LET’S THINK PROFFESSIONAL

 

ISLAM itu ibarat bunga yang segar mekar harum-mewangi.

 

Serangga dan unggas datang berkumpulan untuk mencari rezeki.

 

Segala manusia datang untuk mengambil menafaat (buah2an) dan berteduh di bawahnya.

 

So.. bagaimana mungkin orang boleh lari dari Islam yang kita perjuangkan!.

 

Kalau orang Islam sendiri boleh kontra.. apa lagi orang kafir?.

 

Atau.. mungkinkah Islam yang diperjuangkan itu bukan Islam yang sebenarnya, ataupun Islam PAS!.

 

Patutlah nampak ekstrim, keras dan mudah sangat menghukum2 orang - kafir, taghut, pasik, dan bla..bla..

 

Kalaulah demikian,.. kita tersalah haluan saudara2.

 

Sebab Islam itu lemah lembut dan bersikap penyayang kepada orang2 fasik, zalim atau kafir zimmi. Hatta anjing sekalipun!.

(Orang mukmin, tok sah kira lah!).

 

Lagi pula, kita tersilap memilih platform untuk memperjuang Islam yang suci murni lahir dan batin itu!.

 

Kita memilih ‘platform’ Demokrasi Sekular untuk mengenengahkan Islam ke tengah masyarakat.

 

Demokrasi Berpilihanraya ala barat itukan.. adalah ciptaan akal manusia!.

 

Mana mungkin kita buat kerja Tuhan, kita guna cara manusia?.

 

Seolah2 kita menafikan Islam itu tidak syumul, yakni tidak sempurna!.

 

Kita melaungkan ekonomi Islam, budaya Islam, pendidikan Islam, dll. Tetapi dalam masa yang sama kita pakai siasah Politik Sekular Barat untuk tegak agama Islam!.

 

Ada ke patut – benda yang najis dan kotor itu, hendaklah kita tegak Islam yang suci murni?.

 

Itulah sebabnya, perjuangan kita tidak mendapat pertolongan ALLAH SWT. Tidak ada berkat!.

 

Habis berjuta$$, tetapi hasilnya kecil!.

 

Kot-kot.. tak ada pahala ibadah!!. (Sila lihat ‘Ibadah Dalam Islam’)

 

Buat membasir tenaga dan air liur berceramah siang malam - Bab Negara Islam. Tetapi Tuhan tak bagi pahala akhirat!.

 

Sebab platform yang diperjuangkan itu adalah batil!. Tidak ikhlas!.. ada kepentingan lain!. Bercanggah dengan kebenaran!.

(Sila lihat ‘Perjuangan Yang Tidak Relevan’).

 

Apa sebab ana kata ada kepentingan lain!.

 

Cuba jawab, boleh tak kita pisahkan antara dua(2) niat, iaitu perjuangan untuk dan kerana Allah, dengan niat untuk tegakkan Negara Islam (yang kita sendiri jadi pemerintahnya!).

 

Bolehkah seseorang itu menyelam tanpa minum air?.

 

Tentu sukar nak jaga bukan?.

 

Begitulah jua niat kita untuk memperjuangkan Negara Islam, amat sukar untuk menyisihkan kepentingan diri yang dapat tidak mesti menjelma dalam sanubari yang masih jahat nii!..

 

Maklumlah, jawatan wakil rakyat itu.. bermakna ada gaji, ada elaun, imbuhan, drebar, dll.

 

Lihat sahajalah bagaimana Syaidina Ali r.a. pernah sekali hendak memancung kepala seorang Quraisy Mekah, apabila musuhnya itu meludahnya!.

Beliau tergaman dan tak jadi bunuh!. Kenapa?.

 

Sebab beliau berjuang dengan niat Lillahi Taala!.

 

Bukan kerana bencikan musuh itu, bukan untuk benteras penzaliman, bukan untuk tegak keadilan (walaupun disuruh) dsb.nya.

 

Tetapi adalah untuk dan kerana Allah SWT semata!. Baharulah perjuangan itu mendatangkan pahala ibadah!.

 

(Ikhlas itu satu dari rahsia2 Allah SWT. Tuhan titipkan ke dalam hati hamba2nya yang beriman dan bertakwa. Bukan boleh dibuat2 atau dipaksa2 dengan kata2,.. Saya Ikhlas!).

 

 

Apa sebab, ana kata cara memperjuang Islam melalui kaedah Demokrasi itu adalah suatu yang Batil!.

 

Pertama – Islam yang diperjuangkan itu tidak ada Roh Tauhid!.

 

Sebab kita tidak meneliti tahap iman pejuang2 Islam sekarang. Kita pakai daftar nama mereka sebagai anggota parti Islam sahaja.

 

Dengan kata2 lain, pejuang Islam masakini tidak ada tauhid yang kemas dan jitu!. Sedangkan Nabi SAW bina tauhid dahulu, 13 tahun kemudian baharu buat Negara Islam Madinah (Negara pertama berpelembagaan di dunia!).

 

Pada peringkat awal perjuangan Rasulullah, agenda pertama nabi bukan hendak buat Negara Islam!.

 

Dalilnya, orang Quraisy Mekah menawarkan kepada Nabi Muhammad SAW jawatan pembesar, wanita cantik dan harta yang banyak, dengan syarat Nabi tinggal dakwah, tetapi Nabi tolak!.

 

Dalil kedua, ialah ayat2 Al-Quran yang turun di Mekah ialah ayat2 Makkhiyah, iaitu membicarakan perkara2 Ketuhanan, Surga dan Neraka. Tiada perkara2 hudud, sistem muamalat/ekonomi, kenegaraan, dll.

 

Sebab nabi berkeyakinan tanpa tauhid yang kuat, perjuangan tidak sampai ke mana.

 

Sebab apabila bertembung antara perjuangan dan nikmat yang besar (jawatan, banglo, pajero, balak, minyak, dll), orang boleh hilang pedoman kerana lupa diri dan lupa daratan!.

 

Bukankah nabi ada berkata, “Sesungguhnya kita balik dari medan perang yang kecil (Perang Badar) kepada perang yang lebih besar”.

 

Terkejut para sahabat, lalu Nabi SAW menjelaskan, iaitu perang melawan Hawa Nafsu!.

(Berkendakkan balak, banglo, pajero, saham, dll itu kan nafsu!).

 

So.. sesiapapun yang berjuang tidak mendahulukan pembentukan iman dan tauhid, dia pasti hanyut dan tengelam dalam ujian kenikmatan yang akan ditemui kelak!.

 

Bukankah itu cara yang batil, iaitu tidak menepati kebenaran!.

 

Bukankah.. kita semua adalah musafir dunia yang mencari kebenaran!.

 

So.. bagaimana mungkin kita boleh di`kelabu asap’kan oleh peranan tokoh2 agama yang kononnya memperjuangkan Islam - yang dimainkan oleh Ulamak Politik yang bergelar Tok Guru!.

 

 

Kedua -  Sabda Nabi SAW, “Tidak ada fahaman kebangsaan dalam ajaran Islam”.

 

Maksud ‘fahaman kebangsaan’ ialah suatu fahaman yang sempit yang asyik menggalakkan manusia bergaduh!.

 

Sebab setiap manusia ada ras, ada bangsa, ada suku kaum dan agama yang berbeza. Kalau masing2 menegakkan fahaman masing2, sudah tentu berlaku porak peranda dan kekacauan dalam negara. Bukan begitu!.

 

Jadi, apa beza dengan sikap ‘kepartian’ yang melampau yang dianuti oleh setengah2 parti di negara ini.

 

Apa alasan saudara untuk tidak mengatakan bahawa ‘main parti-parti’ tidak menjejaskan perpaduan dan kestabilan negara?.

 

Mengapa ulamak politik bertindak hipokrit dalam mentafsirkan ‘fahaman kebangsaan’ di atas!.

 

Bukankah itu juga dipanggil ‘Assobbiyah!’.

 

Adakah matlamat telah menghalalkan cara?.

 

Jawabnya, ulamak kita tidak pernah memikirkan dengan serius apa bentok permainan politik barat yang disogokkan kepada kita sejak dari Zaman Penjajahan ini.

 

Tidak pernah ada fatwa dikeluarkan bahawa Politik Demokrasi Terbuka yang bercanggah kepada lunas2 kebenaran dalam Islam ini.. dibolehkan kepada kita untuk bermain di dalamnya, yang pasti boleh mencetuskan pahala ibadah!.

 

Tetapi sebaliknya berlaku, sehingga punah ranah sistem kekeluargaan dalam Islam.

 

Anak boleh tidak mengaku bapa, isteri boleh berpisah dari suami, dan bla..bla...  kes berbeza ideologi politik!. Bodoh punya kerja!.

 

 

Ketiga - Ada Dua(2) perkara sesat dalam Islam, iaitu:-

 

1)             Sesat Aqidah berhubung 5 Rukun Iman.

 

2)             Sesat dalam Fahaman yang tidak berlandaskan ajaran agama, seperti pegangan kpd ideologi komunis, sosialism, kapitalis, feudalism, termasuklah sistem demokrasi terbuka, dll.

 

Yang Pertama, kekal abadi dalam neraka. Waliyazubillah!.

 

Yang Kedua, kalau tidak masuk nerakapun.. kerja buat jadi tidak berpahala!. Sebab bertentangan dengan ‘Lima Syarat2 Ibadah’ dalam Islam.

 

(Kalau dah tidak berpahala tuu.. maknanya timbangan amal ibadah dan kebajikan tidak dapat mengatasi amal kejahatan. Akhirnya masuk neraka juga lah!. Waliyazubillah!).

 

APIPI@Abuya.Jr.001

111000