KERAMAT ANGKA 11

 

Parlimen Malaysia dibubarkan pada 11-11-99

 

Berkata penulis S.H. Alattas, “Angka 11 ialah Batu Nesan. 11 menuntut korban yang besar!”.

 

Highland Tower runtuh pada 11-11-1995, UMNO lama mati kerana ia ditubuhkan pada 11-05-46. Sudah sepatutnya ia mati, dan bla..bla..”

 

So.. what’s relevant dengan Pilihanraya Umum 1999 yang telah berlangsung!.

 

Perhatikan..

 

· II Negeri terlepas ke tangan pembangkang.

(iaitu  Kelantan & Trengganu)

· II tokoh pembangkang DAP jatuh.

(iaitu Lim Kit Siang & Karpal Singh)

· II tokoh pembangkang PAS naik.

(iaitu Hj. Hadi & Ust. Nik Aziz),

· II tokoh presiden PARTI naik.

(iaitu Dr. Wan Azizah & Hj. Fadhil Noor)

· Hanya II kerusi DUN Kelantan diraih oleh UMNO.

(iaitu DUN Galas & DUN Paloh)

· Hanya II kerusi DUN Terengganu diraih oleh UMNO

 

Dan.. Batu Nesan terbesar telah siap dibina, iaitu menara KLCC. ΔΔ

 

Let’s see... kematian bentuk apa yang akan datang meragut kekuasaan mereka kelak!.

 

 

Konklusi.

 

UMNO sedang menunggu saat2 kematian yang akan menjemput mereka ke alam baqa..

 

Sudah tiba masanya – Yang Hak itu naik, dan Yang Batil itu jatuh!”

 

Persoalannya, bilakah masa keruntuhan itu?

 

Let’s kita rujuk hadis, samada relevan dengan suasana yang gawat sekarang!.

 

Sabda Nabi SAW, Akan didatangkan kepada umat ini, setiap awal kurun, seorang Mujadid yang akan membaharui urusan agama”.

Ringkasnya, “Mujadid zahir awal kurun”.

 

Dikatakan ‘awal kurun’ ialah di antara 1400H sehingga 1425H.

 

Tahun 2001 Masehi bersamaan dengan 1421Hijrah, iaitu empat(4) tahun lagi nak tamat apa yang dikatakan ‘awal kurun’. Tak suspen, ke?.

 

Dipercayai, jika mujadid tidak zahir juga di awal kurun ini, maka di awal kurun yang satu lagi (1500H – 1525H), iaitu tahun 2080 Masehi.

 

That’s impossible!

 

Melihat kepada nazaknya Islam yang ada pada hari ini, serta Perang Teluk yang belum berkesudahan, maka dapat tidak.. inilah kurun terakhir di mana Islam akan dibangkitkan semula.

 

Sesuai dengan sabda Nabi SAW, “Tidak akan berlaku kiamat sehingga Islam bangkit semula, biar antara bangkit dan kiamat itu hanya sekadar memerah susu unta”.

 

So, siapa yang berani menyanggah kata2 Nabi SAW, sedang nabi itu bersifat, `Shodiqul Masduq’, iaitu Benar, Lagi Dibenarkan!.

 

Jadi, sudah bersediakah anda untuk menyambut Mujadid Akhir Zaman yang akan zahir ke dunia nanti?.

 

Nasihat saya, jangan kita berada di sebelah pihak yang menentang kebenaran yang dibawa oleh Mujadid, serta jemaahnya itu. Kita tidak akan menang.. dan pasti kalah dan terhina dunia dan akhirat!.

 

Persoalan kedua, kebenaran yang bagaimana yang dibawa oleh Mujadid itu?.

 

Adakah melalui perjuangan Sistem Demokrasi Sekular yang dilagang oleh para ulamak politik hari ini?.

 

Sudah pasti tidak!. Sebab orang politik sendiri sudah naik mual dengan sistem politik mereka, yang tidak habis2 dilanda masalah!.

 

Tetapi kalau kita masih kuat dengan pegangan kita itu, amatlah malang sekali. Kerana kita berada dipihak yang menentang kebenaran.

 

Kebenaran yang datang dari Allah SWT, melalui sub-utusannya Mujadid Akhir Zaman.

 

O.K.!

 

Berbalik kita kepada firasat – Numeralogy tadi!

Boleh percaya ke?.

 

Barangkali ada asasnya jugak!.

 

Cuba lihat,

 

· Jumlah para Rasul, 313 orang.

· Jumlah Tentera Badar, 313 orang.

· Jumlah Tentera Thalut vs Jalut, 313 orang (bersih)

· Malah, dikatakan Tentera Imam Mahdi, 313 orang juga!

 

Wallahhualam.

 

APIPI@AbuyaJr.001

011299