DUA(2) KATEGORI ULAMAK

 

 

Dalam Islam ada Nabi, ada Rasul.

 

Apa beza Nabi, apa beza Rasul?.

 

Rasul, diwajibkan memimpin. Sedangkan Nabi tidak diwajibkan memimpin.

 

Baik.

 

Rasul dan Nabi telah tiada.

Tinggallah ulamak, kerana ‘Ulama Pewaris Nabi’.

 

Bersabda Nabi SAW, “Kalau lah ada Nabi selepasku, nescaya Abu Bakar menjadi Nabi.”

Tetapi kerana jawatan nabi dah tamat, walaupun orangnya ada, maka tinggallah Abu Bakar sebagai Abu Bakar As Siddik sahaja.

 

Boleh kah kita berkata begitu?.

 

Tidak ‘smart’lah kalau kita setakat mengatakan Abu Bakar sebagai As Siddik sahaja. Kita tidak boleh samatarafkan beliau dengan manusia yang lain. Sebab imannya berada paras tinggi berbanding semua manusia di zamannya.

 

Kita kena bezakan!. Kita kena bezakan kedudukan Abu Bakar As Siddik dengan ulamak yang lain-lain. Kerana ulama itu banyak martabatnya!.

 

Sabda Nabi lagi, “Ulamak di kalangan umatku, adalah seperti nabi-nabi di kalangan Bani Israel”.

Wow!.. Begitu sekali disamatarafkan ulamak dengan nabi!.

 

Oleh kerana nabi2 ada yang bersifat Rasul, dan ada yang bersifat Nabi sahaja (ertinya, yang boleh pimpin dan tidak boleh pimpin), maka demikian juga ulama!.

 

Ada ulama yang boleh memimpin, dan ulama yang tidak boleh memimpin.

(Maksudnya di sini, tidak semua ulamak boleh memimpin.

Kalau Nabi tidak diwajibkan memimpin, apa hebat ulamak untuk memimpin umat. Tak Gitu?).

 

Ringkasnya..

 

Yang boleh memimpin, dinamakan ‘Ulama berwatak Rasul’, dan yang tidak diwajibkan memimpin dinamakan ‘Ulama berwatak Nabi’.

 

Boleh faham, Ya!.

 

Sebab kita nak pergi jauh lagi...

 

Kita nak kenal siapa ulama pada hari ini yang boleh kita ikut, dan yang tidak boleh ikut - yang pastinya boleh merosakkan hati dan jiwa nurani kita... biarpun dia itu seorang Tok Guru!.

 

Baik!. Kita sambung...

 

Kalau para nabi dibantu dengan mukjizat, ulama pula Allah SWT bekalkan dengan karamah.

 

Oleh kerana tugas para nabi berbeza – yang boleh pimpin umat, dan yang tidak boleh pimpin umat – maka dibekalkan mukjizat Maknawi kepada para Rasul, dan mukjizat Maddi (lahir) kepada para nabi.

 

Mukjizat Maknawi seperti tahan uji, tahan sabar dengan fiil pengikut, cakapnya masin, dll, selain diberi juga Mukjizat Lahir.

 

Manakala Mukjizat Maknawi tidak diberikan kepada para nabi, sebab mereka tidak diwajibkan memimpin umat!. Sekadar diberikan Mukjizat Lahir untuk mengerunkan musuh2 Islam, seperti boleh lompat gunung, berjalan atas air, dsb.nya.

 

Hal demikian juga berlaku pada Ulama berwatak Rasul, dan Ulama berwatak Nabi.

 

Oleh kerana ulama berwatak nabi tidak diwajibkan memimpin umat, maka ALLAH tidak berikan karamah maknawi, seperti cakapnya masin bila bercakap dan orang boleh berubah.

 

Daripada sini, kita boleh kenalpasti siapa2 ulama di Malaysia ini yang berwatak Nabi dan Rasul, berdasarkan siri ujian yang dihadapi oleh jemaah dan pengikut2 mereka masing2!.

 

Kita ambil contoh PAS di bawah Ust. Nik Aziz, dan AL-ARQAM di bawah pimpinan Ust. Ashaari Muhamad.

 

Apabila PAS ditimpa ujian berturut2, pengikut2nya bertindak memecah kamera jurugambar dan berbagai kerenah lain walaupun dilarang beberapa kali oleh Tok Guru.

 

Nyata sekali anak murid tidak akur dengan perintah Tok Guru, atau Tok Guru sendiri cakapnya tak masin!.

 

Tidak sedemikian pada AL ARQAM. Apabila AL ARQAM diharamkan, pengikut seakan2 nak memberontak, tetapi dilarang oleh Ust. Ashaari. Mereka akur, malahan mengakui kesalahan diri dan bertaubat. Biarpun, tidak sedikit yang hilang punca pencarian, dan harta benda jemaah diangkut atas perintah Pusat Islam!.

 

Jelas sekali, Ust. Ashaari seorang ulama yang berwatak Rasul. Bila beliau bercakap, cakapnya masin dan pengikut2nya boleh berubah, tidak merusuh dan bertindak bertentangan dengan syariaat.

 

Mana ada di Malaysia ini seorang ulama?,.. dengan jemaah yang berwibawa, berserta asset RM300juta – diharamkan atas perkara yang tidak jelas dan khilafiah! – boleh redha dengan kejahatan ulama lain - yang dengki dengan kemashyuran dan sistem hidup jemaah yang praktikal.

 

Kalau tidak dipimpin oleh seorang “Ulama berwatak Rasul’, mungkin MEMALI KEDUA akan merobak sejarah Malaysia yang tercinta ini.

 

Sekian. Wassalam.

 

APIPI@Abuya.Jr.001

180301

 

ULASAN