PERANG BENDERA

 

Yang satu ? Penjajahan Fizikal.

Yang satu lagi ? Penjajahan Akal fikiran yang karut marut!.

 

Mentang2 Tok Guru yang bercakap..

Kita boleh tampar orang... sebab Qisas, dibalas dengan Qisas!.

 

Kita boleh berkawan dengan Syaitan!

Sebab Nabi Allah Sulaiman pernah ?berkompromi? dengan syaitan untuk kerja manusia.

 

Kita boleh mencaci, mencela orang!

Sebab Nabi Allah Musa dan Harun a.s. pemah berhujah dan bertarung 'magic' dengan Firaun laknatullah!

(Tidak disebut pula mereka tu.. berdakwah dengan penuh hikmah dan lemah lembut!)

 

Mereka nii.. betullah dah tersilap fikiran. Akal dah ?short-circuit!?

?

ltulah.. bertahun-tahun berjuang, hingga menang tak menang, kalah tak kalah. Sampai akal yang normal pun, dah terbalik kuang!

 

Ilmu yang positif, dinegatifkan!.

Yang putih, ditafsirkan ikut selera nafsu dan kepentingan politik.

Lalu jadi hitam, busuk dan membusukkan!. (pinjam perkataan dim buku SNIT)

 

Ana yang marah-marah ni.. bukan apa.

Kalau awak seorang saja yang tersesat akal.. tak apalah!.

Ini sampai mengajak yang jahi12 ikut mengata dan mengeji.. alasannya orang2 terdahulu (disetarafkan Nabi dengan dia pulak tuu..) juga mencela dan mencarut!! .

 

Ini semacam nak mengubah sejarah hidup para solehin,.. yang bersikap, ditampar pipi kanan, pipi kiri disua pula.

 

Bercanggah dengan sabda Nabi SAW, "Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepadamu".

 

Syaidina Ali r.a. pernah sekali hendak memancung kepala seorang tentera Quraish, apabila musuhnya itu meludahnya! Beliau tergaman dan tak jadi bunuh.

 

Apa ajaran disebalik tindakan itu?

 

Sebab Ali berjuang dengan niat, Lillahi Taala.

Bukan kerana benci pada musuh, bukan untuk benteras kezaliman, bukan untuk tegak keadilan (walaupun disuruh) dan sebagainya.

?

Tetapi adalah... untuk dan kerana Allah semata!. Baharulah dapat pahala.. dan kalau matipun, mati syahid!

 

Mereka ini sebenarnya merosakkan ajaran Islam yang suci murni.

Islam pada lambang.. pada lahir dan fizikal.

Bukan pada amal dan penghayatan. Ayat2 Al-Quran disalahtafsir ikut kepentingan perjuangan yang batil.

 

Nabi buat Demokrasi Tertutup (Terpimpin). Kita buat Demokrasi Terbuka.. habis yang jahil, yang capet dan orang2 Pagan dalam bukit dibenarkan mengundi.

 

Dahlah tuu.. professor satu undi, orang asli juga satu undi! Mana adil!.

?

Menyamaratakan manusia, yang cerdik dan yang bodoh itu - satu penzaliman!

 

(Sila lihat, ?Perjuangan Yang Tidak Relevan?)

 

Nabi buka masalah kepimpinan untuk perbincangan kepada orang2 yang tertentu sahaja. Iaitu orang2 yang cerdik, yang banyak ilmu dan amal, tauhid tinggi, baik akhlak dan tingkahlaku. Siapa dia?.

 

Iaitu orang2 besar akhirat, yakni 10 orang yang dijamin surga oleh Nabi! (Kias sahaja)

Masyarakat sekadar bersikap, 'kami dengar dan kami taat'. Tak banyak soal.

?Terserah kepada bijak pandai orang2 di atas, kami yang di bawah2 ni.. mengikut saja!?, kata mereka.

 

Berjayanya negara Islam dahulu, adalah kerana rakyatnya bersikap membantu.

Iaitu selepas dididik dan ditarbiah jiwa, fizikal dan mental mereka oleh ulama yang tiada berkepentingan (ulama akhirat) ...dengan iman dan Islam. Selain mereka buat kerja resmi mereka sebagai penasihat raja di istana2.

(Maknanya di sini, mereka buat dua tugas, iaitu tugas resmi dan tidak resmi).

 

Sebab, mereka percaya.. pemimpin yang baik, datang dari rakyat yang baik.

Dengan motto perjuangan... "Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tegak dalam negara kamu".

 

Dan akhirnya, perjuangan mereka yang berhikmah mencapai matlamat mewujudkan sebuah negara Islam, dengan mendapat kata2 pujian dan keredhaan dari Allah SWT sendiri sebagai, "Negara yang aman makmur dan mendapat pengampunan Allah".

 

Kita didik atau asuhpun tidak! ...setakat mengajar agama sahaja. Dakwah dan Tarbiah tidak berjalan selari!.

 

Apa punya sia2 punya kerja. Di masjid nampak warak, balik rumah marah2. Tidak sabar.

llmu akali tidak selaras dengan amali!.

Kena ujian sedikit - mudah meletup! Belum dapat nikmat negara lagi tuu!.

Agaknya kebas harta negara serupa tula ya!

 

(Ujian bentuk nikmat lagi mengancam, beb!

Tidak ramai yang lolos ujian nafsu serakah.. berupa balak, minyak, Pajero, pejabat air-cond dgn skeretari cute-muit, dsb.nya.

Biasanya,.. mudah gelap mata dan lupa daratan!.

So... kalau iman setinggi busut, jangan gunung ombak hendak diduga).

 

Kita kalau dapat negarapun, adalah berupa ?istidraj?, bukan rahmat dari Allah SWT.

Kalau Allah tak bagi, boleh kecoh atau rosak satu negara.

 

Jadi.. negara Islam itu mungkin boleh. Tetapi pahala jihad dan perjuangan itu tak ada!

Sebab tak jadi ibadah! Adake mencela dan mencaci orang itu satu ibadah?

(Sila rujuk, 5 Syarat2 Ibadah Dalam Islam)

 

Ana tambah2 tak setuju lagi.. bila ada ulamak bercakap seolah2 'Matlamat menghalalkan Cara'.

 

Dikatakan 'Sistem Demokrasi Berpelihanraya' itu suatu yang pragmatik dan praktikal masa kini!

Tak ada cara lain dah! ...untuk tegakkan Negara Islam, melainkan melalui Peti Undi!

 

Itu pendapat dia (ulama spring mati).. tafsiran dia. ..ambilan isi luar sahaja,... tetapi batin, falsafah, kaedah dan natijah Demokrasi Sekular itu bercanggah dengan Islam!.

?

Mungkin dahulu Demokrasi berperanan menyatupadukan manusia, sebab kita berhadapan dengan musuh yang satu, iaitu penjajah.

Tetapi zaman berubah apabila manusia jadi tamak dan haloba... sanggup menidakkan kepentingan orang lain semata2 untuk membolot kuasa.. untuk diri dan kroni.

Sudah jadi politik pecahbelah!.

Maka hukumnya haram!. Tak gitu?

 

Lagikan,.. parti2 itukan memperjuang semangat 'kepartian", iaitu untuk kesejahteraan puak2nya sahaja. Assyobiyah la tuu!

 

Sabda Nabi SAW, "Tidak ada fahaman kebangsaan dalam ajaran Islam (kepartian)"

 

(Zaman para solehin dahulu memang ada perkumpulan, tetapi ?parti? dan perjuangan mereka itu ikhlas. Lillahi Taala!. Ada nilai ibadah. Tidak ada niat nak rebut kuasa atau jawatan!)

 

Orang awam yang mempercayai kata-kata ulamak berkepentingan atau konvensional (ilmu lama dan statik) itu, seolah2 telah 'Mempertuhankan Ulamak!"

 

Ramai nampak 'kekebalan' di pihak Sultan.

Jarang yang nampak kekebalan di pihak ulamak yang membenarkan perkataan yang mencarut2 itu.

Tidak boleh queri.. kehidupan jadi tidak berkat. Nanti ditimpa bala!.

 

(Memang bala dah bertimpa2pun sejak zaman penjajahan Sistem Demokrasi Sekular lagi.

Sebab ulamak tidak main peranan sebagai pewaris Nabi yang sebenar!)

 

Akhir kalam,

 

Firman Allah SWT, "Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran yang tidak baik" (Al-Hujurat: 11)

 

Sabda Nabi SAW, "Siapa yang melihat suatu tindakan pembesarnya yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana siapa yang memisahkan diri dari jama'ah (masyarakat Islam) barang sejengkal, nescaya dia mati secara kematian jahiliah." (riwayat Ibnu Abbas).

 

Sabda Nabi SAW, "Kalau kamu mengikuti manusia banyak, nescaya ia akan menyesatkan kamu",

dan Firman Allah SWT, "Sedikit sahaja hambaku yang bersyukur"

 

Maksudnya, orang yang berada di jalan ilmu yang benar, tidak ramai. Sedikit sahaja.

 

Maka pandai2 lah memilih antara kaca dan permata. Timbang dengan neraca ilmu, dan... tanya hati!

 

Sekian, wassalam.

 

Abuya.Jr.001

181199

 

Kibarkan Bendera Putih! -lambang "Hati Yg Sejahtera?

(yakni tiada sifat2 mazmumah spt. dengki, panas baran, suka menghasut, merusuh, dll)