HAKIKAT UJIAN ALLAH SWT
Apa itu Ujian Allah SWT?.
Ujian adalah ketahanan iman seseorang terhadap dugaan
lahir dan batin yang menimpa, yang sudah pasti ada hubung kait dengan kehidupan
yang kekal abadi di alam akhirat kelak.
Jika ia lolos ujian, Alhamdullilah, ia akan beroleh
Surga!. Tetapi jika ia gagal, ia akan disumbat ke dalam Neraka Allah!.
Waliyazubillah!.
Ujian datang kepada semua golongan, baik kecil besar, tua
muda, kaya miskin, beragama Islam atau kafir. Yang kaya teruji, yang miskin
juga teruji!.
Daripada teruji kosong begitu, lebih baiklah teruji dalam
keadaan kita dalam kehidupan Islam sepenuhnya!. Boleh juga dapat pahala sabar
yang tiada tandingan balasannya, esok!.
Setiap ujian ada hikmah2 kebaikan dari Allah SWT yang
tidak dapat dicungkil oleh akal biasa manusia.
Antaranya:-
HAKIKAT 1 : Hapus Dosa @ Tingkat Darjat
Ada dua tujuan besar yang tersirat daripada ujian Allah
SWT, iaitu:-
1)
Untuk menghapus dosa
(jika ia seorang fasiq atau zalim), dan
2)
Untuk meningkatkan
darjatnya di sisi Allah SWT (jika ia tidak punya dosa!).
Ringkasnya, tuhan nak bagi pahala kepada orang yang sabar
dan redha dengan takdir illahi.
HAKIKAT 2 : Ujian Berbentok Nikmat – Ujian Paling Sukar
Ujian didatangkan dalam dua bentok, iaitu:-
a)
Ujian berbentok Susah (seperti kemalangan,
kematian, kebakaran, dll).
b)
Ujian berbentok Senang (seperti nikmat
banglo, pajero, wanita, kuasa, dll).
Dari kedua ujian ini, ujian berbentuk nikmat yang paling
sukar untuk diatasi. Hampir2 manusia boleh gelap mata dan lupa daratan
kerananya.
Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Kita kembali dari
Perang Badar, kepada perang yang lebih besar".
Terkejut para sahabat. "Iaitu perang melawan hawa
nafsu dan syaitan".
(Berkehendakkan
balak, minyak, kuasa dan harta itukan nafsu!)
Maka, kepada puak2 korporat atau yang berkehidupan mewah,
berhatilah2 dengan ujian berbentok nikmat ini. Sebab tidak semestinya pemberian
nikmat itu atas keredhaan Allah SWT.
Ada juga nikmat diberi tanpa keredhaan Allah SWT, iaitu
disebut ‘istidraj’. Sebab kalau tak bagi jugak,... boleh jadi rosak atau
jahanam satu negara dibuatnya!.
Kerana itu Allah SWT telah berfirman, kira2 yang
bermaksud, "Jika Aku mengkehendaki akan seseorang itu beroleh keburukan
hidup di akhirat, akan Aku bagi dia secukup2nya nikmat di atas dunia ini,
supaya di akhirat nanti tidak ada sebab untuk Aku merasa belas atasnya untuk
menyumbat akan ia ke dalam api neraka yang panas membakar!."
HAKIKAT 3 : Mematangkan Jemaah
Ujian perlu kepada setiap individu atau jemaah, malah
negara sekalipun!. Sebab ujian boleh mematangkan jemaah atau negara berkenaan,
supaya perjuangan bersih dari unsur2 subversif dari dalam.
Seperti juga sebuah perkahwinan, jika tidak bergaduh
suami isteri, mana nak datang masam2 manis dalam kehidupan!. Asyik tawar, tiada
'umph'!.
Kita ambil contoh ujian pada jemaah perjuangan.
Orang masuk jemaah, tidak semestinya ikhlas untuk baiki
diri. Ada yang masuk kerana kepentingan lain, seperti nak kahwin dua, nak
supaya orang cium tangan dia, hormati dan tunduk kat dia, nak supaya ada
pengikut yang boleh disuruh2, dan bla..bla..
Apabila berlaku ujian, mereka2 yang tidak ikhlas ini,
akan dengan sendirinya terkeluar dari jemaah dengan alasan yang berbagai2.
Ini adalah suatu kebaikan kepada jemaah, kerana yang
tinggal... pengikut2 yang sebenar2
setia, sabar, ‘komited’ dan berjiwa pejuang!.
Dengan demikian, perjuangan jemaah tersebut akan kembali
kuat, kemas dan selaras dalam fikiran dan tindakan para pendukungnya!.
(Silap kita ni,
bila berlaku pada diri atau jemaah sendiri, kita kata ada kebaikan. Tetapi bila
berlaku pada musuh kita, kita kata, "Hah! Tengoklah, bala dah tuhan timpa
kat depa, sebab...)
HAKIKAT 4 : Kenal Tahap Mazmumah Diri
Banyak orang tertipu dengan diri sendiri. Ramai
beranggapan dirinya hebat, tabah, sabar dan tidak mudah melenting bila
berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar.
Betul kah demikian?. Bagaimana mika boleh kata begitu,
sedang mika belum diuji?.
Firman Allah SWT, "Jangan kamu mengatakan kamu
sudah beriman, sedang kamu belum diuji".
Maka, dengan ujian tersebut kita boleh ketahui secara tak
langsung akan nasib kesudahan hidup kita di akhirat, kelak!.
Sebab orang yang tidak sabar, pemarah dan mudah
melenting, tandanya sifat2 mazmumah masih menebal dalam dirinya. Jika tidak
diproses buang semasa di dunia ini, alamak tak melintas lah di titian Siratul
Mustaqim, esok!.
Perkara ini disebut oleh Imam Ghazali r.a. dalam Kitab Ihya,
bahawa apabila kita nak melintas Siratul Mustaqim kelak,.. kita akan dapati
banyak halangan2 berupa pengkait atau sabit di atasnya!. Katanya, pengkait2
tersebut adalah jelmaan dari sifat2 Mazmumah semasa kita hidup di dunia.
Jika kita ada 20/30 macam sifat2 mazmumah, seperti
dengki, irihati, riak, ego, dsb.nya, maka ia akan menjelma menjadi 20/30 berupa
pengkait di atas titian Siratul Mustaqim!. Kalau terkait pada langkah kaki
kita, alamak terjerumuslah ke bawah.. ke dalam api neraka jahanam.
Waliyazubillah!.
Oleh itu, perhati2kan diri semasa menerima ujian. Supaya
apabila kita memproses sifat2 mazmumah itu tadi, biar kena pada tempatnya(ubatnya).
Seperti orang yang sombong, ubatnya ia kena botak kan kepala dan gantung kole kat
tengkok dia.. dan pergi kat pasar dan minta orang lalu lalang, maki hamun kat
dia!.
Tapi itu kaedah orang zaman dahulu. Tak relevan dengan
dunia moden, sekarang. Nanti ditangkap orang, dan disumbat ke Tanjong Rambutan.
Tak ke niaya!.
Jadi, pandai2lah mencari kaedah untuk memperbaiki sifat2
mazmumah supaya ianya benar2 berkesan dan selamat.
Sebab, lain orang, lain obatnya walaupun mempunyai
mazmumah yang sama. Kerana hati orang lain-lain!.
Yang pasti, kita mahu highway kita di atas titian Siratul
Mustaqim, 'clear' tak ada rintangan...
.. terus sahaja ke dalam Surga ke dalam dakapan isteri
yang telah lama menanti, Bidadari Surga Bermata Jeli!
HAKIKAT 5 : Ujian Aqidah - Paling Berat
Ujian paling berat, ialah ujian berbentok AQIDAH. Iaitu
apabila orang ramai menyesatkan pegangan kita.
Lebih2 berat lagi, ialah apabila Tok Guru sendiri (yang
mengajar, mendidik dan mengasuh kita selama bertahun2 itu), tiba2 menyesatkan
kita!.
Samada saja nak ‘test’ atau memangpun betul!.
Wallahualam!.
Tetapi begitulah, keyakinan terhadap sifat2 Allah dan
rukun2 iman yang lain, mesti diuji!.
Di`test’ dahulu sebelum diperiksa di Padang Mashyar
kelak!.
Di mana salah, dan di mana silapnya kita kena tahu. Sebab nak
bawa benda `aqidah’ ni, mengadap Allah Taala esok, bukan boleh buat main2. Harus
jadi pegangan yang kental dan jitu dengan 100% jazam!.
Kalau sekadar 99.99% yakin,
Allah SWT masih akan menolak amal kebajikan kita!. Tidak ke sia2 punya
hidup. Disangka bakul penuh pahala, tetapi sampah sepenuh raga!.
Maknanya, menerusi ujian2 itu, tidaklah `aqidah’ kita
last2 minit di check di Padang Mashyar.
Di dunia inilah kita buat pembetulan lagi!.
Kerana dapat tidak, setiap orang mesti ada kesalahan
‘syirik khafi’ di dalam amalannya.
Berkata ulama, “Syirik Khafi itu umpama semut hitam,
berjalan di atas batu hitam, di malam yang gelap pekat”.
Maksudnya, sukar untuk dikesan!.
Ringkasnya, ujian itu perlu untuk mengetahui kedudukan
iman kita. Kalau tidak, Allah tak sebut pulak, “Bagaimana engkau mengatakan diri engkau beriman, sedangkan engkau
belum diuji”.
Dan, iman ini ada peringkat2nya, iaitu Iman Takliq, Iman
Ilmu, Iman Ayan, Iman Hak dan Iman Hakikat.
Hanya Iman Ayan ke atas sahaja yang bebas dari api neraka
Allah SWT.
Disebut, tahap ‘intensiti’ aqidah hendaklah Qatie dan Jazam
100%. Keyakinan tersebut hendaklah meliputi seluruh 6 Rukun Iman, di mana
keyakinan kepada sifat2 Allah SWT adalah yang pertama dan utama sekali yang
perlu dipelajari.
Sebagaimana sabda Nabi SAW, “Awal-awal agama ialah mengenal Allah”.
Untuk mengesahkan pengenalan kita kepada Allah SWT, ia mesti
berasas 4 syarat, iaitu:-
1) Percaya adanya Allah SWT.
2) Jazam yang qat’i (tidak syak, zan atau
waham).
3) Selari dengan yang sebenar (tidak beranggapan tuhan
itu ada belalai, 10 tangan, dll).
4) Mesti ada Dalil.
Pegangan yang tidak berasaskan kepada empat(4) syarat di atas,
dikira menyeleweng. Iman nya tidak sah, atau disebut beriman Takliq!.
Segala amal kebajikan jadi sia2 sahaja jika imannya tidak
sah, yakni tidak diberi pahala oleh Allah SWT.
Konklusi,
Kalau ujian yang paling kuatpun (bentok aqidah) kita
tidak Ugoh, maka ujian yang lain2
tuu.. remeh saja, lah!