(Kolum ini adalah sambungan kepada ilmu asas ‘Pengertian Ibadah Dalam Islam’ pada keluaran 18-02-2001).

 

 

Tanggal 15 April 2001.

 

Alhamdulillah, syukur kita kerana dapat bersua kembali, dan dapat menyambung penulisan tentang ‘Syarat2 Ibadah Dalam Islam’ yang sedikit ‘terganggu’ tempoh  hari.

 

Sememangnya payah sekali untuk memberi faham orang tentang perjuangan dalam Sistem Demokrasi Terbuka yang tidak berproduktif pahala ini!.

 

(Kerana kita semua telah hidup dan membesar dalam sistem sekular tersebut sejak 590 tahun yang lalu!.

 

Pastinya Sistem Islam sukar untuk mengambil alih Sistem Sekular tersebut kerana ia telah berakar umbi sejak dahulu. Dan kita telah banyak merasai nikmat - suka duka di dalamnya. Lebih2 lagi yang sedang menikmati kemuncak kuasa politiknya sekarang!.

Siapa yang nak tabur pasir ke dalam periuk nasi sendiri, beb!.)

 

Lebih2 lagi, amat payah untuk memberi faham akan perjuangan jihad yang tidak mencetuskan pahala ibadah!.. yakni, kepada orang yang degil dengan perjuangan jihad mereka yang tidak ‘berbekal’.

 

Mana ada perjuangan jihad yang tidak berpahala?, kata mereka. Bukankah Islam dan Kafir laknatullah itu jelas!.

Permusuhan kita dengan mereka, adalah umpama menegakkan yang Hak dan Batil!. Yang hak itu jelas, dan yang batil itu jelas!.

 

Hah.. nak buat guano kat mereka!!. Mereka bercakap dengan bahasa ‘keng’, kita bercakap dengan bahasa ilmu!. Mereka melihat kepada yang lahir, kita melihat kepada yang tersurat dan tersirat!.

 

Mereka melihat kepada Niat semata, kita melihat lebih daripada itu!. Iaitu Niat, Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas.

 

Boleh lawan ke?. Tak osah, la!.

Bikin jadi rosak akhlak kita tuu, ada le!

 

Itu belum lagi nak kata... landasan perjuangan politik mereka (UMNO dan PAS) itu tidak berpahala!. Yakni, tidak mengikut Syariat Islam – lahir dan batin!.

 

Kata-mengata, keji-mengeji, jatuh-menjatuh, kafir-mengkafir, dll, mana ada dalam kamus perjuangan Nabi Muhammad SAW?.

Nabi tak kata apa2 pun pada Abdullah Ubai, ketua kaum munafik masa itu!.

 

Boleh pahala kah kita.. campurkan perkara yang hak dengan yang batil?.

 

Seperti boleh pahala ke... kita berniaga restoran atau baca berita dengan aurat terdedah!.

Atau main bola dengan seluar pendek!. Kalau 2 jam bermain, maka 2 jam lah aktiviti kita itu tidak berpahala!. Bodoh punya kerja!

 

(Betullah!.. nama negara boleh harum semerbak seantero dunia, sebab Malaysia Boleh!. Tapi setakat dunia sajalah!. Di akhirat dibenam dalam api neraka!.. kerana dedah aurat. Waliyazubillah!).

 

Tidakkah sia2 punya hidup di dunia, sedang kita semua nak balik akhirat dengan bakul yang penuh pahala ibadah!.

Bukan saja2 balik dengan bawa bakul sahaja, tetapi nak kena timbang pulak tuu!

 

Apa punya tak relevan laa.. cara hidup!.

Tidak relevan dengan kehidupan akhirat, yang sangat2 berkehendak kepada pahala amal kebajikan kita... kalau itupun tak boleh fikir!.

 

Lebih2 payah lagi nak cakap... makan gaji di bank dengan duit riba!. Itu belum cerita... buat banglo dengan pinjaman interest 100 Percent!.

(Yahudi betul la cara hidup!. Tak habis2 nak cekik duit orang!)

 

Kita nak tanya..

 

Boleh sempurna molek kah sembahyang, puasa, zakat dan haji kita, kalau asas atau tapak untuk kita dirikan kebajikan dan amal jariah, bersumber dari wang yang syubhat atau haram!.

 

Tak boleh nak dibangga langsung!.. berbanding dengan mereka2 yang beroleh rezeki dari pendapatan yang bersih, suci lagi halal.

Tak ada unsur2 syubhat!.

 

Siapa punya guru tuisyen la,.. sampai habis rosak satu masyarakat Melayu Islam di Malaysia!.

Kerja buat jadi tidak berpahala!.

 

Itu tandanya ilmu yang disampaikan oleh ulamak2 kita tidak berkat!. Kerana tidak faham apa yang diajar!. Tidak berproduktif!.

Salah satu sebabnya, ialah kerana tidak ada contoh atau ‘role model’ dari para ulamak sendiri!.

 

Rugi hidup di dunia semata, sedangkan dunia ini ladang akhirat!. Tempat kita bertanam2an, di akhirat kelak kita kutip hasil!.

 

Perkara2 semacam ini (seperti makan riba atau politik sekular, yang kita nak cakap kemudian  ini) memang payah nak bagi faham kat mereka!.

Tambahan lagi mereka telah lama hidup dan merasa sedap dengan nikmat sekular yang seronok itu!.

 

Siapa yang nak susah hidup dunia, beb!

Salah2nya dikatakan kita, 'Orang gila datang dari mana nii...'

 

(Tak gila macamana, kalau kita cakap dengan bahasa lembut mereka tak hendak dengar!. Kalau cakap dengan bahasa kasar, kita pulak jadi rosak akhlak!.

 

Kita nii niat nak perbetulkan demo!.

Payah..payah! Payah nak dakwah sesama Islam ni!.

Lebih mudah pulak untuk dakwah orang kafir!.

 

Itu baru satu parti, belum parti orang lain!.

Kot2 timbul,.. itu Tok Guru dari parti mana tuu!.

 

Ishh!.. maaflah nak cakap!.

Ana tak nampaklah bagaimana Ulama Politik boleh bawa rakyat ramai kepada Tuhannya,.. dalam ertikata sebagai ‘Hamba ALLAH’ yang sebenarnya!.

 

Kalau pakai microphone, mudahlah sikit. Tetapi menerusi internet ini, payah nak memahamkan orang dengan tulisan kita.

 

Itupun kalau rakyat Malaysia ini jenis suka membaca,.. duduk dengan buku di tangan di mana2 jua. Suka dengan ilmu, dan bila kita bercakap, maka adat bagi pendengar ialah pasang telinga. Dengar sahaja!.

 

Ini belum habis,.. dah dipotongnya cakap kita!. Sudahnya, kita dengar yang dia pulak!

 

(Ishh... serba salah kita dibuatnya!. Tambah2 lagi kita yang dilabel ‘sesat’ nii!. Siapa nak dengar?).

 

Kalau bercakap perkara2 lahir tuu.. mudah lah sikit orang nak faham. Tetapi perkara2 tersirat, langsung tak ada selera nak ambil peduli!.

 

Bagaimanapun.. itulah yang seronoknya bagi seorang pejuang Islam yang kreatif dan membawa minda Mujadid!.

 

Dia tidak fed-up, ada cara2 lain lagi... seperti menerusi komik2 dakwah, lagu2 nasyid kontemporari, filem dakwah siber SYUKUR21, brangkali!.

 

Seperti Rabani dan Raihan yang dok buat itu!. Sekurang2 'message' dapat disampaikan kepada mereka menerusi lirik2 lagu, dsb.nya.

 

Walaupun, batang tubuhnya menolak (kerana tidak datang ke masjid), tetapi telinganya dipasang juga kepada suara2 kebenaran.

 

 

Baik!. Demikianlah pembuka kata berhubung masalah ‘pahala’ dalam perjuangan sistem demokrasi sekular sepintas lalu.

 

Kembali kita memperkatakan isi kuliah ini yang sebenar.

 

Mungkin, saudara tertanya2... kenapa lambat sangat nak sambung kuliah ini.

 

Sebenarnya, penulis tercari2 sumber berita atau peristiwa sebulan dua ini, yang berkait dengan persoalan Sistem Demokrasi Terbuka @ Berpilihanraya  – yang pincang di sana dan di sini – supaya berkesan tarbiahnya kepada saudara2, sebab masih panas!.

 

Alhamdulillah, pada 6-4-2001, saya menemui 'sebab' untuk saya sambung menulis.

 

Iaitu apabila Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad membuat lawatan ke Kelantan untuk merasmi mesyuarat cawangan2 parti UMNO di Gua Musang dan Tanah Merah. Beliau singgah sebentar di Sek. Men. Teknik, Tanah Merah untuk memberi sedikit sebanyak nasihat dan siasah perang kepada ahli2 UMNO di sini.

 

Dalam satu soal jawab dengan ahli parti, beliau diajukan dengan satu soalan. Iaitu lebih kurang bermaksud, "Apakah perjuangan UMNO benar2 mendatangkan pahala ibadah, dunia dan akhirat?"

 

(Hah.. itu dia! Abuya dah cakap lama dah!.

Kenapa baru sekarang baru timbul persoalan ini?

 

Apa... dahulu pejuang2 Islam tak fikir habis2 ke?. Perkara2 perjuangan dalam Sistem Demokrasi Terbuka, mesti dapat tidak bersangkutan dengan akidah!).

 

Inilah dikatakan - Krisis Keyakinan!.

 

Bukan krisis keyakinan kepada kepimpinan parti!. Tetapi krisis keyakinan samada perjuangan UMNO dinilai sebagai ibadah oleh Allah SWT.

 

Di sini disebut UMNO, sebab orang bertanya kepada Presiden parti. Orang belum bertanya kepada PAS lagi, tetapi insyaalah.. akan timbul juga nanti!.

 

(Bila saya memperkatakan UMNO, termasuklah di dalamnya PAS, ADIL, dan lain2 parti.

 

Sebab perjuangan mereka berplatformkan Sistem Demokrasi Terbuka/Berpilihanraya/Sekular, yang bercanggah dengan kebenaran!.

 

Sila rujuk 'Perjuangan Yang Tidak Relevan'.

 

Sebelum itu, ingin saya memberi pengertian ‘Sekular’ supaya saudara2 dapat faham dengan mudah isi kuliah ini.

 

Sekularisme tidak sekadar bermaksud, amalan dunia dan akhirat terpisah2!.

 

Bahkan!.. sesuatu pekerjaan atau faham yang memisah antara golongan2 manusia, seperti.. orang memandang tinggi dan mulia kepada golongan yang berharta, berilmu, berpangkat dan berdarjat, serta memandang rendah dan hina golongan yang miskin, tidak berilmu, tidak berpangkat dan serba serbi kurang dikira - ‘SEKULAR!’.

 

Sebab, agama Islam itu tidak mendorong kepada pembahagian manusia kepada etnik atau kelompok2 tertentu!. Malah, Islam memandang semua manusia itu sama.. yang bezanya siapa yang lebih bertaqwa!.

 

Dan, dalam kontek Sistem Demokrasi Terbuka, manusia terbahagi2 kepada partai2 tertentu dengan fahaman politik masing2, golongan peniaga dengan peniaga, korporat dengan korporat yang punyai agenda mengundi masing2, dan lain2 lagi.

 

Bagaimana penganut Islam boleh berpadu dalam ertikata selaras dalam kefahaman dan tindakan dalam usaha membina empayar Islam akhir zaman.

 

 

Tidakkah itu suatu yang batil, yang bertentangan dengan kebenaran dalam Islam!.

 

Bagaimana para ulamak boleh menyetujui kaedah yang batil ini?.

 

Boleh pahalakah kita berjuang menerusi Sistem Demokrasi Sekular yang tidak berupaya menghasilhan ‘buah tinju yang padu’ terhadap musuh2 Islam, selama ini?.

 

Inilah yang saya nak ‘highlight’ kan, samada kerja kita berpahala atau tidak!.

Bukan dengki atau iri hati dengan kuasa yang mereka miliki, atau PAS dok rebut2 tuu!).

 

 

Krisis Keyakinan kepada uslub perjuangan yang digunapakai sejak lama dulu ini, sememangnya amat bahaya jika ianya dibiarkan merebak di kalangan ahli.

Lebih parah dari Politik Wang, yang hanya disebabkan lemahnya ‘iman’ para pemimpin dan pengikut.

 

Dengan kata lain, jika tidak dibenteras dengan bijaksana, ia akan membawa pecah kepada UMNO, dan seterusnya berjangkit kepada parti2 lain, jika ilmu Abuya yang saya nak cakap ini, difahami dan diakui ramai.

 

Akhirnya semua2nya nanti karam, iaitu apabila Sistem Demokrasi Terbuka ini tidak boleh diperbaiki lagi, runtuh seperti mana Sistem Komunis di Rusia dan China.

 

(Di kala itu kita pun tersentak, terpinga2 apabila naik golongan lain pula.. (yang kita dok hentam, dok tenyeh dan sesat2 dahulu).. naik merajui negara dengan cara, uslub dan kaedah perjuangan Islam yang tersendiri, yang lebih mendekati cara perjuangan nabi dan sahabat Khulafa ar Rashidin.

 

Tidak munasabah bukan?. Itu kuasa Tuhan nak lucut.. atau nak beri pada sesiapa. Siapa tahu?.)

 

Baik..

 

Bagaimana pihak UMNO hendak membuktikan, dan menolak perasaan ragu2 dan was2 terhadap ‘betapa syarie nya perjuangan UMNO dengan Islam’ di kalangan ahli2nya.

 

Sebab perjuangan perlu kepada keyakinan yang padu dan kental dari para ahli. Kalau tidak, perahu perjuangan tidak bergerak sehaluan dan mencapai matlamat yang dituju.

 

Dato' Seri Dr. Mahathir sendiri mengakui hakikat ini, apabila di majlis yang sama, beliau mengatakan, terdapat sebilangan ahli2nya yang begitu konsisten dan komited dengan perjuangan parti pada mulanya, tetapi pada akhirnya memasukki PAS kerana perasaan was2 yang melanda hatinya.

 

Dengan katanya, "Dulu kita muda belia berjuang dengan UMNO, tetapi bila dekat dengan lubang kubur ini, kita rasa... biarlah sekali ini kita mengakhiri hayat kita dengan parti Islam, supaya tidak tertolak di pintu Surga, kelak! (Biarpun tidak relevan dengan kebenaran.)

 

Inilah akibatnya, kalau mengaji tak habis!.

 

Buat kerja melulu... bila orang putih bagi kemerdekaan dengan bersyarat, mengamalkan Sistem Demokrasi Berpiliharaya... kitapun sambut dan main bagai nak gila!.

 

Mulalah nak mengata, dan mengeji2.. buat sesuatu ikut nafsu dan sangkaan semata.

 

Orang berjuang... ikut dan patuhlah kepada ilmu syariat, semuanya sekali!. Ilmu yang ALLAH SWT bekalkan untuk kehidupan manusia di dunia, lengkap lahir dan batin. Supaya dengannya, kita akan berasa komited dengan perjuangan parti sejak mula. Tidak berhenti dipertengahan jalan, tidak gundah gulana dan berperasaan was2... betul ke, atau tak betul perjuangan ini??.

 

Untuk itu, saya perturunkan apa kata Ustaz Ashaari Muhammad dalam bukunya, “Langkah-Langkah Perjuangan”.

 

Beliau mengulas khusus bak profesyen berdakwah atau berjuang jihad fisabilillah.

 

Walaupun, pada lahirnya sudah tentulah merupakan satu ibadah. Tetapi sekiranya tidak memenuhi “Lima Syarat2 Ibadah Dalam Islam”, amalannya akan menjadi sia-sia, malahan jatuh berdosa pula!. Iaitu:-

 

1)  Niat berjuang mestilah kerana menunaikan perintah ALLAH, iaitu untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi. Bukan diniatkan kerana untuk mendapat nama, hendak merebut harta atau pangkat, kerana marah dan sebagainya.

 

2)  Perkara yang hendak diperjuangkan itu mesti sah mengikut syariat iaitu memperjuangkan hukum-hukum ALLAH yang lima, iaitu Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus (Mubah). Bukan memperjuangkan ideologi-ideologi atau isme-isme musuh seperti ideologi nasionalisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan sebagainya.

 

3)  Perlaksanaannya mestilah menghikut syariat. Yakni tepat seperti kehendak ALLAH dan Rasul. Melaksanakannya bermula dari diri, keluarga, jemaah dan barulah kepada masyarakat. Ketika menyampaikan risalah ALLAH, seseorang itu mestilah menggunakan kata-kata atau ucapan dan nasihat-nasihat yang lunak, lemah lembut serta berhikmah. Semasa berjuang itu jangan sampai bergaul bebas lelaki perempuan, mendedah aurat, mengumpat, mengata, geram pada mana-mana pihak, menghina, memaki-hamun, menindas dan menzalim.

 

4)  Natijah dari perjuangan itu; kejayaannya untuk tujuan khidmat masyarakat, menegakkan hukum, membela orang susah dan teraniaya.

 

5)  Tidak meninggalkan perkara-perkara atau ibadah asas dalam waktu berjuang itu. Seperti tidak melengah-melengahkan sembahyang atau terus tinggalkan sembahyang, jangan tinggalkan fardhu ain tapi hendaklah belajar dan terus amalkan.

 

Tegasnya perjuangan yang menempuh lima syarat ini saja, baru jadi Amalan Akhirat. Kalau tidak ia akan jadi Amalan Dunia; dan tidak mendapat keredhaan ALLAH.

 

Ertinya kita masih tergolong dalam hamba-hamba yang derhaka pada ALLAH. Walaupun mungkin cita-cita untuk berjuang itu sudah ada, tapi ALLAH masih belum terima amalan yang dibuat sekiranya tanpa memenuhi kaedah-kaedah yang digariskan oleh ajaran Islam itu. Sebab itu kenalah patuh mengikut lima syarat tadi.

 

Demikianlah mutiara kata dari Ustaz Ashaari Muhammad.

 

Jarang ada ulama yang memperkatakan sesuatu ilmu dengan penuh dan terperinci sekali.

 

 

Bagaimanapun, saya suka menambah dan memberi huraian yang lebih lanjut lagi serta menjurus kepada Sistem Demokrasi Terbuka, yang kita dok perjuangkan bagai nak sasau ini!.

 

Huraian lanjut ‘Lima Syarat2 Ibadah’ dalam konteks – kejanggalannya dengan Sistem Demokrasi Sekular.

 

1)  NIAT

 

Sabda Rasulullah SAW, “Hanyasanya amalan-amalan itu sah dengan niat, dan adalah bagi setiap seorang itu menurut apa yang diniatkan."

 

Apa maksud hadis nabi di atas?.

 

Tidak lain ialah untuk menegaskan, apa jua kerja seseorang itu mesti bermula dengan niat!. Tidak boleh untuk seronok2, walaupun sedang bercucuk tanam sebagai petani!.

Rugi.. tidak boleh ganjaran pahala!.

Sebab sahnya sesuatu pekerjaan di sisi Allah SWT untuk beroleh pahala ibadah ialah dengan niat. Tanda serius ia dengan kerjanya!.

 

Maka, bagi seseorang yang berprofession politik atau pejuang Islam, tidak boleh berkata, “Aku terlibat dengan politik ini sekadar main2”. Nescaya Tuhan tidak beri pahala ibadah sejak dari awal penglibatannya lagi. Biarpun ceramahnya siang-malam!. Sebab dia tidak ‘yakin’ dengan kerja berbuahkan suatu yang baik!.

 

Sepertilah cerita seorang sahabat Nabi SAW yang berhijrah ke Madinah kerana cinta kepada seorang perempuan. Maka perempuanlah yang didapatnya!. Bukan pahala perjuangan!.

 

(Tidakkah ruginya beliau terlepas peluang untuk merebut pahala perjuangan peringkat Pra Mekah, yang ‘pahala’ nya amat besar berbanding perjuangan selepas Mekah!.

 

Seperti tidakkah rugi kita yang sememangnya kesuntukkan masa hidup di dunia ini (umur 50/60 tahun, dah K.O.), kalau usaha2 perjuangan kita tidak berpahala?. Rugi! Rugi!.

 

Sia2 saja umur hidup di dunia kalau kerja buat tidak berpahala!.

 

O.k.? Al Right!. Selesai satu peringkat masalah!.

 

Baik!.

 

Bagi seorang politikus atau pejuang Islam, sewajarnyalah dia memasang niat yang baik lagi ikhlas. Iaitu untuk menunaikan perintah ALLAH dan untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi.

 

Tidak boleh dalam misi menegakkan khalimah Allah itu, ia punya kepentingan lain!. Seperti ia mendakwa, kuasa pemerintahan perlu dimiliki terlebih dahulu untuk mendaulatkan agama Islam di Malaysia!.

 

Ini suatu yang bercanggah dengan kebenaran!.

 

Sebab, Nabi SAW pada awal perjuangannya tidak berkehendakkan kuasa pemerintahan!.

(Sila rujuk ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’).

 

Kalaulah demikian niat kita untuk mendapat kuasa terlebih dahulu sebelum usaha menegakkan khalimah Allah dibuat, sewajarlah payah untuk mengekalkan niat kita di atas landasan yang betul!.

 

Kerana setiap sesuatu bermula dengan niat, dan baginya apa yang diniatkan!. Ia tidak akan peroleh pahala amal ibadah jika yang dibuat itu – bukan semata2 kerana Allah SWT!.

 

Sebab tidak boleh berkompromi antara kuasa (untuk diri) dan pahala (dalam mengikuti suruhan ALLAH) dalam perkara2 melakukan ibadah kepada ALLAH SWT.

 

Baik!. Bercakap fasal pahala ini, cuba kita kaitkan dengan kerja politik kita yang berplatformkan Sistem Demokrasi Berpilihanraya.

 

Sebagaimana disebut dalam “Perjuangan Yang Tidak Relevan”, antara kebatilan yang berlaku dalam Sistem Demokrasi Berpilihanraya ialah pemimpin dianggap sebagai ‘Wakil Rakyat’, bukan ‘Wakil Allah’!.

 

Mereka akan bersuara mengikut suara rakyat, dan bertindak mengikut kehendak rakyat!. Jelasnya, pemerintah bukan bertanggungjawab kepada Allah untuk menjalankan segala dasar dan matlamat pemerintahan mengikut Al Quran dan Sunnah.

 

Begitu juga yang dimaksudkan dengan ‘Sentimen Kepartian’. Ia akan utamakan orang2 partinya dengan menganaktirikan rakyatnya yang lain yang tidak separtai dengannya!.

 

Bagaimana dia boleh ikhlas dalam membahagikan kekayaan negara dengan puak2 yang tidak sebulu dengannya!.

 

Begitu juga terhadap berbagai golongan dalam negara yang punya niat mengundi masing2. Bagaimana ia hendak mengutamakan kehendak Allah dan Rasul, sedang janjinya terhadap pengundi2nya perlu ditunaikan segera!. Supaya kariernya sebagai Tok Wakil untuk penggal hadapan tidak terjejas!.

 

Jelasnya, dalam perkara2 sedemikian, bagaimana kita hendak menjaga niat kita agar berkeadaan tulus dan ikhlas dalam memimpin dan berlaku adil kepada rakyat jelata?.

 

Maksud di sini, kita ada 2 perkara niat yang hendak di jaga!.

 

Iaitu berniat untuk benar2 berjuang membela nasib bangsa dan tanah air (tidak ada pilih kasih), serta benar2 menegakkan agama karena ALLAH!.

 

Bagaimana kita hendak lakukan dua perkara niat tersebut dalam satu masa?.

 

Mungkin, ada yang berkata... memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air ataupun mempertahankan negara dari kekuasaan orang kafir itu adalah juga suatu perintah Allah!.

 

Benar, ianya adalah perintah Allah SWT!.

 

Tetapi kita harus faham, apabila kita mempunyai niat yang tersendiri yang merupakan kepentingan parti atau pribadi, maka perjuangannya menjadi tidak bermakna!. Tidak beroleh ganjaran pahala akhirat!.

 

Mana lebih utama.. perjuangan menegakkan agama Allah atau perjuangan menegakkan bangsa?.

 

Pada saya, perjuangan menegakkan agama Islam itu lebih utama!.

 

Sebab, apabila agama Islam terbela, nescaya bangsa dan tanah air akan terbela juga. Tetapi kalau bangsa dan tanah air terbela, belum tentu agama Islam boleh terbela!.

 

(Perkara ini kena kasi faham betul2. Tetapi bukan di sini. Sila lihat tajuk ‘Bagaimana Islam Memilih Pemimpin’. Insyaalah, akan menyusul nanti).

 

Oleh sebab itu, perkara niat ini hendaklah sentiasa dijaga selalu supaya tidak tergelincir dari matlamat asal kita, iaitu untuk menurut dan melaksanakan perintah ALLAH SWT.

 

Sebab tersangatlah sukar kita menjaga perihal hati, yang sifatnya sentiasa berbolak-balik pegangannya. Hanya dengan ilmu Tasawuf sahaja kita boleh mengenal, mendidik dan mentarbiah hati supaya tidak sentiasa terdorong oleh hawa nafsu dan syaitan.

 

Jelasnya, dalam kontek Sistem Demokrasi Berpilihanraya ini, teramatlah sukar untuk menjaga perkara niat agar sentiasa berkeadaan stabil dan ikhlas sepanjang masa.

 

Sebab kita bukan malaikat yang tidak didorong oleh hawa nafsu dan syaitan. Lainlah kalau kita seorang yang ‘Arifullah!.

 

 

2) PERKARA/SUBJECT YANG DIPERJUANGKAN

 

Sebagai seorang pejuang Islam, keinginannya hanya satu. Iaitu untuk melihat hukum-hukum ALLAH yang lima (Wajib, Sunat, Haram, Makruh dan Harus) didaulat dan dipraktikkan di tengah2 masyarakat.

 

Dalam misi mendaulatkan hukum-hakam tersebut, dia tidak akan menggunakan ‘alat’ yang tidak sah dan halal di sisi syariat, seperti ideologi nasionalisme, komunisme, Sistem Demokrasi Terbuka, dsb.nya.

 

(Sebab, setiap perkara yang diusahakan hendaklah sah dan halal dari segi syariat. Tidak boleh dicampur adukkan antara hak dan batil, seperti berniaga restoran sambil jual rokok, dsb.nya.

 

Niat mencari rezeki yang halal dikotori dengan berniaga barang makruh!. Molek ke?. Itu belum dedah aurat lagi!.. yang pastinya haram, yang menyebabkan kerja buat tidak berpahala!).

 

Baik!.

 

Kita mengelar diri kita sebagai pejuang Islam. Semestinya, kalau nak buat kerja Tuhan, kenalah pakai cara Tuhan!.

 

Kenapa pakai cara Sistem Demokrasi Terbuka @ Berpilihanraya bikinan akal manusia?.

 

Allah mengajar undi mengundi ke?.. dengan Professor 1 undi, orang asli Pagan 1 undi. Adil ke?.

 

(Kalau adil jugak.. seperti mengatakan Allah itu bodoh!. Tidak tahu membezakan orang bodoh dengan orang cerdik!. Siapa yang lebih ramai?).

 

Kita harus faham, Sistem Demokrasi itu ‘alat’ sahaja.

 

Bila sebut sebagai ‘alat’, dah tentu banyak lagi ‘alat’ lain yang boleh digunakan!.

 

Yang mana satu alat yang lebih relevan?. Itu kena tengok keadaanlah!. Ada masa2nya sesuatu alat itu sesuai, ada masa atau zaman yang lain ia sudah tidak boleh digunapakai lagi!.

Sebab, fungsinya yang asal seperti ‘mengekalkan keamanan’ sudah tidak berlaku lagi pada zaman yang kronik ini!.

 

Kena pakai alat atau kaedah yang lain, pulak!.

 

Zaman kan berubah, inikan pula manusia!. Lain zaman, lain cara pengurusannya.

 

Yang penting, biarlah ‘alat’ relevan dengan masa serta mendatangkan pahala ibadah kepada kita semua di akhirat kelak!.

 

Seperti diperjelaskan dalam ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’, Sistem Demokrasi Terbuka sebenarnya menegak penzaliman!.

 

Di mana kumpulan yang kecil/minoriti menguasai kumpulan yang besar/majoriti melalui Akta, Polis dan Tentera!.

 

Manakala, nasib negara diserahkan kepada rakyat awam untuk ditentukan melalui peti undi. Yang pastinya, majoriti rakyat tidak tahu-menahu mengenai pemimpin dan kepimpinan!.

 

Apakah keputusan mereka boleh menjamin kebaikan dalam pemerintahan?.

 

Ini bukan kebenaran, sebaliknya kebatilan yang di-pertahankan!.

 

Pastinya perjuangan kita tidak beroleh pahala akhirat, dan di akhirat kelak kita seorang yang ‘kerugian’ amal soleh!.

 

 

3) PERLAKSANAAN MENGIKUT SYARIAT

 

Dalam langkah2 perjuangan, tidak boleh kita melakukan penzaliman, menindas atau menfitnah orang!.

 

Itu semua kita faham!. Tidak boleh campuradukkan yang hak dengan yang batil!.

 

Justru itu, kita nak tanya, ‘Bolehkah orang berjuang dalam Sistem Demokrasi Berpilihanraya mengelak diri dari kata mengata, fitnah menfitnah, dsb.nya”.

 

Tentu sukar, bukan?.

 

Kalau dah sukar untuk dihindari, bagaimana kita semua bersetuju dengan sistem tersebut, seolah2... it’s the best!’ diciptakan buat manusia. Mengalahkan sistem Islam yang lebih harmonika!.

 

Kalau lah demikian, tidakkah ini menyalahi akidah!.

 

Kerana secara tidak langsung kita menganggap Islam itu tidak syumul!. Terpaksa pinjam sistem orang lain untuk mengurus hal ehwal negara!.

 

Itu belum ditanya lagi tentang ‘tertib’ perlaksanaan yang diambil hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, atau dipanggil Sunnahtullah!.

 

Sebab, setiap sesuatu pekerjaan, ada peraturannya. Malah, kehidupan kita sehari2pun ikut peraturan. Mula2 bangun pagi, gosok gigi, solat, minum pagi, pakai baju seluar pergi kerja, dan bla..bla.

Cubalah kita tukar peraturan atau ‘routine’ itu, nescaya akan kelam kabut jadinya!.

 

Demikianlah dengan Islam, ada Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Diikuti pula dengan Wajib Ain, Wajib Kifayah, Sunat Ain, Sunat Kifayah dan Harus.

 

Tidak boleh kita ‘short-cut’ buat perkara2 Sunat Ain  dahulu (seperti solat Dhuha, Tahajud, Witir, puasa Isnin Khamis, dll), tetapi perkara2 Wajib Kifayah kita tidak buat dan ambil perhatian langsung!.

 

Dok makan di restoran orang kafir, makan kicap Cina, jual beli dengan orang bukan Islam sedang kedai orang Islam ada!.

 

Macamana ekonomi orang Islam nak membangun!. Kalau kita orang Islam sendiri tidak sokong perusahaan orang2 Islam di tempat sendiri.

 

Apa hukumnya, kalau kita makan di kedai orang bukan Islam, sedang kedai makan orang Islam ada berhampiran?.

 

Ingat makan minum ini tak ada ‘effect’ dengan hati budi dan akal fikiran kita sebagai seorang Islam, ke?.

 

Pastinya berdosa, sebab ia membawa dirinya ke lembah binasa!.

 

Tak binasa macamana, kalau para2 ustaz dok syarah tak masuk dalam kepala hotak!. Sebab hati sudah kelabu asap dek tercemar dengan makanan2 yang syubhat dan haram!.

 

Ahh.. terlanjur kita!.

 

Kita nak cakap bak perjuangan ber’platform’kan Sistem Demokrasi Sekular ini, tercerita bak makan pulak!.

 

Ringkasnya, setiap langkah2 perjuangan perlu ada tertibnya. Tidak boleh kita sibuk2 bak ‘hudud’, sedang perkara2 Fardhu Kifayah lain tidak beres!.

 

Sebab, pengertian Hudud sebenar ialah sebagai “Langkah Terakhir’ selepas semua ikhtiar menjadi jalan buntu, yakni tidak dapat mengatasi masaalah!.

(Sila rujuk ‘Falsafah Hudud Dalam Islam’).

 

Sementelahan pula, tertib dakwah ialah kita kena bermula dengan diri, keluarga, jemaah, masyarakat, negara dan seterusnya antarabangsa. Setakat main local sahaja, tidak ‘smart’lah!.

 

Ini era globalisasi, zaman langit terbuka!. Kalau dakwah cara kampungan, lama2 orang boleh bawak lari anak dara kita sebab terpengaruh dengan budaya ‘Bolly@Hollywood’ melalui internet!.

 

Ringkasnya, kalau dalam jemaahpun, kehidupan ahli tidak terbela, makanan asas masih diperolehi dari luar, dll.. mana mungkin untuk rakyat jelata menaruh hati dengan jemaah kita, seterusnya beri negara untuk kita pimpin!.

 

Bagaimanapun, yang lebih utama dari itu semua ialah,.. kita mengharapkan pertolongan Allah Taala.

 

Pastinya, untuk mendapat bantuan ALLAH SWT itu, perjuangan kita hendaklah menepati segala kehendak2 syariat lahir dan syariat batin. Tidak boleh kita campur antara hak dan batil!.

 

Tidak boleh kita mencaci cerca dan menfitnah orang, apalagi mengkafir orang lain yang tidak sehaluan dengan kita.

 

Siapa kata tidak sehaluan?. Semuanya menuju matlamat yang sama, hanyasanya teknik sahaja lain2!.

 

PAS dan UMNO dengan sistem demokrasi cara dia, ARQAM dan TABLIGH ada cara atau uslub dia sendiri.. yang dirasanya lebih bersih!.

 

Siapa yang lebih mendekati pada kebenaran, Wallahualam!.

 

Maka, kalau dalam perjuangan boleh terbarai akhlak kita, macamana kita nak mengundang bantuan dari ALLAH TAALA?. Kerana ALLAH menolong golongan yang bertakwa sahaja. Seperti firmannya, “ALLAH menolong orang2 yang bertakwa”.

 

Maka tidak peliklah Syaidina Omar r.a. berkata kepada tentera2nya sebelum mengirim mereka ke perbatasan, “Aku tidak takut kepada musuh2 kamu, tetapi aku takut kepada dosa2 kamu. Sebab jika kamu berdosa, Allah akan biarkan kamu kepada musuh2mu untuk disiat2 dan dirobek2kannya, tanpa ditolongnya”.

 

Demikianlah, sekalipun kita ini adalah pejuang2 kebenaran, tidak semestinya kita bertindak ke atas orang2 kafir dengan membelakangkan syariat lahir dan batin.

 

Tidak ikut peraturan tabii atau sunnahtullah, di  mana persediaan lahir dan batin hendaklah dikemaskini terlebih dahulu. Termasuk hal ehwal keluarga dan jemaah kita.

 

Berkata Hukama, “Yang hak yang tiada peraturan, akan dikalahkan oleh yang batil yang ada peraturan”.

 

 

4) NATIJAH HENDAKLAH BETUL

 

Natijah adalah hasil atau kesan dari usaha yang dijalankan. Samada ia bertambah2 tawaduk, pemurah, atau bertambah ego dan bakhil!.

 

(Sila lihat ‘Roh Amal’ untuk lebih maklum).

 

Jelasnya, jika ia seorang pengusaha restoran, adakah kekayaan yang diperolehi digunakan untuk berkorban, berderma dan menolong fakir miskin?.

Atau setakat berkata, Alhamdulillah.. dan pergi melancong ikut hawa nafsu!.

 

Kalau lah demikian cara yang dikatakan bersyukur, maka jelaslah ia tidak sebagaimana yang ALLAH kehendakki.

 

Banyak orang tidak faham akan maksud sebenar ALLAH TAALA Taala apa yang dikatakan ‘bersyukur’, sebagaimana firmannya, “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmat-Ku. Tetapi jika kamu kufur, ketahuilah siksa-Ku amat pedih!.

 

Maksudnya, kalau dah ALLAH kurniakan kekayaan itu kepada kita, hendaklah kita belanjakan untuk kerja-kerja amal dan  Jihad Fisabillillah!. Iaitu berkorban, bersedekah atau beri makan orang miskin, dll.

 

Kerana kita sedia maklum, setiap sen harta orang kaya itu, ada hak orang miskin ke atasnya.

Kalau kita sejak asal lagi dah miskin, setakat pemberian sebiji buah tamar tuu.. dah kira O.K. lah!

 

Kalau perkara ini dah ‘setup’ dalam kepala hotak kita, maka patutlah kita bertambah2 malu ke diri apabila ALLAH rezekikan percuma2 sahaja nikmatnya – baik kecil atau besar- kepada kita.

 

Tak kan nak sebat sorang, je!. Bagi2 lah sikit kat insan yang lain atau jiran sebelah-menyebelah!.

 

Firman ALLAH SWT itu bolehlah kita umpamakan begini,.. kita beri hadiah pada seorang kawan, kemudian kawan kita tu diberikannya kepada orang lain!.

 

Kita tuan punya asal hadiah itu tentulah berasa bangga, dan rasa2nya nak bagi lebih banyak lagi kat kawan kita tuu supaya disebarnya seluruh alam!. Tak gitu!.

 

Itulah dimaksudkan dengan ayat, “..nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmat-Ku”. Mesti ada sebab untuk tambahan!.

 

Itulah baharu tepat dan dianggap sebagai seorang hamba ALLAH yang bersyukur akan nikmat dan kurniaan-Nya.

 

Baik. Kita dah faham akan makna ‘bersyukur’ dan kita tukar ‘tune’ sedikit...

 

Kita sebagai pejuang Islam, bila dah dapat kuasa merajui Negeri atau Negara Islam... tak kan dok relax saja!.

 

Kenalah kita tunjuk ‘syukur’ kita tuu dengan berbuat untuk mengembangkan syiar Islam!.

 

Untuk mengembangkan syiar Islam, bukan hanya dengan membangun tamadun2 lahir seperti pintu gerbang, bina masjid, tukar peraturan sekular, dsb.nya.

 

Lebih penting dari itu, ialah pembangunan ke dalam!.

 

Iaitu meningkatkan iman dan takwa para penduduk Islam, dan kepada yang masih kafir hendaklah diusahakan masuk Islam!.

 

Bukankah itu tugas utama Nabi Muhammad SAW, iaitu membawa Islam kepada yang bukan Islam?.

 

Taufik dan hidayah itu memanglah kuasa Tuhan, tetapi kita diarah menuntun orang ke arah kehidupan Islam yang sebenar!.

 

Ada ke kita buat kerja itu?. Tak ada!.

 

Kita dok asyik berebut dan pertahan kerusi!. Iman orang Islam tak meningkat2, dan orang2 bukan Islam terbiar bagai lembu terlepas. Tidak diurus!.

Esok kita juga yang akan ditanya, dan dipertangungjawabkan!.

 

Apa buktinya kita tidak bertanggungjawab ke atas nasib orang2 kafir di akhirat kelak. Tak kesian kat mereka ke?.. kekal abdi dalam neraka jahanam selama2nya!.

 

Sebab sehingga ke hari ini, tidak ada suatu partipun yang menubuhkan satu jawatankuasa atau unit khas yang pergi ke rumah2 orang kafir, bercakap dan berdakwah dengan mereka penuh hikmah, bertujuan menarik mereka kepada Islam!.

 

Termasuklah Parti PAS!.. yang mendakwa merekalah pejuang parti Islam yang sebenar!.

 

Maaflah kita nak cakap...

 

Kita lihat rakyat Kelantan masih seronok dengan Expo, beristirehat dan mandi manda di pantai dan pusat2 perkelahan, lawan ayam serama, dikir barat, dll.

Pasar malam dan pusat beli belah tambah meriah dengan gelagat muda mudi tua dan muda!. Masjid2 tinggal lengang dengan golongan tua yang dah pencen!. Tidak jadi pusat ilmu dan tempat mentelaah kitab2. Sudah berubah fungsi.. tempat mencari2 salah orang!.

 

Kerana apa?. Sebab ‘iman’ yang sebenar belum masuk ke dalam benak sanubari rakyat Kelantan!. Sekadar beriman Ilmu dan Iman Taklid!.

 

Jelasnya, kejayaan PAS menubuhkan pemerintahan ulama di Kelantan menerusi wadah Sistem Demokrasi Berpilihanraya, tidak berjaya membakar semangat rakyat untuk mempraktik Islam secara bersungguh2 dalam kehidupan mereka.

 

Sebab, ambilan Islam secara percuma2 dari Sistem Pilihanraya teramat murah ‘significant’ kepada hati semua manusia!.

Tidak boleh untuk merubah diri dan kebatilan yang berleluasa dalam masyarakat!. Apalagi untuk menuruti segala perintah dan larangan Allah SWT!.

 

Kerana sebagaimana disebut, kita ini Wakil Rakyat, bukan Wakil Allah!.

 

 

5) AMALAN ASAS

 

Amalan/Ibadah Asas adalah merangkumi Rukun Iman dan Rukun Islam. Antara keduanya, Rukun Iman adalah perkara pertama dan utama yang mesti diselesaikan terlebih dahulu oleh para Mukallaf.

 

Tidak bererti ibadah seseorang (seperti solat, puasa, haji, dll) jika tahap keimanan tidak mencapai ‘keyakinan yang qatie’ (100% jazam!).

 

Itu suatu perkara yang kita telah perjelaskan dalam komentar “Ibadah Dalam Islam”.

 

 

O.K.!

 

Saya telah mengulas secara terperinci akan ‘Lima Syarat2 Ibadah Dalam Islam’ dalam konteks Sistem Demokrasi Terbuka @ Berpilihanraya.

 

Jelas sekali ia amat bertentangan dengan syariat Islam dan pastinya ia tidak mendatangkan pahala ibadah!.

 

Dapat penat dan lelah semata.. dan di akhirat kelak, kita semua akan dihumban ke dalam api neraka kerana hati penuh mazmumah disebabkan bermain parti!. Bodoh punya kerja!.

 

Baik!.

 

Ada satu lagi persoalan yang masih belum terjawab!.

 

Iaitu, “Apa relevannya ‘keyakinan qatie’ dengan perjuangan dalam Sistem Demokrasi Sekular yang diperjuangkan bagai nak gila sekarang ini?”.

 

Mestilah!. Setiap pejuang Islam mesti ada keyakinan!. Keyakinan itu mestilah tepat dengan syariat Islam, baik cara siasah, uslub dan kaedahnya. Kalau tidak tepat, bererti kita perjuangkan kebatilan!. Kita mengajak rakyat kepada dosa, iaitu kata mengata, keji mengeji, carut mencarut, dsb.nya.

 

Baik. Kita kata tadi.. uslub perjuangan.

Kenapa kita pilih Sistem Demokrasi Berpilihanraya sebagai ‘wadah’ atau alat untuk memperjuangkan sebuah Negara Islam?.

 

Bagaimana kita berkeyakinan bahawa Sistem Demokrasi Berpilihanraya ini lebih tepat dan berkesan dari Sistem Musyawarah cara Islam?.

 

Tidakkah ini suatu fahaman yang terpesong dari kebenaran, dan apa kesannya kepada akidah seseorang?.

 

Lebih kurang juga, kita kata begini.. bagaimana kita orang Islam boleh mengembangkan tamadun orang lain, sedang Islam ada tamadunnya sendiri?.

 

Ini suatu persolan yang harus dijawab oleh para ulamak bukan Arqam!.

 

(Sebab kita Jemaah Al Arqam, ada teknik dan uslub perjuangan tersendiri yang lebih mendekati cara perjuangan Rasulullah SAW).

 

Bagaimana kalau saya kata, setiap kebatilan bukan dari ALLAH SWT. Maknanya bukan kerja Allah, tetapi kerja kita manusia yang pandai mereka2.

 

Sudah tentu kerja kita tidak jadi ibadah, kerana tidak mengikut peraturan ALLAH, lahir dan batin!.

 

Malah menjadi berdosa pula, kerana memimpin orang ke arah perpecahan!.

 

Bukankah parti2 itu – Assobiyah!.

 

Menegakkan Assobiyah bermakna mengalakkan perpecahan!. Sukar untuk mencari jalan perpaduan, seperti yang berlaku sekarang ini!.

 

Di atas, adalah sedikit ulasan bak keyakinan. Dan keyakinan itu adalah termasuk dalam Rukun Iman. (Amalan Asas).

 

Maka, kalau keyakinan itu bersalahan (sebab menyokong Sistem Demokrasi Sekular), maka perjuangan kita tidak dinilai ibadah oleh ALLAH SWT. Sia2 sahaja.

Habis wang berjuta, tetapi tidak diberi pahala ibadah oleh ALLAH SWT.

 

Baik. Rukun Islam bagaimana pula?. Iaitu solat, puasa, haji, dll.

 

Sudah tentu perjuangan kita tidak diberi pahala ibadah, jika kita tidak solat, dsb.nya.

 

Harus diingat, Rukun Islam adalah teras kepada ibadah2 yang lain. Yang lain2 tu (solat sunat, sedekah, umrah, dll), cuma menampalkan solat fardhu, dll yang tidak sempurna.

 

Tidak boleh kita perbesarkan yang sunat2 dan harus, sedang perkara wajib kita tidak buat!. Seperti habis wang berjuta$$$, tetapi haji ke Mekah Al Mukarammah tidak mampu dibuat!.

 

Tidak terpesong kah itu?. Pelik! Pelik!.

 

Pelik sungguh tujuan hidup orang sekarang.

 

Ringkasnya, kalau perjuangan kita tidak selaras dengan Rukun Iman dan Rukun Islam, maka sia2 sahajalah amal kebajikan kita kerana tidak diberi pahala ibadah oleh Allah SWT.

 

 

ULASAN & PENUTUP

 

Saya telah memperjelaskan betapa tidak relevan perjuangan menegakkan Negara Islam melalui wadah Sistem Demokrasi Berpilihanraya @ Terbuka. Sukalah saya mengulangi sedikit agar kita boleh mengingati kembali kuliah di atas.

 

Pertama Niat.

 

Amat sukar untuk membetulkan niat, jika kiri dan kananpun kita nak tangkap muat dalam zulmat nafsu serakah kita!. Kuasa kita hendak!.. perintah Allah untuk tegakkan pemerintahan Islam pun kita nak hendak buat!.

 

Last2 sekali, tindakan kita jadi tidak ikhlas!.. sebab payah nak ‘maintance’ niat kita agar sentiasa berada di jalan ALLAH SWT!.

 

Kalaulah niat dah baik, perkara atau alat untuk berbuat itu (Sistem Demokrasi Berpilihanraya) jatuh ke batil, pulak!. Sebab tidak relevan dengan kebenaran!.

Professor – 1 undi, orang Asli Pagan – 1 undi. Adil, ke?.

Lagi pula, sistem itu penegak penzaliman!.

 

Kalau niat dan alat dah molek sekalipun, proses perlaksanaan pula rosak!. Sebab kita nak ketengahkan Islam, tetapi.. tidak boleh lepas dari maki hamun dan kafiak orang, pulak!.

(Bukan setakat orang saja, Tuhan pun terkena jugak.. kerana mencarut!. Astagfirllah hil ‘azim!).

 

Perkara natijah tidak diambil kisah sangat!. Yang penting, kita enjoy bila berkuasa!. Bukan bertambah2 tawaduk kerana kuasa yang ALLAH bagi, tetapi bertambah2 sombong dan ego.. mulalah nak balas dendam kat orang2 yang dia tidak perkenan!.

 

Solat fardhu, tak osah ceritalah!. Dah jadi adat, bukan perintah Tuhan!. Hak tuhan tuu.. dikemudian2kan sampai lewat sore bila bertembung dengan hak manusia, di dewan2 yang mulia!.

 

 

Jelasnya, semua aspek tindakan, baik Niat, Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak selaras dengan syariat lahir dan syariat batin para pejuang2 Islam yang ada pada hari ini.

 

Sekalipun kurang satu aspek tindakan sedangkan yang lain semuanya betul, ALLAH SWT tetap tidak akan beri pahala amal ibadah!. Dikira batal!.

 

Dah rosak binasa bak ‘suci dalam debu’, gara2 Sistem Demokrasi Sekular yang dimainkan oleh semua peringkat penduduk, baik kecil besar, tua muda, yang cerdik yang bodoh, ulamak atau bukan ulamak!.

 

Maka hukum Hablumminanas, iaitu perhubungan manusia dengan manusia sudah tak betul jalan, kerana tidak dimantau dengan prinsipal yang baik!.

 

Tidak sebagaimana hukum Hablumminallah, di mana ia dimantau dengan baik seperti kata Iman Malik, “Barangsiapa bertasawuf tetapi tidak berfeqah, ia fasik. Barangsiapa berfeqah tanpa bertasawuf, ia kafir zindik! (kafir tanpa sedar).

 

Jelasnya, kalau hukum Hablumminallah ada prinsipal ibadahnya, maka kenapa hukum Hablumminanas tidak ada prinsipal ibadah?.

 

Apa kata kalau saya labelkan begini...

 

Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas sudah baik, tetapi Niat tidak betul, ia dipanggil Si Bodoh!.

 

Niat dan semuanya betul, tetapi Perkara pulak tidak sah, ia Penipu!.

 

Perkara dan semuanya betul, tetapi Perlaksanaan tidak betul, ia Tertipu!.

 

Perlaksanaan dan semuanya betul, tetapi Natijahnya salah, ia Pendusta atau Kufur!.

 

Natijah dan semuanya betul, tetapi Amalan Asas pulak tidak buat, ia Munafik atau Hipokrit!.

 

Hah! Apa macam? Boleh dipakai, tak?.

Nak tunggu ulama2 dok label, merekapun tak tahu apa itu Lima(5) Syarat2 Ibadah!.

 

Lagikan... Lima(5) Peringkat Iman (Iman Taklid, Iman Ilmu, Iman Ayan, Iman Hak dan Iman Hakikat) pun, mereka tak tahu nak sebut, inikan pula benda2 falsafah semacam ini!. Seperti juga ‘Falsafah Hudud dalam Islam’.

 

Kita bukan nak bangga diri, tetapi mereka tu tak khabor ke diri!. Nak pimpin tapi tak bertali!. Dah bertahun2 negara mencapai kemerdekaan, tetapi tahap iman masyarakat Islam dok tang tu, jugak!.

 

Kalau tak boleh pimpin hati2 manusia, bagi can lah kat orang2 dakwah memimpin!.

 

Sebab mereka ini orang2 praktikal (makan sedulang, tidur sebantal), bukan para teori atau ilmuan yang dok syarah kat mimbar2 masjid dan pentas2 resmi!. Tidak mujahadah dalam amal!.

Sebab itu ilmu mereka tidak ‘pure’ dan berkat!.

 

Sebab, sebenar2 ilmu diperolehi dengan amali!. Telah disaring2 dan diujipakai, setelah diterima baharulah dihadamkan!. Bukan teori lagi!.

 

 

Demikianlah kisah kehidupan dalam Sistem Demokrasi Sekular yang penuh hipokrit, tidak relevan dan tidak mantap sepenuhnya.

 

Hari ini berkawan, esok boleh jadi lawan!.

 

Sistem boleh berubah2 sebentar sahaja, bila dirasakan menguntungkan parti lawan. Hari ini Wang Royalti, esok jadi Wang Ihsan!.

 

Perkara ini memang diakui sendiri oleh PM, dalam ucapannya menyambut tahun baru 2001. Beliau seolah2 berkata, ‘Sesungguhnya Sistem Demokrasi ini ada kelemahan2nya. Ia akan berkubur juga akhirnya ..”

 

Tetapi, yang kita pelik.. pihak ulama2 politik pulak beriya2 dan bersungguh2 menjayakan Sistem Demokrasi ini, seolah2 ianya yang terbaik!.

 

Kah!.. Kah!. Sungguhlah dunia ni dah terbalik!.

 

Orang sekular pulak menerajui perjuangan menegakkan Negara Islam (biarpun ilmu akhirat belum penuh di dada), manakala orang2 akhirat atau para ulamak dok tenggok2 saja tanpa berbuat (sebab tak ada minda).

 

Hanya dengan minda dan idea yang kreatif dan strategi sahaja (bukan sekadar ilmu) kita boleh memimpin negara dan orang ramai.

 

Dan sebaik2 pemimpin, dialah Orang Dunia dan Orang Akhirat sekaligus!. Lebih tepat lagi, bergelar “Ulama berwatak Rasul” - ulama yang dilahirkan untuk memimpin.

 

Sekian. Walahualam.

 

APIPI@Abuya.Jr.001

 

010501