ANTARA HAK DAN BATIL

 

Ustaz Shaari Mustapha, Pasir Pekan telah menyampaikan dengan baik dan berkesan sekali berhubung tanda2 awal kiamat. Beliau mengambil tiga(3) tanda-tanda paling utama yang harus diberi perhatian oleh semua, iaitu:-

 

1) Agama menjadi ‘pelik’ pada kebanyakan orang.

 

Sebagaimana hadis Nabi SAW, “Islam bermula dengan dagang, dan kembali dengan dagang”.

Maka berbahagialah orang yang dagang, yang benar dan tepat pada ilmu dan amalannya.

 

Maksud hadis, ialah cara hidup umat Islam zaman dahulu, menjadi keganjilan dan kepelikan kepada umat manusia zaman ini.

 

 

2) Akan datang kepada umat Muhammad, fitnah yang berlaku kepada umatnya seperti malam yang gelap pekat.- al hadis.

 

Maksudnya, fitnah akhir zaman amat hebat sehingga membutakan setiap mata dari melihat kebenaran.

 

Tiga(3) skop utama kebutaan tersebut ialah:-

a) Orang Islam sudah tidak menghiraukan ilmu akhirat.

b) Orang Islam hanya mementingkan makan dan minum sahaja.

c) Orang Islam hanya menguruskan kehidupan dunianya sahaja.

 

 

3) Orang Islam meletakkan ‘harta’ sebagai segala2nya dalam hidup mereka. Ia seolah2 menjadi ‘binatang buruan’ tidak kira masa dan di mana sahaja.

 

 

Demikianlah antara syarahan Ustaz Shaari berhubung tanda2 awal kiamat.

 

Biasalah tuu!.

 

Ini perkara ghaib bukan siasah yang tidak payah untuk perkatakan.

 

Walaubagaimanapun, kita berterima kasih kepada beliau kerana tolong ‘menekankan’ perkara ini, dalam keadaan masyarakat sekarang tidak berapa yakin akan kembali ke negara akhirat.

 

Tetapi sayang sekali, apabila beliau memperkatakan perkara2 berbentuk siasah, beliau telah bersikap tidak relevan dengan keperluan semasa masyarakat yang daif hidup beragama pada ini hari.

 

Jelasnya, beliau bersikap tidak bijaksana dalam siasah dakwahnya untuk mengajak masyarakat ke arah mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

 

Contoh, katanya... kita hidup di dunia hendaklah mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW semata.

Kita tidak boleh pandai mereka2 perkara yang nabi tidak buat, seperti tahlil arwah, baca talqin atas kubur, berdoa ramai2 selepas sembahyang, majlis marhaban, selawat, dll.

 

Betul ke gitu?.

 

Itu ana rasa.. pendapat golongan Wahabi!. Kerana sumber hukum Wahabi hanya dua(2) sahaja, iaitu Al Quran dan Hadis SAW.

Tetapi golongan Feqah dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah, mereka merujuk kepada empat(4) sumber hukum, iaitu Al Quran, Hadis, Kias dan Ijmak Ulamak!.

 

(Itu belum tanya orang2 sufi atau golongan tarikat dalam Ahlul Sunnah. Mereka rujuk lebih lagi...

Selain sumber yang empat itu, mereka rujuk kepada mimpi, yakazah, tawasul, karamah, mujahadah dan kasyaf.

Dan di situ lah bersalahannya aqidah orang AL ARQAM!.

 

Betul ke?.

 

Benda2 di atas itu adalah perkara2 khilafiah... yang antara ulamak sendiripun tidak sepakat menerima atau menolaknya.

 

Boleh ke.. perkara khilafiah itu kita bawa ke majlis perbahasan, seterusnya menyesatkan aqidah seseorang atau kumpulan itu?

 

Perkara ini akan saya sentuh dalam ‘Di mana bersalahannya akidah Al ARQAM’ kemudian hari. Insyaallah!.)

 

Berbalik kita kepada sengketa antara Wahabi dan golongan Feqah dalam Ahlul Sunnah.

 

Memang patutlah orang Wahabi tak jumpa cari akan nas2 dan dalil2 yang membenarkan Ahli Sunnah berbuat sesuatu perkara. Sebab sumber hukum mereka hanya dua sahaja, iaitu Al Quran dan Hadis!.

Lantas dituduh Ahli Sunnah mengamalkan ‘Bidaah!’.

 

Sedangkan pengertian bida’ah bagi Ahli Sunnah ialah, jika sesuatu perkara itu tidak disandarkan dengan sesuatu daripada kaedah2 syarak dan dalil2 yang umum, baharulah dianggap ‘Bida’ah’.

 

Tetapi perlukah kita berbahas tentang sumber hukum, sedangkan masyarakat dok sesat gitu saja.

Terbiar, tanpa ambil tindakan!.

 

Bagi saya, perbalahan tentang sumber hukum itu bukan perkara pokoknya!.

Kalaupun betul salahnya, tak ada guna jugak...pasal orang ramai tak ada ra’ untuk beramal untuk hari kemudian!.

 

Tahuu.. solat tahajud itu banyak kelebihannya, tetapi tak leh nak bangun malam!.

Tak ada guna jugak dok syarah2 bak tahajud!.

 

Pokok sebenarnya,... orang zaman ini dah tak cinta pada Rasul dan Hari Akhirat.

Allah SWT lagi2lah mereka tidak nampak!.

 

Kalau dah tak cinta, mana nak datang taat!... kepada setiap perintah dan larangan Allah.

 

Maknanya, kena proses dahululah supaya datang perasaan cinta itu.

 

Ini isu utama dan pertama2.. yang para2 ustaz patut syarahkan – bagaimana nak bagi orang ghairah beramal untuk akhirat!.

 

Ini baharulah kena siasahnya sesuai dengan sifat dunia yang menjadi ‘binatang buruan’ semua orang!

 

Bukannya dok bidaah, dok kata.. berdoa ramai2 selepas sembahyang tak boleh!.. majlis tahlil tak boleh!.. baca Al Quran atas kubur tak boleh!.. dan bla..bla..

 

Jangankan nak berdoa, nak angkat tanganpun malas...

 

So.. Bagaimana cara untuk mendatangkan perasaan ghairah untuk beramal akhirat, cinta Allah.. cinta Rasul, dll?.

 

Nabi SAW tunjuk jalan ‘short-cut’...

 

Kira2 sabdanya, “Kalau engkau nak cinta Allah SWT, cintalah aku. Nescaya kamu akan secara tak lansung akan cinta dan dicintai Allah SWT!.

 

Sebab, Nabi SAW sebagai ‘alat’ untuk membuktikan kecintaan kepada Allah SWT!.

 

Sepertilah juga kasih kepada ‘ibu’ sebagai alat untuk mendapat cinta Allah dan keredhaan Allah di akhirat kelak!.

 

Jadi, untuk mengembalikan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, kesempatan di majlis Tahlil semacam itulah... kita bina kecintaan mereka kepada sirah Rasulullah SAW.

 

Kita dakwah mereka, bukan boikot mereka.. mengatakan bidaah, karut, dsb.nya seperti Wahabi dok tuduh!.

 

Hanya datang dan jelaskan kepada ramai, bahawa majlis ini bukan sunnah, bukan wajib!.

Ianya sekadar nak ‘cas beteri’ kita supaya kita semua ada ra’ kepada Alam Akhirat.

 

Lebih2 lagi sekarang ini majlis atau parti2 hiburan lebih banyak dari majlis2 mengingati akhirat.

Maka, dah jatuh ‘wajiib aradhi’ kita lawan cara mereka. Mereka buat parti sosial, kita buat majlis agama.

 

Semoga dengan majlis tahlil dan selawat itu, akan terbina iman dan kecintaan mereka terhadap Allah SWT serta Hari Akhirat.

 

Tetapi kalau kita bertindak kontra apabila menerima jemputan. Kita kata, “Ahh!.. kamu orang sajalah yang pergi!. Ana pakai buat di rumah sahaja”.

 

Nampak kita tidak bijak menggunakan kesempatan berdakwah seperti itu, selain tidak faham pokok permasalahan yang sebenar yang melanda jiwa nurani umat Islam. (yakni, tidak cinta Allah dan alam akhirat).

 

Jelas sekali, amalan Ustaz Shaari tidak relevan dengan suasana kehidupan moden yang gawat iman sekarang!.

Tidak bersikap membantu!. Bidaah sana.. Bidaah sini.. Nak masuk surga sorang2.. biar orang lain masuk neraka. Tak mahu subhat!. Tak mahu tolong betulkan mereka secara bijaksana.

 

Di majlis yang macamana ustaz nak betulkan mereka?.

 

Di majlis2 resmi?. Di situlah ‘tarbiah’ yang paling tidak berkesan!.

 

Tarbiah yang paling berkesan, ialah ketika makan sedulang, ketika tidur sebantal dengan anak buah, ketika dalam perjalanan atau musafir mencari ilmu, dll.

 

So.. dengan orang kampung, di majlis yang tidak formal seperti itulah, peluang kita nak dakwah mereka. Jangan boikot!.

 

Umpamanya, kalau kita masuk suatu kampong yang betul jahiliah punya citarasa.

Kalau kita masuk dengan pakai sunnah, iaitu berjubah serban. Jangan dok harap orang nak datang dengar kuliah kita.

 

Kena pakai pakaian resmi ataupun pakai kot apa saja, asalkan matlamat utama ialah... ilmu disampaikan kepada mereka, tidak kira apa cara. Asalkan ‘Lima(5) Syarat2 Ibadah’ dijaga sepenuhnya.

 

Inilah siasah dakwah yang banyak orang tak berapa faham!. Lebih2 lagi dok tuduh Abuya hidup bermewah2 dengan kereta berbelas2 buah!.

 

Aik!.. dah kauorang juga yang bersifat materialistik!.

 

Tak kan kita nak jemput kamu orang dengan selipar Jepun!. Mesti muat punggah dengan pajero untuk bersama2 hadir dengan syarahan di masjid!.

Itu baharulah dikatakan - ada siasah!.

 

(Kamu orang kena faham erti ‘zuhud’!.

 

Zuhud ertinya dunia tidak lekat di hati!. Boleh pakai jet atau submarin apa saja... asalkan jangan letak di hati!. Letak ditangan, senang buat kerja!.

Ada atau tiada benda2 itu, tidak berdetik perbezaan  di hati. Itulah ikhlas dalam perjuangan namanya!.

Hah.. marah dah tuu! )

 

 

Saya suka memperturunkan di sini, siasah dakwah Wali Songo semasa Islam mula2 berkembang di alam Melayu.

 

Al kisah, berlaku perselisihan faham antara dua orang wali, iaitu Sunan Kalijaga dengan Sunan Ampel.

 

Perselisihan bersabit cara Sunan Kalijaga menggunakan Wayang Kulit untuk menyebar Islam di kalangan penduduk pribumi waktu itu. Hampir2 keduanya bertembung ‘karamah’ kerananya.

 

Maka, didatangkan wali ketiga, iaitu Sunan Kudus untuk jadi hakim.

 

Apa kata Sunan Kudus?.

 

Kira2 begini, “Siasah dakwah Sunan Kalijaga menggunakan wayang kulit itu betul!. Sebab ana yakin suatu masa nanti, akan ada seorang pendakwah yang boleh ‘kerat-putus’ perkara ini, dan memahamkan masyarakat bahawa wayang kulit itu haram!.

 

Tetapi sekarang ini, kita tidak boleh melakukan demikian kerana masyarakat akan menolak Islam. Melarang mereka di kala mereka tengah sedap dengan maksiat dan kemungkaran akan menyebabkan.. mereka akan buang Islam seluruhnya!”

 

Lihatlah, siasah dakwah mereka.. dan itulah tradisi dakwah dalam sejarah Islam.

 

Mereka tidak mengharapkan sesuatu pekerjaan itu selesai di tangan mereka. Mereka hanya memulakan, orang lain yang akan menyudahkannya!.

 

 

Maka, tidak peliklah Tok Kenali tidak begitu keras mengharamkan menora, makyong, wayang kulit, dsb.nya di zamannya. Sebab ia yakin akan datang seorang pendakwah (Ustaz Nik Aziz) yang akan menyelesaikan perkara ini secara muktamad bila tiba masanya nanti!.

 

Dan, itulah yang diperbuat oleh Ustaz Nik Aziz apabila beliau mula2 menerajui Negeri Serambi Mekah!.

 

Sekarang, sejarah berulang kembali di zaman kita.

 

Kali ini bukan antara Islam dan Kafir. Tetapi antara Islam dengan Islam, yang sudah pasti sangat sukar untuk mencungkil siapa yang memperjuangkan yang Batil, dengan siapa yang memperjuangkan ilmu yang Hak!.

 

Iaitu antara Faham Wahabi dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Yakni, apabila Puak Wahabi menaklukki Mekah pada 1920an dan ramai pelajar2 kita menuntut di sana!.

 

Mereka kembali dengan membawa fahaman Wahabi, yang kononnya lengkap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Faham yang tidak tahu erti ‘seni2 perjuangan’ secara lembut dan sesuai dilaksanakan di alam Melayu.

Cara2 padang pasir yang kasar, tidak diterima di sini.

 

Maka, berlakulah pertentangan faham antara Wahabi dengan Mazhab Ahlul Sunnah Wal Jammah yang menyebabkan semua orang terpinga2.

 

Itulah yang berlaku sekarang!.

 

Tidak boleh berdoa dua kali selepas solat, atau berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu, berselawat ketika solat Tarawih, dll. Lebih2 lagilah tidak boleh membaca Al Quran di atas kubur, baca talqin, dsb.nya.

 

Fahaman Wahabi juga menolak tawasul, karamah, yaqazah, Imam Mahdi dan tariqat.

 

Perkara2 seperti ini, orang Feqah memang tidak tahu.

 

Ahli sufi dan mereka2 yang tercebur dalam alam tariqat sahaja yang berpengalaman dalam hal ini.

 

Ini diakui sendiri oleh Imam Ghazali r.a. dalam ‘Ihya, “Sesungguhnya, orang Tasawuf lebih cerdik dari orang Feqah”.

 

Kini, faham Wahabi telah meresap masuk ke dalam institusi2 pengajian Islam di Malaysia, sebagaimana fikrah ABIM meresap masuk ke dalam kerajaan!.

 

Dan, kepada Ustaz Shaari, janganlah menyambung lidah Wahabi dalam ceramah2nya, atau barangkali... beliau telah tergolong dalam kelompok tersebut??

 

Kerana beliau telah membangkitkan perkara yang dah lama selesai, iaitu ‘berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu’ dalam ceramah2 beliau.

 

Ini yang kita tak faham...

 

Bukankah nabi telah membenarkan berdoa selepas solat berjemaah, dengan sabdanya, “Tidaklah berhimpun satu Jamaah(perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah memperkenankan doa mereka.”

(Riwayat Tabrani dari Abi Hurairah dari Habib bin Musallamah).

 

Dan, bukankah itu sebaik2 dilakukan pada waktu yang disunatkan berdoa, iaitu selepas menunaikan solat fardhu.

 

Sabda Nabi SAW lagi, “Doa selepas solat fardhu terlebih afdal daripada doa selepas solat sunat, seperti kelebihan solat fardhu mengatasi solat sunat.”

(riwayat Abi Hurairah r.a.)

 

Jadi mengapa kita meng`kalut’kan suasana?. Memeningkan ramai orang.. yang memang dah pening dengan hal2 politik Tok Guru!.

 

Bukan perkara ini telah diputuskan oleh ulamak2 muktabar sejak dahulu lagi!.

 

Kita ingin beri kata dua kepada mereka yang suka membida’ah sesuatu yang baik.

 

Kalau saudara2 mengatakan bahawa, “dalil pada mengerjakan sesuatu perkara itu hendaklah secara terang2”,...

 

maka kitapun nak kata,..

 

“dalil yang melarangkan melakukan sesuatu perkara itu juga mestilah secara terang2”.

 

Barulah adil dan seimbang!.

 

Sebab firman Allah SWT, “Apa yang mendatangkan Rasul kepada kamu, hendaklah kamu lakukan dan apa yang dilarangnya, hendaklah kamu jauhi!”. (Al Hasy-r: 7)

 

Akhir kata..

 

Kita mengharapkan akan muncul ulamak2 pondok yang boleh menjelaskan perbezaan antara ilmu Wahabi dan ilmu Ahli Sunnah dengan lebih terperinci lagi. Kerana di situ sahajalah pusat pengajian yang belum dicemari oleh ilmu Wahabi di negara ini. Supaya dengan itu, ibadah kita lebih konsisten dan khusyuk tanpa was-was lagi.

 

Dan semoga dengannya, kita tidak terkeliru lagi dengan pengamalan hidup beragama Ahlul Sunnah Wal Jaamah yang sebenar.

 

Sekian. Wassalam.

 

APIPI@AbuyaJr.001

150201