MY Profail

 

Assalamualaikum wr. wb.

 

Ana berusia 42 tahun, sudah berkahwin, anak 4, bekerja kerajaan.

Pendidikan setakat STP, selepas itu join dakwah, selepas merasakan ‘hati penuh mazmumah’ bila berada dalam politik tanahair.

Tak habis2 nak marah kat kawan2 sepejabat!

(Ini kes Team A, Team B dahulu la ni!!)

 

Rupa2nya, dalam grup dakwahpun ada kaedah dan uslub perjuangannya yang tersendiri!. Yang lebih bersih dan suci serta menepati Syariat Islam – lahir dan batin!.

 

Hobi, suka tafakur di lembah Sg. Kelantan sambil mengail ikan.

Tujuan hidup, ingin buat amal kebajikan sebanyak mungkin.

Pantang, dengan sikap kepura2an dan membazir masa.

Falsafah hidup, ‘mencari kebenaran’ di kala dunia semakin lemas dengan ‘isma2’ dan peraturan2 ciptaan manusia.

 

Berkenal dengan Jemaah AL ARQAM di Gua Musang tahun 1986, lantas jatuh cinta dengan minda Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi.

 

Bergiat tidak sepenuh masa sebagai Arqam Batik!

Pakaian biasa, tidak berjubah serban sebagaimana Arqam Original, tetapi memakai minda Ustaz Ashaari.

 

Jadi, kalau feel perangai itu kurang berakhlak, jangan salahkan Arqam Tulen.

Akhlak mereka ada ‘class’...cool..very cool! Tak macam orang PAS!.

 

Ibarat ‘tempeleng pipi kanan, pipi kiri di sua pula!’

Macam tok guru mereka la!.. Tawaduk, penyabar, berlapang dada... sampai kena sesat2 demo!

 

Nak buat macamana, mika durian... kita mentimun!. Tergolek.. digolek pasti luka!

 

Hendak tak hendak, kena ubah strategi, “If you can’t beat them, you join them!”.

 

Tetapi, kalau nak join mereka, kena kemaskan diri dulu... dengan IMAN dan TAQWA.!

 

Jangan jadi serupa Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terkandas bila berhadapan dengan Ujian Berbentuk Nikmat!. (Ujian bentok nikmat ialah ujian yang paling sukar).

 

Dan, itulah siasah Al ARQAM, supaya masyarakat tidak kalut.. dan merosakkan harta benda awam, seperti puak-puak yang satu lagi, tuu!

 

Sehubungan dengan itu, kita nak ‘sound’ sikit kat Pusat Islam.

Jangan nak memandai2 lagakan kami dengan PM!.

Jangan nak tuduh laman Web ini sebagai meraikan peribadi Ustaz Ashaari!.

 

Tak ada niat kami ke situ. Hanya kebetulan ilmunya ‘relevan’ dengan kebenaran. Maka, kami guna untuk membenteras perkara2 yang batil dan kumpulan yang buat onar dan kerosakan dalam negara.

 

Harap kepada Pusat Islam, tak ada kesan langsung!. Masyarakat jadi bertambah2 rosak. Panglima dia pun dah letak jawatan!.

Baru di kabor, strateginya tidak mengena!.

Bahawa ‘tarbiah’ yang dibuat secara resmi2 di atas pentas itu, tak menjadi!.

Sekarang baharu nak turun ke gelanggang, makan sedulang dan tidur sebantal dengan anak buah!

 

Kita orang dah lama buat kerja tuu... tapi tidak kesampaian kerana dengki para ulama.

 

Sememangnya, ulama dikenal dengan sifat ‘dengki’, kerana kemashyuran, bukan kerana harta!.

 

Sabda Nabi SAW, “6 golongan masuk neraka kerana 6 sebab. Iaitu Bangsa Arab dengan kesukuan, Raja dengan kezaliman, Pemimpin dengan sikap takabur, Peniaga dengan sifat kianat, Orang Desa dengan kejahilan dan Ulama dengan sifat hasad dengki”.

 

Walaubagaimanapun, laman Web ini bukan nak balas dendam pada kerajaan.

 

Mana kita boleh lawan kerajaan ataupun PM!

Dia ibarat ayahanda kepada kita semua, kan?

 

Umpama, seorang ayah yang zalim di rumah. Bagaimana ikhtiar anak2 nak menyedarkan dia?

 

Tak kan nak buang dia langsung dari rumah!.

 

Anak2 kena tunjuk kasih sayang kepada ayah mereka. Supaya, ayahnya terfikir, “.. bahawasanya aku tidak sepatutnya berlaku zalim pada anak-anakku”.

 

Itukan satu siasah!... yang relevan dengan zaman diktator ini, yang orang2 PAS dan ADIL kena belajar dengan Abuya.

 

Ingat, “Berundur bukan bererti kalah. Mengalah bukan bererti sesat!”.

 

Sekian, wassalam.

 

“Selamat Membaca”

 

AbuyaJr.001@APIPI

010101