ASAS TAFAKUR

(Kerana Tafakur itu -PELITA HATI!)

 

 

PERTAMA !

 

Islam itu ibarat sepohon POKOK..

 

Akar Tunjang nya - TAUHID (Aqidah)

Batang & Dahan2 nya - FEQAH (Ibadah)

Buah/Bunga nya - TASAWWUF (Akhlak)

 

Orang tanam pokok.. kerana Hendak kepada Buahnya!.

Kalau tak berbuah - apa ke jadah nya tanam pokok?.

Buat ke lelah, sia-sia saja!.

 

Serupa jugalah dengan Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Sembahyang Itu Mencegah Dari Perbuatan Keji Dan Mungkar".(Al Ankabut: 43)

 

Kalau buat perkara mungkar atau maksiat jugak..

Tandanya, Sembahyangnya tidak mencegah kepada Mungkar!.

Jelasnya, sembahyangnya tidak berfungsi melahirkan akhlak yang baik!.

 

Kerana apa?. Sebab..

 

ISLAM itu Amalan Lahir.

IMAN itu Amalan Hati

Antara keduanya, tidak saling lazim-melazimi!.

 

Orang Beriman itu adalah orang2 Islam, tetapi orang Islam tidak semestinya Beriman!.

Ada Islam Fasiq, Islam Munafiq, dll.

 

Dalilnya?.

 

Sabda Nabi SAW, “Tidaklah LEBIHnya Abu Bakar itu berbanding dengan kamu semua, kerana puasa dan sembahyangnya yang banyak. Tetapi LEBIHnya ia kerana IMANnya yang tersemat di hati!”.

(Maksudnya, Keyakinan yang QATIE Plus JAZAM!).

 

Sabda Baginda lagi, "Jika ditimbang iman seluruh penduduk bumi, nescaya iman Abu Bakar lebih berat lagi."

Lihat sahaja pengorbanannya, hanya tinggal Allah dan Rasul!.

 

Umar Al-Khattab r.a. ada juga tinggal 1/2 hartanya!.

(Tapi, Umar dia ada siasah cara dia.)

 

So, actually... What's IMAN?

 

Bagaimana untuk Mendapat, Menyubur dan Mengawalnya dari dirosakkan oleh musuh Hawa Nafsu dan Syaitan?

 

 

KEDUA ! !

 

Buah kepada IImu – AMAL,

Buah kepada Amal – AKHLAK,

Buah kepada Akhlak - MESRA/KASIH-SAYANG!

 

Sabda Nabi SAW, “Tidak sempurna iman seseorang itu, jika ia tidak MENGASIHI saudaranya lebih dari ia kasih kepada dirinya sendiri!”

 

So...Top’s of the top is – Sifat KASIH/MUDAH MESRA!.

Hatta kepada orang kafir/anjing sekalipun!.

 

(Kalau setakat Akhlak.. Sami Buddha lagi hebat akhlaknya dari kita semua!).

 

 

KETIGA ! ! !

 

Matlamat Utama mengerjakan Ibadah bukan untuk mendapatkan Pahala atau Surga, tetapi adalah untuk Hati berbuahkan “Iman dan Akhlak"

 

Supaya Hati diproses jadi Bersih, Takut dan Hampir Dengan Allah SWT ataupun ‘Makrifatullah!.. baik di saat berdiri, berbaring atau duduk dalam setiap masa dan ketika.

 

Itulah Hati yang Bertaqwa!.

 

Apa tanda Hati Yang Bertaqwa?.

 

Sudah tentu.. hati yang terserlah Sifat Warak dan Zuhud nya!.

 

Apa itu Warak?.

 

Orang yang Warak ialah insan yang takut berbuat Dosa Kecil dan Dosa Besar.

 

Apa itu Zuhud?.

 

Zuhud ialah takut berlebihan dengan Nikmat Allah, iaitu Harta dan Pangkat-Darjat (Kemashyuran).

Ambil ala-kadar dan yang perlu sahaja!.

 

Yang lain2- kena Hisab!.

 

Satu hari disoal-siasat di akhirat sama dengan 1000 tahun dunia. Orang dah beranak pinak di Surga tetapi kita baharu nak masuk!.

Tak ke bodoh orang yang mengambil dunia berlebih2an!.

 

Sebab itu dikatakan, perkara2 HARUS yang dilakukan oleh Orang2 Solehin(iman ayan) adalah Kejahatan kepada Orang2 Muqarrobin!.

 

Sebab orang Soleh masih diperiksa atau dihisab amal ibadah mereka, tetapi orang2 Muqarrobin (hampir dengan Allah) dicampak terus ke dalam SURGA!.

 

 

KEEMPAT  ! ! ! !

 

Orang yang sebenar2 beribadah kepada Allah dan Rasul, dia tidak kisah akan kepentingan dirinya. Segala sesuatu yang dilakukan, pertama2 adalah untuk Allah SWT semata2, biar ia sendiri tidak makan atau ada hajat lain sekalipun!.

 

Bagi dia, Bala dan Nikmat- Tiada Beza!.

Lapang, Lega dan Bahagia setiap masa.

Tenggok perempuan cantik umpama tenggok tunggul kayu. Tidak menjejaskan hati!.

 

Falsafah hidupnya - GOD'S FIRST.. HIM'S NO WHERE!.

 

Matlamat hidupnya, hendak buat sebanyak2nya pahala akhirat, menerusi peluang2 (ujian2 hidup) yang Allah Taala timpa atau hadapkan ke atasnya.

 

Itu pasal mereka suka hidup susah!. Kalau tak datang ujian susah/sakit tuu.. mereka rasa Tuhan tak kasihkan mereka. Susah-hati semanjangg!..

 

Lihatlah bagaimana Nabi SAW sentiasa berdoa, “Ya Allah, Hidupkan aku dalam Kemiskinan, matikan dalam Kemiskinan. Masukkan aku ke dalam Surga bersama2 orang2 Miskin”.

 

Apabila datang ujian kepada mereka, samada berbentuk fitnah, siksa, dsb.nya, “Inilah peluang aku mendapat pahala dan kasih-sayang Allah!", kata hati mereka.

 

Mereka tak mudah melenting macam orang PAS!.

 

Mereka tahu, orang yang menfitnah atau mencaci mereka, sebenarnya memberi pahala(Surga) kepada mereka.

Itu sebab mereka balas kejahatan dengan Hadiah yang baik.

 

Ibarat kata pepatah, "Ditempeleng pipi kiri, pipi kanan disua pula".

 

Sesuai dengan perintah Nabi SAW, "Berlaku baik kepada orang yang berlaku jahat kepada kamu".

 

Mereka tidak mudah tercabar, sebagaimana orang PAS tercabar bagai nak hilang pegangan syariat.

Tok Guru mencerca sama Tok Mufti!. Ada ke cerdik akal-budi!!.

 

Nampak nyata Orang PAS nii... belum terdidik Akhlak mereka.

 

Tak seperti Orang ARQAM!. Jemaah dah nak hampir padam pun... tak ada nak angkat sepanduk, protes ataupun demontrasi!.

 

Dituduh macam2 - ARQAM Komunis la.. Militan la.. ada Tentera Badar, Wanita Hamba Sek dalam ARQAM, Abuya Imam Mahdi la, dan bla..bla..

 

Ditangkap ramai2 masuk jel untuk soal-siasat, kena ISA, buang daerah 'terhad'... tetapi tak adapun respon atau naik syeih! (seperti kat forum2 PAS).

 

Paling tidak keluar Risalah.

 

Sebab hukum membolehkan berbuat begitu!.

 

Apabila orang Mengata kamu, HARUS kamu mempertahankan diri,

 

Apabila orang Menfitnah kamu, SUNAT kamu mempertahankan diri,

 

Apabila orang Menyesat/Syirik kamu, WAJIB kamu membela diri .

 

 

Sebab orang sesat ni.. buat iman tak sah!. Sembelihan tak sah!. Nikah kahwin tak sah!. Jual-beli tak sah!.. dan seribu satu macam Tidak Sah!.

 

Maka, tak usah nak mureh laa.. kat orang edar Risalah! Dah jatuh WAJIB bagi dia bela diri!

 

Bagaimanapun, mereka terima sahaja kesalahan, kerana sifat orang beriman, apabila disalahi, dia minta ampun dan bertaubat.

 

Kerana resam padi, “Semakin BERISI semakin tunduk. Tidak seperti lalang, semakin tinggi semakin menyucuk! (Sombong).

 

Kalau kena pada orang PAS, tak tahulah. Mungkin dah perang MEMALI Ke2 seperti dahulu.

 

Percayalah... suatu hari nanti orang akan kenal jua... yang mana KACA, yang mana PERMATA.

 

Akhirnya, Yang Hak pasti naik, Yang Batil pasti runtuh!

 

Sekian, Wassalam.

 

APIPI@AbuyaJr.001

150395