

Allah beri kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Siapa kita nak menuntut itu ini kepada Allah Azzawajalla?.

 

Jadi, dalam perjuangan tidak boleh kita salahkan musuh. Sebab memang kerja musuh nak jatuhkan kita.

Yang kita dok berbaik2 dengan dia, main cara dia... siapa yang suruh?.

 

Sistem Demokrasikan dia cipta. Mainan dia. Bila2 masa dia boleh kenakan atau tipu kita.

Elok2 kita menang hari ini, esok boleh kalah pula akhirnya, bila masuk mahkamah!.

 

Apa... Islam tak ada cara lain ke?.. nak tegakkan pemerintahan Islam, selain dari berebut2 kerusi melalui Sistem Pilihanraya.

 

Bukankah agama Islam itu ‘Syumul’?. Lengkap dalam semua aspek kehidupan!. Sampai nak lantik pemimpin pun ada caranya, iaitu melalui permuasyaratan ‘Majlis Ahlul Halli Wal ‘Aqdi”.

 

(Ini ana akan ulas kemudian dalam komentar `Pemilihan Pemimpin Mengikut Islam’. Insyaalah!)

 

Kita harus faham, setiap usaha dan akhitiar manusia yang bercanggah dengan kebenaran (yakni, berfikir dan bekerja dengan ilmu yang batil), Tuhan tak bagi pahala amal kebajikan.

 

Perkara ini telah ana sentuh dengan panjang lebar dalam:-

 

1)             Perjuangan Yang Tidak Relevan

 

2)             Lima Syarat2 Ibadah Dalam Islam

 

 

So..  kalau kita gagal dalam perjuangan menegakkan kebenaran, janganlah pulak kita kata, “Ini Mahathir punya helah nii...sampai kita elok2 boleh negeri, boleh terlepas Wang Ihsan pulak!”

 

Sebab, seperti ana kata tadi, memang musuh itu kerjanya nak menjatuhkan kita!.

Kenapa perlu kita ambil simpati dari dia!. Ikut cara dia!. Main cara dia!.

 

Modify la sikit!.

 

Umpama, tidak boleh 1 orang, 1 undi!.

 

Sebab, menyamaratakan orang cerdik dengan orang bodoh itu, satu penzaliman!. Islam tak ajar begitu!.

 

 

Telah saya sebut dalam Mukadimah web ini, bahawa usaha2 menegakkan kebenaran hendaklah diutamakan dari matlamat sara hidup, dsb.nya.

 

Maksud di sini, jika kita dihalang dari mengamalkan Syariat Islam, seperti pakai tudung kepala untuk wanita, tidak dibenarkan solat Jumaat untuk pekerja kilang, dsb.nya. Maka kita terpaksalah berkeras untuk berdepan dengan majikan demi tuntutan syariat tersebut!.

 

Dan, dalam konteks perjuangan untuk mengambil alih kuasa pemerintahan dan seterusnya menegakkan pemerintahan Islam, kita perlu melengkapi jemaah kita terlebih dahulu dengan perkara2 kebenaran. Yang wajid ain dan wajib kifayah didahulukan... dan yang sunat2 itu, dikemudiankan!.

 

Lebih2 lagi bila Allah mensyaratkan jika hendak kepada bantuanNya, hendaklah kita mempersiapkan diri kita dengan takwa!.

Seperti firmanNya, “Allah pembela kepada orang yang bertakwa”.

 

Maka tidak boleh kita pandang remeh akan dosa.. baik dosa kecil ataupun dosa besar!.

 

Seperti kata Syaidina Omar Al Khatab kepada tentera2nya, “Aku tidak takutkan musuh kamu, tetapi aku takutkan kepada dosa2 kamu. Sebab jika kamu berdosa, nescaya Allah akan biarkan kamu kepada musuh kamu, tanpa dibantuNya!.

 

Maka, dalam perjuangan, adat lahir dan batin, selain keperluan2 dharuri hendaklah dijaga!. Contohnya:-

 

Seperti menutup aurat dengan berpurdah bila berinteraksi dengan orang ramai yang rata2nya telah rosak akhlak dan bermata keranjang!.

 

Melaksanakan sistem pendidikan Islam sendiri apabila sistem pendidikan kerajaan bersifat sekular, tidak bersih serta bergaul bebas lelaki perempuan!.

 

Bina perusahaan dan sumber makan sendiri apabila makanan di pasar tidak lepas dari perkara syubhat dan haram!.

 

Buat kilang pakaian sendiri bila kilang pakaian tajaan kerajaan berunsur yahudi dan banyak menyolok mata, dll.

 

 

Maka, kalau kita gagal dalam menegakkan kebenaran ini, kerana disekat oleh kerajaan, Alhamdullilah!.

 

Kita telah berbuat dengan sedaya upaya kita menegakkan kebenaran, sekarang terserah kepada Allah SWT untuk menilai.

 

Sebagaimana firmanNya. “Dan katakanlah hendaklah kamu berbuat, nanti Allah, Rasul dan Orang2 Mukmin akan menilai”. (At Taubah: 105)

 

 

Baik.

 

Saya telah mengulas ‘Hakikat Ujian’ di atas dengan pandangan syariat berserta akal yang normal dan waras. Seseorang Mukmin harus berpandangan begitu, dengan menolak sikap emosional dan taksub berlebih2an.

 

Sekarang, saya ingin mengajukan satu persoalan kepada saudara2.

 

Di antara PAS, AL ARQAM, ABIM/KEADILAN, AL MAUNAH, dll, siapa yang telah berjaya berhadapan dengan ujian Allah tersebut?.

 

(Tanpa kita menolak hakikat bahawa ujian itu sangat2 perlu bagi sesebuah jemaah jika ia hendak terus berada dalam persada arus perjuangan Islam Global.

 

Dan, UMNO @ Kerajaan itu dijadikan ‘sebab’ sahaja untuk datang ujian Allah SWT).

 

Sudah tentunya Pertubuhan AL ARQAM! – satu2 pertubuhan dakwah dan perjuangan di Malaysia, yang berwibawa masakini. Sehinggalah......

 

Mereka menerima ujian paling hebat, iaitu ujian AQIDAH!

Jemaah dan perkampungan mereka musnah, harta benda berupa kelengkapan niaga dirampas, 10,000 ahli hilang mata pencarian, sistem pendidikan Abuya yang berasaskan Sistem Pendidikan Rasulullah terbengkalai, semua masuk sekolah kerajaan, dan seribu satu macam masalah melanda di Markas2 AL-ARQAM luar negara.

 

Semuanya kerana fitnah2 yang tak masuk akal, akibat dengki Ulamak2 Resmi dan Ulamak2 Konvensional (yang tak ada minda).

 

Tetapi, adakah mereka ahli2 AL-ARQAM tunjuk perasaan?.

 

Tidak ada!. Tidak ada demonstrasi jalanan atau merosakkan harta benda awam!.

 

Mereka terima suratan takdir itu dengan hati yang lapang, dan berserah sahaja kepada Allah SWT.

 

Mereka telah berbuat,.. dan Allah, Rasul dan Orang2 Mukmin akan menilai.

 

Kalau ikutkan hukum, dah jatuh WAJID membela diri bila menyalahi Akidah.

 

Memang dah buat pun!. Dah edar risalah. Dah buat beraneka jenis saman.

Tetapi, kalau dah ‘microphone’ di tangan musuh, yakni surat akhbar dan semua media.. dah milik kerajaan, apa yang boleh dibuat lagi?.

 

Kita berserah kepada Allah SWT jugalah, agar memperlihatkan – siapa yang hak, dan siapa yang beramal dengan ilmu yang batil!.

 

Dan... Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi tidak mensia2kan doa orang yang dizalimi, lantas telah campur tangan!.

 

(Kerana, kamu juga yang mulakan!. Siapa yang pandai2 mendahului urusan Allah, sampai menyesatkan golongan itu, dan golongan ini!.

 

Perkara Akidah ni, hak Tuhan!. Tidak boleh sesiapapun masuk campur. Apalagi menentukan si anu atau jemaah itu – sesat dan menyesatkan!

 

Kalau sejuta orang menyesatkan, tetapi kalau Allah kata... tak sesat!. Tak ke boleh bala... misal kata, kena qadha balik semua solat Jumaat!.

 

Sebab Tok Imam seluruh negara telah membaca isi khutbah yang menyesatkan pegangan Al-ARQAM!.

 

Kerana hukum berkata begitu, “Apabila tuduhan sesat itu tidak sabit kesalahannya, maka sesat itu berbalik kepada yang menuduh”).

 

Maka, memangpun bala menimpa selepas kes AL-ARQAM di seluruh Asia Tenggara.

 

Bermula dengan masalah jerebu akibat kebakaran hutan. Semua orang semput dan sesak nafas!.

 

Kemudian gawat ekonomi serantau. Hampir2 orang jatuh miskin apabila nilai wang jatuh!.

Semuanya bermula dirantau dunia sebelah sini!

 

Dan, Allah SWT tunjukkan pula, yang lebih spesifik lagi perihal jemaah.

 

Iaitu, dengan datangnya ujian pula kepada ABIM dengan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk penjara. Satu negara gempar dan kalut, apabila ceramah dan demonstrasi merata2, memburukkan kerajaan!. Merosak dan membakar harta benda awam, dll.

 

PAS pun apalagi, seperti biasa ambil peluang di kala UMNO tengah nazak tuu!.

 

Dengan puak2 desperado, ABIM@ADIL, DAP, digunakan sebagai juak dalam ceramah2 mereka. Menuduh UMNO macam2,.. TPM pengurus babi, dll... sehingga Allah sendiri pun terkena tuduhan kerana mencarut!.

 

PAS sebenarnya telah lama gagal dalam perjuangan.

 

Sebabnya, pokok akidah yang ditanam tidak mengeluarkan hasil buah akhlak yang baik!. (berbuah masam!).

 

Mereka lebih dikenal dengan sikap panas baran, suka melemparkan kata2 taghut, kafir dan memaki hamun orang, dll.

 

Bagaimana orang boleh tertarik hati atau cenderung kepada seruan dakwah mereka, kalau yang diperlihatkan watak sebenar bila ditimpa ujian ialah - sikap yang keras, mudah melenting dan tidak sabar!.

 

Tidak seperti orang Al-ARQAM yang lebih bersikap lemah lembut dan mudah mesra tidak kira siapa dan agama apa apabila melibatkan seruan dakwah.

Bila ditimpa ujian, mereka bersikap tenang sahaja.... Tak ada nak kalut!.

 

Dan, apabila badai ujian datang menimpa2 selepas mereka...

Di kala itu AL ARQAM dok relak, saja...

 

“Dulu kita orang yang terkena uji, sekarang kamu orang lah merasa pulak!”

Baharulah adil!. Dan kita tengok siapa yang lulus dalam ujian ini.

 

Kitapun nak tenggok bagaimana Dato’ Seri Dr. Mahathir membenteras perkara bukan akidah ini, yang sepatutnya tidaklah haru biru sangat!.

 

Moga2 dia faham, siapa yang sebenar berjuang di atas platform perjuangan yang benar... dengan natijah yang betul.

 

Kemudian datang pula ujian bentok militari alias Tentera Badar yang digembur2kan itu!.

Diperjuangkan oleh Kumpulan Al Maunah, dengan membawa ideologi PAS, yang tidak sudah2 seperti ‘gunting dalam lipatan’.

 

Baharulah kena buku dengan ruas!. Sedikit punya haru kerajaan apabila 3 buah pajero lengkap dengan alat senjata dicuri dari simpanan.

 

Barangkali, hikmah Allah SWT ialah... nak tunjukkan perbezaan antara jemaah perjuangan bercorak dakwah dan jemaah perjuangan berbentok militari kepada PM... yang banyak buat falsafah hidup merujuk kepada akal sendiri.

 

Tahu2 saja la, akal itu tidak lepas dari pengaruh nafsu dan syaitan.

 

Dan, supaya dia sedar, yang mana kawan dan yang mana lawan.

 

Sekian, Wallahualam.

 

APIPI@Abuya.Jr.001

020301